Sihat Dan Rangup! 5 Biskut Oat Terbaik Di Malaysia

Sihat Dan Rangup! 5 Biskut Oat Terbaik Di Malaysia
Makanan dan minuman


Kelebihan makanan berunsurkan oat ini rasanya sudah ramai yang tahu. Oat adalah antara bijirin yang tinggi kandungan fiber dan ia juga membekalkan nutrient penting kepada tubuh badan. Khas untuk anda yang gemar bersenam, sumber karbohidrat yang tinggi ada pada oat membantu anda bertenaga dalam tempoh lebih lama.

Gentian beta-glucan yang ada pada oat juga membantu dalam proses pelepasan tenaga yang perlahan atau slow energy release disamping membantu mengawal paras gula dalam darah.

Pastinya terdapat banyak kelebihan lain yang ada pada oat, sehinggakan makanan berunsurkan oat dihadirkan dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah biskut oat. Perasan tak, kalau pergi ke pasaraya berdekatan, anda pasti akan terlihat lambakan jenama biskut berunsurkan oat divariasikan dengan pelbagai perisa. Jom lihat beberapa jenama biskut oat terbaik dijual di pasaran Malaysia.

Quaker Oat Cookies

Quaker Oat Cookies
Nama Quaker ni seakan dah sinonim dengan nama oat tau, sampaikan ada yang memanggil oat dengan Quaker Oat. Jenama ini merupakan antara jenama terkenal dengan produk berasaskan oat termasuk biskut oat. Biskut oat ini dikatakan mempunyai kualiti dan kebaikkan hampir sama dengan produk oat mereka yang lain. Menariknya, biskut oat ini dibungkus dengan paket individu yang kecil di dalam sebuah pek besar agar memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Biskut pun kekal segar dan tidak lemau. Setiap pek individu mempunyai 3 keping biskut yang mampu membantu meningkatkan tenaga anda sepanjang hari.

Kelebihan Quaker Oat Cookies:

  • Mempunyai 4 perisa menarik (Apple and cinnamon, raisins, honey nuts, chocolate chips)
  • Dibungkus dengan pek kecil
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Mengenyangkan

Kekurangan Quaker Oat Cookies:

  • Kadang-kala sukar dapat semua perisa di pasaraya tertentu

Info Quaker Oat Cookies:

Negara pengeluar: England
Bahan-bahan: Oat , Gandum (Tepung Gandum, Dedak Gandum), Gula, Minyak Sawit, Serbuk Whey (Susu), Inulin, Agen Penaik (Natrium Bikarbonat, Ammonium Bikarbonat, Disodium Difosfat) , Telur, Garam Beryodium, Perisa Semulajadi, Lesitin Soya, Semua Bahan Tambahan adalah Asal Tumbuhan Sintetik.
Saiz: 270g
Harga: RM 7.85

Munchy’s Oat Krunch

Munchy's Oat Krunch
Jenama Munchy’s ni memang terkenal di Malaysia, tapi tahukah anda mereka juga ada mengeluarkan produk biskut oat? Biskut ini dihasilkan daripada oat dan bahan-bahan lazat yang mengandungi serat dan pelbagai nutrisi lain. Ianya sungguh mengenyangkan dan memberikan tenaga diperlukan sepanjang hari. Biskut oatmeal ini didatangkan dengan perisa coklat gelap, strawberi & blackcurrant, nutty coklat dan ketulan kacang hazel. Biskut ini tersedia dalam paket individu dalam setiap pek, membuatkannya mudah untuk anda menikmatinya bersama keluarga atau secara sendiri.

Kelebihan Munchy’s Oat Krunch:

  • Produk dari Malaysia
  • Mempunyai 6 perisa menarik
  • Dibungkus dengan pek kecil
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Mengenyangkan

Kekurangan Munchy’s Oat Krunch:

  • Sesetengah perisa agak manis

Info Munchy’s Oat Krunch:

Negara pengeluar: Malaysia
Bahan-bahan: Tepung gandum, kepingan oat, gula, lemak sayuran (minyak sawit), kacang tanah, sirap glukosa, serbuk koko, kalsium karbonat
Saiz: 390g
Harga: RM 10.50

Kintry Oat Cookies with Choc Chips

Kintry Oat Cookies with Choc Chips
Kali ini, biskut oat dibuat menggunakan tangan, bukan mesin tau! Biskut oat daripada Kintry Oat Cookies with Choc Chips ini dihasilkan secara ‘handmade’. Ramuan menarik yang terkandung di dalam biskut ini adalah mentega, cip coklat dan ditaburkan garam. Cookies yang sihat ini penuh dengan full wheats dan rolled oats. Anda dapat menikmatinya segar kerana ianya dibakar dan dibungkus selepas keluar dari ketuhar. Oleh kerana produk ini adalah “handmade” setiap kumpulan pengeluaran mungkin mempunyai sedikit perbezaan.

