Layan & Puas! Ini 5 ‘Port’ Memancing Popular Di Lembah Klang Pilihan Kaki Pancing

Layan & Puas! Ini 5 ‘Port’ Memancing Popular Di Lembah Klang Pilihan Kaki Pancing
Permainan dan hobi


Lokasi memancing pilihan merupakan perkara utama perlu difikirkan sebelum melakukan aktiviti ini. Pemilihan tempat memancing memainkan peranan besar agar si pemancing tidak ‘membangau’ atau ‘kumpau’ istilah untuk pemancing yang tidak mendapat sebarang hasil. Ketika aktiviti memancing, episod paling menarik adalah apabila mata kail direntap ikan yang tersangkut pada mata kail melawan atau cuba melepaskan diri. Biarpun perlu melalui situasi meletihkan yang kadangkala berlarutan selama berpuluh minit, ini adalah saat yang dinantikan setiap kaki pancing. Semakin agresif tindak balas ikan yang terkena mata kail menjadikan aktiviti memancing lebih menyeronokkan hingga hasil tangkapan berjaya dinaikkan.

Disebabkan itu, tidak mustahil kaki pancing sanggup mengorbankan cuti rehat mereka semata-mata untuk mencari pelbagai lokasi menarik atau port menarik bagi melepaskan gian memancing. Tidak kisah perlu menyewa bot atau mengeluarkan belanja lebih, asalkan lokasi tersebut berbaloi. Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ada banyak destinasi memancing di Lembah Klang yang menawarkan pakej keindahan alam semula jadi dan lubuk ikan idaman kaki pancing. Antara lima lokasi popular dan menjadi port utama kaki pancing seperti di bawah:

Pantai Morib, Banting

Pantai Morib, Banting
Pantai Morib, turut dikenali sebagai lokasi bersejarah yang terletak di Banting, Selangor. Pantai Morib mempunyai pantai sendiri sejauh 3km menghadap Selat Melaka menjadi lokasi popular kaki pancing di Lembah Klang. Jika anda dari Kuala Lumpur, untuk sampai ke Pantai Morib ini hanya mengambil masa selama 1 jam perjalanan sahaja. Pada setiap tahun Pantai Morib menjadi lokasi wajib untuk menganjurkan kejohanan pertandingan memancing. Antara sepsis ikan yang menjadi tangkapan popular di sepanjang pantai ini adalah ikan gelama. Pemancing selalunya akan berpuas hati dengan hasil tangkapan jika berkesempatan melakukan aktiviti memancing di sini. Bagi kaki pancing yang berkeluarga, lokasi ini juga sangat sesuai untuk membawa keluarga dan anak-anak beriadah. Banyak aktiviti sampingan yang boleh dilakukan seperti berkelah, berkhemah, membina istana pasir, bermain air di gigi pantai, bermain layang-layang dan melihat suasana matahari terbenam. Ada banyak kemudahan lain yang disediakan di sini seperti tandas, surau dan gerai jualan.

Kelebihan produk :

  • Mempunyai pantai sepanjang 3 km untuk melakukan aktiviti memancing
  • Ikan gelama tangkapan popular
  • Banyak kemudahan infrastruktur
  • Mudah diakses dan mesra keluarga
  • Bayaran untuk memancing percuma

Kekurangan produk:

  • Hujung minggu dan cuti sekolah sangat sesak.

Spesifikasi produk

Hubungi: https://mpkl.gov.my/pelawat-2/destinasi-menarik/
Alamat: Pantai Morib 42700 Banting, Selangor
Spesis Ikan: Ikan gelama
Harga: Masuk Percuma

Pulau Angsa, Kuala Selangor

Pulau Angsa, Kuala Selangor
Pulau Angsa terletak di luar pantai Kuala Selangor terkenal sebagai sebuah pulau menghijau dan subur. Nama pulau ini diambil melalui bentuk pulau yang menyerupai badan angsa dari jarak jauh. Selain menyimpan banyak sejarah, pulau ini juga mempunyai pemandangan indah dan menjadi lubuk kegemaran kaki pancing ‘bertapa’. Untuk ke Pulau Angsa, anda perlu ke jeti Pangkalan Jeram dan menaiki bot dengan menggunakan khidmat nelayan di sekitar jeti selama 30 minit. Pulau Angsa pernah memiliki sebuah istana hinggap menjadi persinggahan Sultan Selangor. Namun, satu insiden kebakaran telah memusnahkan istana tersebut dan kini hanya tinggal rumah air di sekeliling pulau dijadikan ruang rehat serta berteduh kaki pancing. Kawasan Pulau Angsa dikelilingi pasir putih dengan air cukup jernih sehingga menampakkan anak ikan mengelilingi tangga jeti. Antara spesis ikan yang menjadi kegilaan pemancing disekitar Pulau Angsa ini termasuk ikan jenahak, kerapu, kembung, dan pari. Di Pulau Angsa juga terdapat kemudahan wakaf rehat yang masih utuh untuk keselesaan pemancing.

