Ini 5 Tepung Ayam Goreng Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Resepi Ayam Goreng Rangup & Sedap!
Melakukan aktiviti berkelah dan bersantai bersama seisi keluarga pada hujung minggu pasti menyeronokkan. Tidak perlu berhabis wang menikmati makanan di restoran mewah atau membeli hidangan segera, memadai jika menyediakan hidangan ringkas, hasil air tangan sendiri. Ramai yang memilih menu wajib seperti ayam goreng rangup pasti menepati selera kanak-kanak juga orang dewasa.
Hidangan ayam goreng mungkin kedengaran ringkas dan mudah. Namun kelazatan ayam goreng dengan gabungan rempah yang serasi dengan teknik yang betul dapat menghasilkan sajian ayam goreng rangup, enak dan tidak jemu dimakan.
Setiap hidangan ayam goreng selalunya punya rasa enak yang berlainan dan mempunyai keistimewaan tertentu kerana menggunakan resipi rasa tepung rangup dan berbeza selain penggunaan rempah khas. Cubalah hasilkan campuran resipi tepung ayam goreng dan rempah mengikut standard yang diingini dan bersesuaian dengan selera perut masing-masing. Pastinya nikmatnya tidak terkata. Teringin menikmati hidangan ayam goreng buatan sendiri yang rangup dan sedap? Pilihlah lima jenis tepung ayam goreng ini yang merupakan pilihan rakyat di Malaysia.
ADABI Tepung Goreng Ayam Pedas 100g
Kebanyakkan rakyat Malaysia membesar dengan produk jenama Adabi. Kesemua produk Adabi mempunyai keistimewaan serta fungsinya yang tersendiri dalam menghasilkan sajian makanan terbaik. Antara produk terlarisnya ialah ADABI Tepung Goreng Ayam Pedas 100g. ADABI Tepung Goreng Ayam Pedas 100g khas buat anda yang ingin menyediakan menu ayam goreng bersalut rangup dengan rasa pedas. Ia dicipta khas untuk peminat makanan gorengan yang lazat dan pedas! ADABI Tepung Goreng Ayam Pedas 100g diformulasi dengan campuran kandungan tepung gandum, tepung beras, serbuk cili, rempah ratus terpilih dan penambah rasa yang dibenarkan. Kandungannya bebas dari pewarna tambahan dan bahan pengawet. Untuk mereka yang tidak gemar akan rasa pedas, ADABI Tepung Goreng Ayam juga hadir dengan perisa Asli yang menyelerakan. ADABI Tepung Goreng Ayam Pedas 100g mendapat pensijilan disahkan halal oleh JAKIM.
Kelebihan produk
- Disahkan halal oleh JAKIM
- Terdapat dua perisa iaitu Asli dan Pedas
- Bebas dari pewarna tambahan dan bahan pengawet.
- Jangka hayat produk lama iaitu 15 bulan
Kekurangan produk
- Mengandungi gluten dan sisa soya tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan
- Perlu simpan di tempat kering sahaja
Spesifikasi produk
Berat | 100g |
---|---|
Jangka Hayat | 15 Bulan |
Harga | RM2.20 |
Bestari Crispy Fried Chicken Coating (Original / Hot & Spicy/ Tom Yam/ Garlic/ Black Pepper/ Mamak) 150g
Bestari merupakan jenama tepung ayam goreng yang popular. Pernah viral suatu ketika dahulu dek kesedapan dan kerangupan rasanya dikatakan sama seperti ayam goreng di sebuah restoran makanan segera terkemuka. Bestari Crispy Fried Chicken Coating mengeluarkan beberapa perasa istimewa dengan berat yang berbeza antaranya perisa Asli, Pedas, Tom Yam, Bawang Putih, Mamak dan Lada Hitam.
Paling mendapat tempat di hati rakyat Malaysia semestinya perisa pedas yang rangup dan begitu sensasi. Kesemua perisa tepung ayam goreng Bestari Crispy Fried Chicken Coating yang dipasarkan mempunyai sijil Halal yang disahkan oleh JAKIM. Istimewanya Bestari Crispy Fried Chicken Coating terbukti kekal rangup walaupun telah sejuk dan lebih dari 3 jam selepas dimasak. Malah rasa ayam goreng juga kekal enak dan tidak menjejaskan kualitinya. Bestari Crispy Fried Chicken Coating juga tidak memerlukan sebarang telur sebagai bahan salutan. Hanya perlu bancuh tepung bersama air mengikut sukatan yang diberikan sahaja dan masak mengikut aturan yang disediakan. Hasilnya, masakan bergoreng enak serta lazat sedia untuk dinikmati.
Kelebihan produk
- Tepung ayam goreng viral rasa seperti ayam di premis makanan segera terkemuka
- Ada 6 perisa iaitu Asli, Pedas, Tom Yam, Bawang Putih, Mamak dan Lada Hitam.
- Halal yang disahkan oleh JAKIM
- Tidak memerlukan sebarang telur sebagai bahan salutan
Kekurangan produk
- Perlu simpan ditempat sejuk dan kering sahaja
- Stok terhad untuk beberapa perisa
Spesifikasi produk
Berat | 150g |
---|---|
Jangka Hayat | 12 Bulan |
Harga | RM2.99 – RM3.30 |
Kimi Kentucky All Purpose Seasoned Flour 200g
Kimi Kentucky All Purpose Seasoned Flour 200g tepung ayam goreng yang ‘legend’ dan memiliki sijil Halal! Tepung ini juga membesar bersama rakyat Malaysia sejak dahulu lagi untuk menyediakan sajian ayam goreng yang rangup. Pergilah ke ceruk mana sekalipun samada di bandar atau luar bandar, tepung ayam goreng jenama ini sangat mudah untuk ditemui dengan harga yang murah. Kos penyediaan ayam goreng lebih jimat dengan menggunakan Kimi Kentucky All Purpose Seasoned Flour 200g kerana hanya sedikit sahaja tepung digunakan untuk menghasilkan makanan bergoreng yang sempurna. Bukan ayam goreng sahaja, malah ibu-ibu di dapur sering menggunakan Kimi Kentucky All Purpose Seasoned Flour 200g untuk menghasilkan hidangan tempura bagi udang, dan sotong celup tepung walaupun hadir hanya dengan perisa asli.
