Dapatkan 5 Pilihan Pencuci Muka Terbaik 2022, Khas Untuk Masalah Kulit Berminyak Dan Berjerawat Di Drugstore Berdekatan!

Dapatkan 5 Pilihan Pencuci Muka Terbaik 2022, Khas Untuk Masalah Kulit Berminyak Dan Berjerawat Di Drugstore Berdekatan!
Kesihatan dan kecantikan


Pembersih yang baik akan menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan dari wajah anda tanpa mengeringkan atau mengganggu keseimbangan pH kulit anda. Ramai tidak tahu bahawa langkah pertama dalam mana-mana rutin penjagaan kulit, adalah memilih pembersih yang sesuai untuk jenis kulit anda!

Anda harus kenali jenis kulit muka, sama ada berminyak, kering dan sebagainya. Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, penting untuk anda dapatkan pencuci dengan pH yang sesuai. Berikut adalah antara pilihan terbaik pencuci muka dari drugstore berhampiran untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Cosrx AC Collection Calming Foam Cleanser

Cosrx AC Collection Calming Foam Cleanser
Cosrx AC Collection Calming Foam Cleanser ialah pembersih harian lembut terbaik untuk kulit berminyak juga berkesan dalam menenangkan jerawat dan menghilangkan kotoran dari permukaan kulit. Tekstur kulit menjadi lebih halus dan bersih dengan setiap penggunaan pembersih ini. Ia mengandungi centella yang sangat berkesan dalam menenangkan sebarang kerengsaan dan kemerahan kulit sambil membersihkan jerawat pada kulit.

Kelebihan Cosrx AC Collection Calming Foam Cleanser

  • Berkesan untuk mengawal pengeluaran sebum dan menenangkan jerawat
  • Pembersih harian untuk kulit berminyak dan berjerawat
  • Mengandung Salicylic Acid yang mampu menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan pori-pori
  • Bebas paraben dan alkohol

Kekurangan Cosrx AC Collection Calming Foam Cleanser

  • Tidak semua drugstore menjual produk ini

Spesifikasi Cosrx AC Collection Calming Foam Cleanser

Kandungan Water, Glycerin, Stearic Acid, Myristic Acid, PEG-32, Potassium Hydroxide, Palmitic Acid, Lauric Acid, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Lauramide Dea, Cocamidopropyl Betaine, Lavandula Hybrida Oil, Pinus Sylvestris Leaf Oil, Potassium Cocoate, Salicylic Acid, Asiaticoside, Asiatic Acid, Madecassic Acid, Disodium EDTA, Linalool, Limonene
Produk berasal dari Korea Selatan
Saiz 150ml
Harga RM 46- RM 55

Cetaphil PRO DermaControl Oil Removing Foam Wash

Cetaphil PRO DermaControl Oil Removing Foam Wash
Cetaphil PRO DermaControl Oil Removing Foam Wash adalah pembersih berbuih lembut yang sesuai untuk mereka yang mempunyai minyak berlebihan yang menyebabkan jerawat. Pembersih ini menanggalkan sebarang kekotoran dari permukaan kulit agar kulit wajah terlihat lebih jelas. Gliserin ditambah dalam formulasinya untuk mengekalkan kulit terhidrat selepas setiap cucian. Zink glukonat yang ada di dalamnya juga mampu mengurangkan aktiviti bakteria penyebab jerawat.

Kelebihan Cetaphil PRO DermaControl Oil Removing Foam Wash

  • Mengandung ekstrak akar licorice dan teknologi zink untuk menenangkan kulit yang merengsa
  • Mengurangkan aktiviti bakteria penyebab jerawat
  • Menghidratkan kulit
  • Membantu mencerahkan kulit wajah
  • Bebas paraben, bebas wangian dan tidak akan menyumbat pori-pori

Kekurangan Cetaphil PRO DermaControl Oil Removing Foam Wash

  • Harga agak mahal

Spesifikasi Cetaphil PRO DermaControl Oil Removing Foam Wash

Kandungan Water, Zinc Coceth Sulfate, Glycerin, PEG-75, Dipotassium Glycyrrhizate, Zinc Gluconate, PEG-200 Hydrogenated Glyceryl Palmate, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Sodium Benzoate, Masking Fragrance, Disodium EDTA
Produk berasal dari Amerika
Saiz 237 ml
Harga RM 52 – RM 85

Safi Acne Solutions Whipped Cleanser

Safi Acne Solutions Whipped Cleanser
Safi Acne Solutions Whipped Cleanser ialah pembersih yang didatangkan dalam Whipped formula. Formulasi ini membantu meresap jauh ke dalam kulit untuk menghilangkan sebum dan minyak berlebihan sambil membersihkan kulit secara menyeluruh. Penyerapan neem dalam pembersih ini membantu mengelakkan jerawat daripada berlaku dan membaiki sebarang kerosakan pada penghalang kulit seperti parut dan bintik hitam.

