Jom Lepak Di 5 Kafe Konsep Menarik Dan Bergaya Di Sekitar KL Dan Selangor

Makanan dan minuman


Lepak dengan kawan-kawan sambil makan dan minum di cafe bergaya hipster sememangnya menjadi trend terkini di KL dan Selangor. Dari cafe yang insta-worthy sehingga cafe baru yang baru sahaja dibuka, pasti ada sesuatu yang memuaskan citarasa dan ketagihan untuk dikunjungi. Selain daripada makanan dan minuman yang lazat, suasana dan hiasan di dalamnya turut menjadi tarikan untuk diambil gambar dan dikongsi di Instagram. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mengembara mencari cafe-cafe baru yang menarik untuk bersantai dan melepak bersama kawan-kawan hujung minggu ini. Jom check out 5 menarik kafe yang menarik di sekitar KL dan Selangor.

maoCATfe @ Seri Kembangan

maoCATfe @ Seri Kembangan
Buat anda yang mencintai kucing, kafe yang baru dilancarkan ini semestinya akan memberikan ketenangan kepada anda. Bayangkan ketika anda menghirup kopi, anda ditemani kucing-kucing yang comel dan manja dengan telatah-telatah mereka. Selain dari kombinasi kucing dan kopi, kafe ini juga menempatkan butik untuk barangan-barangan kucing yang mewah hasil rekaan pereka-pereka ternama.

Unik kan? Bukan kopi sahaja yang ada disini, terdapat juga makanan-makanan bertemakan western dan dessert untuk menjadi hidangan pemanis mulut anda. Warna putih sebagai warna primer bagi dinding dan hiasan dalaman serta luaran pada kafe ini mewujudkan nuansa ketenangan buat mereka yang lepak di sini.

Bukan sahaja pada dinding dan hiasan, malah mesin kopinya juga turut berwarna putih. Jadi, buat anda yang perlukan ketenangan dan me time, anda pasti tidak akan menyesal berkunjung ke maoCATfe di Seri Kembangan ini.

Kelebihan maoCATfe @ Seri Kembangan

  • Dekorasi unik berwarna putih untuk mood ketenangan
  • Pengunjung akan ditemani kucing-kucing yang comel
  • Gabungan kafe, kucing dan butik kucing

Kekurangan maoCATfe @ Seri Kembangan

  • Tiket untuk masuk agak mahal dan tidak termasuk harga makanan.

Info maoCATfe @ Seri Kembangan

Konsep Cafe Kafe, Butik dan kucing
Alamat No 6-1, Level 1, Kompleks Komersil Akasa, Jalan Akasa, Akasa Cheras Selatan,
43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi 12 Tengahari – 10 Malam
Link IG/FB https://www.instagram.com/maocatfe/

Hornbill Restaurant & Café @ Perdana Botanical Garden

Hornbill Restaurant & Café @ Perdana Botanical Garden
Makan sambil ditemani burung-burung? Why not kan? Menariknya di Hornbill Restaurant & Café ini, anda boleh makan sambil ditemani burung-burung yang akan datang singgah ke tempat duduk anda, jika anda bertuah. Memang rare! Anda boleh melihat burung Enggang (Rhino Hornbills) dan beberapa jenis burung lain. Makanan yang disediakan adalah variasi makanan barat dan tempatan seperti chicken shop, satay, dan makanan bergoreng. Café ini sangat sesuai untuk anda yang berkeluarga kerana anak-anak pasti terpesona melihat burung-burung yang bebas terbang tersebut.

Kelebihan Hornbill Restaurant & Café @ Perdana Botanical Garden

  • Pengalaman unik makan bersama burung
  • Menu makanan pelbagai
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Dibuka setiap hari

Kekurangan Hornbill Restaurant & Café @ Perdana Botanical Garden

  • Agak sesak ketika waktu cuti

Info Hornbill Restaurant & Café @ Perdana Botanical Garden

Konsep kafe nature/ alam sekitar
Alamat Perdana Botanical Garden, KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 10 pagi – 6 malam
Link IG/FB https://www.facebook.com/pages/Hornbill%20Restaurant%20&%20Cafe/150610744964336/

Soul Sacrifice @ Desa Pandan

Soul Sacrifice @ Desa Pandan
Ianya adalah sebuah kafe halal yang terletak di Desa Pandan. Soul Sacrifice diinspirasikan dari sebuah lagu instrumental rock tahun 1969 dari Santana. Bukan hanya tempat untuk lepak dan chill, anda juga boleh bergambar dengan kafe yang direka berkonsepkan rustic industrial. Masuk je kafe ni, anda pasti dapat merasakan suasana yang charming dan santai sambil menikmati pelbagai menu fusion yang lazat. Antara menu terkenal di sini adalah salad Falafel, meatball cub dan pelbagai gandingan makanan antarabangsa dan lokal disediakan oleh chef berpengalaman.

