Cantik & Elegan! Ini 10 Jenama Cerek Elektrik Terbaik Paling Bergaya 2021
Cerek elektrik pernah menjadi alat yang sangat diperlukan dalam setiap keluarga pada beberapa dekad yang lalu untuk penyediaan minuman. Cerek elektrik berfungsi sebagai pemanasan air, serta memasak air agar selamat untuk diminum. Peralatan elektrik di dapur ini sangat berguna bagi memudahkan kerja anda dan tidak mengambil masa yang lama berbanding masak di atas dapur gas. Ya, mungkin ramai mengatakan penapis air elektrik pelbagai suhu merupakan item yang lebih berguna daripada cerek elektrik, namun anda jangan tidak tahu bahawa penggunaan cerek elektrik masih relevan sehingga hari ini.
Jika anda mempunyai cita rasa ‘hebat’ untuk ruang dapur, terkini ada pelbagai jenis bentuk, warna dan saiz direka untuk sesebuah cerek elektrik agak tampak lebih bergaya. Dalam masa sama mengembalikan nostalgia penggunaan pada masa lalu walaupun dalam era teknologi moden.
Terdapat banyak pilihan cerek elektrik yang cantik dan elegan di dalam pasaran Malaysia. Ini antara 10 cerek elektrik ‘stylish’ yang terbaik untuk tahun 2021.
DeLonghi Icona Vintage Olive Green Kettle 1.7L
DeLonghi merupakan jenama dari Itali yang banyak menghasilkan cerek elektrik yang bergaya dan berkualiti tinggi. DeLonghi Icona Vintage Olive Green Kettle 1.7L antara produk keluaran syarikat ini dengan reka bentuk vintage yang unik. Selain mempunyai reka bentuk ergonomik, cerek cantik ini juga tahan lama dan selamat digunakan dengan jaminan pembelian selama setahun. Diperbuat daripada keluli tahan karat berkualiti tinggi, DeLonghi Icona Vintage Olive Green Kettle mempunyai kapasiti air 1.7L yang mencukupi untuk setiap hidangan air minuman panas.
Kelebihan produk
- Kadar pemanasan air sangat pantas
- Rekaan bentuk retro dan vintage mempunyai pelbagai warna pilihan
- Ringan dan mudah di letakkan di mana-mana sahaja
- Cerek elektrik tanpa wayar menjimatkan ruang
Kekurangan produk
- Harga tinggi dipasaran
Spesifikasi produk
Berat & kapasiti | 1.3KG / 1.7L |
---|---|
Material | Keluli tahan karat |
Harga | RM349 – RM369 |
KitchenAid 1.25L Electric Kettle 5KEK1222B Red
Jenama KitchenAid diakui memiliki reka bentuk yang unik dan menarik untuk setiap produknya. Jika anda peminat warna merah, jangan lepaskan peluang memiliki cerek elektrik jenama KitchenAid 1.25L Electric Kettle 5KEK1222B Red. Pemegang yang selesa membantu pengguna menuang air panas ke dalam cawan dengan lebih stabil. Cerek elektrik ini mempunyai kapasiti air 1.25 liter yang mencukupi. Elemen pemanasnya diperbuat daripada keluli tahan karat untuk memastikan pendidihan yang cepat dan agar ia mudah dibersihkan.
Kelebihan produk
- Boleh dipusing 360 darjah, mudah untuk diletakkan di mana sahaja ruang
- Material badan keluli tahan karat
- Kadar pemanasan air sangat pantas
- Luaran tidak panas ketika air sedang dididih.
