Rasa Sajian Baharu: Ini 10 Kafe Sekitar KL & PJ, Port ‘Hangout’ Terkini Wajib Singgah

Rasa Sajian Baharu: Ini 10 Kafe Sekitar KL & PJ, Port ‘Hangout’ Terkini Wajib Singgah
Gaya hidup


Bersedia untuk berehat sambil menikmati haruma aroma kopi dan pastri yang menyelerakan di kafe baharu terbaik untuk diterokai. Kafe merupakan ‘port hangout’ atau tempat bagi pengunjung meluangkan masa dan makan dengan tenang, malah turut menjadi lokasi untuk mengambil gambar terutamanya restoran yang mempunyai dekorasi unik serta menarik. Hari ini terdapat banyak kafe terkini yang tumbuh bagai cendawan khas untuk kalian yang tercari-cari lokasi ideal untuk bersantai sambil menikmati rasa sajian baharu.

Di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sendiri terdapat pelbagai kafe yang boleh anda singgah bukan sahaja bagi menikmati makanan dan minuman yang enak tetapi bersantai dan berehat untuk menghilangkan lelah. Malah, akses untuk kebanyakkan kafe-kafe ini untuk dikunjungi juga sangat mudah jika ingin menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti MRT atau LRT. Destinasi sekitar ini sememangnya terkenal dengan kafe-kafe hipster atau Instagrammable yang dipenuhi pelbagai tema menarik dan unik wajib singgah termasuk MUJI Cafe, One Utama, Optimist Coffee, Lumi Cafe, KLCC, The Lemon Tree, Burrow KL, Sunyay Bakehouse, Drip Drip Cafe, Kenny Hills Coffee, Flint Coffee & Roastery, dan Blackbixon Café.

MUJI Cafe, One Utama

MUJI Cafe, One Utama
MUJI bukan sekadar nama jenama premis kelengkapan dan peralatan rumah, muji sendiri berasal dari bahasa Jepun iaitu ‘mujirushi’ bermaksud barangan tanpa jenama. Di Malaysia, outlet jenama MUJI terdapat di beberapa lokasi Lembah Klang namun lokasi terbaru di One Utama ada tarikan tersendiri. MUJI One Utama memiliki kawasan dua tingkat yang luas merupakan antara yang terbesar di negara kita. Paling istimewa, terdapat ruang khas untuk menjamu selera atau menghilangkan dahaga iaitu MUJI Cafe.

MUJI Cafe, One Utama2
MUJI Cafe lokasi ideal untuk berehat seketika setelah membeli-belah atau bersantai bersama teman-teman. Aspek utama dalam dekorasi gaya MUJI Cafe adalah reka bentuk ruang yang bersih dan kemas, perabot berkualiti dan direka dengan praktikal. MUJI Cafe memilik ruang lapang serta sentuhan minimalis menyediakan beberapa sajian pastri dan kopi yang lazat. Anda juga boleh mencuba beberapa pastri dibuat segar setiap hari seperti croissant (RM9) dan kek (RM15). dan tart. Pelbagai pek minuman segera juga ada dijual disini seperti Instant Roasted Green Tea Latte (RM20.90), dan minuman botol antara yang menjadi pilihan ramai iaitu Cafe Latte (RM8.90), Caffeine-Free Corn Tea (RM6.90), Caffeine-Free Rooibos & Black Soybeans Tea (RM6.90), Apple Oolong Tea (RM6.90), Soda Mikan (RM8.90), Soda Grape (RM8.90), dan Coixseed & Lemongrass Tea (RM6.90).

