Ayuh, Lentikkan Bulu Mata Dengan 5 Maskara Terbaik Dari ‘Drugstore’ Berhampiran Anda!

Ayuh, Lentikkan Bulu Mata Dengan 5 Maskara Terbaik Dari ‘Drugstore’ Berhampiran Anda!
Kesihatan dan kecantikan


Orang kata dari mata jatuh ke hati. Ha, dari jelingan mata, terpaut, terpikat, tersuka! Sebab itulah, jika dilihat kebanyakkan solekan, bahagian mata selalu diberi penekanan yang lebih. Selain eyeliner, eyeshadow, produk kecantikan perlu ada untuk menaikkan seri solekan mata anda adalah maskara.

Fungsi maskara ini antara lain adalah untuk menjadikan bulu mata lebih menonjol serta menaikkan seri pada wajah anda. Sesetengah maskara mampu memberikan impak bulu mata lebih panjang daripada saiz asal tau. Siapa kata maskara berjenama mahal je mampu buat semua tu?

Jom lihat 5 pilihan maskara terbaik yang boleh anda beli di drugstore berdekatan!

Maybelline The Falsies Lash Lift Black Waterproof 1S

Maybelline The Falsies Lash Lift Black Waterproof 1S

Sesuai untuk anda yang mempunyai bulu mata pendek atau kurang kelihatan, Maybelline The Falsies adalah pilihan terbaik. Ini kerana salah satu daripada pilihan maskara The Falsies ini mampu melentikkan bulu mata dengan push up cup brush nya. Efek bulu mata lentik dan lebih panjang seakan anda menggunakan bulu mata palsu. Maskara ini juga sesuai untuk digunakan seharian atau ketika melakukan aktiviti air kerana ianya kalis air.

Kelebihan

  • Jenama terkenal antarabangsa
  • Kalis air
  • Impak bulu mata lebih panjang,lebat dan lentik
  • Mudah untuk digunakan
  • Mampu bertahan hingga 16 jam
  • Banyak pilihan

Kekurangan

  • Perlu diulang beberapa kali untuk nampak hasil

Spesifikasi

Warna: Hitam
Kalis air: Ya
Harga: RM 22.45

Okey jer jika membeli beberapa produk solek dan penjagaan kulit untuk memanjakan diri, tapi kami harus membelanja dengan lebih bijak. Belikan produk kecantikan di Favful dan nikmati tawaran hebat! Lebih cantik, lebih cimat!

L’oreal Curl Impact Collagène Mascara

L'oreal Curl Impact Collagène Mascara
Dengan inovasi berus rekaannya yang mampu mencapai dua sisi bulu mata untuk mencipta keseimbangan volum serta kelentikan bulu mata yang sempurna. Loreal Curl Impact Collagene Mascara direka dengan formula Collagène + Curl Fixing Complex mampu bertahan sehingga 24 jam. Ia juga mampu memberikan 13 kali ganda volum dan kelentikan . Maskara ini juga adalah kalis air dan boleh ditanggalkan menggunakan air suam.

Kelebihan

  • Mampu bertahan sehingga 24 jam
  • Jenama terkenal antarabangsa
  • Kalis air
  • Impak bulu mata lebih panjang,lebat dan lentik
  • Formula Collagène + Curl Fixing Complex
  • Inovasi berus terbaik

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

Spesifikasi

Warna: Hitam
Kalis air: Ya
Harga: RM 45- 58

Maybelline The Magnum Volum Express Super Film

Maybelline The Magnum Volum Express Super Film
Anda pasti tidak hampa dengan formula warna hitam yang kuat bertujuan untuk menonjolkan lagi bulu mata anda. Disebabkan itu, anda tidak perlu membuat sapuan berulang untuk mendapatkan bulu mata dengan ilusi lebat. Sesetengah maskara akan membuatkan pemakaian pada bulu mata kelihatan seperti ada tompokan, namun tidak dengan Maybelline The Magnum Volume Express Super Film kerana tekstur kalis comotnya. Mudah dibersihkan menggunakan air suam.

Kelebihan

  • Formula warna hitam lebih kuat
  • Tekstur kalis comot
  • Mempunyai kolagen untuk bulu mata
  • Jenama terkenal antarabangsa
  • Impak bulu mata lebih panjang,lebat dan lentik
  • Kalis air

Kekurangan

  • Kurang sesuai untuk mereka yang berbulu mata lentik semulajadi

Spesifikasi

Warna: Hitam
Kalis air: Ya
Harga: RM 40.90

Lebih cantik, lebih cimat! Belikan produk kecantikan di Favful dan nikmati tawaran hebat!

Etude House Lash Perm Curl Fix

Etude House Lash Perm Curl Fix
Tiada lagi masalah bulu mata kejung dan halus jika anda menggunakan maskara Etude House Lash Perm Curl Fix ini. Ia mampu menjadikan bulu mata halus menjadi lentik dan kuat selama 24 jam dengan Curl 24HR Technology™. Tiga warna pilihan menjadikan produk ini lebih menarik kerana anda boleh mempelbagaikan warna bulu mata mengikut tema solekan tertentu. Formulanya juga tidak akan membuatkan maskara anda bergumpal atau comot. Maskara ini juga adalah kalis air dan ia tidak berat di mata anda.

Kelebihan

  • Tekstur kalis comot atau tidak bergumpal
  • Tidak berat pada mata
  • Mempunyai Curl 24HR Technology™.
  • Jenama terkenal dari Korea
  • Impak bulu mata lebih panjang,lebat dan lentik
  • Kalis air
  • Terdapat pilihan warna selain hitam

Kekurangan

  • Harga mahal berbanding jenama lain

Spesifikasi

Warna: Hitam, brown, rosy brown
Kalis air: Ya
Harga: RM 52 – 61

IN2IT Lash Define Mascara with Fibre 1’s

IN2IT Lash Define Mascara with Fibre 1's
Harganya yang mampu milik menjadikan produk ini laris di pasaran selain pelbagai keistimewaannya. IN2IT Lash Define Mascara with Fibre 1’s seakan direka bersesuaian mengikut mata wanita asia dengan inovasi berusnya yang unik mampu memberikan efek fiber 3D. Seolah-olah anda memakai bulu mata palsu yang panjang dan tebal. Formulanya juga membuatkan maskara ini mampu bertahan lama sehingga sepanjang hari tanpa mencomotkan solekan. Maskara ini juga kalis air.

Kelebihan

  • Teknologi salutan bulu mata polimer 3D
  • Tekstur kalis comot atau tidak bergumpal
  • Mudah digunakan
  • Cepat kering
  • Impak bulu mata lebih panjang,lebat dan lentik
  • Kalis air
  • Berus aplikator melengkung sesuai mata wanita asia

Kekurangan

  • Perlu menggunakan make up remover untuk membersihkannya

Spesifikasi

Warna: Hitam
Kalis air: Ya
Harga: RM 25.11

Pilihan maskara ini adalah sangat mudah didapati di drugstore berhampiran anda. Harga mungkin berubah mengikut promosi setiap premis namun ianya masih boleh dikategorikan sebagai harga mampu milik. Selamat mencuba!

Pengguna perlu lebih berhati-hati dalam membersihkan bulu mata setelah pemakaian seharian maskara kalis air. Sesetengah maskara mudah untuk dibersihkan, namun ada yang memerlukan langkah pembersihan lebih agar ia benar-benar ditanggalkan daripada bulu mata anda.



Related posts