5 Pilihan Klinik Veterinar Terbaik Di Lembah Klang
Kini semakin banyak pusat perubatan veterinar atau klinik haiwan beroperasi menawarkan perkhidmatan bagi mereka yang mahukan rawatan terbaik untuk haiwan peliharaan masing-masing. Ramai yang suka memelihara haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing akan tetapi kajian yang dilakukan menunjukkan angka mengejutkan berhubung tahap penjagaan haiwan ini oleh pemilik. Kajian menunjukkan 40 peratus pemilik haiwan peliharaan di negara ini tidak pernah membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa doktor haiwan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.
Membawa haiwan peliharaan ke klinik veterina adalah sangat penting dalam memastikan ia berada dalam keadaan sihat dan dapat menjalani kehidupan sempurna. Bukan sewaktu haiwan ini mengalami masalah kesihatan atau ketika tercedera sahaja. Sebagai pemilik, biasakan diri melakukan kunjungan ke Klinik Veterinar secara berkala. Tujuan ini sebenarnya dapat memberikan pengalaman lebih menyenangkan bukan sahaja kepada haiwan peliharaan, juga pemilik pada lawatan susulan seterusnya. Antara lima pilihan klinik veterinary terbaik yang ada di Lembah Klang adalah seperti berikut.
Animal Medical Center (AMC)
Animal Medical Center (AMC), dahulunya merupakan klinik veterinar biasa yang sudah beroperasi sejak tahun 1972. Hari ini Animal Medical Center (AMC) berkembang menjadi sebuah hospital haiwan untuk kes kecemasan juga kritikal. Paling menarik Animal Medical Center (AMC) merupakan hospital haiwan yang dibuka 24 jam setiap hari untuk menerima segala masalah berkaitan haiwan atau untuk pemeriksaan berkala. Animal Medical Center (AMC), satu-satunya hospital veterinar swasta yang telah mendapat akreditasi sepenuhnya. Animal Medical Center (AMC) disokong oleh pasukan perunding profesional dan berpengalaman dalam pelbagai disiplin samada doktor haiwan, jururawat, ahli fisioterapi dan kakitangan sokongan. Animal Medical Center (AMC), menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk haiwan peliharaan tersayang kalian termasuk perkhidmatan kecemasan, penjagaan kesihatan, pembedahan serta dalam bidang oftalmologi, kardiologi,dermatologi dan ortopedik. Di sini dilengkapi dengan makmal, unit radiologi, farmasi dan menyediakan khidmat kaunseling.
Kelebihan produk :
- Luas dan selesa
- Klinik bersih
- Doktor haiwan profesional dan berpengalaman
- Dibuka 24 jam
Kekurangan produk:`
- Rujukan dan perundingan adalah melalui temu janji sahaja kecuali kes kecemasan
Spesifikasi produk
Hubungi: | https://animalhospital.com.my/ |
---|---|
Alamat: | Wisma Medivet, 8, Jalan Kampar, Sentul Selatan, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari 24 jam |
Haiwan: | Pelbagai kecuali haiwan eksotik |
VPAC – Vets for Pets Animal Clinic
Bagi yang menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, VPAC – Vets for Pets Animal Clinic merupakan klinik veterinar terbaik untuk ‘si bulus’ anda. VPAC – Vets for Pets Animal Clinic pernah diiktiraf sebagai ‘Klinik Mesra Kucing’ oleh Persatuan Perubatan Kucing Antarabangsa. Perkhidmatan di VPAC – Vets for Pets Animal Clinic merangkumi pemeriksaan berkala, perubatan, pembedahan, vaksinasi, pergigian, kembiri dan cip mikro. Terdapat 14 orang doktor haiwan terlatih sentiasa bersiap sedia untuk memeriksa kesihatan kucing kesayangan kalian. Mereka juga mempunyai kepakaran menjalankan prosedur diagnostik asas, pembedahan dan keperluan khas lain. Di VPAC – Vets for Pets Animal Clinic menawarkan beberapa kemudahan seperti dewan pembedahan, mesin x-ray, hotel kucing, ruang menunggu, farmasi dan pengawasan kamera litar tertutup setiap waktu.
