Manjakan Rambut Anda Dengan 5 Pilihan Terbaik Hair Dryer

Manjakan Rambut Anda Dengan 5 Pilihan Terbaik Hair Dryer
Peralatan rumah


Pada masa kini, pengering rambut bukan sahaja penting bagi wanita bahkan juga lelaki. Semestinya ia merupakan sesuatu barangan yang perlu ada di rumah anda dan boleh dibawa ke mana sahaja seperti bercuti, bekerja di luar kawasan serta pulang ke kampung halaman. Pengering rambut dapat membantu mempercepatkan pengeringan rambut terutama selepas mandi di samping membantu anda untuk mendandan rambut jika anda perlu menghadiri majlis-majlis tertentu.

Selain daripada mengeringkan rambut anda, pengering rambut juga membantu anda untuk mendandan rambut anda menjadi lurus, tidak kembang dan kurang keriting. Berikut adalah senarai beberapa jenama pengering rambut untuk rujukan anda.

Philips Hair Dryer HP8233 (2200W) with Ionic Ceramic

Philips Hair Dryer HP8233 (2200W) with Ionic Ceramic
Tidak kira sama ada anda berambut lurus atau keriting, Philips Hair Dryer HP8233 (2200W) with Ionic Ceramic adalah penyelesaiannya. Dengan kuasa mengering 2200W, semestinya rambut anda akan lebih terurus dan dilindungi dengan penjagaan ionik dimana ion negatif yang dihamburkan mampu menghapuskan statik rambut anda sekaligus melicinkan kutila rambut untuk meningkatkan kilauan.

Anda juga tidak perlu risau tentang keberkesanan pengering rambut ini untuk memberikan pengeringan yang sempurna, ini kerana ianya mempunyai 6 tetapan kelajuan dan suhu fleksibel. Selain itu, muncung senipis 11mm pada pengering rambut ini mampu untuk mengeringkan bahagian-bahagian rambut yang tersorok dan sukar untuk dikeringkan. Percayalah, rambut anda akan lebih kemas dan lebih mudah didandan.

Kelebihan

  • Kuasa hembusan angin yang kuat
  • Ion Negatif yang mampu menghapuskan statik rambut
  • 6 tetapan kelajuan
  • Fungsi Suhu Fleksibel
  • Muncung kecil 11mm untuk pengeringan meluas

Kekurangan

  • Saiz lebih besar daripada pengering rambut lain

Spesifikasi

Voltan : 220-240 V
Frekuensi : 50-60 Hz
Watt : 2200 W
Kuasa Mengering : 2200 W
Warna : Glossy Black & Purple gradient
Harga : RM 170 – RM 290

HAIRDEPOT Hair Dryer – Salon Professional Air-Expert (2000W)

HAIRDEPOT Hair Dryer - Salon Professional Air-Expert (2000W)
Tidak boleh disangkal lagi keupayaan pengering rambut ini yang tidak boleh dinilai melalui harganya yang sangat berpatutan. Pengering rambut konvensional yang dikuasakan dengan motor buatan Itali ini lebih selesa untuk dipegang lebih lama. Ini kerana ianya datang dengan ekstra penebat yang mampu menyerap haba panas sekaligus mengurangkan haba-haba panas pada pemegangnya.

Biarpun pengering rambut ini nampak seperti biasa dan tidak dilengkapi dengan aksesori-aksesori yang hebat, kebanyakan pengguna berpuas hati dengan prestasinya. Kebanyakkan dari mereka menyukai fungsi pertukaran angin panas dan sejuk pada pengering rambut ini. Selain itu, kuasa mengering pada pengering rambut ini juga adalah sesuatu yang perlu ditonjolkan. Dengan kuasa 2000W, ia mampu mempercepatkan proses pengeringan rambut walaupun rambut anda tebal dan kusut.

Kelebihan

  • Kuasa hembusan angin yang kuat
  • Ekstra penebat untuk mengurangkan panas pada pemegang
  • Fungsi ketetapan suhu sejuk dan panas
  • Harga yang sangat murah

Kekurangan

  • Saiz lebih besar daripada pengering rambut lain
  • Bunyi yang agak bising

Spesifikasi

Watt : 2,000 W
Berat : 750 g
Panjang Kabel : 2.2 m
Ciri-ciri : Angin sejuk, 3 jenis kelajuan, mod panas/sejuk
Price : RM50 – 60

Tineco Moda One

Tineco Moda One
Berbeza dengan pengering rambut lain, Tineco Moda One adalah sebuah inovasi pengering rambut pintar yang mempermudahkan urusan mengeringkan rambut anda. Dikuasakan dengan iLoop Smart Sensor Technology, ia mempunyai kemampuan untuk mengesan tahap kelembapan rambut dan suhu sebanyak 20 kali setiap saat dan seterusnya mengawal suhu dan airflow untuk mengelakkan kerosakan rambut.