Kelebihan Soul Sacrifice @ Desa Pandan

  • Menu fusion enak
  • Konsep kafe rustic industrial menarik
  • Hidangan dihidangkan dengan penuh gaya
  • Banyak port menarik untuk ber-OOTD

Kekurangan Soul Sacrifice @ Desa Pandan

  • Lokasi di Desa Pandan agak sesak
  • Tutup pada hari Isnin

Info Soul Sacrifice @ Desa Pandan

Konsep kafe Rustic industrial
Alamat 38, Jalan 4/76c, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 8pagi -6petang (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
Link IG/FB https://www.instagram.com/soulsac/?hl=en

RGB Cafe @ The Beanhive

Memang lain dari yang lain kerana ia memberikan anda suasana seperti berada di rumah. Ini kerana RGB & The Bean Hive beroperasi di dalam sebuah banglo lama dan menawarkan konsep ruang makan yang homely dan ruang di luar seperti di halaman rumah. Kafe ini sangat mesra keluarga kerana ia dilengkapi ruang untuk bermain, buku kanak-kanak dan sebagainya. Apa yang menarik adalah menu yang disediakan kerana ianya sungguh pelbagai dari hidangan western hinggalah ke lokal. Terdapat juga menu vegetarian seperti vegetarian breakfast dan vegetarian pizza.

Kelebihan RGB Cafe @ The Beanhive

  • Suasana unik seperti di rumah
  • Menu gabungan western dan lokal
  • Terdapat menu vegetarian
  • Sesuai untuk mereka yang berkeluarga

Kekurangan RGB Cafe @ The Beanhive

  • Agak padat pada waktu puncak

Info RGB Cafe @ The Beanhive

Konsep kafe Seperti di rumah
Alamat 35, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 10 pagi – 6.30 malam (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
Link IG/FB https://www.instagram.com/rgbcoffee/?hl=en

Piccadilly Cafe @ Jalan Tun Perak

Piccadilly Cafe @ Jalan Tun Perak
Terasa macam di negara lain dan bukan di Malaysia. Ini pasti akan terlintas di mulut anda apabila melihat Piccadilly Cafe di Jalan Tun Perak ini. Elemen batuan dan juga warna pastel pada dinding menjadikan kafe ini tampak elegan tapi masih mengekalkan ciri-ciri minimalis terutama sekali pada perabotnya yang menggunakan material kayu. Kombinasi yang memberikan ketenangan pada mata anda dan menaikkan mood anda untuk menjamu selera di sini.

Dari segi makanannya pula, tidak seperti kafe-kafe biasa yang hanya menghidangkan makanan western dan pasta, menariknya kafe ini turut menghidangkan masakan-masakan melayu seperti Nasi Kerabu dan ianya adalah salah satu menu yang anda perlu cuba jika kesini. Anda perlukan mood dan ketenangan? Piccadilly Cafe di Jalan Tun Perak sesuai untuk anda.

Kelebihan Piccadilly Cafe @ Jalan Tun Perak

  • Dekorasi unik gabungan batu, pecahan batu bata, perabot kayu dan warna pastel
  • Turut menghidangkan masakan melayu iaitu nasi kerabu
  • Mempunyai sudut-sudut yang menarik untuk bergambar

Kekurangan Piccadilly Cafe @ Jalan Tun Perak

  • Buka sehingga 8 Malam sahaja.

Info Piccadilly Cafe @ Jalan Tun Perak

Konsep Cafe Rustic dan Moden
Alamat 62 & 64, Jalan Tun Perak, City Centre, 50500 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 8 Pagi – 8 Malam
Link IG/FB https://www.facebook.com/piccadilly.kl/photos/?ref=page_internal

Ada banyak lagi sebenarnya kafe-kafe menarik di sekitar Lembah Klang untuk dikunjungi, tapi jika berkesempatan cubalah pilihan yang kami senaraikan ini dahulu,hiks! Mana tahu berkenan di hati boleh jadi lokasi favourite lepak anda kan? Khas untuk yang beragama Islam, semak terlebih dahulu status halal setiap kafe ini sebelum berkunjung ya.

Suasana yang tenang dan selesa di dalam cafe memang sesuai untuk kita melepaskan penat dan tekanan harian. Selain itu, cafe juga menjadi tempat yang menarik untuk mengambil gambar-gambar yang cantik dan instagrammable. Namun, penting untuk diingatkan bahawa ramai yang juga ingin ke cafe yang sama. Oleh itu, pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu sebelum ke sana untuk mengelakkan sebarang masalah dan ketidakselesaan semasa melepak bersama kawan-kawan.



Related posts