Mesti Ada Di Setiap Kediaman Rakyat Malaysia! Ini 5 Sos Cili Terbaik Di Malaysia
Cili sauce merupakan sos yang unik dan menjadi salah satu sos yang wajib dimiliki di Malaysia. Sos ini digunakan sebagai cebisan pada kebanyakan makanan seperti burger, popiah, celup tepung, dan ayam goreng. Ia menjadi sinonim dengan makanan Malaysia dan banyak merek lokal maupun internasional yang menawarkan cili sauce dengan harga dan tingkat kepedasan yang berbeda. Ada yang lebih pedas, ada yang lebih manis, ada yang lebih masam, dan ada yang lebih gurih. Namun, meskipun ada perbedaan dalam rasa dan harga, satu hal yang pasti adalah cili sauce akan selalu menjadi sajian yang tidak bisa dipisahkan dari hidangan khas Malaysia.
Cili sauce bisa dijadikan sebagai bahan dasar dalam membuat berbagai jenis saus, banyak orang menggemarinya. Cili sauce dapat dijadikan sebagai bahan campuran dalam membuat saus BBQ, saus pedas, saus untuk dim sum, dan saus untuk berbagai jenis masakan. Sos ini memiliki rasa pedas yang kuat dan memberikan sensasi tersendiri pada lidah. Selain itu, cili sauce juga menjadi sajian yang selalu disajikan pada setiap meja makan, baik di restoran maupun di rumah. Oleh karena itu, cili sauce menjadi sos yang unik dan tidak bisa dipisahkan dari budaya kuliner di Malaysia. Menyedari akan keperluan pengguna tersebut, pelbagai jenama sos terutamanya sos cili dihasilkan mengikut citarasa terdapat banyak di pasaran. Antara 5 sos cili terbaik di Malaysia menepati citarasa rakyat kita seperti berikut.
Taste-Me Sos Cili Padi
Bagi peminat pedas ‘berapi’ Taste-Me Sos Cili Padi bukan sekadar sos cili biasa, tetapi diperbuat daripada 100 peratus cili padi sebenar. Diformulasi dengan cili padi jenis Capsicum frutescens, ia mengandung vitamin A dan vitamin C yang baik untuk badan. Prinsip asas pemprosesan Taste-Me Sos Cili Padi sama seperti pemprosesan sos yang lain. Ia perlu disediakan dengan memasak bahan utama iaitu puri cili merah, cili padi, gula, garam, asid makanan dan bahan pemekat bersama air sehingga mendidih.
Kandungan kapsaisin yang terdapat di dalam plasenta cili yang digunakan untuk menghasilkan Taste-Me Sos Cili Padi merupakan sebatian alkaloid semula jadi yang menentukan darjah kepedasan cili yang digunakan. Taste-Me Sos Cili Padi mendapat pensijilan Halal dari Jakim dan dibotolkan menggunakan kaca dan penutup logam berkualiti agar menghalang berlakunya proses pengoksidaan yang akan menukar warna sos cili padi menjadi lebih gelap. Taste-Me Sos Cili Padi enak dihidang bersama sajian bergoreng menjadikan makanan tersebut lebih berperisa dan menyelerakan.
Kelebihan Taste-Me Sos Cili Padi
- Harga berpatutan
- Mendapat pensijilan Halal
- Menggunakan 100% cili padi sebenar
- Mengandungi vitamin A dan vitamin C
Kekurangan Taste-Me Sos Cili Padi
- Mulut botol agak besar dan menyebabkan sos tumpah dengan banyak
Spesifikasi Taste-Me Sos Cili Padi
Berat: | 180g |
---|---|
Kandungan: | Air, Cili Padi, Bawang Putih, Gula, Garam, Cuka, Asid Sitrik (E330), Penstabil (Gum / E415). Mengandungi Bahan Penambah Perisa (MSG / E621) Yang Dibenarkan dan Bahan Pengawet (Sodium Benzoate / E211) Yang Dibenarkan. |
Harga: | RM6.75 |
Nando’s Extra Hot PERi-PERi Sauce
Nando’s Extra Hot PERi-PERi Sauce ‘sos ajaib’ bagi penggemar makanan pedas meletup. Untuk mendapatkan Nando’s Extra Hot PERi-PERi Sauce, tidak hanya terhad terdapat di outlet Nando’s tetapi kini mudah didapat di kebanyakkan pasaraya terdekat. Nando’s Extra Hot PERi-PERi Sauce merupakan level kepedasan berada pada carta tertinggi digabungkan dengan citarasa perasa kegemaran rakyat Malaysia. Dihasilkan menggunakan cili segar PERi-PERi iaitu sejenis cili African Bird’s Eye. ditanam di benua Afrika.