Kelebihan produk
- Harga murah
- Diiktiraf Halal
- Mudah didapati di pasaran
- Jimat! menggunakan sedikit sahaja tepung ketika menggoreng
Kekurangan produk
- Perlu bantuan telur untuk salutan tepung pada ayam
- Melekit dan melekat
- Perlu simpan ditempat kering
Spesifikasi produk
Berat | 200g |
---|---|
Jangka Hayat | 6 Bulan |
Harga | RM1.50 |
Aroma Kentucky Fried Chicken Powder (Original) 300g
Aroma Kentucky Fried Chicken Powder (Original) 300g adalah jenama tepung gorengan serbaguna yang menjadi pilihan serta kegemaran ramai sejak ditubuhkan pada 2001. Aroma Kentucky Fried Chicken Powder (Original) 300g mempunyai sijil Halal Jakim dan MeSTI dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia bagi memastikan kehendak serta kepuasan para pengguna dapat dicapai serta lebih yakin dan tanpa rasa was-was. Dari segi pemilihan bahan mentah, Aroma Kentucky Fried Chicken Powder (Original) 300g hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dan berkualiti sahaja.
Ia juga bebas telur dan tidak memerlukan sebarang salutan telur ketika menggoreng. Setiap kandungan dan rempah-ratusnya diimport dari luar negara bagi memastikan rasa serta hasil produk berada di tahap yang terbaik serta konsisten. Selain Aroma Kentucky Fried Chicken Powder (Original) 300g, tepung ayam goreng ini juga hadir dengan perisa pedas yang hebat. Setiap hidangan ayam goreng menggunakan Aroma Kentucky Fried Chicken Powder (Original) 300g direka supaya tidak menyerap minyak. Pastinya lebih sihat, rasa lebih enak serta kurang kolesterol.
Kelebihan produk
- Bebas telur
- Tidak serap minyak
- Rempah-ratusnya diimport dari luar negara
- Mempunyai sijil MeSTI yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kekurangan produk
- Perlu simpan ditempat kering
Spesifikasi produk
Berat | 300g |
---|---|
Jangka Hayat | 6 ke 12 bulan bergantung cara penyimpanan |
Harga | RM3.65 |
AJINOMOTO Seri Aji Tepung Goreng Pedas 150g
AJINOMOTO Seri Aji Tepung Goreng Pedas 150g adalah tepung goreng sedia untuk digunakan khusus untuk menu ayam goreng. Tepung ini membantu anda menyediakan hidangan bergoreng di rumah yang lazat dengan cepat dan mudah. AJINOMOTO Seri Aji Tepung Goreng Pedas 150g merupakan campuran lengkap daripada tepung terpilih, rempah bermutu tinggi, pelbagai bahan perisa asas, dan perasa bermutu tinggi, memberikan anda rasa lazat, ranggup dan lengkap kepada masakan anda. AJINOMOTO Seri Aji Tepung Goreng Pedas 150g dijamin HALAL dan mendapat pengiktirafan daripada JAKIM. Tiada lagi masalah salutan tepung yang lembik atau tidak melekat, dengan AJINOMOTO Seri Aji Tepung Goreng Pedas 150g anda mampu menjadikan setiap makanan bergoreng bersalut elok dan dimasak sempurna persis air tangan chef terkemuka.
Kelebihan produk
- Salutan tepung tidak lembik dan melekat
- Menggunakan bahan asas berkualiti dan terpilih
- Dijamin Halal
- Dimasak sempurna persis air tangan chef terkemuka
Kekurangan produk
- Perlu simpan di tempat tertutup dan kering
- Stok terhad
Spesifikasi produk
Berat | 150g |
---|---|
Jangka Hayat | 6 Bulan |
Harga | RM2.40 |
Juadah paling mudah dan sering mencuri perhatian tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa adalah ayam goreng. Ia bukan sahaja mudah dan ringkas untuk disediakan, tetapi cukup sesuai dimakan begitu sahaja atau bersama hidangan sampingan seperti nasi, salad, kentang goreng atau kentang putar. Bagi yang sukakan rasa pedas atau inginkan perasa tertentu bolehlah mengubah suai mengikut kehendak dan selera masing-masing. Gunakanlah jenama tepung goreng ayam yang sesuai dan tambahan olahan resipi anda sendiri.
Menghidangkan menu ayam goreng di atas meja tidaklah sesukar mana, malah anda boleh menyudahkan kerja menggoreng dengan lebih cepat dan pantas anggaran masa 30 minit ke satu jam sahaja. Anda hanya perlu salutkan ayam mentah dengan jenama tepung ayam goreng kegemaran kemudian siap untuk digoreng. Malah, untuk menjimatkan masa anda boleh menggoreng ayam menggunakan pelbagai kaedah masakan iaitu menggunakan alat kelengkapan dapur seperti Deep Fryer atau untuk menjaga kesihatan gunakan Air Fryer.