Kelebihan MUJI Cafe, One Utama:

  • Pastri segar setiap hari
  • Ruang makan bersih dan selesa
  • Semua minuman bawah RM10
  • Lokasi mudah diakses dengan kemudahan MRT (Stesen Bandar Utama)

Kekurangan MUJI Cafe, One Utama:

  • Kaunter skala mini. Pelanggan beratur panjang

Spesifikasi MUJI Cafe, One Utama:

Info: https://www.muji.com/my/products/list/Foods+Drink
https://www.facebook.com/MujiMalaysia
Masa Operasi: Buka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam
Lokasi: G135 & F136, Ground Floor & First floor, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 03-7710 8188

Optimist Coffee, Bukit Bintang

Optimist Coffee, Bukit Bintang
Optimist Coffee merupakan kafe yang ‘sangat dekat’ dengan penduduk kota memulakan hari baharu setiap pagi hari sehingga petang. Kiosk kecil terletak berhampiran pusat membeli-belah Lot 10 dan satu lagi cawangan berhadapan laluan pintu masuk luar stesen LRT Ampang Park memudahkan pelanggan untuk singgah mendapatkan secawan kopi hangat sebelum tiba di tempat kerja. Setiap bancuhan kopi hasil barista berpengalaman Optimist Coffee menggunakan biji kopi premium yang terpilih menghasilkan aroma yang menyenangkan peminat kopi.
Optimist Coffee boleh dikatakan satu destinasi pertemuan yang mudah untuk bersantai bersama teman atau hanya berseorang sambil menikmati minuman dan pastri. Mula beroperasi sejak 9 tahun lalu, kewujudan Optimist Coffee secara tidak langsung memberikan aura positif kepada pelanggannya dengan mesej harian di setiap cawan kopi atau papan iklannya membawa senyuman pada setiap wajah dan seluruh kawasan kejiranan. Selain minuman dan makanan sampingan, Optimist Coffee juga ada menjual produk sampingan signature jenama mereka seperti baju T, topi, cawan, tumbler, rantai kunci dan biji kopi istimewa.

Kelebihan Optimist Coffee, Bukit Bintang:

  • Khas buat penjalan kaki. Lokasi strategi dan mudah untuk singgah
  • Menggunakan biji kopi premium
  • Ada pelbagai pilihan minuman kopi panas atau sejuk
  • Boleh diakses dengan kemudahan Monorel (Bukit Bintang)

Kekurangan Optimist Coffee, Bukit Bintang:

  • Tiada kawasan parkir
  • Kemudahan meja dan kerusi terhad

Spesifikasi Optimist Coffee, Bukit Bintang:

Info: https://theoptimist.co/
https://www.instagram.com/optimistcoffee/
Masa Operasi: Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang
Lokasi: SE1 Side Entrance Facing Jalan Bukit Bintang Lot 10, Shopping Centre, 50, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Hubungi: 012-451 2895

LUMI Cafe, KLCC

LUMI Cafe, KLCC
Terletak berhadapan dengan kawasan taman KLCC, LUMI Cafe merupakan kafe butik dan salun kecantikan dengan kerjasama jenama Cocodry dan Lumi Beauty. LUMI Cafe bertemakan gaya hidup dengan dekorasi warna pastel kuning dan merah jambu yang menarik perhatian keseluruhan kafe. Pelanggan LUMI Cafe boleh memilih samada untuk duduk di kawasan terbuka dengan pemandangan menara ikonik KLCC atau ruang dalaman berhawa dingin, masing-masing dengan dekorasi tersendiri.
LUMI Cafe, KLCC2
Beberapa produk terlaris jenama kecantikan ini turut dipamerkan sebagai ‘iklan’, jika ada pelanggan yang berminat boleh mendapatkan produk ini boleh terus bertanya pada staf yang bertugas. Atau pelanggan juga boleh terus membuat pembelian di ‘vending machine’ yang diletakkan di beberapa sudut strategi berdekatan LUMI Cafe. Paling menarik, sebuah trak vintaj mewah yang terletak di tengah-tengah LUMI Cafe menyediakan menu hidangan ‘sihat’ yang lazat seperti kek dan pastri, juga minuman istimewa iaitu jus dan kopi yang baik untuk kesihatan.