- Didatangkan dalam tiga warna iaitu merah, hitam dan kelabu
Kekurangan produk
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi produk
Berat & kapasiti | 1.25L |
---|---|
Material | Keluli tahan karat |
Harga | RM759 |
SMEG 50’s Retro Style Electric Kettle 1.7L
SMEG 50’s Retro Style Electric Kettle 1.7L datang dalam tujuh pilihan warna yang menarik serta pelbagai seperti hijau pastel, merah jambu, krim, hitam, merah, biru pastel dan putih. Cerek ini cukup ideal untuk menikmati minuman panas di rumah samada secara berkumpulan atau seorang diri. Elemen yang digunakan mampu memanaskan air secara menyeluruh dan mempunyai penunjuk untuk kuantiti air yang berada di dalam cerek tersebut. SMEG 50’s Retro Style Electric Kettle 1.7L selamat digunakan dengan perlindungan overheat, dan pemadaman automatik selepas proses didihan berakhir.
Kelebihan produk
- Datang dalam 7 pilihan warna menawan iaitu Hijau pastel, merah jambu, krim, hitam, merah, biru pastel dan putih
- Penutup berspring dan melekat. Penutup tidak mudah hilang
- Automatik tutup selepas fungsi mendidih selesai
- Kadar pemanasan air sangat pantas
Kekurangan produk
- Harga tinggi dipasaran
- Sedikit berat
Spesifikasi produk
Berat & kapasiti | 2.6KG / 1.2L |
---|---|
Material | Keluli tahan karat & plastik |
Harga | RM940 |
Brewista Artisan G3 Gooseneck Kettle Black 1L
Cerek elektrik Artisan G3 Gooseneck Kettle Black 1L merupakan generasi ketiga keluaran jenama Brewista. Selain mempunyai reka bentuk ergonomik, cerek elegan ini juga tahan lama dan selamat digunakan dengan jaminan pembelian selama setahun. Dalaman Brewista Artisan G3 Gooseneck Kettle Black 1L menggunakan keluli tahan karat yang baik. Cerek ini mempunyai kapasiti air 1L sahaja untuk setiap kali pemanasan atau didihan iaitu dari 60 hingga 99 darjah celcius.
Kelebihan produk
- Permukaan yang selamat untuk disentuh
- Dalaman yang dibina menggunakan keluli tahan karat
- Ada fungsi mendidih dan memanas air iaitu dari 60 hingga 99 darjah celcius
- Tempoh jaminan setahun
Kekurangan produk
- Saiz isipadu kecil dan sedikit rendah
- Harga dipasaran tinggi
Spesifikasi produk
Berat & kapasiti | 2.31KG/ 1L |
---|---|
Material | Keluli tahan karat |
Harga | RM545 – RM595 |
Russell Hobbs 28330 Emma Bridgewater Pink Hearts Kettle, 1.7L
Russell Hobbs 28330 Emma Bridgewater Pink Hearts Kettle, 1.7L cerek elektrik direka khas oleh Emma Bridgewater, pembuat dan pelukis seramik ekslusif dari United Kingdom. Corak berbentuk hati pada cerek ini adalah produk kegemaran ramai jenama ini kerana sangat ikonik berbeza dengan jenama lain yang lebih suka menggunakan satu warna sahaja berbanding corak. Walaupun reka bentuk hati berwarna merah jambu sangat sederhana, namun kelihatan begitu menarik seakan teko hidangan mewah. Teknologi mendidihnya lebih pantas iaitu satu cawan (235 ml) bersamaan 45 saat sahaja untuk siap dipanaskan. Tidak seperti cerek elektrik lain, Russell Hobbs 28330 Emma Bridgewater Pink Hearts Kettle, 1.7L dikatakan sangat senyap sesuai untuk dapur yang tenang.
