Tingkatkan Kualiti Udara Anda Dengan 10 Pilihan Terbaik Humidifier 2022
Siapa sangka ruang udara yang kering boleh menjadi tempat yang digemari virus dan memudahkan bakteria berkembang. Jangan terkejut kerana banyak penyakit seperti SARS dan pneumonia mampu bertahan lama dan tersebar dengan pantas hanya kerana kualiti udara yang tidak baik. Lebih merisaukan, zaman-zaman pandemik bila virus COVID1-9 dikatakan boleh tersebar melalui udara.
Salah satu cara memperbaiki aliran udara di tempat kediaman adalah dengan menggunakan humidifier. Ia bukan hanya membantu melembabkan udara yang kering, malah dapat membantu masalah seperti mata yang kekeringan, sakit tekak, bibir kering dan pelbagai lagi.
Pemilihan humidifier harus diteliti dari segi fungsinya, saiz dan juga bunyi yang dikeluarkan sewaktu beroperasi. Sesetengah humidifier mengeluarkan bunyi bising sehingga mampu mengganggu tidur anda. Khas untuk anda yang sedang mencari humidifier terbaik, ini adalah pilihannya:
Khind Humidifier Fan HHR30F
Humidifier jenis ini agak unik kerana ia dilengkapi dengan kipas yang bertujuan untuk menyebarkan wap air lebih jauh. Khind Humidifier Fan HHR30F ini mempunyai 3 mode yang boleh ditetapkan mengikut keselesaan pengguna. Ia sangat sesuai digunakan ketika tidur kerana tidak mengeluarkan bunyi bising walaupun kelajuan kipas yang tinggi. Penapis karbon yang ada juga membantu mengurangkan kuman dan habuk di udara yang menjadi penyebab pelbagai penyakit.
Kelebihan
- Tidak bising
- Tangki air yang mudah dilihat
- Membantu memperbaiki kualiti udara
- Mudah untuk digunakan
- Menyaring karbon dalam udara
Kekurangan
- Harga agak mahal
- Tiada pilihan warna
Spesifikasi
Kapasiti air: | 2.5 liter |
---|---|
Power: | 26W |
Voltage: | 220-240V ~50/60Hz |
Noise level: | Rendah |
Harga: | RM 175 – 299 |
Deerma Air Humidifier F600
Humidifier daripada Deerma ini menggunakan kawalan skrin sentuh dengan 6 mod aktiviti berbeza. Istimewanya produk ini adalah muncung wapnya yang berpusing dengan teknologi ultrasonik bertujuan untuk memberikan hasil pelembapan yang lebih efektif. Humidifier ini akan berhenti berfungsi secara automatik sekiranya air di dalam tangka telah habis. Reka bentuknya yang moden juga membuatkannya tampak cantik diletakkan di dalam rumah anda.
Kelebihan
- Sistem kawalan pintar
- Memaparkan suhu bilik
- Mod malam
- Teknologi ultrasonic untuk pelembapan efektif
- Tidak bising
- Tangki air yang besar
Kekurangan
- Harga agak mahal
Spesifikasi
Kapasiti air: | 5 liter |
---|---|
Power: | 25W |
Voltage: | 220V 50Hz |
Noise level: | Rendah |
Harga: | RM 156.50- 194.50 |
Muji Style Ultrasonic Humidifier and Diffuser
Ia merupakan diffuser yang juga boleh digunakan sebagai humidifier. Istimewanya diffuser adalah anda dapat menggunakannya bersama minyak pati dengan bauan segar alami seperti lavender, bauan citrus seperti lemon, orange, bergamot dan sebagainya. Sesuai digunakan pada waktu malam mahupun siang untuk mengekalkan kelembapan di dalam ruangan di rumah anda.