Kelebihan produk :

  • Sebuah pulau menghijau
  • Mempunyai kawasan redup untuk memancing
  • Air jernih dan pasir memutih
  • Terdapat kemudahan wakaf rehat

Kekurangan produk:

  • Tiada khidmat bot khas

Spesifikasi produk

Hubungi: (Nelayan sekitar Jeti Pangkalan Jeram)
Alamat: Pulau Angsa, 45800 Kuala Selangor, Selangor
Spesis Ikan: Ikan jenahak, kerapu, kembung, pari
Harga: Bayaran untuk pengangkutan bot sahaja

Fishing Buddies Fishing Pond, Bagan Lalang

Fishing Buddies Fishing Pond, Bagan Lalang
Fishing Buddies Fishing Pond antara kolam pancing yang sudah lama bertapak di Lembah Klang dan dikenali ramai. Fishing Buddies Fishing Pond menjadi pilihan ramai kaki pancing kerana ikan-ikan yang terdapat di dalam kolam sangat banyak dan sihat kerana keadaan dan mutu air yang dijaga dengan baik oleh pemiliknya. Fishing Buddies Fishing Pond antara kolam yang menawarkan pakej serendah RM50 sesuai untuk pemancing ‘kelas’ biasa dan ingin mencuba menaikkan ikan seberat sehingga 8kg. Antara ikan popular di sini seperti kerapu, ikan patin, Amazon Cat Fish, Geropoh, Baung ekor merah dan banyak lagi. Seperti kolam-kolam lain, di Fishing Buddies Fishing Pond juga sering menganjurkan pertandingan memancing dan menawarkan hadiah lumayan kepada kaki pancing bertuah. Kawasan sekitar Fishing Buddies Fishing Pond juga sangat bersih, tenang dan setiap pemancing yang berkunjung di sini sentiasa dilayan dengan baik oleh staf yang bertugas.

Kelebihan produk :

  • Ikan banyak dan pelbagai spesis
  • Mutu dan kawalan air kolam diselia dengan baik
  • Harga berbaloi
  • Staf sangat peramah

Kekurangan produk:

  • Hari cuti pengunjung ramai

Spesifikasi produk

Hubungi: https://www.facebook.com/FishingBuddiesAcademy/
Alamat: Lot 5720, Kolam Udang Selepas JPS, Bagan Lalang, 43950 Sepang, Selangor
Waktu Operasi: Buka setiap Khamis hingga Selasa dari jam 10 pagi – 10 malam. Cuti hari Rabu
Spesis Ikan: Siakap Merah, Kerapu, Gerepoh
Harga: Serendah RM50.00

Tasik Tunku Abdul Rahman, Zoo Negara Ulu Klang

Tasik Tunku Abdul Rahman, Zoo Negara Ulu Klang
Ramai kaki pancing di sekitar Lembah Klang kini beralih ke Zoo Negara selepas diberi kebenaran untuk melakukan aktiviti memancing di Tasik Tunku Abdul Rahman. Tasik Tunku Abdul Rahman mula dibuka kepada orang ramai untuk memancing sejak Februari 2021. Tasik buatan manusia seluas dua hektar memiliki pelbagai spesies ikan termasuk keli, toman, temoleh, jelawat, talapia, belida, patin, ketutu, lampan dan haruan yang pasti menarik perhatian kaki pancing. Tasik Tunku Abdul Rahman, Zoo Negara dibuka dari jam 9 pagi hingga 3.30 petang dan bayaran yang dikenakan hanyalah RM35 untuk pemegang Mykad. Pada hujung minggu, tasik ini biasanya dipenuhi kaki pancing pelbagai kaum dan lapisan umur yang teruja dan seronok dapat memancing di suasana yang tenang, redup serta ditemani kicauan unggas. Lebih istimewa, semua ikan yang ditangkap tidak kira saiz kecuali temoleh adalah hak pemancing dan boleh dibawa pulang. Jika terasa lapar, pemancing boleh menikmati hidangan enak di Restoran The Wild yang menyajikan pelbagai menu makanan segera seperti ayam goreng resipi istimewa, burger, nuget, karipap dan banyak lagi. Namun, sekalipun berada di dalam zoo, pemancing tetap tidak dibenarkan berkeliaran untuk melihat haiwan yang ada

