Rahsia Menu Bersos: 5 Sos Tiram Halal Jadikan Masakan Malaysia Lazat

Rahsia Menu Bersos: 5 Sos Tiram Halal Jadikan Masakan Malaysia Lazat
Makanan dan minuman


Untuk menjadikan hidangan harian anda lebih istimewa, tambahkan sedikit sos tiram dalam proses memasak. Sos tiram bukan sahaja memberi rasa yang lezat kepada hidangan anda, tetapi juga menjadikan hidangan lebih memikat dengan aroma khasnya. Apabila memasak, pastikan untuk menggunakan sos tiram dengan bijak; terlalu banyak mungkin akan mengubah rasa hidangan. Ini merupakan tip memasak yang penting terutama apabila anda sedang menyediakan hidangan untuk keluarga, majlis sederhana, atau acara besar. Dengan menggunakan sedikit sentuhan sos tiram dalam resepi harian atau hidangan istimewa, anda pasti akan menghasilkan hidangan yang enak dan memuaskan untuk dinikmati oleh semua. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba penggunaan sos tiram dalam masakan anda!

Masakan Malaysia berasaskan sos tiram bukanlah perkara yang asing dalam menu oriental. Sos tiram merupakan bahan popular dalam masakan Vietnam, Thailand, dan Kantonis, dan juga sering digunakan dalam pelbagai masakan tradisional Melayu. Tidak menghairankan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia gemar menggunakan sos tiram untuk memperkayakan masakan harian mereka, terutamanya dalam menu bersos.
Terdapat pelbagai jenis sos tiram Halal yang boleh disesuaikan dengan masakan anda. Setiap jenis sos tiram yang terdapat di Malaysia mempunyai ciri-ciri yang berbeza, dan harga yang ditawarkan juga bervariasi. Oleh itu, adalah penting untuk mengikut citarasa, bajet, dan tujuan masakan masing-masing. Untuk menggembirakan lagi hidangan bersos masakan Malaysia yang lazat, berikut adalah 5 jenis sos tiram Halal yang dicadangkan. Pasti akan meningkatkan lagi nikmat hidangan anda!

Bumi Hijau Oyster Sauce

Bumi Hijau Oyster Sauce
Apa kata asah kemahiran memasak, terutama resipi-resipi baharu menggunakan sos tiram Bumi Hijau Oyster Sauce. Bumi Hijau Oyster Sauce, produk keluaran bumiputera sudah dipasarkan sejak tahun 1983 di Johor dan mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM. Aroma masakan menggunakan Bumi Hijau Oyster Sauce yang memikat sudah pasti menambah keenakan rasa untuk pelbagai hidangan seisi keluarga, menjadikannya pilihan ideal sebagai perasa bagi masakan daging dan sayur-sayuran. Walaupun terdapat bermacam jenama sos tiram di pasaran, namun Bumi Hijau Oyster Sauce mempunyai keunikannya tersendiri dan menjadi pilihan ramai sejak sekian lama. Paling utama, sos tiram keluaran jenama Bumi Hijau menggunakan hasil tiram yang bagus dan segar menjadi ekstrak tiram lebih terasa dan pekat.

Kelebihan Bumi Hijau Oyster Sauce:

  • Tekstur lembut dan sekata
  • Berwarna coklat gelap dan berkilat
  • Halal daripada JAKIM
  • Harga berpatutan
  • Terdapat pelbagai isipadu saiz seperti 180g, 350g, 500g dan 1kg

Kekurangan Bumi Hijau Oyster Sauce:

  • Kurang promosi

Spesifikasi Bumi Hijau Oyster Sauce:

Berat / Isipadu 500g
Kandungan Gula, Karamel, Garam, Perisa Tiram, Penstabil dan Pengawet yang dibenarkan
Harga RM 5.20