Kelebihan
- Mempunyai fungsi sebagai diffuser
- Boleh digunakan bersama minyak pati
- Membantu memperbaiki kualiti udara
- Mudah untuk digunakan
- Pilihan warna LED yang pelbagai
- Tidak bising
- Harga mampu milik
Kekurangan
- Tangki air yang tidak besar
Spesifikasi
Kapasiti air: | 500 ml |
---|---|
Power: | 12W |
Voltage: | |
Noise level: | Rendah |
Harga: | RM 53 – RM 55 |
BASEUS Mini Magnetic Car Humidifier
Sesetengah kita banyak menghabiskan masa travel di dalam kenderaan, tidak kiralah sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja mahupun pekerjaan anda sendiri yang memberikan servis sebagai pemandu. BASEUS Mini Magnetic Car Humidifier sememangnya direka khas untuk anda yang mahukan pengudaraan lebih baik di dalam kenderaan. Walaupun saiznya kecil, namun kapasiti semburannya cukup kuat untuk seluruh kenderaan anda.
Kelebihan
- Boleh digunakan dengan bauan segar
- Membantu memperbaiki kualiti udara
- Putaran 360°
- Mudah untuk digunakan
- Boleh dibawa ke mana sahaja
- Mempunyai pemegang bermagnet
Kekurangan
- Tangki air yang sangat kecil
- Hanya bertahan selama 60 minit
Spesifikasi
Kapasiti air: | 50 ml |
---|---|
Power: | USB Micro |
Voltage: | DC 5V |
Noise level: | Rendah |
Harga: | RM 40++ |
Xiaomi Mijia Air Humidifier
Dengan kapasiti tangka air sebanyak 4 liter, ia mampu bertahan sehingga 36 jam masa maksimum. Antara tarikan menarik pada humidifier ini adalah perak-ion yang berfungsi menjadikannya 99% antibakteria. Xiaomi Mijia Air Humidifier tidak mengeluarkan bunyi yang bising, maka ia sesuai digunakan bila sahaja anda mahu termasuk waktu malam. Anda boleh memilih 3 jenis pelarasan wap dari tekanan rendah, medium dan tinggi bergantung pada keluasan ruang tersebut.
Kelebihan
- Membantu memperbaiki kualiti udara
- 99% Antibakteria
- Membantu bernafas dengan selesa
- Kapasiti air yang besar
- Bertahan sehingga 36 jam
- Mudah untuk digunakan
Kekurangan
- Tiada pilihan warna
- Harga agak mahal
Spesifikasi
Kapasiti air: | 4 liter |
---|---|
Power: | 50Hz |
Voltage: | AC 220V |
Noise level: | Rendah |
Harga: | RM 119- RM 149 |
Taotronics AH014
Tidak semua diffuser sesuai digunakan bersama minyak pati atau essential oils, dan jika anda gemarkan bau-bauan kegemaran di ruangan kediaman, ini adalah pilihan terbaik. Taotrronics AH014 ini merupakan produk berkualiti tinggi dengan kapasiti tangki air yang besar sehingga 5 liter. Dengan kapasiti besar itu, ianya mampu bertahan sehingga 40 jam dengan sekali pengisian. Ia akan terpadam secara automatik sekiranya air di tangka kering.
Kelebihan
- Boleh digunakan dengan minyak pati
- Bertahan sehingga 40 jam sekali pengisian
- Kapasiti air tangka besar
- Menyebarkan wangian segar
- Membantu bernafas dengan selesa
- Mudah untuk digunakan
Kekurangan
- Harga sangat mahal
Spesifikasi
Kapasiti air: | 5 liter |
---|---|
Power: | 30W |
Voltage: | 120V/60Hz |
Noise level: | Rendah |
Harga: | RM 229 – RM 499 |
Kaisite Heavy Fog Portable Air Humidifier
Ianya ringan dan mudah alih sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Menariknya Kaisite Heavy Fog Portable Air Humidifier adalah fungsi lampunya yang berwarna-warni mampu menceriakan suasana serta pasti diminati kanak-kanak. Putaran 360 darjah nya bertujuan untuk memberikan pengewapan maksimum dan ia juga tidak mengeluarkan bunyi yang bising. Produk ini mempunyai 2 mod semburan dan mampu bertahan sehingga 10 jam.