Kelebihan LUMI Cafe, KLCC:

  • View ‘mahal’ KLCC
  • Menu dan minuman berkonsep ‘sihat’ dan baik untuk kesihatan
  • Trak kuning sebagai kaunter pesanan yang istimewa
  • Pembelian produk Lumi Beauty boleh dapatkan di ‘vending machine’ istimewa

Kekurangan LUMI Cafe, KLCC:

  • Pilihan menu makanan dan minuman tidak banyak

Spesifikasi LUMI Cafe, KLCC:

Info: https://www.instagram.com/mylumicafe/
https://www.facebook.com/mylumicafekl/
Masa Operasi: Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang
Lokasi: 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur
Hubungi: hello@mylumibeauty.com

The Lemon Tree, Menara Lien Hoe

The Lemon Tree, Menara Lien Hoe
The Lemon Tree, dengar namanya sahaja sudah boleh membayangkan, kafe ini pasti dipenuhi dengan buah sitrus tersebut sebagai dekorasinya. Seperti diduga, melangkah sahaja ke pintu hadapan The Lemon Tree terletak di Menara Lien Hoe, pengunjung bakal disambut dek perincian estetika bahagian dalaman kafe yang bertemakan warna lemon iaitu kuning yang menyegarkan. The Lemon Tree ialah sebuah kafe baharu menjadi tarikan utama bukan sahaja kerana dekorasinya juga makanan yang sangat enak dan unik.
The Lemon Tree, Menara Lien Hoe2
Seluas 1700 kaki, The Lemon Tree diilhamkan dari pokok limau itu sendiri, inspirasi era Victoria dengan tingkap kaca tinggi, dan siling kubah membolehkan pengunjung menikmati cahaya matahari semula jadi sambil bersantai menjamu selera. Cahaya matahari yang masuk di segenap ruang dalam kafe ini membantu anda untuk merakam gambar kenang-kenangan dengan begitu cantik. Di sini menawarkan pelbagai jenis pastri artisanal segar termasuk Croissant, Mille Feuille dan kopi istimewa, minuman seperti Piccolo Latte.

Kelebihan The Lemon Tree, Menara Lien Hoe:

  • Pastri segar setiap hari
  • Dekorasi gaya era Victoria
  • Lokasi Instagrammable dan Tiktoker
  • Boleh diakses dengan kemudahan LRT (Stesen Tropicana-JS04)
  • Menu mesra Muslim (pork-free)

Kekurangan The Lemon Tree, Menara Lien Hoe:

  • Tiada servis penghantaran makanan

Spesifikasi The Lemon Tree, Menara Lien Hoe:

Info: https://www.instagram.com/thelemontree.my/
https://www.facebook.com/thelemontree.my/?locale=ms_MY
Masa Operasi: Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang
Lokasi: Ground Floor, Menara Lien Hoe, 8, Persiaran Tropicana, Tropicana, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 011-5763 0433

Burrow KL, Bangsar Shopping Centre

Burrow KL, Bangsar Shopping Centre
Jika ingin lepak santai di pusat membeli belah seperti Bangsar Shopping Centre, masa dan waktu operasi sangat memuaskan. Ini kerana, selalunya premis makan di pusat membeli belah akan beroperasi setiap hari dan di buka dari pagi hingga malam. Jadi tidak menjadi halangan untuk anda datang menjamu selera bila-bila masa sahaja seperti di Burrow KL.
Burrow KL, Bangsar Shopping Centre2
Merupakan antara kafe terbaharu, Burrow KL menjadi lokasi terkini penduduk kota kunjungi untuk dapatkan pelbagai menu pastri istimewa seperti French canelés dan kopi lazat. Set Combi Canelé 9 dijual pada harga RM79 bagi setiap kotak dicadangkan untuk dicuba bersama Hot White Latte berharga RM9. Tidak ketinggalan hidangan lain wajib dipesan di Burrow KL seperti Kek Lobak Merah, Roti Limau Raspberi, Brownies, Cocoa-Nut, Espresso Ganache, Matcha, Maple Pecan dan Lucky Marmalade. Dekorasi minimalis, dengan sentuhan hijau dan cahaya semulajadi dari luar, menyaksikan Burrow KL sebuah kafe untuk bersantai terbaik untuk dikunjungi hari ini.

