5 Port Lepak Minum Kopi Di Kafe Terbaik Sekitar Kelantan Ketika Cuti Hari Raya
Lebih dua juta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan pada sambutan Aidilfitri 3 Mei ini. Secara purata kenderaan keluar masuk ke negeri Kelantan sekitar 300,000 hingga 350,000 sehari. Cuba bayangkan berapa juta orang akan berada di negeri Cik Siti Wan Kembang ini untuk beraya. Pastinya suasana beraya hampir dua tahun tidak dinikmati akibat wabak Covid-19 akan berlangsung dengan begitu meriah. Ketika ini adalah peluang untuk saudara mara dan juga sahabat handai bertemu dan bersua bertanya khabar.
Jika inginkan suasana lebih santai sambil menikmati minuman kopi lazat, apa kata lepak sebentar ketika cuti hari raya ini di port lepak kafe terbaik sekitar negeri Kelantan. Kelantan cukup terkenal dengan budaya serta makanan dan minuman mereka yang digemari ramai. Jadi, tidak hairan ibu kota mereka iaitu Kota Bharu sering dikunjungi oleh ramai pelancong luar. Jom singgah ‘mengopi’ di kafe seperti The Bold Lab, Kopi Mesin Kubang Kerian, KB Brewster Coffee, Movilion Coffee House dan Cafe Takdak Nama, Kota Bharu.
The Bold Lab
The Bold Lab antara kafe untuk lepak minum kopi yang popular di Kelantan, terutamanya bagi mereka yang berada di Kota Bharu. Jika anda suka bereksperimen dengan makanan dan kopi, The Bold Lab adalah lokasi tepat untuk dituju ketika cuti hari raya ini. Bertemakan seperti sebuah makmal, The Bold Lab hadir dengan persembahan makanan serta minuman dengan termos, tabung uji, serta beberapa peralatan makmal lain. Bagi peminat kopi, di The Bold Lab menawarkan pilihan pelbagai biji kopi pada gred tertentu termasuk kopi buatan tangan menggunakan teknik penuangan, aeropress dan siphon.
Kualiti hidangan di The Bold Lab bukan biasa-biasa, menu yang ada sungguh istimewa seperti kopi beng, mocha, latte, americano, teh, coklat dan mocktail eksotik. Untuk pencuci mulut, wafel mereka merupakan antara yang paling banyak mendapat pujian. Menu lain seperti kek dan pavlova juga tidak kurang hebatnya! Antara menu makanan yang wajib dicuba pula seperti Seafood Paella dan Salted Egg Chicken Rice. Suka bergambar? Anda bolehlah rakam gambar kenangan berhari raya di sini kerana mempunyai dekorasi yang unik.
Kelebihan produk
- Harga menu berpatutan
- Tersedia pelbagai gred biji kopi
- Ada pelbagai pilihan menu lazat
- Photo-worthy
Kekurangan produk
- Sentiasa penuh dengan pelanggan
Spesifikasi produk
Hubungi | https://theboldlabcafe.com/pages/menu https://www.instagram.com/theboldlab/ |
---|---|
Lokasi | PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 11 malam |
Harga | Bermula dari RM5.00 hingga RM130.00 |
Kopi Mesin Kubang Kerian
Kopi Mesin Kubang Kerian tidak kurang popular juga walaupun kelihatan seperti kopitiam biasa tetapi menawarkan kopi dengan gred yang tertentu. Pada hujung minggu, kafe ini sentiasa penuh dengan kunjungan ramai yang ingin mendapatkan kopi lazat juga pelbagai minuman lain seperti Espresso, Macchiato, Latte Macchiato, Doppio, Cappuccino, Eiskaffee dan Salted Caramel Frappuccino. Di Kopi Mesin Kubang Kerian menggunakan campuran kopi buatan tangan dari tiga tempat asal perdagangan kopi iaitu Gunung Mogiana dari Brazil, Estet Sigri dari Papua New Guinea dan Kaapi Royale Robusta dari India. Kopi Mesin Kubang Kerian juga menyajikan pilihan bukan kopi seperti coklat, teh dan banyak lagi. Di Kopi Mesin Kubang Kerian juga menawarkan pelbagai hidangan makanan antara menu masakan kegemaran ramai adalah Kapsalon dan Grilled Cheesy Lamb.
Kelebihan produk
- Menawarkan kopi dengan gred tertentu
- Menggunakan campuran kopi buatan tangan dari Brazil, Papua New Guinea dan India
- Ada pelbagai pilihan menu makanan lazat
- Harga berpatutan
Kekurangan produk
- Penuh dengan pelanggan pada hujung minggu
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.instagram.com/kopimesin.kubangkerian/ https://www.facebook.com/kopimesinkb/ https://kopi-mesin.business.site/ |
---|---|
Lokasi | Lot 572 Batu 3½, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 11.30 malam |
Harga | Bermula dari RM2.50 hingga RM19.90 |
KB Brewster Coffee
Jemu dengan hidangan rendang dan air sirap pada hari raya? Jika anda berada di Kota Bharu, jangan lupa untuk singgah di KB Brewster Coffee dikatakan antara yang menawarkan minuman kopi ala premium tersedap di bandar Cik Siti Wan Kembang. Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan cukup berpatutan. KB Brewster Coffee berkonsepkan gabungan elemen kafe kopi dan tradisi melayu dalam menu minuman mereka. Kopi yang menjadi pilihan ramai pelanggan di KB Brewster Coffee ialah variasi kopi beng seperti Kopi Beng biasa, Kopi Beng Butterscotch dan Kopi Beng Caramel yang lebih manis rasanya. Adunan kopi yang lazat bersama sepinggan kek sudah cukup untuk menceriakan hari anda. Pelanggan juga boleh memesan Latte Butterscotch, Salted Caramel, Americano dan Latte Hazzelnut manakala menu makanan pula adalah Chicken Grilled with Salad, Cheezy Baked Macaroni dan pelbagai hidangan pencuci mulut.