Kelebihan produk
- Sangat senyap sesuai untuk dapur yang lebih tenang
- Jaminan produk sehingga 2 tahun
- Teknologi mendidih yang lebih pantas
- Reka bentuk bercorak berbeza dengan produk
Kekurangan produk
- Harga dipasaran mahal
- Produk sangat laris dan mengambil masa lama untuk diterima
Spesifikasi produk
Berat & kapasiti | 1.7L |
---|---|
Material | Keluli tahan karat |
Harga | RM769 – RM820 |
Morphy Richards Rose Gold Collection Black Traditional Kettle 1.5L 102104
Jenama British Morphy Richards menampilkan rekaan koleksi Rose Gold cerek elektriknya bergaya retro dan klasik. Cerek Morphy Richards Rose Gold Collection Black Traditional Kettle 1.5L 102104 merupakan antara pilihan tertinggi pengguna di kebanyakkan platform e-dagang di Malaysia kerana harganya mampu milik. Sentuhan kemas rekaannya tampak licin dan bersinar dari jauh sesuai untuk pengguna tangan kanan dan juga tangan kiri. Walaupun cerek ini kelihatan sederhana kecil tapi mampu menampung penggunaan isipadu air untuk 1.5 liter dan mendidih dengan lebih cepat menggunakan elemen 3kW. Terdapat penapis mudah cuci di dalam Cerek Morphy Richards Rose Gold Collection Black Traditional Kettle 1.5L 102104 agar air minuman bebas daripada serdak yang terhasil.
Kelebihan produk
- Terdapat tetingkap lutsinar untuk melihat baki isipadu air
- Tangki dalaman bulat yang lancar untuk pembersihan mudah
- Ada beberapa pilihan warna menarik
- Penapis yang boleh ditanggalkan dan dicuci
- Harga berpatutan untuk design hebat
Kekurangan produk
- Sedikit berat
- Tempoh jaminan produk singkat
Spesifikasi produk
Berat & kapasiti: 1.5L | |
---|---|
Material | Keluli tahan karat |
Harga | RM299 –RM303 |
Cafede Kona Electrical Pour Over Kattle 700ml
Bagi peminat kopi, cerek elektrik jenis Cafede Kona Electrical Pour Over Kattle 700ml adalah pilihan terbaik untuk menghasilkan kopi tanpa kesan percikan kotoran di dapur. Dengan muncung cerek yang panjang, Cafede Kona Electrical Pour Over Kattle memiliki penebat dinding berganda, bahagian dalam keluli tahan karat yang berkualiti dan mudah dibasuh. Ada 6 suhu program yang boleh ditetapkan iaitu suhu bermula daripada 60℃, 82℃, 85℃, 88℃, 92℃ hingga 100℃ dengan satu butang sentuhan tambah (+) atau tolak (-). Cerek elektrik stylo ini juga mempunyai ruang paparan LED untuk membaca suhu ketika air sedang dididih. Selepas 7 minit, cerek ini akan tertutup dengan sendiri untuk tujuan keselamatan.
Kelebihan produk
- Penebat berdinding dua dengan badan diluar yang sejuk boleh disentuh
- Mempunyai keluli tahan karat yang bagus (termasuk bahagian dalam penutup
- Lapisan berganda anti melecur
- Ada dua warna iaitu putih dan kelabu
- Harga berpatutan
Kekurangan produk
- Isipadu kecil
- Muncung cerek memerlukan lebih ruang
Spesifikasi produk
Berat & kapasiti | 700ML |
---|---|
Material | Keluli tahan karat |
Harga | RM279 |
Midea MK-17S26 1.7L Stainless Steel Jug Kettle
Bagi yang suka dengan rekaan cerek elektrik yang bergaya tetapi dalam julat harga yang berpatutan, Midea MK-17S26 1.7L Stainless Steel Jug Kettle dicadangkan! Datang dengan tiga warna iaitu hitam, putih dan merah, cerek ini dikatakan tahan karat dan tahan lasak. Ia turut didatangkan dengan tapak 360 darjah dan cengakaman yang kuat bagi mengelakkan cerek tergelincir atau jatuh. Cerek ini juga direka menggunakan termostat yang berkualiti tinggi untuk memanaskan air dengan lebih pantas dan menjimatkan masa. Mempunyai pemegang yang selesa, Midea MK-17S26 1.7L Stainless Steel Jug Kettle mudah dikendalikan dan tidak terlalu berat.