Kelebihan Safi Acne Solutions Whipped Cleanser

  • Mengandungi AHA Mengelupas kulit mati dan menggalakkan pembaharuan kulit menjadikan kulit lebih cerah
  • Mengandung BHA Meresap jauh ke dalam pori-pori, mengawal sebum & menghilangkan kekotoran yang menyumbat pori-pori
  • Mengandungi Neem dengan sifat yang meminimumkan parut, menenangkan dan meninggalkan kulit bebas daripada perengsa
  • Harga sangat murah

Kekurangan Safi Acne Solutions Whipped Cleanser

  • Mengandung pewangi

Spesifikasi Safi Acne Solutions Whipped Cleanser

Kandungan Water, Myristic Acid, Glycerin, Palmitic Acid, Potassium Hydroxide, Lauric Acid, Kaolin, Potassium Cocoyl Glycinate, Stearic Acid, Methylpropanediol, Glyceryl Stearate, Decyl Glucoside, Ethylhexylglycerin, Pentasodium Triphosphate, BHT, Tetrasodium EDTA, Polyquaternium-7, Zinc Lactate, Melia Azadirachta (Neem) Leaf Extract, Salicylic Acid, Mandelic Acid, Borago Officinalis Seed Oil, Butylene Glycol, Arginine, Perfluorodecalin, 4-Butylresorcinol, Dextrin, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Lecithin, Glycosphingolipids, Sucrose Palmitate, Xanthan Gum, Fragrance, Phenoxyethanol, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate
Produk berasal dari Malaysia
Saiz 100 ml
Harga RM 12.48

La Roche Posay Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser

La Roche Posay Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser
La Roche Posay Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser ialah pembersih gel yang membantu masalah jerawat. Ia adalah pembersih yang lembut dan menenangkan yang mengurangkan kerengsaan kulit dan membersihkan kulit daripada kotoran dan minyak berlebihan. Ia mengandungi formula yang mampu meredakan kemerahan sambil membaiki lapisan pelindung kulit anda.

Kelebihan La Roche Posay Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser

  • Membaiki lapisan pelindung kulit
  • Menenangkan kulit
  • Membersihkan minyak berlebihan dan kemerahan
  • Bebas paraben dan alkohol

Kekurangan La Roche Posay Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser

  • Harga sangat mahal
  • Mengandung pewangi

Spesifikasi La Roche Posay Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser

Kandungan Water, Sodium Laureth Sulfate, Peg-8, Coco-Betaine, Hexylene Glycol, Sodium Chloride, Peg-120 Methyl Glucose Dioleate, Zinc Pca, Sodium Hydroxide, Citric Acid, Sodium Benzoate, Phenoxyethanol, Caprylyl Glycol, Parfum/​Fragrance
Produk berasal dari Perancis
Saiz 200ml, 400ml
Harga RM 75 – RM 100

Mentholatum Acnes Deep Clean & Pore Refining Wash

Mentholatum Acnes Deep Clean & Pore Refining Wash
Mentholatum Acnes Deep Clean & Pore Refining Wash direka khusus untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Pembersih ini mengandungi asid salisilik yang sangat berkesan untuk menanggalkan kotoran dan sel kulit mati yang terperangkap dari muka sambil mengawal pengeluaran minyak semulajadi anda. Centella ditambah dalam pembersih ini untuk membantu pemulihan cela dan parut jerawat.

Kelebihan Mentholatum Acnes Deep Clean & Pore Refining Wash

  • Dirumus dengan Salicylic Acid (BHA) untuk membuka pori-pori tersumbat
  • Ekstrak Avocado berkesan menghilangkan sebum berlebihan untuk kawalan minyak
  • Menanggalkan kotoran yang terperangkap
  • Membantu pemulihan jeragat dan parut jerawat
  • Dengan Ekstrak Rumpai Laut untuk melembapkan kulit secara mendalam dan mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit
  • Harga sangat murah

Kekurangan Mentholatum Acnes Deep Clean & Pore Refining Wash

  • Mengandungi paraben

Spesifikasi Mentholatum Acnes Deep Clean & Pore Refining Wash

Kandungan Water, Palmitic Acid, Glycerin, Propanediol, Stearic Acid, Myristic Acid, Potassium Hydroxide, Lauric Acid, Potassium Cocoyl Glycinate, Cocamidopropyl Betaine, Glycosyl Trehalose, Alcohol, Glycol Distearate, Glycery Stearate, Cocamide DEA, Mannitol, Jojoba Esters, Hydrogenated Starch Hydrolysate, Menthol, Phenoxyethanol, Sodium Chloride, Salicyclic Acid, Cellulose, Fragrance, Chlorphenesin, Disodium EDTA, Tocopheryl Acetate, o-Cymen-5-Ol, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Chromium Hydroxide Green, Ultramarines, Butyl Avocadare, Methylparaben, Butylene Glycol, CI19140, Propylparaben, Centella Asiatica Extract, Asiaticoside, Chondrus Crispus (Carageenan) Extract, Madecassic Acid, Asiatic Acid, Propylene Glycol, Sodium Dehydroacetate, Citric Acid
Produk berasal dari Jepun
Saiz 100ml
Harga RM 17.91

Sekiranya anda sedang menjalani rawatan khas untuk masalah jerawat, anda perlu berbincang dengan pakar dermatologi anda sama ada pembersih jerawat pilihan anda akan menjejaskan pelan rawatan tersebut atau tidak. Pastinya pakar dermatologi anda akan menasihati mengenai pembersih wajah yang terbaik untuk digunakan.

Sesetengah pembersih wajah mempunyai bahan yang direka untuk membasmi jerawat dengan cara yang berbeza, sama ada melalui pengelupasan atau pembersihan lembut. Anda harus memilih pembersih jerawat yang bergantung pada tahap toleransi kulit anda.



Related posts