5 Pilihan ‘Stand Mixer’ Terbaik Di Pasaran 2022
Walaupun pengadun tangan atau hand mixer mungkin lebih mudah digunakan untuk mereka yang gemar baking untuk kuantiti yang kecil, namun stand mixer sebenarnya lebih efisyen dalam membantu pengguna untuk penyediaan dalam kuantiti yang besar. Dengan pelbagai jenis stand mixer yang terdapat di pasaran, yang manakah merupakan pengadun jenis stand terbaik di Malaysia? Berikut adalah antara stand mixer berkualiti untuk memenuhi keperluan gaya hidup dan bajet anda.
Kitmens KM-B5
Memperkenalkan pengadun dapur pertama di Asia yang menawarkan ukiran nama peribadi percuma, Kitmens KM-B5 ibarat ia adalah hadiah terbaik untuk mereka yang gemar membuat kek, kuih, pastri atau roti. Ia juga didatangkan dengan warna jenis “Matte Spray Paint” yang pastinya merupakan warna yang agak elegan dan moden! Apa yang menarik ialah pengadun berdiri yang elegan ini didatangkan pada harga yang berpatutan, dengan kualiti yang setanding dengan jenama stand mixer yang lebih terkemuka.
Kelebihan
- Kapasiti besar, lebih daripada 5 Liter
- Paparan LED yang jelas, dengan 8 kawalan kelajuan
- Kadar kebisingan serendah 52.6 dB
- Jenis penggunaan lasak (Heavy Duty)
- Tapak anti gelincir
- Perkakasan tambahan jenis stainless steel
- Penutup khas untuk elakkan limpahan semasa kerja pengadunan
Kekurangan
- Harga agak mahal
Spesifikasi
Model | KM-B5 |
---|---|
Jenis | Tilt Head |
Kuasa | 800 W |
Kapasiti Mangkuk | 5.2 Liter |
Berat Bersih | 9.9 kg |
Dimensi Produk | 43 X 24 X 36 cm |
Harga | RM1,050 |
Kenwood KVL8300S Chef XL Titanium Kitchen Machine Stand Mixer
Produk ini ialah pengadun yang sesuai untuk profesional. Menampilkan motor 1700W dan mangkuk keluli tahan karat 6.7L, stand mixer ini boleh membantu anda memasak dan membakar hidangan dan resipi dengan mudah. Selain fungsi kelajuan yang boleh disesuaikan, ia dilengkapi dengan pemukul, cangkuk doh, folder, k-beater dan pemukul fleksibel. Pengadun ini juga dilengkapi dengan pelindung percikan supaya anda boleh memastikan dapur profesional anda berkilauan bersih walaupun semasa menyediakan pelbagai hidangan.
Kelebihan
- Kapasiti besar
- Jenis penggunaan lasak (Heavy Duty)
- Tapak anti gelincir
- K-Beater yang unik mencapai setiap kawasan mangkuk dan sesuai untuk mencampur bahan kering atau menghancurkan biskut untuk kek keju.
- Pemukul dibentuk khas untuk memerangkap udara
Kekurangan
- Harga sangat mahal
- Sangat berat
Spesifikasi
Model | KVL8300S Chef XL Titanium |
---|---|
Jenis | Tilt Head |
Kuasa | 1700 W |
Kapasiti Mangkuk | 6.7 Liter |
Berat | 10.4 kg |
Dimensi Produk | 35.6 X 38 X 28.5 cm |
Harga | RM 3,999 |
Innofood KT609 Bakery Stand Mixer
Pengadun Innofood KT609 ialah pengadun terbaik dengan kuasa 1300W yang mengagumkan, sekaligus menjadikannya sesuai untuk pengadunan tugas berat. Pengawal anti-gelincir berfungsi dengan baik untuk mengekalkan kedudukannya tidak kira betapa keras adunan di dalamnya. Dengan 6 tahap kelajuan + PULSE, motor berkuasanya hampir tiada masalah untuk mencampurkan makanan anda dengan sekata dan cekap.Pengadun ini dilengkapi dengan pelindung percikan lutsinar untuk memastikan anda dan dapur bersih semasa anda bekerja.