Nando’s Extra Hot PERi-PERi Sauce mempunyai banyak khasiat dan kaya dengan vitamin, A, B dan C selain boleh membantu meningkatkan kadar metabolisma, memulihkan ‘mood’ dan meningkatkan penghasilan endorphin ketika anda memakannya. Nando’s Extra Hot PERi-PERi Sauce diformulasikan bersama beberapa bahan segar yang terpilih seperti lemon, garam, bawang, rempah ratus dan minyak semulajadi.
Selain Nando’s Extra Hot PERi-PERi Sauce, ada lima lagi keluarganya yang turut menjadi pilihan seperti Lemon & Herb, Wild Herb, Garlic, Smoky PERi-PERi, Mild, dan Hot. Nando’s Extra Hot PERi-PERi Sauce tidak mengandungi MSG tambahan, tiada pengawet tiruan, bebas gluten, pewarna tiruan dan tiada perasa tiruan.
Kelebihan Nando’s Extra Hot PERi-PERi Sauce
- Menggunakan cili segar PERi-PERi iaitu sejenis cili African Bird’s Eye
- Tahap pedas tertinggi menepati selera rakyat Malaysia
- Diiktiraf Halal
- Tidak mengandungi pengawet tiruan dan bebas gluten
Kekurangan Nando’s Extra Hot PERi-PERi Sauce
- Harga tinggi dipasaran
Spesifikasi Nando’s Extra Hot PERi-PERi Sauce
Berat: | 250g |
---|---|
Kandungan: | Water, Vinegar, Salt, Spices (African Bird’s Eye Chilli, Cayenne Pepper, Paprika), Lemon Puree (5%), Serrano Chilli, Onion Puree (3%), Sunflower Seed Oil, Stabilisers (Xanthan Gum, Propylene Glycol Alginate), Garlic Puree, Antioxidant (Ascorbic Acid), Rosemary Extract. |
Harga: | RM17.90 |
LIFE Chilli Sauce
Jika diikutkan sos ini telah berada di pasaran sejak tahun 1978 dan telah dieksport ke AS, UK, Perancis, Australia, New Zealand, Jepun, Hong Kong, Mauritius, dan Maldives. LIFE Chilli Sauce menjadi popular selepas digunakan sebagai penambah perasa di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut di Malaysia.
Rasa sos cilinya yang pedas memikat ketika makan bersama ayam goreng atau pizza sentiasa menjadi bualan ramai dan mendapat permintaan agar sos tersebut dipasarkan kepada umum. Disebabkan makluman yang positif, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd pemegang francais restoran makanan segera KFC Malaysia mengambil inisiatif mengeluarkan sos jenama LIFE Chilli Sauce terus dipasaran dan kedai runcit biasa secara meluas.
LIFE Chilli Sauce diadun istimewa diperbuat daripada cili sebenar terpilih untuk memastikan kesegaran dan kualiti terpeliharan. LIFE Chilli Sauce mendapat pensijilan Halal, kebersihan pembuatannya tidak diraguai. Sos cili ini tidak mengandungi pengawet tiruan, bebas gluten, pewarna tiruan dan tiada perasa tiruan.
Kelebihan LIFE Chilli Sauce
- Harga berpatutan
- Ada pensijilan Halal
- Tiada pewarna tiruan dan tiada perasa tiruan
- Rasa pedas manis yang serasi dengan semua golongan
Kekurangan LIFE Chilli Sauce
- Stok dipasaran cepat habis
Spesifikasi LIFE Chilli Sauce
Berat: | 340g |
---|---|
Kandungan: | Gula, Cili Garam, Cuka, Pes Tomato, Rempah Semulajadi, Mengandungi Pati Jagung Ubahsuai (E1422) dan Pemekat (E415) sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan |
Harga: | RM3.85 |
ABC Sambal Asli Chilli Sauce
Jenama ABC ialah salah satu pengeluar sos berkualiti premium paling lama buatan negara Indonesia dan memiliki penggemar yang ramai di Malaysia. ABC Sambal Asli Chilli Sauce merupakan perasa yang menjadi pilihan tetap rakyat Malaysia di kebanyakkan kediaman sejak zaman berzaman. ABC Sambal Asli Chilli Sauce mempunyai tekstur pekat dengan rasa cili api yang sederhana pedas, seimbang dengan sedikit rasa manis dan bawang putih, turut sesuai dijadikan sebagai pes penambah masakan.