Kelebihan produk :
- Dilesenkan untuk cip mikro
- Bertauliah sebagai ‘Klinik Mesra Kucing’
- Terdapat 14 orang doktor haiwan terlatih
- Ruang yang selesa dan bersih
Kekurangan produk:
- Kadar bayaran tinggi
- Lokasi parkir kereta terhad
Spesifikasi produk
Hubungi: | https://www.vpac.com.my/ |
---|---|
Alamat: | No. 49, Jalan Kuchai Lama, Taman Lian Hoe, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 10am ke 5pm |
Haiwan: | Kucing |
Gasing Veterinary Hospital
Gasing Veterinary Hospital merupakan salah satu hospital haiwan terkemuka dan popular bagi pemilih haiwan peliharaan di negeri Selangor. Gasing Veterinary Hospital menawarkan pelbagai jenis rawatan dan prosedur untuk haiwan peliharaan seperti perubatan kecemasan, pembedahan, radiologi, ultrasonografi, gema kardio, MRI, endoskopi, neurologi dan banyak lagi. Bagi menjamin tahap kebersihan dan prosuder kesihatan serta keselamatan, di Gasing Veterinary Hospital kemudahan yang disediakan sentiasa dibersihkan dan diselenggara dengan betul. Semua prosuder perubatan dan perundingan hanya dibenarkan melalui temu janji yang boleh diakses sama ada di laman web mereka atau menghubungi talian hotline Gasing Veterinary Hospital. Namun jika ada kes kecemasan, haiwan peliharaan kalian akan diutamakan terlebih dahulu. Di Gasing Veterinary Hospital juga ada menyediakan hotel penginapan untuk haiwan peliharaan samada untuk tujuan perubatan atau penjagaan sementara semasa pemilik berada di luar kawasan.
Kelebihan produk :
- Mengutamakan kes kecemasan
- Harga berpatutan
- Pelbagai pilihan rawatan
- Pelbagai peralatan makmal
Kekurangan produk:
- Tempat parkir kenderaan terhad
- Temujanji perlu tunggu lama
Spesifikasi produk
Hubungi: | http://www.gasingvet.com/ |
---|---|
Alamat: | 53 & 55, Jalan 5/58, Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 10am ke 6pm |
Haiwan: | Pelbagai |
Serv U Veterinary Clinic & Surgery
Serv U Veterinary Clinic & Surgery merupakan klinik veterinar disyorkan dan mendapat pelbagai ulasan positif mengenai khidmat yang diberikan. Serv U Veterinary Clinic & Surgery diiktiraf sebagai klinik yang sangat akomodatif oleh kebanyakkan pelanggan mereka. Serv U Veterinary Clinic & Surgery dibuka setiap hari dan memudahkan pemilik haiwan merancang waktu sesuai ke sini selain waktu kecemasan. Di Serv U Veterinary Clinic & Surgery tersedia ruang yang luas, selesa dan bersih selain memiliki kakitangan dan doktor haiwan yang mesra juga berpengalaman. Selain menawarkan khidmat yang cemerlang, Serv U Veterinary Clinic & Surgery menjadi pilihan ramai pemilik haiwan peliharaan kerana menawarkan bayaran rawatan dengan harga berpatutan. Selain menawarkan khidmat untuk merawat haiwan peliharaan, Serv U Veterinary Clinic & Surgery juga menyediakan kemudahan hotel haiwan, menjual kelengkapan dan produk makanan haiwan peliharaan yang berkualiti.