HAMADAYA Japanese Oyster Essence Sauce

HAMADAYA Japanese Oyster Essence Sauce
HAMADAYA merupakan jenama sos popular resipi keluarga di Jepun berusia lebih 200 tahun. HAMADAYA Japanese Oyster Essence Sauce, jenama sos tiram premium Jepun miliki piawai pembuat makanan Halal Antarabangsa juga disahkan Halal oleh JAKIM. Diperbuat daripada ekstrak tiram yang paling segar dan semula jadi, HAMADAYA Japanese Oyster Essence Sauce dirumus dengan halus untuk memberikan hasil sos tiram yang kaya rasa serta berkualiti. Bau aromanya sangat memikat terutama ketika menumis, perapan dan memanggang pada sebarang masakan. Mendapat beberapa penganugerahan di peringkat antarabangsa dan tempatan, HAMADAYA Japanese Oyster Essence Sauce memiliki rasa hebat yang serba boleh untuk menghasilkan pelbagai jenis makanan asas, dan digunakan dalam pelbagai masakan dari menu Asia hingga sajian Barat. Monde Selection dan Institut Rasa Antarabangsa turut mengiktiraf HAMADAYA Japanese Oyster Essence Sauce setelah menguji beberapa menu berasaskan sos tiram ini dan ternyata setiap makanan memiliki konsistensi tertinggi dan rasa premium.

Kelebihan HAMADAYA Japanese Oyster Essence Sauce:

  • Diperbuat daripada ekstrak tiram paling segar dan asli
  • Rasa premium, ringan dan pekat
  • Disahkan Halal JAKIM dan Halal Antarabangsa
  • Mendapat pengiktirafan Institut Rasa Antarabangsa

Kekurangan HAMADAYA Japanese Oyster Essence Sauce:

  • Sukar diperoleh di pasaran runcit biasa

Spesifikasi HAMADAYA Japanese Oyster Essence Sauce:

Berat / Isipadu 520g
Kandungan Ekstrak Tiram, Air, Gula, Kicap (Air, Kacang Soya, Garam, Tepung Gandum), Garam, Mengandungi Monosodium Glutamat, Disodium 5′-Ribonucleotides dan Ekstrak Yis sebagai Penambah Perisa yang Dibenarkan, Mengandungi Pemekat dan Pengatur Keasidan sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan Karamel dan Pengawet yang dibenarkan.
Mengandungi soya, gluten dan moluska.
Harga RM 12.00

Jalen Oyster Flavoured Sauce

Jalen Oyster Flavoured Sauce
Jalen Oyster Flavoured Sauce sudah berada dipasaran sejak Ogos 1988 di Skudai, Johor. Sudah 36 tahun bertapak dalam industri pembuatan makanan dan penyedap rasa kegemaran ramai, Jalen Oyster Flavoured Sauce sudah pasti tiada tandingannya. Menjadi sos tiram kegemaran penduduk di Malaysia kerana kualiti serta tekstur rasanya yang langsung tidak berubah juga diperkaya daripada pati tiram segar semulajadi premium tanpa sebarang pengawet. Ia bagus untuk kesihatan. Jalen Oyster Flavoured Sauce mendapat pensijilan Halal daripada Jakim dan telah menjalani pemprosesan yang bersih dan selamat untuk di pasarkan. Dengan menambahkan Jalen Oyster Flavoured Sauce dalam hidangan anda, ia akan mempertingkatkan lagi rasa dan aroma menu yang disediakan. Malah, Jalen Oyster Flavoured Sauce juga memberikan keseimbangan pada rasa sedap, manis dan masin juga boleh digunakan untuk menggantikan bahan perasa dan perapan. Jalen Oyster Flavoured Sauce, sos tiram yang sangat sedap dengan tekstur lembut, sekata, berwarna coklat gelap dan berkilat.

Kelebihan Jalen Oyster Flavoured Sauce:

  • Menggunakan tiram semulajadi premium
  • Tanpa bahan pengawet
  • Ada pensijilan Halal
  • Harga berpatutan
  • Ada pelbagai pilihan isipadu 340g, 2.3kg, 5kg dan 27kg

Kekurangan Jalen Oyster Flavoured Sauce:

  • Perlu simpan ditempat sejuk selepas dibuka

Spesifikasi Jalen Oyster Flavoured Sauce:

Berat / Isipadu 340g
Kandungan Gula, cili, kanji diubah suai E1442, garam, bawang putih, asid asetik E260, perapi makanan yang dibenarkan dan pengawet E211.
Harga RM 4.04

