Mencari Eyeliner Dengan Harga Mampu Miliki? Pilihan Terbaik Eyeliner Disyorkan Di Malaysia
Kawasan sekitar mata adalah asas solekan paling utama untuk dirias. Selain eye shadow dan maskara, produk yang tidak ketinggalan membuatkan mata anda nampak lebih indah dan menawan adalah pemakaian eyeliner. Solekan pasti seakan tidak lengkap tanpa sebarang penggunaan eyeliner atau celak untuk sepasang mata. Dengan solekan eyeliner, mata anda akan kelihatan lebih sharp dan bright. Selain itu, wajah akan kelihatan lebih segar dan tidak pucat. Eyeliner adalah unsur penting dalam solekan untuk melukis bentuk mata agar terlihat lebih besar, tegas, bahkan lebar. Eyeliner yang memuaskan, apabila dipakai langsung tidak comot, sememeh, dan terletak sepanjang hari walaupun terkena air dan mata berminyak.
Sebelum melukis eyeliner, pastikan anda bersihkan kawasan kelopak mata dengan translucent powder atau setting powder dengan berus. Ini bagi membersihkan dari minyak atau kotoran yang melekat, supaya garis eyeliner tidak melekat pada garis kelopak menyebabkan kelihatan comot. Kemudian, mulakan melakar garis idaman untuk mata kalian. Nak lagi best, pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya sebatang eyeliner terbaik pilihan wanita di Malaysia daripada lima jenama berikut.
Mencari Eyeliner Dengan Harga Mampu Miliki? Ini 5 Eyeliner Disyorkan Di Malaysia
ESSENCE Long-lasting Eye Pencil 01 Black Fever
Jika tidak arif menggunakan eyeliner jenis cecair, beralih kepada jenis pensil seperti ESSENCE Long-lasting Eye Pencil 01 Black Fever. ESSENCE Long-lasting Eye Pencil 01 Black Fever dapat memberi hasil garisan solekan pada mata yang tepat dengan keinginanmu yang ringkas. Walaupun di pasarkan dengan harga yang murah, ESSENCE Long-lasting Eye Pencil 01 Black Fever diformulasi dari bahan yang baik, berkualiti tinggi dan tanpa paraben.
ESSENCE Long-lasting Eye Pencil 01 Black Fever mengandungi Tocopherol (vitamin E), Cyclopentasiloxane dan Lecithin yang mampu melembapkan dan melindungi kulit. Tekstur berkrimnya mampu melembapkan, tahan lama, kalis air dan memberi kemasan warna hitam yang pekat serta trendi.
Dengan ESSENCE Long-lasting Eye Pencil 01 Black Fever, ia dapat mencipta hasil solekan garisan mata yang tepat selain meluncur lembut pada alis mata. Selain warna hitam, ESSENCE Long-lasting Eye Pencil hadir dengan 11 lagi pigmen berwarna lain seperti merah jambu, biru, hijau, coklat dan kelabu.
Kelebihan ESSENCE Long-lasting Eye Pencil 01 Black Fever
- Kalis air dan tahan lama
- Mengandungi Tocopherol (vitamin E), Cyclopentasiloxane dan Lecithin
- Tanpa paraben
- Harga berpatutan
Kekurangan ESSENCE Long-lasting Eye Pencil 01 Black Fever
- Jadi sasaran produk tiruan
Spesifikasi ESSENCE Long-lasting Eye Pencil 01 Black Fever
Jenis | Pensil |
---|---|
Cara penggunaan | Bersihkan sisa permukaan dengan tisu selepas digunakan untuk mengelakkan comot pada penggunaan seterusnya. |
Harga | RM9.30 |
Maybelline Colossal Kajal Eyeliner
Maybelline jenama produk solekan dan kecantikkan kegemaran kebanyakkan wanita di Malaysia. Maybelline banyak mengeluarkan pelbagai siri eyelinernya yang tersendiri dan yang disyorkan ialah Maybelline Colossal Kajal Eyeliner. Diperkaya dengan bahan berkhasiat dan Vitamin E untuk menenangkan kulit bahagian mata, Maybelline Colossal Kajal Eyeliner memberi solekan di mata tahan lama, kalis air dan langsung tidak sememeh.