Kelebihan produk :
- Kakitangan serta doktor haiwan yang peramah dah berpengalaman
- Bayaran rawatan berpatutan
- Khidmat penginapan haiwan
- Ruang bersih dan selesa
Kekurangan produk:
- Waktu menunggu boleh menjadi lama pada waktu tertentu
Spesifikasi produk
Hubungi: | https://www.facebook.com/serv2uvetcare |
---|---|
Alamat: | 30-1, No.8, Jalan Anggerik Vanilla BE 31/BE, Seksyen 31, Kota Kemuning 40460 Shah Alam, Selangor, |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 10am ke 8pm |
Haiwan: | Kucing, anjing, arnab dan lain-lain |
Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM)
Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditubuhkan sejak 1975 menerima kunjungan pelbagai haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, burung, reptilia dan lain-lain untuk menerima rawatan atau pemeriksaan berkala. Di Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan prosedur rawatan, layanan, wad dan bilik bedah. Di sini juga tersedia unit rawatan rapi (ICU), wad kuarantin, khidmat endoskopi, sonografi, pembedahan jantung dan rawatan kanser. Kaunter depan Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) dibahagi kepada dua iaitu anjing dan kucing mengawal tekanan dan emosi haiwan setiap kali mendapatkan rawatan di situ. Setiap haiwan bermasalah di Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) dipanggil pesakit dan mereka perlu melalui saringan awal bagi mengenal pasti jenis penyakit, diet, aktiviti harian serta latar belakang kehidupannya. Setiap haiwan akan dirawat oleh doktor veterinar bertauliah dengan bantuan pelatih dan kerjasama pemilik haiwan. Bagi kes biasa, haiwan dibenarkan pulang dengan pemerhatian pemilik. Namun bagi kes kritikal atau separa kritikal, haiwan perlu dimasukkan ke wad untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.
Kelebihan produk :
- Dinobatkan sebagai hospital veterinar terbesar di Malaysia dan memiliki peralatan tercanggih di Asia Tenggara.
- Wad ICU boleh memuatkan 15 haiwan kritikal
- Terdapat enam bilik bedah dilengkapi peralatan terkini
- Menawarkan khidmat vaksinasi.
Kekurangan produk:
- Hanya melalui temujanji sahaja
Spesifikasi produk
Hubungi: | https://vet.upm.edu.my/hospital_veterinar-348 |
---|---|
Alamat: | Faculty Of Veterinary Medicine, 43400 UPM Serdang, Selangor |
Waktu Operasi: | Buka setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30am hingga 3.00pm. Sabtu, Ahad dan cuti umum tutup |
Haiwan: | Kucing, anjing, burung, arnab dan lain-lain |
Kunjungan secara berkala ke klinik veterinar bukan sahaja dapat membuka ruang komunikasi tetapi membolehkan doktor berkongsi informasi tentang penjagaan haiwan serta memupuk rasa tanggungjawab dalam diri pemilik. Sehubungan itu, banyak kes melaporkan bahawa kes penyakit berkaitan haiwan peliharaan kini semakin meningkat, apa yang lebih menyedihkan adalah sebahagian besar daripada penyakit yang dilaporkan boleh dicegah atau dikawal menerusi pemeriksaan veterinar berkala. Atas sebab itu penting membawa haiwan peliharaan berjumpa doktor haiwan bagi menangani masalah selain memberi fokus kepada pencegahan. Jangan tunggu haiwan peliharaan anda sudah sakit kronik baru hendak di bawa ke klinik veterinary. Ketika itu, peluang mungkin hanya separuh-separuh sahaja samada mampu pulih atau tiada peluang.
Pepatah ada menyebut, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ini termasuklah pengesanan awal serta mengurangkan risiko sekiranya haiwan kesayangan anda sakit. Ia sangat penting kerana bukan mudah sebenarnya mengesan tanda-tanda sekiranya haiwan peliharaan sedang sakit atau mengalami masalah kesihatan meskipun anda sudah berpengalaman memelihara haiwan comel itu. Bawa haiwan peliharaan ke klinik veterinary terdekat sebelum terlambat!