Idea Hadiah Untuk Yang Tersayang: 5 Produk Mesti Ada Daripada Bath & Body Works

Idea Hadiah Untuk Yang Tersayang: 5 Produk Mesti Ada Daripada Bath & Body Works
Gaya hidup


Bath & Body Works terkenal dengan pelbagai jenis wangian dan produk khusus untuk penjagaan diri wanita dan lelaki. Selangkah masuk ke Bath & Body Works ini ibarat berada di dalam gedung hadiah kerana setiap produknya dicipta istimewa dari segi bauan, kegunaan serta mempunyai kelebihan tersendiri. Buih mandian, body mist, perfume, krim tangan dan badan, pewangi kereta, malah lilin wangian turut dijual di sini. Khas untuk yang dah lama mengintai kedai ini dari luar, dan berminat ingin tahu lebih mengenai produk yang ada, jom lihat senarai lima produk Bath & Body Works yang wajib ada ini;

Untuk si jelita

Eucalyptus Spearmint 3-Wick Candle

Eucalyptus Spearmint 3-Wick Candle

Anda melalui hari yang panjang dan memenatkan. Saat melangkah ke bilik, suasana terus bertukar seakan berada di spa memanjakan diri. Begitulah penangan lilin pewangi ruangan rumah ini yang menggabungkan spearmint segar, clary sage dan daun eucalyptus Eucalyptus Spearmint. Produk ini adalah antara ‘barang panas’ Bath & Body Works setiap tahun. Lilin dengan 3 sumbu ini terhasil daripada gabungan minyak pati aromaterapi berkualiti tinggi agar anda berasa lebih tenang dan selesa.

Kelebihan Eucalyptus Spearmint 3-Wick Candle:

  • Terbakar selama kira-kira 25-45 jam
  • Minyak pati semulajadi
  • Campuran lilin wangian dirumus untuk memberikan pengalaman wangian terbaik
  • Sumbu tanpa plumbum berkualiti
  • Didatangkan dengan penutup hiasan

Kekurangan Eucalyptus Spearmint 3-Wick Candle:

  • Tidak sesuai dibakar lebih daripada 4 jam

Info Eucalyptus Spearmint 3-Wick Candle:

Nama produk: Eucalyptus Spearmint 3-Wick Candle
Jenis: Lilin pewangi rumah
Harga: RM 155

Japanese Cherry Blossom Fine Fragrance Mist

Japanese Cherry Blossom Fine Fragrance Mist

Japanese Cherry Blossom Fine Fragrance Mist merupakan salah satu bauan terlaris dalam sejarah Bath & Body Works, dengan gabungan ceri dan bunga ringan yang sesuai untuk musim bunga. Campuran segar bunga sakura Jepun, buah pear, kelopak mimosa segar, melati putih & cendana merah memberikan si pemakai keyakinan dan menaikkan semangat positif untuk memulakan hari anda. Botolnya direka dengan teliti dan pam canggih memberikan semburan terbaik. Dengan dekorasi cantiknya, sangat sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang!

Kelebihan Japanese Cherry Blossom Fine Fragrance Mist:

  • Wangian popular di Bath & Body Works
  • Dibuat tanpa paraben
  • Diuji pakar dermatologi
  • Botol dibuat dengan 50% plastik kitar semula
  • Mempunyai rangkaian produk lain seperti buih mandian dan losyen badan

Kekurangan Japanese Cherry Blossom Fine Fragrance Mist:

  • Sesetengah merasakan bauan terlalu musky

Info Japanese Cherry Blossom Fine Fragrance Mist:

Nama produk: Japanese Cherry Blossom Fine Fragrance Mist
Jenis: Body mist
Harga: RM 90

Sweet Pea Body Wash & Shower Gel

Sweet Pea Body Wash & Shower Gel

Sweet Pea ialah gabungan raspberi & pear, sungguh menyegarkan dan mampu membuatkan hari anda lebih ceria. Bauannya sungguh manis, tidak terlalu kuat sehingga memeningkan kepala. Apa yang menarik mengenai produk ini adalah, ia juga dirumus khas dengan aloe vera yang melembapkan kulit dan Vitamin E digabungkan dengan Mentega Shea untuk kulit yang lebih lembut dan sihat. Gel Mandian kami yang diuji pakar dermatologi serta ternyata sungguh lembut pada kulit. Ia adalah pembersih harian yang sempurna untuk menjadikan kulit berasa segar dan bersih!