Kelebihan Burrow KL, Bangsar Shopping Centre:

  • Menu istimewa wajib cuba French canelés
  • Beroperasi setiap hari dari pagi
  • Kafe mempunyai bau aroma ‘sedap’ tersendiri
  • Dekorasi hijau yang tenang untuk bersantai

Kekurangan Burrow KL, Bangsar Shopping Centre:

  • Tempat duduk agak limit pada waktu puncak

Spesifikasi Burrow KL, Bangsar Shopping Centre:

Info: https://www.instagram.com/burrow.kl/
https://www.facebook.com/burrow.kl/
Masa Operasi: Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 petang
Lokasi: LOT GK12, Ground Floor, Bangsar Shopping Centre, 59000 Kuala Lumpur
Hubungi: 03-2011 1221

Sunyay Bakehouse, Empire Damansara

Sunyay Bakehouse, Empire Damansara
Terletak di Empire Damansara, Sunyay Bakehouse satu lagi port lepak ‘hidden gem’ terkini untuk peminat pastri dan kopi untuk mencuba rasa sajian baharu. Melangkah masuk ke Sunyay Bakehouse, anda akan disambut dengan aroma bau pastri yang memikat dengan suasana dekorasi selesa. Kafe ini tempat yang ideal untuk berehat dan menikmati hidangan yang menarik bersama orang tersayang sama ada percutian hujung minggu atau pertemuan santai hari minggu.
Sunyay Bakehouse, Empire Damansara2
Dihiasi dengan konsep dalaman moden kontemporari, Sunyay Bakehouse adalah syurga bagi penggemar roti dan pastri khusus dalam pelbagai jenis roti gebu, pastri Denmark yang bermentega, kek manis serta petit gâteau yang halus. Sunyay Bakehouse turut menawarkan hidangan panas berinspirasikan Jepun seperti Unagi Don, Pasta Krim Wafu, Spaghetti Napolitan, Burger Bagel Ayam Teriyaki, Nasi Goreng Katsu dan Yang paling istimewa ialah Daifuku Anko Danish (RM14), diinspirasikan oleh wagashi Jepun, Daifuku. Setiap gigitan akan membawa anda ke dunia yang penuh dengan keseronokan.

Kelebihan Sunyay Bakehouse, Empire Damansara:

  • Lokasi hidden gem dan bergambar terbaharu (photo-worthy)
  • Dekorasi mini kafe yang sempurna untuk bersantai
  • Selain pastri, ada menu makanan Jepun
  • Bau aroma kafe yang menyenangkan

Kekurangan Sunyay Bakehouse, Empire Damansara:

  • Tempat duduk terhad

Spesifikasi Sunyay Bakehouse, Empire Damansara:

Info: https://www.facebook.com/lushcafe.my/?locale=ms_MY
https://www.instagram.com/sunyay.my/
Masa Operasi: Buka setiap Rabu hingga Isnin dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Selasa Tutup
Lokasi: First Floor, Empire Damansara, 111, Jalan PJU 8/8A, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 012-520 3180

Drip Drip Cafe, Bangsar

Drip Drip Cafe, Bangsar
Drip Drip Cafe, kafe terbaharu di Kuala Lumpur terletak di Bangsar dengan suasana yang menenangkan melalui deko simbolik unsur air dan cahaya. Drip Drip Cafe beroperasi April 2023 lalu, menggabungkan semua keinginan dalam satu ruang yang harmoni melalui sajian makanan dan tempat menjamu selera.
Drip Drip Cafe, Bangsar2
Duduk bersantai sambil minum kopi atau matcha Niko Neko yang dibuat dengan teliti, menghayati menu signature lazat seperti Tropical Jackfruit Choux, Sando (Sandwic/Roti Susu Jepun), Kek Tembikai, croissant dan Red Bean Mochi. Jika masih tidak kenyang, anda boleh memesan pilihan pasta panas yang dimasak oleh chef berkemahiran. Berada di tingkat dua, Drip Drip Cafe sesuai untuk individu yang gemarkan suasana tenang untuk menghayati persekitaran, sambil ditemani muzik lembut yang santai.