Kelebihan
- 6 tetapan kelajuan
- Pelbagai aksesori
- Operasi dengan sentuhan
- Jenis penggunaan lasak (Heavy Duty)
- Tapak anti gelincir
- Harga mampu milik
Kekurangan
- Tiada fungsi senyap
Spesifikasi
Model | KT609 |
---|---|
Jenis | Tilt Head |
Kuasa | 1300 W |
Kapasiti Mangkuk | 6.5 Liter |
Berat | 6.5kg |
Dimensi Produk | 39.5 X 23.1 X 37.3 cm |
Harga | RM 490 |
KitchenAid Artisan 4.8L
KitchenAid Artisan 4.8L adalah antara pilihan stand mixer terbaik berjenama dan berkualiti tinggi. Pengguna boleh memilih daripada lebih daripada 20 warna yang berbeza dari KitchenAid Artisan Series Tilt-Head Stand Mixer untuk disesuaikan dengan reka bentuk atau keperibadian dapur anda! Lepas ni bolehlah adun kek kegemaran anda dengan mudah dengan mangkuk keluli tahan karat dilengkapi dengan pemegang yang selesa. Dengan 10 kelajuan, stand mixer ini akan menjadi pembantu dapur terbaik anda.
Kelebihan
- Lebih 20 Warna Tersedia
- 10 Tetapan Kelajuan.
- Power hub, lebih 12 tetapan kekuatan pengadun
- Keluli Tahan Karat 5-liter dengan Pemegang Selesa
- Mangkuk keluli tahan karat yang mudah dibersihkan
- 59-Point Planetary Mixing Action, pencampuran menyeluruh dan sebati
- Pemukul rata bersalut nilon
- Jenis penggunaan lasak (Heavy Duty)
- Tapak anti gelincir
Kekurangan
- Harga terlalu mahal
- Agak berat
Spesifikasi
Model | 5KSM125 |
---|---|
Jenis | Tilt Head |
Kuasa | 300 W |
Kapasiti Mangkuk | 4.8 Liter |
Berat | 10.4kg |
Dimensi Produk | 36 X 24 X 37 cm |
Harga | RM 3,199 |
PerySmith 5.5L Stand Mixer 1200W Easy Cooking Series PS5500
PerySmith PS5500 ialah pengadun berkuasa tinggi dengan watt kuasa 12000W. Ini menjadikan tugas heavy duty menjadi mudah. Kapasiti mangkuk ialah 5.5L yang menjadikannya sempurna untuk menyediakan hidangan besar untuk rakan dan/atau keluarga anda. Ia juga mempunyai 6 tahap kelajuan supaya semua bahan bercampur sekata untuk rasa makanan yang lebih enak. Malah terdapat perisai tuang lutsinar yang membolehkan anda melihat sepenuhnya di dalam mangkuk adunan. Ini memudahkan anda menambah bahan sambil memastikan dapur anda kekal bersih.
Kelebihan
- Sesuai untuk kapasiti besar
- 6 Tetapan Kelajuan.
- Jenis penggunaan lasak (Heavy Duty)
- Penutup khas untuk elakkan limpahan semasa kerja pengadunan
- Harga mampu milik
Kekurangan
- Dibuat daripada plastik
Spesifikasi
Model | PS5500 |
---|---|
Jenis | Tilt Head |
Kuasa | 1200 W |
Kapasiti Mangkuk | 5.5 Liter |
Berat | 4.2kg |
Dimensi Produk | 38.6 X 24.6 X 32.5 cm |
Harga | RM 289 |
Sebelum membeli stand mixer anda, pastikan kedai menawarkan jaminan atau warranty untuk produk tersebut. Ini sangat penting kerana harga stand mixer agak mahal dan sebagai pengguna bijak, anda tidak mahu membawa pulang barangan rosak tanpan jaminan. Membazir je nanti!
Bukan senang juga nak cari stand mixer ni, yela kena menepati ciri – ciri apa yang kita mahukan. Bonus untuk mencari produk yang tidak bising dengan harga yang berpatutan. Kaji terlebih dahulu ciri-ciri atau spesifikasi setiap produk sebelum membeli okay.