Kelebihan produk
- Penutup berspring
- Tapak yang tidak tergelincir
- Jaminan tempoh setahun
- Datang dalam 3 warna iaitu hitam, putih dan merah
- Harga berpatutan
Kekurangan produk
- Stok kerap habis dipasaran
Spesifikasi produk
Berat & kapasiti | 1.7L |
---|---|
Material | Keluli tahan karat |
Harga | RM113.30 – RM155 |
LEBENSSTIL Kollektion Pyramid Kettle 1.7L LKAB-604SS
Cerek elektrik jenama LEBENSSTIL Kollektion Pyramid Kettle 1.7L LKAB-604SS ini mempunyai reka bentuk yang unik dengan kemasan bercirikan moden. Mempunyai reka bentuk dinding berganda, pengguna tidak akan rasa panas jika tersentuh badan cerek ketika air sedang mendidih. Diperbuat daripada besi tahan karat kapasiti air untuk cerek ini boleh diisi mencecah sehingga 1.7 liter. LEBENSSTIL Kollektion Pyramid Kettle 1.7L LKAB-604SS turut memiliki pemegang yang ergonomik, ideal untuk membuat minuman panas seperti kopi atau teh dengan lebih pantas tanpa mengotorkan dulang atau alas meja dengan percikan minuman berwarna.
Kelebihan produk
- Pemegang tahan haba panas
- Perlindungan daripada panas melampau secara automatik
- Mempunyai dua warna iaitu merah dan krom
- Elemen pemanasan tersembunyi untuk memudahkan pembersihan
- Harga berpatutan di pasaran
Kekurangan produk
- Tidak banyak dipasaran
Spesifikasi produk
Berat & kapasiti | 1.7L |
---|---|
Material | Keluli tahan karat |
Harga | RM119 – RM289 |
BS BOSS Electric Kettle 1.7L
Satu lagi produk cerek elektrik yang elegan dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan adalah BS BOSS Electric Kettle 1.7L. Cerek elektrik dengan reka bentuk klasik ini diperbuat daripada keluli tahan karat gred 304 sesuai untuk gred makanan pada bahagian dalaman dan juga luaran. BS BOSS Electric Kettle 1.7L mempunyai kapasiti air 1.7L untuk setiap kali pemanasan dan mengambil masa selama 4 minit sahaja untuk mendapatkan air siap dididih.
Kelebihan produk
- Dalaman mudah dibersihkan
- Harga berpatutan di pasaran
- Produk yang ringan hanya seberat 0.96kg
- Memaparkan suhu air
Kekurangan produk
- Tempoh jaminan singkat tidak lebih 6 bulan
Spesifikasi produk
Berat & kapasiti | 0.96KG / 1.7L |
---|---|
Material | Keluli tahan karat |
Harga | RM125 |
Walaupun harga cerek elektrik ‘stylish’ sedikit tinggi, namun trend masa kini menyaksikan kebanyakan pemilik kediaman tidak kisah memperuntukkan perbelanjaan tertentu untuk cerek tersebut. Ada yang sanggup membeli peralatan elektrik mahal seperti cerek elektrik yang elegan untuk ruang dapur asalkan mengikut cita rasa dan kepuasan diri.
Dengan cerek elektrik yang bergaya, anda tidak perlu pergi ke dapur setiap kali memerlukan secawan air hangat. Anda boleh meletakkan cerek yang cantik ini di mana sahaja ruang mengikut keselasaan anda samada di kamar tidur, ruang bekerja atau di beranda rumah. Mahu letak di tengah ruang rumah juga tidak menjadi masalah, kerana anda mempunyai sebuah cerek elektrik yang menawan. Penggunaan cerek elektrik juga dapat menjimatkan masa dan juga membolehkan anda menikmati minuman panas dengan mudah di mana sahaja.