Kelebihan
- Mudah untuk digunakan di mana sahaja
- Lampu berwarna-warni
- 2 mod semburan
- Putaran 360 darjah
- Tidak mengeluarkan bunyi bising
Kekurangan
- Kapasiti air tidak besar
Spesifikasi
Kapasiti air: | 200ml |
---|---|
Power: | 3.5W |
Voltage: | DC5V |
Noise level: | Rendah |
Harga: | RM 53.72 |
Ogawa Bio Breeze Ultrasonic Aroma Humidifier
Sekali pandang, produk ni pasti akan jatuh hati dengan reka bentuknya yang moden dan cantik. Bukan hanya sebagai humidifier, Ogawa Bio Breeze Ultrasonic Aroma Humidifier ini juga mempunyai fungsi menarik lain iaitu sebagai jam penggera digital, dilengkapi dengan teknologi ultrasonik yang membolehkan anda menggunakan bauan aroma terapi. Teknologi ultrasonic mampu menghasilkan wap air sehalus mikro.
Kelebihan
- Mudah untuk digunakan di mana sahaja
- Reka bentuk modern
- Pelbagai fungsi lain
- Teknologi ultrasonic
- Mood cahaya
- Boleh digunakan bersama minyak bauan aroma
Kekurangan
- Kapasiti air tidak besar
- Harga mahal
Spesifikasi
Kapasiti air: | 100ml |
---|---|
Power: | 12W |
Voltage: | DC 24V |
Noise level: | N/A |
Harga: | RM 209 |
MBH Lydia Humidifier
Ia didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan moden. Istimewa MBH Lydia Humidifier ini adalah fungsi penyejukkan udaranya. Kiranya, bila pasang sahaj humidifier ini, suhu udara di sekitarnya akan bertukar sejuk. Mudah dikawal dengan alat kawalan jauh. Ia juga mempunyai fungsi aromaterapi.
Kelebihan
- Fungsi penyejukan udara
- Mempunyai alat kawalan jauh
- Lampu LED neon menarik
- fungsi aromaterapi
- Ultrasonic
- Reka bentuk moden
Kekurangan
- Kapasiti air sedikit
- Berat 1.5kg
Spesifikasi
Kapasiti air: | 500-850ml |
---|---|
Power: | 3 Pin plug |
Voltage: | |
Noise level: | |
Harga: | RM 50 – RM 75.90 |
Deerma F500 Air Humidifier
Kapasiti tangki air sehingga 5 liter adalah antara tarikan utama Deerma F500 Air Humidifier. Ianya juga dilengkapi dengan fungsi aromaterapi juga anti-radiator. Reka bentuk bulat dengan pengeluaran wap secara 360 darjah membantu memberikan pelembapan lebih cepat serta menyeluruh.
Kelebihan
- Fungsi aromaterapi
- Reka bentuk moden
- Kapasiti air yang besar
- Anti-radiator
- Putaran 360 darjah
- Ultrasonic
Kekurangan
- Harga agak mahal
- Berat
Spesifikasi
Berat: | 1.6 kg |
---|---|
Kapasiti air: | 500-850ml |
Power: | 25W |
Voltage: | 220V/50Hz |
Noise level: | rendah |
Harga: | RM 114 |
Penggunaan humidifier sedikit sebanyak dapat membantu dalam mencegah penularan virus berbahaya lebih-lebih lagi kita berada di dalam situasi mencabar diserang pandemik Covid-19. Pastikan anda tahu cara penggunaan humidifier yang betul agar ia dapat dimanfaatkan dengan baik.
Udara kering dan dingin dipercaya mampu menjadikan penularan virus dengan lebih cepat, namun jika terlalu lembab, ia juga akan mendorong pertumbuhan bakteria yang tidak diingini. Jadilah pengguna yang bijak okay?