“All – You- Can Eat!” Jom Ke 5 Bufet Jepun Terbaik Di KL & PJ 2022

Makanan dan minuman


Makanan Jepun terkenal dengan bahan-bahan berkualiti tinggi, teknik penyediaan yang rumit dan persembahan makanan yang menarik perhatian. Maka tidak hairanlah ramai orang ingin menikmati masakan Jepun yang terbaik dengan mengunjungi bufet Jepun.

Khas untuk anda yang meminati makanan ini, jom lihat 5 pilihan terbaik buffet ‘All You Can Eat’ Jepun di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya untuk tahun 2022 ini.

Genji @ Hilton

Jika anda seorang yang ingin mencuba bufet Jepun di Petaling Jaya, Restoran Jepun Genji di Hilton PJ pasti tidak akan mengecewakan. Bufet yang bertema makanan Jepun ini sungguh unik dengan suasana restoran seperti berada di Jepun. Anda boleh makan sepuasnya makanan free flow seperti sashimi secara free flow, hidangan teppanyaki, sushi, agemono dan banyak lagi. Ruang makan di Genji sungguh luas dan selesa, sesuai untuk majlis keluarga dan aktiviti sosial.

Kelebihan Genji @ Hilton

  • Suasana restoran terbaik
  • Restoran makanan jepun berkualiti
  • Pelbagai menu menarik
  • Disediakan oleh chef terbaik

Kekurangan Genji @ Hilton

  • Harga agak mahal

Info Genji @ Hilton

Alamat 2, Jalan Barat Hilton Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya
Waktu operasi Dinner buffet Sabtu; 6.30 petang – 10.30 malam/ Brunch buffet Ahad; 11.30 pagi- 2.30 petang
Website/ Instagram/ Facebook https://eatdrinkhilton.com/genji/#/

Hanare Japanese Restaurant

Hanare sentiasa berada di senarai teratas untuk bufet Jepun terbaik di Malaysia. Suasana di dalam restoran yang cantik dan luas membuatkan tetamu selesa untuk menjamu selera. Anda juga boleh melihat chef professional mereka menyediakan makanan secara terbuka. Bilik peribadi juga boleh ditempah khas jika ada permintaan. Makanan secara free flow adalah seperti teppanyaki, sashimi, sushi, makanan laut panggang, daging lembu Wagyu   dan banyak lagi. Pelbagai pilihan makanan laut segar di Hanare semuanya diterbangkan melalui udara dua kali seminggu dari Pasar Tsukiji yang terkenal di Tokyo.

Kelebihan Hanare Japanese Restaurant

  • Daging lembu wagyu terbaik
  • Sumber dari Pasar Tsukiji terkenal di Tokyo
  • Disediakan chef professional
  • Tempat duduk terbuka dan selesa

Kekurangan Hanare Japanese Restaurant

  • Harga agak mahal

Info Hanare Japanese Restaurant

Alamat The Intermark Mall, Ground Floor, 348 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu operasi 12 tengahari – 2.30 petang / 6 petang – 10.30 malam
Website/ Instagram/ Facebook https://www.facebook.com/HanareJapaneseRestaurant/

ROCKU Yakiniku

Restoran ini menghidangkan menu terbaik daging lembu, kambing biri-biri hingga ayam, yang diterbangkan dari Australia dan New Zealand. Pilihan makanan laut mereka juga pelbagai seperti kerang, kerang, udang, ikan saba, ikan mentega, sotong dan banyak lagi. Setakat ini, mereka mempunyai 4 cawangan di Lembah Klang iaitu Pavilion, 1 Utama, Sunway Pyramid dan The Gardens.

Suasana yang berbeza berbanding dengan restoran Jepun zen lain dalam senarai ini, ROCKU ialah restoran kasual, ceria dan edgy di mana anda boleh menjamu selera dengan daging panggang berkualiti tinggi diiringi dengan persembahan langsung dari pentas mini popular mereka. Setiap sesi bufet berlangsung selama 100 minit termasuk 20 hidangan tambahan daripada hidangan bufet lazat mereka. Anda juga boleh memilih untuk melanjutkan pada RM9.90 untuk setiap tambahan 20 minit.

Kelebihan ROCKU Yakiniku

  • Suasana restoran kasual dan ceria
  • Sos istimewa mereka!
  • Hiburan restoran
  • Panggang daging pilihan anda sendiri

Kekurangan ROCKU Yakiniku

  • Mempunyai had masa

Info ROCKU Yakiniku

Alamat Pavilion, 1 Utama, Sunway Pyramid dan The Gardens.
Waktu operasi 11 pagi – 11 malam (mungkin berbeza mengikut lokasi)
Website/ Instagram/ Facebook https://rocku.com.my/

Suki-ya

Perasan tak, nama restoran Suki-ya ni pernah viral dan menjadi ‘FYP’ untuk beberapa ketika di media social anda. Sejak dari itu, sentiasa penuhlah dan jika waktu puncak, anda memang perlu beratur panjang untuk masuk ke dalam restoran ini. Ini kerana menunya yang pelbagai, selain sup asas istimewa yang boleh dipilih seperti shabu-shabu tradisional, sukiyaki (kicap manis), miso atau kimchi. Menarik lagi, anda juga boleh memilih gabungan sos cecah anda sendiri. Di restoran ini, anda diberi masa 2 jam untuk menjamu selera, dan akan dikenakan caj tambahan sekiranya melebihi masa.

Kelebihan Suki-ya

  • Sos pelbagai pilihan sendiri
  • Hidangan hot pot dengan pelbagai jenis sup asas
  • Daging dan hidupan laut segar
  • Agak popular di Malaysia
  • Banyak cawangan
  • Harga berpatutan

Kekurangan Suki-ya

  • Mempunyai had masa

Info Suki-ya

Alamat 10 cawangan keseluruhan
Suki-Ya @ Tokyo Street / Pavilion Kuala Lumpur
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu operasi makan tengahari ; 11.30 pagi – 5 petang / makan malam; 5 petang – 9.30 malam
Website/ Instagram/ Facebook https://www.suki-ya.com/

Mitasu

Mitasu ialah restoran Jepun yang terkenal di Kuala Lumpur,  dengan masakan ala-carte Jepun dengan harga berpatutan . Anda boleh memesan dari menu mereka dan mendapatkan hidangan yang dihidangkan terus ke meja anda tanpa perlu berjalan. Tiada had masa yang dikenakan bermakna anda boleh menikmati makanan dengan tenang tanpa perlu tergesa-gesa. Namun, untuk makan di sini anda dinasihatkan untuk menelefon dan tempah tempat duduk kerana ianya selalu full-house.

Kelebihan Mitasu

  • Pelbagai menu menarik
  • Hidangan dihantar ke meja
  • Harga berpatutan
  • Agak terkenal di Kuala Lumpur

Kekurangan Mitasu

  • Dinasihatkan booking awal kerana selalu penuh

Info Mitasu

Alamat Central Plaza, 2506, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu operasi 11.30 pagi – 3 petang / 6 petang – 10 malam
Website/ Instagram/ Facebook https://www.instagram.com/mitasu_japanese_restaurant_kl/?hl=en

Sebenarnya ada banyak lagi restoran yang menawarkan buffet makanan Jepun terbaik di Malaysia, dan senarai ini adalah antara yang terbaik. Setiapnya pasti mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika anda mahukan lebih eksklusif, harganya juga agak eksklusif tau, hiks!

Khas untuk anda yang beragama Islam, dinasihatkan untuk memeriksa status halal setiap restoran ini kerana sesetengahnya ada menghidangkan menu tidak halal.



Related posts