MAGGI Oyster Sauce

MAGGI Oyster Sauce
Siapa yang tak kenal jenama MAGGI? Jenama makanan segera, sos dan kicap yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sinonim dengan rangkaian sos dan kicap yang memudahkan proses memasak pelbagai sajian, MAGGI memastikan fungsinya sebagai sahabat yang membantu di dapur tidak diabaikan antaranya MAGGI Oyster Sauce. Tidak lengkap masakan anda tanpa MAGGI Oyster Sauce, membantu kaum ibu yang kehabisan idea memikirkan masakan yang hendak dihidangkan. Sesuai digunakan di dalam semua jenis masakan harian di rumah samada perapan atau menggoreng, MAGGI Oyster Sauce diperbuat dengan ekstrak tiram sebenar berkualiti tinggi. Hasilnya, masakan yang menggunakan MAGGI Oyster Sauce akan memberikan sajian rasa unik yang membangkitkan selera dan aroma segar. MAGGI Oyster Sauce diformulasi daripada ramuan berkualiti tinggi melalui proses yang paling selamat. Ia melalui proses pembuatan bersih dan selamat secara semulajadi mengikut piawaian pemprosesan yang diiktiraf tinggi. MAGGI Oyster Sauce pemegang sijil Halal JAKIM yang sah dan telah mendapat pensijilan ISO 22000.

Kelebihan MAGGI Oyster Sauce:

  • Diperbuat dengan Ekstrak tiram sebenar
  • Harga berpatutan
  • Pemegang sijil Halal JAKIM
  • Melalui proses pembuatan bersih dan selamat

Kekurangan MAGGI Oyster Sauce:

  • Perlu simpan ditempat sejuk selepas dibuka

Spesifikasi MAGGI Oyster Sauce:

Berat / Isipadu 500g
Kandungan Gula, Garam, Ekstrak Tiram (0.3%). Mengandungi monosodium glutamat, ekstrak yis, sodium inosinate dan sodium guanylate sebagai penambah perisa yang dibenarkan. Mengandungi Pengatur Pemekat Dan Keasidan Sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan. Mengandungi perisa yang dibenarkan (mengandungi udang, ikan, soya, gandum), pewarna dan pengawet. Semua bahan tambahan adalah makanan laut, tumbuhan atau asal sintetik.
Harga RM 7.20

LKK Panda Oyster Sauce

LKK Panda Oyster Sauce
Bila memasak, bahan dan rencah menjadi penentu utama keenakan sesuatu hidangan. Antara bahan paling penting ialah sos tiram. Terdapat pelbagai jenis sos tiram di pasaran antaranya berkelas premium seperti LKK Panda Oyster Sauce memberikan percikan rasa yang berbeza. LKK Panda Oyster Sauce menjanjikan kelainan dan keunikan rasa tersendiri kepada para penggemar sos tiram. LKK Panda Oyster Sauce dijamin Halal, bersih dan asli mengandungi pelbagai ramuan asli sebenar yang membezakannya dengan sos tiram lain di pasaran. Mempunyai tekstur tiram yang pekat dengan rasa premium turut sesuai dijadikan sebagai penambah masakan tradisional dan barat. Kandungan LKK Panda Oyster Sauce memiliki ekstrak tiram lebih dari 10 peratus dan boleh dikatakan ia adalah sos tiram dengan rasa yang sebenar. Bila ramuan berkualiti tinggi, masakan apa pun pasti menjadi lebih sedap dengan LKK Panda Oyster Sauce!

Kelebihan LKK Panda Oyster Sauce:

  • Rasa premium
  • Berwarna coklat gelap, pekat dan berkilat
  • Miliki lebih 10 peratus ekstrak tiram segar dan bermutu
  • Mendapat pensijilan Halal

Kekurangan LKK Panda Oyster Sauce:

  • Perlu simpan ditempat sejuk selepas dibuka

Spesifikasi LKK Panda Oyster Sauce:

Berat / Isipadu 770g
Kandungan Air, gula, garam, ekstrak tiram (tiram, air, garam), monosodium glutamat sebagai penambah rasa, kanji jagung diubah suai, tepung gandum, warna karamel.
Harga RM 10.90

Pelbagai menu boleh dihasilkan dengan mudah terutamanya dengan menggunakan tambahan perasa sos tiram. Antara menu ringkas yang boleh dihasilkan adalah seperti daging goreng kicap, sayur goreng dana yam panggang. Fungsi sos tiram pada masakan perapan juga sangat dicadangkan agar mempercepatkan proses resapan, membuang rasa kurang menyenangkan pada daging sejuk beku dan memberikan salutan karamel keemasan selepas dimasak. Anda juga boleh menambahkan sos tiram dalam hidangan ketika menggoreng atau merebus, untuk membangkitkan aroma dan menyerlahkan hidangan selain memperkayakan rasa.



Related posts