5 Insurans Kereta Yang Dipercayai Di Malaysia: Nikmati Rebat Tunai Dan Perlindungan Yang Hebat
Insurans kereta merupakan perlindungan kewangan yang direka khusus untuk pemilik kenderaan daripada risiko kehilangan atau kerosakan akibat kemalangan, kecurian, atau kejadian tidak dijangka. Selain itu, insurans ini juga melindungi pemilik daripada liabiliti undang-undang sekiranya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan kepada pihak ketiga atau kerosakan kepada harta benda.
Terdapat dua jenis insurans kereta yang biasa ditawarkan:
- Insurans Pihak Ketiga: Melindungi pemilik kereta daripada tuntutan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan.
- Insurans Komprehensif: Juga dikenali sebagai insurans pihak pertama, ia menawarkan perlindungan lebih meluas, termasuk kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kemalangan, kebakaran, dan kecurian, serta melindungi liabiliti kepada pihak ketiga.
Perlindungan insurans kereta juga meliputi situasi tidak dijangka seperti ribut petir yang menyebabkan banjir, pokok tumbang, gempa dan lain-lain kejadian alam yang boleh mengakibatkan kemalangan. Kejadian ini sering kali berada di luar kawalan pemilik kenderaan dan boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada kenderaan.
Salah satu faktor utama yang mempengaruhi kadar premium insurans kereta adalah model dan jenis kenderaan. Kenderaan yang lebih mahal dan berprestasi tinggi biasanya mempunyai kadar premium yang lebih tinggi. Namun, insurans kereta ini amat membantu dalam mengurangkan beban kewangan pemilik kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada kecuaian mereka sendiri atau pihak ketiga.
Perlindungan insurans ini adalah wajib di kebanyakan negara, dengan insurans pihak ketiga sebagai syarat minimum. Bagi anda yang sedang mencari insurans kereta untuk diperbaharui, berikut adalah 5 insurans kenderaan terbaik dan dipercayai di Malaysia yang menawarkan rebat tunai dan perlindungan yang hebat.
Etiqa Motor Insurance
Dapatkan perlindungan untuk kehilangan, kecurian atau kerosakan pada kereta anda, dan banyak lagi dengan Etiqa Motor Insurance iaitu sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia yang pernah dianugerahkan dengan anugerah Syarikat Insurans Motor Terbaik dan Syarikat Takaful Motor Terbaik 2021/2022.
Untuk insurans pihak ketiga dan komprehensif, semua pemandu yang dibenarkan anda akan dilindungi secara automatik tanpa perlu tambahan premium. Anda juga boleh menikmati rebat tunai sehingga 30% dengan perlindungan ‘Pandu Kurang Lebih Jimat’ disamping menerima rebat 10% dan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) sekiranya anda memperbaharui insurans kereta anda melalui atas talian.
Antara perlindungan yang anda akan terima adalah perlindungan kecederaan badan dan kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan kereta pihak ketiga dan juga kerugian atau kerosakan kenderaan anda akibat dari kebakaran yang bukan disengajakan, kecurian atau kemalangan. Untuk pembaharuan insurans kereta, anda tidak perlu menunggu lama kerana ianya mudah dengan hanya tiga langkah untuk pembaharuan atas talian.
Dari segi nilai tuntutan pula, Etiqa Motor Insurance meletakkan nilai tuntutan mengikut harga yang dipersetujui semasa pembaharuan. Apa yang pasti, anda tidak perlu mengeluarkan atau mendahulukan wang sendiri jika membuat tuntutan kerana insurans kereta dari Etiqa ini tidak mempunyai sebarang ekses untuk pemandu 21 tahun ke atas. Dan jika anda terlibat dalam sebarang kemalangan bila-bila masa dan dimana sahaja, Etiqa Motor Insurance mempunyai rangkaian luas dengan bantuan kecemasan 24 jam di jalan raya
Kelebihan Etiqa Motor Insurance:
- Rebat tunai 30% dengan perlindungan ‘Pandu Kurang Lebih Jimat’
- Rebat 10% dan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) untuk pembaharuan atas talian
- Tidak mempunyai ekses untuk pemandu 21 tahun ke atas
- Bantuan kecemasan 24 jam di jalan raya
Kekurangan Etiqa Motor Insurance:
- Had perlindungan yang tidak mencukupi untuk pemilik kenderaan mahal atau berprestasi tinggi
- Tawaran tambahan atau add on yang terhad
Spesifikasi Etiqa Motor Insurance:
Produk: | Etiqa Motor Insurance |
---|---|
Had perlindungan: | Untuk semua pemandu yang berdaftar |
Bantuan kecemasan: | 24 Jam seluruh Malaysia |
Sompo Motor
Insurans kereta Sompo Motor daripada Berjaya Sompo Insurance ini menawarkan insurans komprehensif atau pihak pertama yang menyediakan perlindungan dengan nilai harga yang luar biasa. Ia mempunyai peril khas penuh yang meliputi kerugian atau kerosakan pada kereta anda yang disebabkan oleh banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang, gempa bumi, tanah runtuh, atau gegaran alam yang lain.