Kelebihan Drip Drip Cafe, Bangsar:

  • Destinasi ideal sarapan pagi dan makan tengah hari
  • Pastri buatan tangan
  • Kafe yang tenang dengan persekitaran selesa
  • Ruang photo-worthy pelbagai
  • Sajian menu berbeza dengan premis pastri lain

Kekurangan Drip Drip Cafe, Bangsar:

  • Tidak mesra kerusi roda atau stroller (Perlu guna tangga)

Spesifikasi Drip Drip Cafe, Bangsar:

Info: https://www.instagram.com/dripdrip.bangsar/
Masa Operasi: Buka setiap Rabu hingga Isnin dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Selasa tutup
Lokasi: 32-2, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hubungi: 012-522 9717

Kenny Hills Coffee, 163 Retail Park

Kenny Hills Coffee, 163 Retail Park
Kenny Hills jenama pastri tidak asing lagi di Malaysia milik anak tempatan. Kini membuka sebuah lagi premis di bawah jenamanya iaitu Kenny Hills Coffee terletak di 163 Retail Park, Mont Kiara. Pusat membeli belah di sini terdapat banyak premis kafe menarik namun paling mendapat perhatian adalah Kenny Hills Coffee. Sama seperti outlet Kenny Hills yang lain, Kenny Hills Coffee masih menyajikan menu yang sama dan rasa yang konsisten tetapi lebih fokus kepada minuman kopi pelbagai jenama.
Kenny Hills Coffee, 163 Retail Park2
Kenny Hills Coffee mempunyai konsep terbuka dengan gabungan trattoria moden memberi keselesaan kepada semua pengunjung untuk menjamu selera dengan pengudaraan yang baik. Kenny Hills Coffee diwujudkan untuk menyatukan orang ramai melalui kopi dengan mencipta ruang yang menawarkan pengalaman yang diimpikan oleh peminum kopi. Menggunakan hanya biji kopi premium terpilih bertaraf dunia, barista di Kenny Hills Coffee juga adalah terlatih dan mahir menggunakan mesin espresso Slayer. Pelanggan boleh memilih untuk duduk di hadapan barista, untuk melihat sendiri setiap kopi yang dihasilkan dengan lebih dekat. Jangan lupa untuk memesan Peach Strudel, pastri signature di sini sebagai hidangan sampingan.

Kelebihan Kenny Hills Coffee, 163 Retail Park:

  • Fokus kepada minuman kopi
  • Biji kopi premium terpilih bertaraf dunia
  • Makanan sampingan rasa konsisten sama seperti outlet lain
  • Ada pilihan kawasan tertutup dan terbuka dengan pengudaraan yang baik

Kekurangan Kenny Hills Coffee, 163 Retail Park:

  • Ruang atas tidak mesra kerusi roda atau stroller (Perlu guna tangga)

Spesifikasi Kenny Hills Coffee, 163 Retail Park:

Info: https://www.kennyhillscoffee.com/
https://www.instagram.com/kennyhillscoffee/
Masa Operasi: Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam
Lokasi: GFK-01 163 Retail Park, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Hubungi: 03-62112226

Flint Coffee & Roastery, The Curve

Flint Coffee & Roastery, The Curve
The Curve menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan pelbagai barangan sambil meluangkan masa bersama teman, ahli keluarga atau yang tersayang. DI sini ada menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjamu selera semuanya di bawah satu bumbung seperti kafe terkini iaitu Flint Coffee & Roastery. Jika tekak teringin minuman kopi dan makanan lazat, di Flint Coffee & Roastery pastinya dapat menunaikan permintaan anda.
Flint Coffee & Roastery, The Curve2
Lebih memudahkan, suasana persekitaran Flint Coffee & Roastery sangat selesa dengan penyaman udara di pasang sentiasa dan tempat parkir yang banyak. Dengan reka dalaman moden dan minimalis menampilkan tiga bahagian berbeza, Flint Coffee & Roastery sempurna untuk bersantai bersama teman dan keluarga untuk hidangan pagi hingga malam. Flint Coffee & Roastery satu-satunya premis di Lembah Klang yang menghidangkan Ravioli dan Roulade seawal jam 8 pagi. Flint Coffee & Roastery juga tersedia untuk menerima sebarang tempahan untuk majlis dalam skala kecil hingga sederhana di premis mereka.

