10 lampu Jalur LED Terbaik Di Pasaran Untuk Ceriakan Ruangan Rumah Anda!

10 lampu Jalur LED Terbaik Di Pasaran Untuk Ceriakan Ruangan Rumah Anda!
Peralatan rumah


Siapa sangka musim pandemik yang melanda memaksa kita untuk meluangkan masa lebih berada di dalam rumah. Ada yang tidak terkesan, namun ada juga yang tertekan apabila berada terlalu lama di rumah. Percaya atau tidak, kita harus terima kenyataan bahawa pandemik ini bakal menjadi endemik dan kita harus belajar hidup dengan virus yang mampu mengancam nyawa ini. Yang penting patuhilah sop setiap masa okay?

Salah satu cara untuk membuatkan anda lebih selesa berada di rumah adalah dengan menghiaskan ruangan rumah dengan teknik pencahayaan lampu terbaik. Ruangan yang kelam mampu menjadi lebih menarik dengan pemasangan lampu LED Strip atau lampu jalur LED yang pelbagai dijual di pasaran. Hey, siapa kata anda boleh buka lampu waktu malam je! Jika pandai memilih, anda pasti jumpa pilihan lampu LED yang menjimatkan tenaga elektrik. Bolehlah pasang lampu tanpa pening dengan bil elektrik setiap bulan tu..hiks!

Ini antara pilihan terbaik lampu LED Strip yang ada di pasaran:

Govee LED Strip Lights

Govee LED Strip Lights

Lampu jalur LED Govee menawarkan pelbagai pilihan warna termasuk putih, merah, hijau juga biru. Dengan pelekat berkualiti dan kuat, lampu jalur Govee mampu melekat di dinding, rak mahupun di TV anda dengan kukuh. Ianya dijual dengan ukuran panjang 5 meter juga 10 meter. Lampu jalur Govee menampilkan LED berkualiti SMD 5050, membolehkan pengguna memilih dari enam darjah kecerahan dari redup hingga terang. Dikombinasikan dengan kemampuannya untuk menukar warna, ini bermaksud bahawa lampu jalur Govee dapat disesuaikan untuk mewujudkan suasana yang sempurna untuk mana-mana bilik.

Kelebihan produk

  • Terdapat 6 tahap kecerahan berbeza
  • 16 pilihan warna lampu yang pelbagai
  • Boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh
  • Lampu jalur adalah kalis air

Kekurangan produk

  • Alat penyesuai kuasa atau power adapter tidak kalis air

Spesifikasi

Jenis lampu LED
Pilihan warna lampu 16 RGB
Cadangan penggunaan 12V DC
Negara keluaran China
Alat kawalan jauh Ya
Harga RM 88 – RM 216

Pangton Villa LED Strip Lights

Pangton Villa LED Strip Lights

Dengan pilihan lima atau sepuluh meter, lampu jalur Pangton Villa mempunyai pengawal mini 24 kunci yang mudah disembunyikan. Dengan kemampuan untuk memilih dari 16 pilihan warna dan empat mod DIY, lampu ini sangat mudah disesuaikan dan mudah digunakan. Sekiranya anda bimbang tentang pemanasan berlebihan, lampu ini menggunakan material plastik tahan api dan tahap voltan yang rendah. Lampu ini juga direka selamat untuk disentuh tanpa berasa panas ketika dipasang dalam tempoh yang lama.

Kelebihan produk

  • Mempunyai pita pelekat yang kuat
  • 16 pilihan warna RGB
  • Boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh
  • Menggunakan material plastik tahan api

Kekurangan produk

  • Lampu jalur tidak kalis air

Spesifikasi

Jenis lampu LED
Pilihan warna lampu 16 RGB
Cadangan penggunaan 12V DC
Alat kawalan jauh Ya
Harga RM 52- RM87

LIFX Z Smart LED Strip Lights

LIFX Z Smart LED Strip Lights

Sekiranya anda sudah mempunyai hab rumah pintar, maka ini mungkin lampu jalur LED terbaik untuk anda. Menampilkan 16 juta warna dan seribu warna putih, lampu jalur LED LIFX Z adalah yang sempurna untuk ruangan utama anda. Anda bukan sahaja dapat mengawal warna pencahayaan diinginkan, tetapi anda juga dapat melakukannya dengan hanya kawalan suara atau melalui aplikasi LIFX.

