Khas Untuk Kaki Bola: 5 Kasut Bola Sepak Yang Wajib Beli Di Malaysia

Khas Untuk Kaki Bola: 5 Kasut Bola Sepak Yang Wajib Beli Di Malaysia
Gaya hidup


Tidak kira apa kedudukan yang anda di dalam pasukan, prestasi anda pasti akan terganggu jika tiada ‘kit’ paling penting iaitu but atau kasut bola sepak. Memakai but bola sepak yang betul dan berkualiti membantu meningkatkan tahap kemahiran, kepantasan, kuasa dan keyakinan untuk menembusi pertahanan dan merembat gol ke dalam jaring.

Tetapi memilih kasut bola sepak yang betul bukanlah tugas yang mudah. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah soal fleksibiliti kasut, keselesaan, perlindungan, kestabilan dan cengkaman yang betul. Match pun dah nak dekat, masih keliru nak beli but yang mana? Jom lihat senarai ini.

Adidas X CRAZYFAST INJECTION.3 FIRM GROUND BOOTS

Adidas X CRAZYFAST INJECTION.3 FIRM GROUND BOOTS
Jenama yang sangat terkenal dalam bidang sukan terutama sekali bola sepak, Adidas mempunyai banyak model-model kasut bola sepak yang ikonik dan terkenal. Salah satunya model Adidas X Crazyfast Injection 3 Firm Ground Boots ini. Ia adalah kasut bola sepak bercorak chevron yang berkualiti tinggi direka khas untuk permukaan tanah yang keras. Menjanjikan prestasi kelajuan yang sangat baik, daya cengkamannya yang sangat kukuh serta kestabilan yang tinggi dan ringan menjadikan ianya bertindakbalas dengan baik terhadap gerakan pantas serta perubahan arah secara mengejut di atas padang. Reka bentuk dan gaya kasut ini direka dengan teliti untuk memberi fungsi dan daya tarikan yang estetik. Selain itu, faktor keselesaan dan sokongan kaki turut diberi keutamaan untuk memastikan pemain boleh bermain dengan selesa tanpa risiko kecederaan. Kasut ini boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik.

Kelebihan Adidas X CRAZYFAST INJECTION.3 FIRM GROUND BOOTS:

  • Prestasi yang luar biasa, daya cengkaman dan kestabilan yang kukuh.
  • Keselesaan dan sokongan kaki dijadikan keutamaan dalam mereka bentuk kasut ini.
  • Kasut tahan lama walaupun dengan penggunaan yang kerap dan lasak

Kekurangan Adidas X CRAZYFAST INJECTION.3 FIRM GROUND BOOTS:

  • Kurang sesuai untuk dipakai ketika bermain di permukaan tanah yang lembab dan padang sintetik

Spesifikasi Adidas X CRAZYFAST INJECTION.3 FIRM GROUND BOOTS:

Jenama: Adidas
Berat: 189g
Harga: RM 379.00

Nike Premier 3

Nike Premier 3
Nike Premier 3 adalah sebuah kasut bola sepak berkualiti tinggi yang direka untuk pemain yang mencari keselesaan, gaya, dan prestasi di padang. Kasut ini terkenal dengan kemasan potongan dan rasa yang luar biasa apabila dipakai, membolehkan pemain untuk bergerak dengan yakin pada saat-saat penting dalam permainan. Dengan reka bentuk klasik Nike yang sentiasa menjadi kegilaan, Nike Premier 3 menawarkan gabungan teknologi moden dan tradisional. Kasut ini menampilkan material bahagian atas kulit kangaru yang lembut, lentur, dan kalis air, menjadikan kawalan bola pemain menjadi sangat baik. Selain itu, studs berbentuk kon pada tapak kasut ini pula memberikan lebih kestabilan dan daya cengkaman pada permukaan rumput kering, menjadikannya ianya pilihan yang tepat untuk pemain bola sepak yang bermain di tanah yang kukuh dan kering. Secara keseluruhannya, Nike Premier 3 adalah pilihan yang boleh dipercayai dan sangat sesuai buat mereka yang sukakan kasut dengan reka bentuk klasik tetapi digabungkan dengan ciri-ciri prestasi moden.

Kelebihan Nike Premier 3:

  • Cengkaman studs pada permukaan tanah yang kuat
  • Sesuai untuk kaki lebar
  • Material kulit kangaru yang lembut dan kalis air
  • Reka bentuk klasik

Kekurangan Nike Premier 3:

  • Kurang ketahanan

Spesifikasi Nike Premier 3:

Jenama: Nike
Berat: 243g
Harga: RM 479.00

Mizuno MORELIA NEO IV JAPAN

Mizuno MORELIA NEO IV JAPAN
Mizuno adalah sebuah jenama pakaian sukan keluaran negara Jepun. Ia juga turut menawarkan deretan kasut-kasut bola sepak yang tidak kurang hebatnya. Mizuno Morelia Neo IV Japan telah mendominasi pasaran bola sepak Jepun sejak dilancarkan pada tahun 2011. Kasut bola sepak ini menawarkan pelbagai ciri-ciri inovatif yang memfokuskan pada prestasi dan keselesaan pemain. Beberapa ciri utama yang terdapat pada kasut ini ialah bahagian atas berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kulit kangaru nipis dari Jepun, memberikan sentuhan yang cemerlang pada bola dan mengurangkan berat kasut. Selain itu, hujung depan dan bahagian tengah kasut ini dihubungkan dengan mesh yang selesa, memberikan cengkaman kepada kaki yang unik dan rasa ringan semasa berlari. Bentuk tapak yang bulat juga disesuaikan dengan bentuk kaki untuk keselesaan tambahan. Dengan gabungan ciri-ciri ini, Mizuno MORELIA NEO IV JAPAN dianggap sebagai pilihan yang popular di kalangan pemain bola sepak yang mencari prestasi dan keselesaan yang tinggi.

