Port Lepak Baru, Jom Try 5 Kafe Terbaik Di Melaka Ini!

Port Lepak Baru, Jom Try 5 Kafe Terbaik Di Melaka Ini!
Makanan dan minuman


Melaka sememangnya destinasi menarik untuk dilawati kerana tarikan tempat bersejarahnya juga makanan! Ya, selain dapat merasai perjalanan nostalgia sejarah Melaka, tumpuan ramai orang ke Melaka adalah disebabkan makanannya. Pelbagai pilihan makanan laut menarik, restoran atau gerai makanan menjual makanan ‘signature’ di Melaka iaitu Asam Pedas malah kewujudan pelbagai jenis kafé juga adalah tarikan utama pengunjung ke Melaka.
Khas untuk anda yang ada plan nak ke Melaka atau anda memang orang Melaka mencari ‘port lepak’ baru, jom lihat 5 kafé terbaru di Melaka ini;

Where House Coffee

Where House Coffee
Where House Coffee menyediakan aneka jenis kopi dan hidangan yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Ia dibuka pada jam 12 tengahari hingga 10 malam sesuai untuk santapan tengahari atau makan malam. Dekorasi kafé yang lebih cozy dan menarik sesuai untuk anda bergambar kerana hampir setiap sudutnya ‘insta-worthy’.

Kelebihan

  • Dekorasi menarik
  • Pilihan makanan melayu dan western
  • Suasana selesa

Kekurangan

  • Harga sesetengah makanan agak mahal

Spesifikasi

Alamat 46, Jalan Ong Kim Wee, 75250, Bandaraya Melaka, Melaka
Waktu beroperasi 12 tengahari- 10 malam
No tel 012- 679 9231
Facebook/ Instagram https://www.facebook.com/Wherehouse-Coffee-521325801297341/?ref=page_internal

Calanthe Art Cafe

Calanthe Art Cafe
Khas untuk penggemar keunikan seni artistik dan penggemar kopi, anda pasti tidak kecewa mengunjungi kafé ini. Terletak di tengah bandar Melaka dan tidak jauh dari Jonker Street, perkara yang digemari tentang kafe ini adalah suasananya yang selesa dan bahagian dalamannya yang dilengkapi sepenuhnya dengan pelbagai perhiasan eklektik dan karya seni yang berwarna-warni. Kafe ini juga terkenal sebagai satu-satunya tempat di bandar yang anda boleh menemui kopi istimewa dari semua 13 negeri di Malaysia! Calanthe Art Cafe – nama kafe yang kerap menjadi sebutan ramai pengunjung di Melaka terutamanya di kalangan pencinta kopi. Kafe ini sememangnya popular dengan kopi mereka yang dikatakan berkualiti tinggi dan lelazatan Nyonya Laksa

Kelebihan

  • Lokasi strategik di bandar
  • Pilihan 13 kopi dari 13 negeri di Malaysia
  • Dekorasi unik berseni
  • Suasana selesa
  • Pelbagai pilihan menu menarik

Kekurangan

  • Kesukaran untuk parking kenderaan

Spesifikasi

Alamat No. 11, Jalan Hang Kasturi, 75250 Melaka
Waktu beroperasi 10 pagi- 9 malam
No tel 06-292 2960
Facebook/ Instagram https://www.instagram.com/calantheartcafe/

Backlane Coffee

Backlane Coffee
Sesuai dengan namanya, Backlane Coffee terletak di lorong belakang Jonker Street di mana anda boleh menikmati suasana yang tenang, kontras yang menyenangkan daripada orang ramai yang sibuk di luar. Dengan reka bentuk perindustrian desa, kafe dengan penuh dekorasi berkonsepkan seni estetika ini memberi mood santai melalui dinding bata terdedah serta konsep kehijauan yang menyegarkan mata.

Kelebihan

  • Menu menarik seperti Makaron gula Melaka
  • Minuman latte terbaik
  • Dekorasi unik
  • Suasana selesa

Kekurangan

  • Terletak agak jauh ke dalam

Spesifikasi

Alamat 129, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu beroperasi 10 pagi- 11 malam
No tel 06- 282 0542
Facebook/ Instagram https://www.instagram.com/backlanecoffee/?hl=en

Limau-limau Cafe

Limau-limau Cafe
Lokasinya yang strategik berdekatan dengan Jonker Street menjadikan Limau-limau Cafe ini sesuai disinggahi terutama jika anda mahukan menukar selera dengan menu makanan western atau barat. Pilihan makanan yang berbagai seperti pasta dan set sarapan merupakan antara menu yang sentiasa menjadi rebutan ramai. Bukan itu sahaja, minuman berasaskan buah-buahan yang segar pasti mampu menyegarkan tekak anda. Kafe ini menggunakan buah-buahan segar, jadi rasanya pasti lebih sedap. Antara pilihan minuman popular adalah Dragon Fruit yogurt dan Fresh Durian Milkshake.

Kelebihan

  • Pekerja sangat mesra
  • Review makanan yang sedap
  • Pilihan minuman jus dan milkshake
  • Suasana selesa

Kekurangan

  • Agak padat jika ramai pengunjung

Spesifikasi

Alamat 9, Jalan Hang Lekiu, 75200 Melaka
Waktu beroperasi 9 pagi- 11 malam
No tel 018- 781 3760
Facebook/ Instagram https://www.facebook.com/Limau-limau-cafe-156430097788314/?ref=page_internal

The Daily Fix Cafe

The Daily Fix Cafe
The Daily Fix Cafe terletak di Jonker Street dan antara kafe hipster popular. Sesuai untuk anda yang mahukan brunch, menu-menu di kafe ini pasti mampu menambat selera anda. Kafe ini terkenal dengan hidangan lempeng atau penkek dengan perisa pandan serta pilihan kopi menariknya. Dekorasi kafe yang unik pasti membuatkan pelanggan selesa dan sungguh insta-worthy!

Kelebihan

  • Review makanan yang sedap
  • Suasana selesa
  • Pelbagai pilihan makanan barat/western
  • Dekorasi menarik

Kekurangan

  • Waktu operasi yang singkat

Spesifikasi

Alamat 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu beroperasi 10 pagi- 6 petang
No tel 013- 290 6855
Facebook/ Instagram https://www.instagram.com/thedailyfixcafe/?hl=en

Kebanyakkan kafe pilihan ini menawarkan variasi makanan berunsurkan barat mungkin sesuai untuk anda yang mahukan kelainan dalam menu anda. Namun, terdapat juga yang masih mengekalkan menu berunsurkan baba nyonya yang pastinya menjadi tarikan utama pengunjung ke Melaka.

Sesetengah kafe ini mempunyai keluasan terhad dan menjadi agak padat ketika peak-hour. Jadi, elakkan datang lewat jika tidak mahu bersesak ya!



Related posts