Kelebihan produk

  • Lebih 16 juta warna
  • Boleh dikawal menggunakan kawalan suara
  • Mudah untuk dipasang
  • Tetapkan pencahayaan lampu mengikut mood anda

Kekurangan produk

  • Harga yang agak mahal
  • Memerlukan hab rumah pintar

Spesifikasi

Jenis lampu LED
Pilihan warna lampu Lebih 16 juta warna
Cadangan penggunaan 110V
Alat kawalan jauh Ya
Harga RM 827++

Supernight LED Strip Lights

Supernight LED Strip Lights

Lampu jalur LED Supernight mempunyai alat kawalan jauh dengan 44 kekunci dan bekalan kuasa 24V 5A 120W. Lampu jalur ini adalah kalis air sehingga 10 meter dengan penilaian IP65. Ia juga boleh dipotong dan dihubungkan dengan pita pelekat sendiri. Ini bermaksud ia boleh digunakan pada pelbagai jenis permukaan yang bersih, kering dan rata.

Kelebihan produk

  • Kalis air
  • Boleh dipotong dan dihubungkan dengan pita pelekat sendiri
  • Mudah untuk dipasang
  • Tetapkan pencahayaan lampu mengikut mood anda

Kekurangan produk

  • Lampu memerlukan pengudaraan yang baik agar tidak panas
  • Hanya untuk kegunaan dalaman sahaja

Spesifikasi

Jenis lampu LED
Pilihan warna lampu 16 RGB
Cadangan penggunaan 12V
Alat kawalan jauh Ya
Harga RM 172

Yeelight LED Lightstrip Plus 1S YLDD05YL

Yeelight LED Lightstrip Plus 1S YLDD05YL

Ubah ruang permainan anda menjadi sesuatu yang lebih menarik! 1S jalur lampu LED berintegrasi sempurna membolehkan pencahayaan yang lebih responsive sesuai dengan suasana bilik ‘gaming’ anda. Kawal kecerahan dan warna, pada bila masa dan di mana sahaja dengan aplikasi telefon pintar Yeelight.

Kelebihan produk

  • Lebih 16 juta pilihan warna
  • Mudah untuk dipasang dan dilekatkan
  • Tetapkan pencahayaan lampu mengikut mood anda
  • Boleh disambungkan
  • Penggunaan kawalan melalui suara

Kekurangan produk

  • Memerlukan system android 4.4 ke atas atau ios 8.0 ke atas

Spesifikasi

Jenis lampu LED chip 5050
Pilihan warna lampu RGB
Cadangan penggunaan Input voltage: AC100-240V 50/60Hz 0.09A (2M) Output voltage: DC24V
Alat kawalan jauh Ya
Harga RM45 – RM 311

Sonoff L1 Smart LED Light Strip RGB

Sonoff L1 Smart LED Light Strip RGB

Hidupkan bilik anda dengan Jalur Cahaya Pintar LED SONOFF L1. Ianya mudah dipasang dengan jalur LED yang boleh dipotong dan fleksibel. Jalur Cahaya LED SONOFF ini juga kalis air dengan IP65, ia boleh digunakan untuk pencahayaan luar. Anda boleh gunakan kawalan suara untuk menukar lebih 16 juta warna menggunakan Google Home atau Alexa.

Kelebihan produk

  • Lebih 16 juta pilihan warna
  • Mudah untuk dipasang dan dilekatkan
  • Tetapkan pencahayaan lampu mengikut mood anda
  • Boleh disambungkan
  • Pengunaan kawalan melalui suara
  • Kawal penggunaan cahaya di mana sahaja anda berada

Kekurangan produk

  • Memerlukan system android / ios / Aplikasi eWeLink

Spesifikasi

Jenis lampu LED 5050 RGB
Pilihan warna lampu Lebih 16 juta pilihan warna
Cadangan penggunaan Input Voltage 12V DC
Alat kawalan jauh Ya
Harga RM94 ++

Welpur LED strip RGB

Welpur LED strip RGB

Sesuai untuk anda yang baru ingin berjinak dengan lampur jalur LED, jenama Welpur ini adalah pilihan yang bijak. Selain harganya yang boleh dikatakan murah, ia juga mudah untuk dipasang. Alat kawalannya dilengkapi dengan 24 butang pelbagai pilihan.