Maybelline Colossal Kajal Eyeliner mampu menghasilkan garis tebal tanpa noda dengan pigmen hitam pekat yang bertahan sehingga 12 jam. Maybelline Colossal Kajal Eyeliner datang dalam bentuk pensel tanpa perlu diasah yang boleh berpusing ke atas dan ditarik ke bawah dengan mudah. Maybelline Colossal Kajal Eyeliner diformulasikan tanpa sebarang kandungan yang boleh menyebabkan kerengsaan, pedih, atau alahan pada mata pengguna. Hasil solekan dengan Maybelline Colossal Kajal Eyeliner mudah dibersihkan hanya dengan mencuci muka seperti biasa tanpa memerlukan penanggal solekan.
Kelebihan Maybelline Colossal Kajal Eyeliner
- Warna hitam pekat
- Harga berpatutan
- Reka bentuk dan warna sangat menarik iaitu hitam dan kuning
- Didatangkan dengan formula kalis air
- Tidak menyebabkan sebarang kerengsaan, pedih, atau alahan
Kekurangan Maybelline Colossal Kajal Eyeliner
- Menjadi sasaran produk tiruan
Spesifikasi Maybelline Colossal Kajal Eyeliner
Jenis | Pensil |
---|---|
Cara penggunaan | Untuk rupa yang jelas, ikuti lengkung mata anda dan panjangkannya ke sudut luar. |
Harga | RM18.81 |
KATE Fit Rare Gel Pencil
KATE jenama kosmetik popular dari negara Jepun memperkenalkan KATE Fit Rare Gel Pencil, eyeliner beginner-friendly kegemaran ramai. Hadir dengan empat variasi warna pigmen iaitu High Black, Brown, Bitter Brow dan Bitter Blue, KATE Fit Rare Gel Pencil mampu meluncur dengan lancar serta mudah disekitar kulit bahagian mata. KATE Fit Rare Gel Pencil mempunyai hujung pensil gel sehalus 1.5mm sesuai untuk garisan nipis yang sepurna. Walaupun bersifat gel, materialnya sangat mudah kering, kalis air dan tahan lama tanpa kesan comot.
Diformulasikan dengan Methyl Trimethicone, Trimethylsiloxysilicate, Polyethylene, Diphenylsiloxy Phenyl Trimethicone, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Dipentaerythrityl Pentaisostearate, Dimethicone, Euphorbia Cerifera (Candelilla) Wax, Mika, Silika, Methylpoffinly Methacry Lilin, Methylpoffinly Methacry, dan Microcrystallate, KATE Fit Rare Gel Pencil direka khas bagi memenuhi keperluan para gadis dan wanita. KATE Fit Rare Gel Pencil sesuai untuk kegunaan solekan ringkas harian mahupun dramatik, memudahkan pengguna untuk melukis garisan eyeliner hanya dalam beberapa saat!
Kelebihan KATE Fit Rare Gel Pencil
- Lancar dan laju
- Hujung pensil gel sehalus 1.5mm
- Kalis air dan tahan lama
- Ada 4 pilihan warna
Kekurangan KATE Fit Rare Gel Pencil
- Stok setengah-setengah warna pigmen di pasaran sangat terhad
Spesifikasi KATE Fit Rare Gel Pencil
Jenis | Gel Pensil |
---|---|
Cara penggunaan | Jangan simpan produk di kawasan bersuhu tinggi atau di bawah cahaya matahari secara langsung. |
Harga | RM38.93 |
Sephora Collection Retract Waterproof Eyeliner
Sephora Collection Retract Waterproof Eyeliner antara koleksi terlaris di butik kosmetik dan kecantikan Sephora. Sephora Collection Retract Waterproof Eyeliner diformulasikan dengan kandungan pelbagai Vitamin, AHA, Anti-oksidan, Bebas pewangi, Bebas Minyak, Bebas Paraben, dan Bebas Sulfat. Eyeliner jenama ini mempunyai 12 pilihan warna pelbagai seperti hitam, ungu, coklat, Matte Deep Green, Glitter Black, Matte Brown Black, Matte Charcoal, Glitter Copper, Matte Moss, Shimmer Navy, Matte Cobalt dan Matte Deep Plum. Sephora Collection Retract Waterproof Eyeliner mempunyai formula berkrim, mampu meluncur dengan mudah dan lembut pada mata. Kerja solekan pasti lebih pantas dan lancar. Sephora Collection Retract Waterproof Eyeliner adalah jenis kalis air, tahan lama dan dilengkapi dengan pengasah tersendiri.