Ia juga boleh disambungkan ke aplikasi MODA App melalui telefon bimbit untuk memilih mod-mod pengeringan yang telah diprogramkan seperti mod manual, mod kanak-kanak, bahkan mod untuk haiwan. Selain itu, menggunakan teknologi Anion Concentration, pengering rambut ini juga mampu untuk menyingkirkan berjuta-juta ion negatif untuk memudahkan dandanan rambut dan meningkatkan perlindungan terhadap rambut anda.

Kelebihan

  • Dikuasakan dengan iLoop Smart Sensor Technology
  • Boleh disambungkan ke aplikasi telefon
  • Ringan dan Bentuk yang ergonomik
  • Bunyi yang tidak bising

Kekurangan

  • Harga yang agak mahal

Spesifikasi

Warna : Sangria
Panjang Kord : 1.5 meters
Watt : 1400W
Sirim : Yes
Price : RM 1099 – 1190

Dyson Supersonic Hair Dryer Iron

Dyson Supersonic Hair Dryer Iron
Sebuah pengering rambut yang datang dengan pakej yang lengkap. Inilah dia Dyson Supersonic Hair Dryer Iron. Sesuai dengan semua jenis rambut, pengering rambut ini dikuasakan dengan Intelligent Heat Control yang mampu menyesuaikan suhunya dengan suhu sekeliling. Bersaiz kecil tetapi berkuasa tinggi, pengering rambut ini juga didatangkan dengan aksesori-aksesori magnetik yang mudah dipasang dan ditanggalkan. Proses pengeringan rambut juga terbukti lebih cepat berbanding pengering rambut konvensional yang lain walaupun rambut anda tebal dan dalam keadaan basah sepenuhnya.

Jika anda kerap membasuh rambut anda setiap hari dan perlukan masa yang cepat untuk mengeringkan tanpa merosakkan rambut anda , Dyson Supersonic Hair Dryer Iron/Fuchsia ini paling berbaloi untuk anda.

Kelebihan

  • Intelligent Heat Control
  • Cepat kering
  • Bersaiz kecil
  • Aksesori sambungan magnetik

Kekurangan

  • Harga yang mahal
  • Tidak tahan lama

Spesifikasi

Panjang Kord : 2.8m
Watt : 1600 Watts
Berat : 0.66 KG
Ion Negatif : Mengurangkan statik elektrik
Price : RM 710 – 1900

Panasonic EH-NA98 Nanoe™ & Double Mineral Hair Dryer

Panasonic EH-NA98 Nanoe™ & Double Mineral Hair Dryer
Di negara Jepun, ramai pendandan rambut yang terkemuka mengakui dan mengesyorkan penggunaan pengering rambut daripada jenama Panasonic ini. Tiada lagi statik rambut dengan menggunakan pengering rambut ini. Selain itu, ia bukan sahaja mampu melembabkan rambut malah kulit kepala anda. Ia juga boleh digunakan di kulit anda juga.

Walaupun harganya lebih mahal, namun ia berbaloi kerana melalui testimoni ramai yang mengakui proses pengeringan menggunakan pengering rambut ini lebih cepat, bahkan rambut lebih mudah diurus, lembut dan berkilat. Kesimpulannya inilah pengering rambut yang berkuasa tinggi dan mesra pengguna selain mempunyai beberapa ciri-ciri tambahan lain yang melengkapinya.

Kelebihan

  • Cepat kering
  • Penapis yang mudah untuk dibersihkan
  • Boleh dilipat
  • Sangat ringan

Kekurangan

  • Harga yang mahal
  • Tiada aksesori tambahan

Spesifikasi

Model : 2.8mEH-NA98RP655 / EH-NA98RP655
nanoe : Ya
Mineral ion : Ya (Double Mineral)
Tetapan kelajuan : 3 kelajuan
Ketetapan mod : 4 mod (Hot/Cold Alternating Mode, Intelligent Temperature Control Mode, Scalp Care Mode, Skin Care Mode)
Watt : 1800 W
Berat : 502 g
Price : RM 800 – 1160

Tidak salah jika sekali sekala anda berbelanja lebih untuk kegunaan diri sendiri. Dan tidak salah juga jika anda berbelanja mengikut kemampuan anda sendiri. Pastinya, penjagaan rambut adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan kerana rambut adalah mahkota setiap insan.

Berbaloikah berbelanja ratusan dan ribuan ringgit untuk sebuah pengering rambut? Tepuk dada tanya selera, yang penting berbelanja ikut kemampuan anda. Murah tak semestinya tidak berbaloi.



Related posts