Kelebihan produk :

  • Kawasan tasik buatan sangat sebesar
  • Ikan yang ditangkap boleh di bawa pulang
  • Kawasan redup dan tenang
  • Ada kemudahan Restoran The Wild

Kekurangan produk:

  • Semua ikan yang ditangkap (kecuali Temoleh) boleh dibawa pulang.
  • Kail mata tiga, giwang, umpan tiruan, ‘casting’, ‘pairing,’ organ haiwan atau sembat tidak dibenarkan.
  • Tidak dibenarkan berkeliaran untuk melihat haiwan di dalam Zoo Negara

Spesifikasi produk

Hubungi: https://www.facebook.com/znegaramalaysia/photos/a.658892154261787/2119932154824439/
Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang
Spesis Ikan: keli, toman, temoleh, jelawat, talapia, belida, patin, ketutu, lampan dan haruan
Harga: RM35.00

Tasik Biru, Kundang

Tasik Biru, Kundang
Tasik Biru terletak di Kampung Setia, Kundang Selangor adalah port memancing pemancing tegar. Sekitar tahun 1950an airnya kelihatan berwarna biru dan sekali gus memukau sesiapa sahaja seolah-olah berada di lautan. Kawasan tersebut pada waktu itu merupakan kawasan melombong bijih timah sebesar 58 ekar digenangi air berwarna biru jernih hingga menampakkan dasar lombong. Hari ini Tasik Biru kelihatan berwarna hijau jernih kerana digenangi alga hijau. Walaupun begitu, airnya tetap jernih dengan hamparan pasir putih dan tidak hairan ia menjadi pilihan kaki pancing dan sangat memukau panorama cantik ketika matahari terbenam. Sambil memancing, tasik ini juga sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga atau bermain jet ski. Ada beberapa tapak jualan makanan di buka di sekitar tasik ini khas untuk anda yang lapar atau mencari kudap-kudapan ringkas sambil memancing. Untuk aktiviti mandi manda di tasik ini adalah dilarang keras. Antara spesis ikan yang banyak terdapat dalam tasik ini adalah ikan toman, tilapia, keli, haruan, lampam dan udang kecil.

Kelebihan produk :

  • Air jernih
  • Panorama indah terutama ketika matahari terbenam
  • Ada kemudahan menjamu selera
  • Ada banyak spesis ikan

Kekurangan produk:

  • Tiada kemudahan tandas

Spesifikasi produk

Hubungi: https://www.mps.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/tasik-biru-kundang
Alamat: Tasik Biru 48050, Kundang, Selangor
Spesis Ikan: Toman, tilapia, keli, haruan dan lampam.
Harga: Tiada

Aktiviti riadah seperti memancing semakin mendapat tempat di hati rakyat negara ini tidak kira latar belakang, selain memberi pendedahan kepada keindahan alam semula jadi. Memancing pasti menyeronokkan jika memperoleh hasil tangkapan berbaloi. Bonus, jika lokasi memancing mempunyai panorama lokasinya indah lagi mendamaikan. Memancing secara santai dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik seperti berkhemah, mandi sungai, mandi laut, barbeku hasil tangkapan kini menjadi pilihan ramai untuk mengisi waktu kelapangan atau hujung minggu. Ada banyak lokasi memancing di seluruh negara untuk dikunjungi dan kita bertuah kerana Malaysia kaya dengan kawasan alam dan habitat asal yang masih kekal terpelihara.

Ada yang mengatakan memancing merupakan satu aktiviti yang tidak berfaedah. Mana tidaknya, alatan memancing sahaja boleh mencecah hingga ribuan ringgit dan aktiviti ini hanya duduk sahaja membuang masa hingga ikan dimakan umpan. Namun begitu, sebenarnya aktiviti ini sangat baik. Dalam jurnal British of Sports Medicine, individu yang suka memancing dan gemar menghabiskan masa dikelilingi dengan alam sekitar dikatakan mempunyai keupayaan untuk fokus dalam jangka masa yang lebih panjang dan lama. Memancing juga kurang berisiko untuk mendapat stres ataupun depresi.



Related posts