Kelebihan Mizuno MORELIA NEO IV JAPAN:

  • Kulit kangaru berkualiti tinggi
  • Reka bentuk ergonomik
  • Bentuk tapak yang bulat
  • Sistem Pembalut Adaptif Klasik

Kekurangan Mizuno MORELIA NEO IV JAPAN:

  • Harga mahal
  • Model edisi terhad, sukar didapati

Spesifikasi Mizuno MORELIA NEO IV JAPAN:

Jenama: Mizuno
Berat: 180g
Harga: RM 400 – 1300

Puma Ultra Play TT

Puma Ultra Play TT
Kasut bola sepak latihan ULTRA PLAY dari PUMA direka khas untuk kegunaan di padang jenis turf. Dengan penampilan menarik melalui warna-warna yang terang, kasut ini mempunyai PUMA Formstrip yang ikonik di sisi lateral dan butiran cetakan pada bahagian atas. Ia juga didatangkan dengan dengan tapak yang mempunyai lebih banyak studs bagi memastikan daya cengkaman yang sangat baik di permukaan turf. Reka bentuk lidahnya direka untuk ukuran kaki yang pelbagai bagi memberikan rasa cengkaman yang selesa. Ciri-ciri utama pada kasut ini ialah bahagian atas bermaterialkan kulit PU dengan cetakan deboss, melambangkan gabungan kekuatan dan gaya. Logo PUMA di lidah pula menyerlahkan identiti jenama. Secara keseluruhan, kasut bola sepak latihan turf ULTRA PLAY dari PUMA ini sangat ringan, tahan lama, dan mempunyai reka bentuk yang bergaya.

Kelebihan Puma Ultra Play TT:

  • Tahan lasak
  • Ringan
  • Warna-warna menarik
  • Puma Formstrip ikonik
  • Harga murah dan mampu milik

Kekurangan Puma Ultra Play TT:

  • Sesuai digunakan untuk padang jenis turf sahaja

Spesifikasi Puma Ultra Play TT:

Jenama: Puma
Berat: 160g
Harga: RM 105 – 275

Under Armour Men’s UA Shadow Pro FG Soccer Cleats

Under Armour Men's UA Shadow Pro FG Soccer Cleats
Apabila kelajuan dan kecekapan digabungkan, sukar untuk menghentikan momentum pemain. Under Armour Men’s Shadow Pro FG direka untuk menjadi kasut bola sepak yang sangat responsif terhadap perubahan corak permainan dan arah. Kategori FG pada kasut ini menunjukkan kasut ini dikhaskan untuk kegunaan pada tanah yang kukuh dengan rumput semulajadi. Bahagian atas kasut ini menggunakan teknologi tenunan yang memberikan rasa seakan-akan kulit kedua kerana material ini sangat ringan dan mencengkam, sepadan dengan pemakaian stokin di sekitar kaki. Filem TPU pada bahagian atas pula meningkatkan ketahanan dan material mikrofiber pula memberikan kemasan yang tersusun. Untuk keselesaan maksimum, bahagian tapak kaki kasut bola sepak ini didatangkan dengan teknologi Charged Cushioning yang mampu menyerap impak dan menukarkannya kepada kecepatan yang responsif.

Kelebihan Under Armour Men’s UA Shadow Pro FG Soccer Cleats:

  • Ringan
  • Cengkaman yang bagus
  • Teknologi tenunan dengan rasa seakan-akan kulit
  • Cushioning yang sangat selesa

Kekurangan Under Armour Men’s UA Shadow Pro FG Soccer Cleats:

  • Harga agak mahal

Spesifikasi Under Armour Men’s UA Shadow Pro FG Soccer Cleats:

Jenama: Under Armour
Berat: 243g
Harga: RM 899

Dalam membuat keputusan untuk memilih kasut bola sepak, terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan untuk memastikan kasut yang dipilih sesuai dengan anda. Anda perlu tahu jenis-jenis kasut mengikut keadaan padang samada rumput asli ataupun sintetik. Pemilihan material kasut juga penting. Kulit asli atau sintetik mempunyai kelainan dari segi ketahanan dan keselesaan.

Dari segi pemilihan studs, adalah amat penting untuk menyesuaikan corak studs mengikut jenis padang permainan. Misalnya, studs yang lebih panjang biasanya sesuai untuk padang rumput asli, manakal studs yang pendek dan padat sesuai digunakan untuk padang turf. Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda dapat membuat keputusan yang berinformasi dan memilih kasut bola sepak yang sesuai dengan keperluan permainan dan keselesaan peribadi anda.

Seeloknya anda perlu memilih kasut yang sesuai dengan ukuran dan bentuk kaki anda. Setiap jenama dan model mungkin mempunyai reka bentuk yang berbeza, jadi pastikan keselesaan dan kemasan yang sesuai menjadi keutamaan dalam memilih kasut bola sepak.



Related posts