Kelebihan Sweet Pea Body Wash & Shower Gel:

  • Wangian popular di Bath & Body Works
  • Dibuat tanpa paraben
  • Diuji pakar dermatologi
  • Kandungan aloe vera dan vitamin E
  • Mempunyai rangkaian produk lain seperti body mist

Kekurangan Sweet Pea Body Wash & Shower Gel:

  • Perlu dipakai bersama body mist dan krim badan untuk bau yang tahan lama

Info Sweet Pea Gel Body Wash & Shower Gel:

Nama produk: Sweet Pea Body Wash & Shower Gel
Jenis: Gel mandian
Harga: RM 80

Untuk si jejaka tampan

Gingham Legend Body Spray

Gingham Legend Body Spray

Bath & Body Works Gingham Legend Body Spray ialah wangian terbaru yang sesuai untuk kegunaan harian. Ia didatangkan dalam botol semburan mudah sesuai untuk digunakan dan dibawa bersama anda semasa dalam perjalanan. Ia dirumus dengan bauan bergamot, oak dan kayu cendana untuk hari yang lebih bersemangat. Ianya diuji oleh pakar dermatologi dan selamat untuk digunakan. Menariknya lagi, produk rangkaian Gingham ini agak popular dan didatangkan juga bersama gel mandian, body mist, losyen badan serta lilin pewangi.

Kelebihan Gingham Legend Body Spray:

  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Wangian popular di Bath & Body Works
  • Dibuat tanpa paraben
  • Diuji pakar dermatologi
  • Mempunyai rangkaian produk lain seperti body mist, gel mandian

Kekurangan Gingham Legend Body Spray:

  • Tidak dijual secara online di website rasmi Bath & Body Works

Info Gingham Legend Body Spray:

Nama produk: Gingham Legend Body Spray
Jenis: Wangian semburan badan
Harga: RM 80- RM 85

Ocean 3-in-1 Hair, Face & Body Wash

Ocean 3-in-1 Hair, Face & Body Wash

Direka untuk lelaki, Ocean menggabungkan cypress biru, vetiver dan bauan pantai. Apa yang menarik adalah produk ini adalah 3 dalam satu, iaitu sesuai digunakan untuk mencuci rambut, kulit wajah dan juga digunakan untuk seluruh badan! Hm, memang sesuai sangat untuk lelaki kan? Menarik lagi, produk ini dirumus dengan vitamin E, mentega shea dan aloe vera untuk kebaikkan pada kulit anda. Teksturnya ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Kelebihan Ocean 3-in-1 Hair, Face & Body Wash:

  • Dirumus dengan vitamin E, aloe vera dan mentega shea
  • Tekstur ringan menyerap dengan cepat
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Dibuat tanpa paraben atau pewarna tiruan
  • Diuji pakar dermatologi
  • Mempunyai rangkaian produk lain seperti body mist, deodorant

Kekurangan Ocean 3-in-1 Hair, Face & Body Wash:

  • Bauan tidak tahan lama

Info Ocean 3-in-1 Hair, Face & Body Wash:

Nama produk: Ocean 3-in-1 Hair, Face & Body Wash
Jenis: 3 dalam 1; rambut, wajah dan badan
Harga: RM 80

Bath & Body Works secara konsisten memenuhi matlamat jualannya dengan mengeluarkan pelbagai produk penjagaan diri dengan wangian berbeza sehingga pening nak pilih yang mana satu. Kebanyakkan bauannya adalah unisex dan sesuai untuk digunakan dalam aktiviti seharian anda.

Apa yang paling best, tak payah pening-pening nak cari pembalut hadiah jika anda mahu memberikannya kepada yang tersayang, kerana setiap rekaan botol produk sungguh cantik. Malah mereka juga ada menyediakan pakej bersesuaian untuk dijadikan hadiah buat tersayang.



Related posts