Selain itu, sebagai komplimentari, anda boleh menikmati servis menunda tanpa had ke mana-mana bengkel pilihan anda di Malaysia dan perkhidmatan Road Assistance ini tersedia selama 24 jam sehari sekiranya anda memerlukan perkhidmatan bantuan kecemasan di jalan raya. Insurans ini juga memberikan perlindungan kepada semua pemandu.
Semua pemandu yang dibenarkan akan dilindungi secara automatik dan penamaan pemandu tidak diperlukan. Jika anda mempunyai masalah kewangan, anda tidak mampu untuk memperbaharui insurans kereta anda dengan bayaran penuh, anda tidak perlu risau kerana insurans ini juga menawarkan pelan ansuran faedah 0% selama 6 sehingga 12 bulan dimana pelanggan mempunyai pilihan untuk mengambil pelan ansuran pada kadar faedah 0% selama 6 bulan atau 12 bulan untuk kad kredit yang dikeluarkan oleh Maybank & CIMB Bank yang mempunyai jumlah bayaran minimum RM600. Dari segi tuntutan pula, insurans ini menawarkan kelulusan pantas dan penyelesaian terus sehingga RM 5,000. Anda boleh mendapatkan bayaran balik tuntutan insurans anda dalam tempoh 1 jam sahaja.
Kelebihan Sompo Motor:
- Peril khas penuh yang meliputi kerugian dan kerosakan kereta anda
- Servis menunda tanpa had 24 jam sehari
- Perlindungan kepada semua pemandu tanpa penamaan
- Pelan ansuran 0% faedah
- Kelulusan bayaran balik tuntutan yang pantas
Kekurangan Sompo Motor:
- Hanya menawarkan insurans komprehensif, tiada insurans pihak ketiga
- Kekurangan cawangan atau wakil di kawasan tertentu
Spesifikasi Sompo Motor:
Produk: | Sompo Motor |
---|---|
Had perlindungan: | Untuk semua pemandu tanpa penamaan |
Bantuan kecemasan: | 24 Jam seluruh Malaysia |
IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful
IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dari Takaful Ikhlas adalah sebuah insurans kereta berkonsepkan takaful. Takaful dalam konteks insurans ini bererti prinsip perkongsian risiko, dimana semua pemegang polisi saling membantu dalam situasi kecemasan. Pastinya ia tiada unsur riba atau gharar. Ia memberikan perlindungan menyeluruh yang mematuhi prinsip syariah kepada kerugian atau kerosakan kereta anda akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian. Selain daripada kereta, insurans ini juga turut memberikan perlindungan kepada kematian dan kecederaan anggota badan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan.
Bukan itu sahaja, malah kerosakan harta milik pihak ketiga juga turut diberi perlindungan. Yang lebih menarik lagi, sekiranya anda terlibat dalam kemalangan atau kereta mengalami kerosakan, perkhidmatan bantuan IKHLAS Road Assist Service adalah percuma. Buat anda yang mempunyai bajet yang lebih untuk pembaharuan insurans kereta, anda juga boleh memohon untuk perlindungan tambahan kerana ianya boleh diubahsuai untuk perlindungan yang lebih menyeluruh termasuk perlindungan untuk pemandu dan penumpang.
Jika anda ingin memperbaharui insurans kereta anda dengan insurans yang patuh syariah, insurans ini sesuai untuk anda. Anda bakal menerima 10% rebat dengan setiap pembaharuan.
Kelebihan IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful:
- Konsep takaful yang patuh syariah
- Perlindungan menyeluruh kepada pihak anda dan pihak ketiga
- Perkhidmatan tunda IKHLAS Road Assist Service yang percuma
- Perlindungan tambahan
- Rebat 10%
Kekurangan IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful:
- Premium dianggap lebih tinggi daripada insurans konvensional
Spesifikasi IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful:
Produk: | IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful |
---|---|
Had perlindungan: | Untuk semua pemandu berdaftar |
Bantuan kecemasan: | 24 Jam seluruh Malaysia |
RHB Motor Insurance
RHB Motor Insurance adalah sebuah produk insurans kereta dari Perbankan RHB yang menawarkan insurans komprehensif dan insurans pihak ketiga. Perlindungan untuk insurans komprehensif bagi produk keluaran RHB ini boleh dikatakan agak meluas dan menyeluruh. Ia meliputi kematian dan kecederaan pada pihak ketiga, kerosakan harta benda pihak ketiga, kerosakan dan kemusnahan kereta akibat kebakaran atau kecurian, kerosakan akibat kemalangan termasuklah yuran berkaitan guaman dan undang-undang.
Anda juga diberi RM 3 juta untuk had liabiliti terhadap liabiliti pihak ketiga, Diskaun tanpa tuntutan (NCD) dan tundaan kereta percuma sehingga RM 300 bagi setiap kali kerosakan dan kemalangan. Jika anda mempunyai bajet, anda boleh menambah pilihan perlindungan bagi melengkapi perlindungan insurans anda. Salah satunya adalah Road Rescue Elite dimana anda berkelayakan untuk mendapat servis tundaan kereta secara percuma tanpa had bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Brunei, Singapura dan Thailand.