Kelebihan Flint Coffee & Roastery, The Curve:

  • Dekorasi dalaman yang menarik
  • Hidangan Ravioli dan Roulade seawal jam 8 pagi
  • Menerima tempahan untuk majlis
  • Beroperasi setiap hari seawal pagi hingga malam
  • Parkir mudah dan banyak

Kekurangan Flint Coffee & Roastery, The Curve:

  • Kurang privasi. Susun atur meja dan kerusi agak dekat dengan pelanggan bersebelahan

Spesifikasi Flint Coffee & Roastery, The Curve:

Info: https://www.instagram.com/flint.kl/
Masa Operasi: Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam
Lokasi: G 41A – G 43, The Curve, 6, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 011-1314107

BlackBixon Café, Jalan Imbi

BlackBixon Café, Jalan Imbi
BlackBixon Café memiliki pemandangan langit Kuala Lumpur yang menakjubkan terletak di rumah banglo tiga tingkat di Jalan Imbi. Port lepak warga kota ini sememangnya menarik untuk dijadikan lokasi untuk sebarang majlis keraian atau tempat makan solo juga berteman. Dengan berkeluasan keseluruhan 5,993 kaki persegi, BlackBixon Café mampu memuatkan 200 orang dalam satu-satu masa di kawasan tertutup atau ruang terbuka. Memiliki pelbagai pilihan menu hidangan hebat hasil air tangan chef dan barista berpengalaman, BlackBixon Café membawa konsep ‘café@home @office @anywhere’ membawa kepada pelanggan kemudahan menikmati secawan kopi di mana-mana sahaja.
BlackBixon Café, Jalan Imbi2
Dengan harga kopi serendah RM2.50, setiap minuman disini disediakan menggunakan biji kopi istimewa BlackBixon iaitu biji arabika premium khas dari ladang-ladang kopi yang terbaik di Rwanda dan Brazil. Untuk menu utama di BlackBixon Café, hidangan yang mendapat pilihan tertinggi seperti Burger Lembu Sanggul Arang, Lamb Schnitzel, Pasta Ketam Cangkang Lembut Cili dan Dakwat Sotong Hitam Truffle Carbonara, manakala minuman istimewa termasuk Charcoal Latte dan Monokrom. Untuk sajian berasas daging, di BlackBixon Café hanya menghidangkan daging halal yang segar dan terpilih. Jangan lupa juga untuk mencuba pelbagai hidangan pasti dan pencuci mulut yang menyelerakan.

Kelebihan BlackBixon Café, Jalan Imbi:

  • Secawan kopi bermula dengan harga RM2.50
  • Kawasan luas memuatkan 200 pelanggan
  • Dekorasi sesuai untuk Instagramable dan Tiktoker (photo-worthy)
  • Lokasi mudah diakses dengan kemudahan MRT (Stesen Tun Razak Exchange)

Kekurangan BlackBixon Café, Jalan Imbi:

  • Kawasan parkir terhad

Spesifikasi BlackBixon Café, Jalan Imbi:

Info: https://www.blackbixoncafe.com/
https://www.instagram.com/blackbixoncafe/
Masa Operasi: Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam
Lokasi: 17 Jalan Inai, Off, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Hubungi: 017-395 0321

Trend warga ibu kota hari ini ialah mengunjungi kafe yang mempunyai dekorasi unik dan menarik untuk meluangkan masa dengan teman serta keluarga tersayang. Pusing-pusing sahaja sekitar bandar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, anda pasti jumpa lokasi kafe menarik untuk singgah minum kopi atau menjamu selera. Paling istimewa lokasi yang dicadangkan seperti di atas ada yang photo-worthy tau! Paling best dapat ambil gambar cantik-cantik dan semestinya menawarkan juadah dan menu yang lazat dan sedap setanding lokasinya yang unik.

Cuba masukkan beberapa destinasi kafe terkini ini sebagai port singgah lepas kerja atau hujung minggu untuk menjamu selera atau sekadar ‘lepak’ santai. Hujung minggu atau waktu selepas berkerja adalah hari untuk diri sendiri atau bersama keluarga dan teman-teman. Tinggalkan seketika kerja yang tidak pernah habis, dan bawa diri anda keluar seketika sambil rehatkan minda.



Related posts