Kelebihan produk

  • Mudah untuk dipasang dan dilekatkan
  • Boleh disambungkan
  • Harga yang murah
  • Jangka hayat sehingga 50000 jam

Kekurangan produk

  • Produk dari China mungkin mengambil sedikit masa untuk penghantaran
  • Pilihan warna terhad

Spesifikasi

Jenis lampu LED
Pilihan warna lampu 16 RGB
Cadangan penggunaan 5V
Alat kawalan jauh Ya
Harga RM18 ++

AIOPP LED Strip Light RGB

AIOPP LED Strip Light RGB

Ini adalah pilihan yang tepat untuk hiasan rumah, mencipta suasana serta menaikkan aura dekorasi di ruangan yang anda mahukan. Menariknya lampu jalur LED ini boleh dipasang dengan mood mengikut rentak muzik yang sedang dimainkan. Menarikkan?

Kelebihan produk

  • Jalur LED boleh berkelip mengikut rentak muzik
  • Mudah untuk dipasang dan dilekatkan
  • Lampu LED boleh dipotong
  • Harga yang berpatutan
  • Muzik dan Bluetooth dapat dikawal oleh aplikasi yang disediakan

Kekurangan produk

  • Produk dari China mungkin mengambil sedikit masa untuk penghantaran
  • Pilihan warna terhad

Spesifikasi

Jenis lampu LED SMD5050
Pilihan warna lampu RGB
Cadangan penggunaan Input Voltage DC12V
Alat kawalan jauh Ya
Harga RM90 ++

PHILIPS Wiz Smart Lighting White and Coloured LED Strip

PHILIPS Wiz Smart Lighting White and Coloured LED Strip

Jalur warna penuh LED WiZ pintar ini membolehkan anda membawa cahaya indah ke rumah anda. Ubah suasana rumah dengan pasangkan jalur fleksibel ke permukaan yang anda suka seperti di siling atau di bawah kabinet. Starter kit ini dilengkapi dengan lampu jalur 2 meter, pengawal dan pemacu kuasa. Anda tidak perlukan peralatan lain untuk memasangnya. Mudah kan?

Kelebihan

  • Mudah untuk dipasang dan dilekatkan
  • Lampu LED boleh dipotong
  • Boleh dikawal dari mana sahaja anda berada
  • Tetapkan masa pemasangan lampu mengikut kesesuaian anda

Kekurangan

  • Harga yang agak mahal

Spesifikasi

Jenis lampu LED SMD5050
Pilihan warna lampu RGB
Cadangan penggunaan 100-240 V
Alat kawalan jauh Ya
Harga RM 252 ++

Ikea Ledberg Led Strip Light

Ikea Ledberg Led Strip Light

Jadilah kreatif dengan pencahayaan anda. Jalur LED ini boleh digunakan dengan pelbagai cara di mana sahaja seperti di laci, di belakang TV dan sebagainya. Satu-satunya had adalah imaginasi anda.

Kelebihan produk

  • Mudah untuk dipasang dan dilekatkan
  • Sesuai untuk ruangan yang kecil dan sempit
  • Tidak mudah panas
  • Jangka hayat sehingga 25000 jam
  • Harga yang murah

Kekurangan produk

  • Hanya terdapat 7 pilihan warna

Spesifikasi

Jenis lampu LED
Pilihan warna lampu 7 warna
Alat kawalan jauh Tiada
Harga RM 69

Setiap lampu jalur LED ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jika keluasan ruangan yang ingin dihiasi cahaya LED anda luas, pilihlah produk yang berharga lebih rendah kerana ia menjimatkan. Namun jika anda benar-benar mahukan ruangan yang lebih eksklusif dengan teknik pencahayaan yang lebih pelbagai diharap pilihan ini dapat membantu anda.

Ramai yang terlepas pandang akan kebolehan teknik pencahayaan dalam memberi seri baru kepada sesuatu ruang. Tidak perlu perabot yang mewah, atau perhiasan yang sarat dalam dekorasi. Cukup hanya bermain cahaya, anda pasti melihat magisnya.



Related posts