Kos tol pengangkutan juga ditanggung sepenuhnya dimana-mana sahaja dalam Malaysia. Selain itu, anda akan dilindungi sehingga RM200,000 untuk Manfaat Indemniti Berganda jika kemalangan berlaku semasa Cuti Umum. Lebih menarik lagi, elaun tunai untuk teksi, sewaan kereta atau perkhidmatan e-hailing juga ditawarkan kepada anda selepas anda mengalami kemalangan dan kereta anda musnah. Ketika ini RHB Motor Insurance sedang menjalankan promosi jimat 40% premium insurans kereta dengan RHB Motor Saver Insurance.
Kelebihan RHB Motor Insurance:
- Perlindungan Insurans komprehensif yang meluas
- Yuran berkaitan guaman dan undang-undang jug dilindungi
- Manfaat Indemniti berganda melalui Road Rescue Elite
- Elaun tunai pengangkutan selepas kemalangan
Kekurangan RHB Motor Insurance:
- Jenama yang lebih sinonim dengan perbankan
Spesifikasi RHB Motor Insurance:
Produk: | RHB Motor Insurance |
---|---|
Had perlindungan: | Untuk semua pemandu yang berdaftar |
Bantuan kecemasan: | 24 Jam seluruh Malaysia (Road Rescue Elite meliputi Brunei, Singapura dan Thailand) |
Tune Protect Motor Easy
Bayangkan dalam masa 3 minit, anda boleh mendapatkan sebut harga percuma dengan diskaun segera 10% melalui permohonan atas talian. Pembayaran juga boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu e-wallet, ansuran kad kredit 0% atau Buy Now Pay Later. Ini adalah antara kemudahan menarik yang ditawarkan oleh Tune Protect Motor Easy. Melalui insurans komprehensif, ia meliputi perlindungan menyeluruh seperti kemalangan, kecurian, kebakaran dan liabiliti pihak ketiga.
Anda juga boleh memilih plan untuk mendapatkan bayaran penuh bagi kecurian dan kerugian total (total loss), pampasan tuntutan dibuat berdasarkan nilai yang dipersetujui bagi kereta. Untuk perlindungan banjir pula, tambah nilai perlindungan mempunyai kadar yang sangat berpatutan iaitu 0.2% bagi melindungi kereta anda dari banjir, ribut, tanah runtuh dan pelbagai lagi.
Bantuan kecemasan bagi tundaan kereta pula adalah 24/7, setiap masa dan dimana-mana sahaja. Dan jika anda mempunyai masalah untuk mencari bengkel-bengkel yang boleh dipercayai, jangan risau kerana Tune Protect Motor Easy mempunyai 300 lebih bengkel-bengkel panel di seluruh Malaysia untuk pembaikan dan proses tuntutan yang lebih cepat.
Anda juga diberi pengecualian untuk ekses wajib, apabila anda membuat tuntutan untuk pembaikan kereta. Bagi tuntutan dibawah RM 5,000, tuntutan anda akan diluluskan dalam tempoh 2 jam dengan Tune Express khas untuk plan insurans komprehensif, pemilik kereta persendirian dan kemalangan sendiri tanpa melibatkan pihak ketiga.
Kelebihan Tune Protect Motor Easy:
- Diskau segera 10% melalui permohonan atas talian
- Plan pembayaran penuh bagi kecurian dan total loss
- Kadar tambah nilai perlindungan banjir yang berbaloi
- Tuntutan diluluskan dalam tempoh 2 jam untuk tuntutan bawah RM 5,000
- Bantuan kecemasan tundaan kereta 24/7
Kekurangan Tune Protect Motor Easy:
- Jenama yang kurang dikenali dalam industri insurans
Spesifikasi Tune Protect Motor Easy:
Produk: | Tune Protect Motor Easy |
---|---|
Had perlindungan: | Untuk semua pemandu yang berdaftar |
Bantuan kecemasan: | 24 Jam seluruh Malaysia |
Apabila melibatkan soal keselamatan dan tuntutan pampasan, anda perlu lebih teliti dalam mencari insurans kereta yang sesuai. Terdapat banyak aspek yang perlu anda utamakan seperti kepentingan perlindungan dimana anda perlu memastikan insurans anda memberi perlindungan penuh meliputi kerosakan kereta, liabiliti kepada pihak ketiga dan manfaat lain seperti servis tundaan kereta 24 jam.
Reputasi syarikat juga memainkan peranan penting dimana prestasi dalam hal layanan pelanggan dan penyelesaian tuntutan menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi dalam hal tuntutan pampasan yang seharusnya perlu lebih cepat dan tidak mengambil masa yang lama. Dan untuk diri anda sendiri, anda seharusnya memahami syarat dan juga terma sebelum memilih insurans kereta anda bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di masa hadapan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Disarankan untuk anda mengambil perlindungan komprehensif yang maksimum sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih. Ini bagi memudahkan urusan anda sekiranya berlaku kemalangan, anda tidak perlu risau lagi kerana segala urusan anda akan dipermudahkan pihak syarikat insurans.