Selain untuk masakan ABC Sambal Asli Chilli Sauce sering dijadikan sebagai pencicah untuk sajian seperti cucur udang, ayam bakar, keropok ikan, burger dan jejari kentang goreng. ABC Sambal Asli Chilli Sauce mendapat pensijilan Halal dari negara pengeluaranya diakui bebas pengawet tiruan, bebas gluten, pewarna tiruan dan tiada perasa tiruan.
Kelebihan ABC Sambal Asli Chilli Sauce
- Harga berpatutan
- Kualiti premium dan dipercayai
- Bebas gluten dan disahkan Halal
- Sesuai dijadikan pes untuk masakan
Kekurangan ABC Sambal Asli Chilli Sauce
- Menjadi sasaran produk tiruan
Spesifikasi ABC Sambal Asli Chilli Sauce
Berat: | 395g |
---|---|
Kandungan: | Cili merah, air, gula, garam, bawang putih, kanji ubi kayu, asid asetik, natrium benzoat. |
Harga: | RM7.50 |
Sabasco Chilli Sauce
Melihat pada jenamanya iaitu Sabasco, mungkin ada yang keliru dengan sos cili antarabangsa jenama Tabasco. Sos cili Sabasco adalah buatan Malaysia dan sangat dibanggakan dari generasi ke genarasi terutama penduduk di Sabah. Jika berkunjung ke Sabah, anda akan dapati kebanyakkan premis makan menggunakan sos cili jenama ini sebagai penambah perasa makanan.
Disebabkan itu juga, jika ke Sabah tidak sah jika tidak membawa pulang Sabasco Chilli Sauce sebagai buah tangan. Sabasco Chilli Sauce dihasilkan daripada cili asli ‘Momporok’ yang istimewa rahsia utama ramuan pedas yang sangat dibanggakan. Cili Momporok ini diperolehi dari daerah Kunak dan Lahad Datu, Pantai Timur Sabah dikatakan tumbuh liar di tanah gunung berapi yang berdekatan dengan pinggir laut.
Benih cili ini pada awalnya disebarkan oleh burung Bulbul. Rasa dan aroma Sabasco Chilli Sauce terhasil daripada ramuan cili tersebut adalah unik dan tiada tandingan. Kelazatan Sabasco Chilli Sauce penuh dengan perisa manis dan pedas cili sebenar semestinya menjadi pelengkap makanan yang perlu dimiliki setiap isi rumah. Untuk lebih enak, Sabasco Chilli Sauce boleh ditambah dengan jus limau kasturi dan kicap soya untuk dinikmati bersama sajian harian anda.
Kelebihan Sabasco Chilli Sauce
- Cili Memporok segar dijadikan ramuan utama
- Produk buatan Malaysia dari zaman berzaman
- Rasa dan aroma pedasnya serasi dengan lidah rakyat Malaysia
- Ikon sos cili di Sabah
Kekurangan Sabasco Chilli Sauce
- Sukar diperolehi di pasaran semenanjung
Spesifikasi Sabasco Chilli Sauce
Isipadu: | 80ml |
---|---|
Kandungan: | Cili Momporok Istimewa Kunak, cuka, citrus, gula, garam dan perasa tambahan |
Harga: | RM10.80 |
Cili tergolong dalam kumpulan sayur-sayuran, maka mengambil sayuran adalah sesuatu amalan yang baik. Makanan pedas menggunakan ramuan utama ‘cili’ sememangnya sangat sinonim dengan cita rasa lidah rakyat Malaysia. Lazim dihidangkan dalam menu sehari-hari, makanan jenis itu terutamanya sos cili menjadi kegemaran kerana mampu menambahkan lagi kepuasan dan melengkapkan sajian yang dimakan.
Sos cili pedas memang sedap dan menyelerakan. Trend makan makanan bersama sos cili pedas diperlihatkan seolah-olah menjadi kegilaan terutamanya dalam kalangan golongan muda yang kian berlumba-lumba untuk cuba merasai pelbagai menu bersama sos penambah rasa tersebut.
Namun begitu, penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada pelbagai penyakit kronik kerana dikatakan mengandungi kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam setiap botol. Sebagai pengguna bijak, pastikan penggunaan sos dalam masakan atau penambah rasa kalian berada dalam keadaan terkawal demi kesihatan bersama.