Kelebihan produk
- Hidangan kopi ala premium
- Harga berpatutan
- Variasi pelbagai kopi beng sangat digemari
- Hadir dengan sajian pencuci mulut dan makanan yang lazat
Kekurangan produk
- Tempat duduk terhad
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.instagram.com/kb.brewster/ |
---|---|
Lokasi | Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 12.30 tengah hari hingga 12.00 tengah malam |
Harga | Bermula dari RM4.00 hingga RM12.00 |
Movilion Coffee House
Mencari lokasi lepak ‘mengopi’ sambil bergambar pada cuti hari raya? Movilion Coffee House berkonsepkan kafe dua dimensi yang pertama di Kelantan adalah pilihan tepat. Movilion Coffee House menampilkan hiasan dinding dan lantainya dicat warna putih-hitam dengan lukisan 2D ala-ala seperti sebuah kafe popular di negara Korea. Terdapat dua cawangan Movilion Coffee House iaitu di Pasir Pekan dan Kota Bharu. Ada pelbagai menu hidangan makanan dan minuman kopi yang lazat ditawarkan di Movilion Coffee House bermula dengan harga serendah RM3. Kebanyakkan pelanggan Movilion Coffee House merupakan golongan muda yang suka mengambil gambar dan berkongsi di media sosial kerana kafe ini tampak berbeza berbanding pengusaha kafe tempatan yang lain di kawasan sekitar.
Kelebihan produk
- Kafe berkonsep 2D
- Terdapat dua cawangan di Pasir Pekan dan Kota Bharu
- Photo-worthy
- Harga berpatutan
Kekurangan produk
- Menu terhad
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.instagram.com/movilioncoffeehouse/?utm_medium=copy_link https://www.facebook.com/Movilioncoffeehouse/ |
---|---|
Lokasi | Lot 587 jalan persiaran, Jalan Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan |
Waktu Operasi | Buka pada hari Rabu hingga Isnin dari jam 10.30 pagi hingga 10 malam. Tutup hari Selasa |
Harga | Bermula dari RM3.00 hingga RM17.90 |
Cafe Takdak Nama
‘Cafe Takdak Nama?’ Dengar nama kafe sahaja sudah unik. Bahkan pasti ramai tertanya-tanya apakah nama sebenar kafe ini. Cafe Takdak Nama, itulah nama yang dipilih untuk port lepak warga Kota Bharu ini. Selain pernah viral, Cafe Takdak Nama mempunyai dekorasi unik iaitu menggunakan sususan double decker untuk meja pelanggan. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di bahagian atas atau di bawah. Cafe Takdak Nama mempunyai dua cawangan yang pertama di Banyan Lepas, Pulau Pinang dan cawangan kedua di pilih adalah Kota Bharu. Selain daripada astetik unik yang menarik perhatian, hidangan di Cafe Takdak Nama juga sangat sedap dan mendapat pujian daripada pelanggan. Hidangan barat seperti chicken chop, lamb chop dan carbonara menjadi tarikan di sini, selain minuman kopi yang lazat.
Kelebihan produk
- Terdapat dua cawangan di Banyan Lepas dan Kota Bharu
- Dekorasi unik menggunakan susunan double decker
- Menu sajian dan minuman lazat
- Dikenali sebagai ‘Kafe Viral’
Kekurangan produk
- Pilihan menu terhad
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.instagram.com/cafe_takdak_nama.kb/ https://www.facebook.com/cafetakdaknamakb/ |
---|---|
Lokasi | A-01-01W, Block A Pelangi Mall Kondominium, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan |
Waktu Operasi | Buka pada hari Rabu hingga Isnin dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam. Selasa Tutup. |
Harga | Tidak dinyatakan |
Summary
Hari raya adalah perayaan terbesar umat Islam, hari kemenangan untuk diri sendiri dan berkumpul bersama keluarga dan teman-teman setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Hari Raya Aidilfitri juga bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Kelantan merupakan antara negeri di Malaysia yang menerima paling ramai pengunjung ketika perayaan ini. Selain merupakan penduduk asal dan tempatan yang pulang ke kampung halaman, kebanjiran orang ramai ke Kelantan juga dek kerana faktor penyumbang destinasi menarik dan syurga makanan serta minuman. Oleh itu, pada cuti hari raya ini, ambil peluang untuk mencuba beberapa variasi kopi di kafe terbaik sekitar Kelantan seperti yang dicadangkan.
Jika anda berada berhampiran Kelantan, tidak perlu pergi jauh untuk lepak santai bersama teman dan keluarga. Pusing-pusing sahaja sekitar bandar ini, anda pasti jumpa ‘port’ kafe menarik untuk singgah dan lepak. Paling istimewa lokasi yang dicadangkan ini ada yang photo-worthy tau!