5 Drama Korea Terbaru ‘Hot’ Di Netflix Wajib Layan April Dan May 2022 Ini
Mula-mula plan nak layan 1 atau 2 episod sahaja, sekali ‘terjebak’ sampai boleh marathon sampai ke habis. Itulah yang boleh digambarkan dengan drama-drama Korea yang ada sekarang ni. Selain menghiburkan, ramai juga jatuh hati dengan adegan-adegan romantik dilakonkan ‘oppa- oppa’ kacak ni kan? Hiks!
Eh, drama Korea ni bukan semata-mata kisah romantik pasangan kekasih saja tau. Kebanyakannya memberi pendedahan atau info baru kepada penontonnya. Khas untuk anda penggemar drama Korea, jom lihat 5 pilihan KDrama di Netflix terbaru April dan May ini untuk anda layan.
Twenty Five Twenty One
Ketika artikel ini ditulis, drama ini masih trending sebagai Top 10 in Malaysia Today di Netflix. Drama ini adalah berdasarkan kisah krisis ekonomi Asia 1998 di Korea Selatan. Dibintangi oleh Nam Joo-hyuk (Back Yi-Jin) dan Kim Tae-ri (Na Hee-Do), siri ini mengisahkan lima orang muda yang impian mereka telah musnah akibat peristiwa krisis ekonomi Asia. Ia juga membawakan kisah kedewasaan yang penuh emosi.
Na Hee-do menghadapi kekecewaan apabila pasukan lawan pedang sekolahnya dilanda krisis kewangan. Sementara itu, Back Yi-jin dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan masalah akibat krisis yang sama. Siri ini berlatarkan tahun 1998 apabila berlaku krisis kewangan di Korea, dan mempamerkan bagaimana anak muda yang walaupun diuji namun terus mencari jalan untuk maju ke hadapan. Mereka juga berdepan dengan gelora emosi yang boleh anda rasakan apabila menonton siri ini.
Untuk menjayakan wataknya, pelakon Kim Tae-ri dikatakan berlatih dengan atlet profesional lawan pedang kira-kira enam bulan sebelum penggambaran bermula. Teknik dan skill ini bukan sesuatu yang mudah tau!
Drama ini tampil dengan 16 episode dan kini sudah ditayangkan di Netflix.
Twenty Five Twenty One Trailer
Tomorrow
Tomorrow merupakan antara drama Korea terbaru di Netflix tayang April 2022 yang dibintangi Lee So-hyuk, Yoon Ji-on, serta idol K-Pop Rowoon SF9. Drama ini pastinya akan menjadi salah satu drama yang menarik untuk ditonton.
Lee So-hyuk memainkan watak Choi JoonGil, ketua Pasukan Pengurusan Kemanusiaan di ibu pejabat pengurusan roh. Drama ini berkisarkan tentang kehidupan seorang ‘Grim Reaper’ dan dalam drama ini, ‘Grim Reapers’ digambarkan sebagai hero. Episod pertama dan kedua drama ini membincangkan isu sukar seperti bunuh diri dan buli. Menariknya dalam episode pertama, kita melihat Grim Reapers menyelamatkan nyawa seseorang yang cuba membunuh diri. Penonton dapat memahami tema sensitif kerana cara mereka menggambarkannya dengan penuh semangat.
Kenapa anda perlu tonton drama ini? Ha, sebab ianya adalah drama berkonsepkan fantasi dengan Grim Reapers tetapi dengan kelainan! Dalam kebanyakan K-Drama Grim Reaper dilihat sebagai penjahat yang mengambil nyawa seseorang tetapi di sini Grim Reaper yang menyelamatkan nyawa seseorang. Bukankah ia agak menarik dan menyegarkan?
Drama ini memfokuskan kepada kehidupan mereka yang telah meninggal dunia di alam bawah tanah. Mereka bekerja keras di dunia bawah tanah agar dapat hidup dengan selesa apabila mereka dilahirkan semula.
Jumlah episode drama ini adalah sebanyak 16 episod dan anda boleh menontonnya di Netflix.
Tomorrow Trailer
Our Blues
Our Blues ialah K-drama terbaru yang menjadi sohor kini di TVN dan Netflix. Ia mempunyai barisan pelakon yang bukan calang-calang, termasuk Shin Min-Ah (Hometown Cha Cha Cha), Lee Byung-Hun (Squid Game), Cha Seung-Won (One Ordinary Day), dan Han Ji-Min (One Spring Night). Malah, Kim Woo-Bin yang terkenal dengan drama (Uncontrollably Fond, The Heirs) membuat kemunculan semula ke layar perak selepas pulih daripada kanser nasopharyngeal, yang didiagnosis pada 2017.