Kelebihan Kintry Oat Cookies with Choc Chips:

  • Produk ‘handmade’
  • Dibakar dan dibungkus segar dari ketuhar
  • Memberi rasa kenyang
  • Perisa coklat yang enak

Kekurangan Kintry Oat Cookies with Choc Chips:

  • Sukar didapati di pasaran
  • Rasa mungkin berbeza

Info Kintry Oat Cookies with Choc Chips:

Negara pengeluar: Malaysia
Bahan-bahan: Oat, telur kampung, gula, mentega, gandum penuh, cip coklat, serbuk penaik, garam, vanilla
Saiz: 140g
Harga: RM 15.90

ChipsMore! Oats 20% Double Choc Chocolate Chip Cookies

ChipsMore! Oats 20% Double Choc Chocolate Chip Cookies
Penggemar biskut Chipsmore, anda pasti akan menyukai perisa ini. Chipsmore digabungkan dengan oat? Nak makanan sihat tapi sedap dalam masa yang sama! Biskut oat dari Chipsmore ini kaya dengan rasa coklat kerana ia mengandungi dua kali ganda oat dan coklat. Biskut ini terdiri daripada gandum yang penuh dengan nutrisi dan serat untuk keperluan badan anda. Biskut ini didatangka dalam pek kecil, menjadikan snek ini sempurna untuk dibawa ke mana sahaja anda pergi!

Kelebihan ChipsMore! Oats 20% Double Choc Chocolate Chip Cookies:

  • Produk keluaran Malaysia
  • Kaya dengan rasa coklat
  • Sesuai untuk snek ringan
  • Bahan digunakan berkualiti tinggi

Kekurangan ChipsMore! Oats 20% Double Choc Chocolate Chip Cookies:

  • Agak manis bagi sesetengah orang

Info ChipsMore! Oats 20% Double Choc Chocolate Chip Cookies:

Negara pengeluar: Malaysia
Bahan-bahan: Tepung gandum, gula, cip coklat, jisim koko, oat gulung, serbuk koko, kanji ubi kayu
Saiz: 8 x 28g
Harga: RM 6.24

IKO Sugar Free Oat Crackers

IKO Sugar Free Oat Crackers
Jaranglah biskut diperasakan dengan labu kan? Kalau nak tahu sedap ke tidak, anda perlu cuba biskut IKO Sugar Free Oat Crackers ini dengan 4 perisa berbeza dan salah satunya adalah labu. Menariknya, biskut ini bebas gula dan sesuai untuk mereka yang vegetarian. Anda boleh menikmati biskut ini tanpa rasa bersalah kerana ianya juga rendah kalori.

Kelebihan IKO Sugar Free Oat Crackers:

  • Bebas gula
  • Dengan 4 perisa berbeza
  • Tiada pewarna dan bahan pengawet
  • Vegetarian friendly
  • Rendah kalori

Kekurangan IKO Sugar Free Oat Crackers

  • Jenama kurang dikenali

Info IKO Sugar Free Oat Crackers:

Negara pengeluar: Malaysia
Bahan-bahan: Tepung gandum, minyak sayuran (minyak sawit), oat
Saiz: 178g
Harga: RM 13.00

Tibalah masa untuk anda menggantikan snek harian yang kurang sihat kepada biskut oat ini. Bukan apa, produk yang menggunakan oat sebagai bahan utama ini lebih sihat kerana oat adalah bijirin terbaik yang kaya dengan antioksidan, baik untuk ibu yang menyusu, malah ia adalah sumber serat dan karbohidrat yang terbaik.

Namun begitu, untuk anda yang sedang mengamalkan diet tanpa gula, berhati-hatilah dalam memilih produk biskut ini. Kerana sesetengahnya mengandungi gula yang agak tinggi.



Related posts