Kelebihan Sephora Collection Retract Waterproof Eyeliner
- Lancar dan lembut pada kulit mata
- Diformulasikan dengan kandungan pelbagai Vitamin
- Kalis air dan tahan lama
- Memiliki 12 warna pelbagai
Kekurangan Sephora Collection Retract Waterproof Eyeliner
- Stok terhad di pasaran tertentu sahaja
Spesifikasi Sephora Collection Retract Waterproof Eyeliner
Jenis | Pensil |
---|---|
Cara penggunaan | Gunakannya pada garis bulu mata bawah dan panjangkan ke luar untuk penampilan yang lebih berani dan dramatik |
Harga | RM49.00 |
KVD Beauty Tattoo Liner Liquid Eyeliner
KVD Beauty Tattoo Liner Liquid Eyeliner terkenal dengan penggunaan yang berkekalan sepanjang hari, walaupun pada kelopak mata berminyak. Formula KVD Beauty Tattoo Liner Liquid Eyeliner yang berpigmen, menjadikan solekan garisan pada mata anda kekal sepanjang hari, kalis air dan tanpa kesan comot sehingga 12 jam lamanya. KVD Beauty Tattoo Liner Liquid Eyeliner mudah digunakan, lembut, lancar dan cepat kering.
Kandungan KVD Beauty Tattoo Liner Liquid Eyeliner bebas alkohol, hadir dengan pigmen legap untuk mencipta garis ultra-tepat yang diilhamkan seperti hasil seni tatu. Terdapat dua jenis pigmen warna mengikut jenis solekan garis mata yang diinginkan iaitu Mad Max Brown-Rich Chocolate Brown dan Trooper-Satin Black. KVD Beauty Tattoo Liner Liquid Eyeliner pernah memenangi sebanyak 20 anugerah bukti produk ini sangat berbaloi dimiliki, diyakini dan berada pada kelas tersendiri.
Kelebihan KVD Beauty Tattoo Liner Liquid Eyeliner
- Lancar dan lembut pada kulit
- Bebas alkohol dan tanpa minyak haiwan
- Ada pilihan 2 pigmen warna
- Kalis air dan tanpa kesan comot sehingga 12 jam
- Diiktiraf dan memiliki 20 anugerah
Kekurangan KVD Beauty Tattoo Liner Liquid Eyeliner
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi KVD Beauty Tattoo Liner Liquid Eyeliner
Jenis | Cecair |
---|---|
Cara penggunaan | Lap hujung berus dengan kertas tisu sekiranya cecair tidak mudah keluar semasa digunakan |
Harga | RM115.00 |
Ramai mengenakan eyeliner untuk menampilkan bentuk mata sempurna. Namun bukan semua orang dapat mencapainya. Mungkin kerana anda menggunakan eyeliner yang kurang elok ataupun tidak sesuai. Untuk memiliki kesan mata menawan dengan eyeliner yang sempurna, sebelum itu calitkan sedikit eye primer pada kelopak mata, di bawah mata anda atau di sekitar kawasan mata sebelum mengenakan eyeliner. Tugas utama primer adalah untuk menjadikan kulit lebih licin supaya menjadi lebih mudah untuk memakai eyeliner. Ini akan memberi anda kemasan sempurna dan juga mengekalkan eyeliner untuk tempoh masa yang lama.
Jika garisan anda tidak sempurna atau seperti yang diinginkan, gunakan concealer. Ramai yang tidak tahu, concealer amat berguna untuk menutup dan membersihkan kesan comot garis yang anda tidak mahu. Hentikan penggunaan eyeliner jika kulit sekitar mata memerah, bengkak tidak normal, gatal atau sakit. Segera dapatkan nasihat doktor anda.