Our Blues ini mengisahkan kehidupan beberapa orang yang tinggal di Pulau Jeju. Watak Lee Dong-Seok (Lee Byung-Hun), seorang lelaki yang menjalani gaya hidup sederhana dan tidak canggih. Dia bertemu dengan Min Sun-A (Shin Min-Ah), seorang wanita yang baru berpindah ke Jeju. Tiada siapa yang tahu dari mana datangnya Sun-A atau sebab dia memilih untuk menetap di pulau itu.
Antara sebab utama anda wajib menonton drama ini adalah kerana soundtrack lagunya yang sangat best dinyanyikan oleh penyanyi terkenal seperti Jimin BTS.
Drama ini dijadualkan untuk bersiaran selama 20 episode di Netflix.
Our Blues Trailer
My Liberation Notes
My Liberation Notes merupakan drama Korea terbaru di Netflix tayang April 2022 yang berkisah tentang tiga saudara kandung (Lee Min-Ki, Kim Ji-Won, dan Lee El) dan (Son Seok-Gu) yang ingin melarikan diri dari kehidupan buntu mereka. Drama ini berlatar di Desa Sanpo.
Yeom Chang-Hee (Lee Min-Ki) ialah anak tengah daripada tiga beradik itu. Dia mahu melarikan diri dari rumah keluarganya di Kampung Sanpo, tetapi dia tidak mempunyai impian dan hanya menghabiskan hidupnya tanpa makna. Dia dipandang hina oleh ahli keluarganya.
Yeom Mi-Jeong (Kim Ji-Won) ialah anak bongsu daripada tiga beradik. Dia ingin dibebaskan daripada kehidupannya yang membosankan, tetapi dia seorang yang introvert dan pemalu. Dia keseorangan dan berasa tidak puas dalam hidupnya.
Yeom Gi-Jeong (Lee El) ialah anak sulung daripada tiga beradik. Dia mempunyai sifat panas baran. Dia membuang banyak masa untuk berulang-alik ke tempat kerjanya di Seoul dari Kampung Sanpo. Hidupnya penuh dengan keluhan dan dia ingin mencari cinta.
Encik Gu (Son Seok-Gu) ialah seorang lelaki misteri, yang tiba-tiba muncul di Kampung Sanpo. Dia selalu mabuk. Nak tahu apa apa berlaku kepada mereka? Kenalah tonton!
Drama ini ditayangkan sebanyak 16 episod di Netflix.
My Liberation Notes Trailer
Happiness
Happiness menceritakan tentang wabak virus baharu yang merebak ke seluruh bandar dan sebuah apartmen yang menyebabkan penduduk terperangkap di dalam rumah mereka. Pelbagai konflik yang mereka alami mesti dihadapi untuk terus hidup. Jung Yi Hyun (Park Hyung Sik) ialah seorang detektif polis yang biasanya menjaga kes keganasan. Dia adalah seorang atlet baseball tetapi diketepikan kerana kecederaan lutut. Dengan kedudukannya, dia cuba menjaga penghuni apartmen itu.
Yoon Sae Bom (Han Hyo Joo) hidup dalam keadaan yang sukar tetapi dia mahu mencari keadilan untuk dirinya sendiri. Yoon Sae Bom ialah ejen Pasukan Khas Polis yang memerangi keganasan. Han Tae Seok (Jo Woo Jin) ialah seorang ejen yang juga berkhidmat dalam tentera. Selepas tamat pengajian, beliau menjadi eksekutif di sebuah syarikat farmaseutikal. Ramai yang menyalahkan Han Tae Seok kerana disyaki menjadi dalang di sebalik penularan virus ini.
Happiness memaparkan siri konflik di tengah kelangsungan hidup menarik dan melibatkan emosi penonton, yang menjadikan cerita itu menarik dan menarik untuk ditonton.Pacing drama ini adalah tepat, tidak terlalu perlahan atau terlalu cepat.
Bagaimanakah cerita itu akan menyelesaikan masalah? Bagaimanakah “Happiness” akan membawa nyawa mereka yang dijangkiti, terpencil dan tidak dijangkiti?
Jom layan drama ini sebanyak 12 episod di Netflix sekarang!
Happiness Trailer
Sesuailah untuk anda yang sedang mencari-cari drama apa nak layan waktu freetime kan? List drama dah ada, trailer pun lengkap untuk tontonan. Tunggu apa lagi? Selamat ber Kdrama!
Drama Happiness seakan dekat dengan penonton kerana ianya seakan ‘relatable’ dengan situasi dunia yang sedang dilanda pandemik.