5 Kasut Running Lelaki Terbaik untuk Berlari di Jalanan atau Trek di Malaysia
Sejak kebelakangan ini, kesedaran orang ramai terhadap aktiviti bersukan kian meningkat. Banyak aktiviti-aktiviti sukan dan riadah mula mendapat tempat di hati mereka dengan pelbagai motivasi, ada yang ingin kekal sihat dan ada juga yang ingin kurus dan awet muda. Salah satu aktiviti sukan yang digemari dan dilakukan oleh ramai orang ketika ini adalah dengan berlari atau berjogging.
Selain ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular, ia juga mampu membakar kalori dengan tinggi mengikut jarak, masa dan kelajuan anda berjogging. Berlari dalam jarak jauh dan dekat juga adalah sebuah aktiviti yang sangat mudah dan boleh dilakukan di mana sahaja. Tidak perlu peralatan-peralatan khusus yang menelan belanja ribuan ringgit. Cukup dengan satu set pakaian sukan dan yang paling penting adalah Kasut yang anda gunakan ketika berjogging.
Penggunaan kasut jogging perlu menekankan keselesaan anda sebagai tujuan utama. Selain daripada penggunaan material yang baik, terdapat pelbagai jenis pilihan jenama kasut jogging di pasaran dijual mengikut tahap larian anda. Jadi buat pencinta jogging, jom kita tengok lima kasut running terbaik bagi lelaki di Malaysia
ASICS NOVABLAST 3 LITE-SHOW
Dengan reka bentuk yang sangat moden dan elegan, kasut running berjenama Asics ini mampu menarik minat anda setelah anda melihatnya untuk kali pertama. Ia menggabungkan banyak ciri-ciri khas yang perlu ada pada sepasang kasut running. Dengan berat 244g bagi lelaki, ASICS NOVABLAST 3 Lite-Show ini menggunakan material yang memudahkan kemasukan angin untuk menyejukkan kaki.
Selain itu, kasut ini juga selesa dipakai ketika anda berlari kerana tapak di dalamnya diperbuat daripada FF Blast+ Foam iaitu kusyen yang sangat lembut dan sangat responsif serta memberikan keseimbangan sepenuhnya kepada anda. Apa yang lebih menarik, berlari dengan kasut ini juga dikatakan mampu menjimatkan tenaga anda lebih-lebih lagi untuk larian yang lebih jauh dan cepat kerana material tapaknya yang tebal membuatkan anda rasa seperti terapung tanpa rasa hentakan kuat pada tanah. Sesuai sangat untuk anda yang sedang dalam persediaan untuk menyertai larian jauh seperti marathon.
Kelebihan ASICS NOVABLAST 3 LITE-SHOW:
- Reka bentuk moden dan elegan
- Pelbagai pilihan warna menarik
- Midsole yang lembut
- Tapak yang tebal
Kekurangan ASICS NOVABLAST 3 LITE-SHOW:
- Harga yang agak mahal
- Lebih berbaloi untuk larian marathon bukan larian santai biasa
Spesifikasi ASICS NOVABLAST 3 LITE-SHOW:
Berat: | 244 G |
---|---|
Material: | FF Blast+ Foam (Midsole) |
Harga: | RM 529 – RM 623 |
Link: | https://www.tradeinn.com/ |
Nike Revolution 6 Next Nature Men’s Road Running Shoes
Nike Revolution 6 Next Nature adalah sebuah kasut running yang menampilkan reka bentuk yang sangat ringkas. Sekilas pandang kasut ini kelihatan seperti kasut kasual yang boleh dipakai di mana sahaja. Tetapi itu tidak mengehadkan keupayaan kasut ini untuk berada di tahap yang sama dengan kasut-kasut running yang lain. Salah satu ciri-ciri menarik pada kasut ini adalah 20% materialnya dan 100% tali kasutnya diperbuat daripada bahan-bahan yang dikitar semula.
Tapaknya menggunakan material plush mesh yang lembut untuk keselesaan ketika anda berlari, terdapat juga tambahan material seperti kulit yang menambahkan lagi daya ketahanan kasut ini. Turut menggunakan midsole yang lembut seperti kasut-kasut yang lain, outsole yang membalut tapak kasut ini direka bentuk menggunakan komputer untuk menghasilkan efek piston semulajadi menjadikan larian anda selesa dan fleksibel. Buat anda yang minimalis, kasut ini khas buat anda.
Kelebihan Nike Revolution 6 Next Nature Men’s Road Running Shoes:
- Pelbagai pilihan warna menarik
- 20% material daripada bahan-bahan kitar semula
- Midsole yang lembut
- Tapak yang tebal direka bentuk menggunakan komputer
- Harga mampu milik
Kekurangan Nike Revolution 6 Next Nature Men’s Road Running Shoes:
- Kurang sesuai untuk larian jarak jauh dan kerap
- Reka bentuk terlalu ringkas dan kurang menarik
Spesifikasi Nike Revolution 6 Next Nature Men’s Road Running Shoes:
Material: | Plush Mesh (Tapak) Bahan Kitar Semula (Tali Kasut) |
---|---|
Harga: | RM 179 – RM 225 |
Link: | https://www.nike.com/ |
New Balance Fresh Foam X 1080v12 Hidden Gems
Berada di dalam kelasnya yang tersendiri, New Balance Fresh Foam X 1080v12 Hidden Gems adalah sebuah kasut running yang premium. Sebuah kasut yang sangat sesuai untuk menjadi pilihan buat mereka yang serius dalam larian marathon. Midsole yang diberi nama Fresh Foam X memberikan keselesaan yang sangat maksimum ketika larian kerana kuantiti foam yang digunakan lebih banyak dan meluas.
Selain itu, dari segi material untuk sistem sokongan kaki, kasut ini menggunakan material hypoknit yang memberikan perlindungan penuh dan daya ketahanan yang tinggi kepada kaki anda ketika anda berlari dalam apa jua keadaan. Tapaknya pula menggunakan material kusyen yang dibuat berdasarkan sampel dan data-data atlet dan pelari marathon yang dikumpul melalui pressure mapping data.
Selain itu, outsole kasut ini menggunakan material blown rubber untuk menjadikan ia lebih ringan. Buat pelari-pelari marathon di luar sana, kasut ini perlu ada dalam koleksi anda.
Kelebihan New Balance Fresh Foam X 1080v12 Hidden Gems:
- Midsole Fresh Foam X yang sangat lembut
- Material hypoknit memberikan perlindungan kepada kaki
- Blown rubber untuk outsole
- Direka khas berdasarkan sampel data yang meyakinkan.
Kekurangan New Balance Fresh Foam X 1080v12 Hidden Gems:
- Harga yang agak mahal
Spesifikasi New Balance Fresh Foam X 1080v12 Hidden Gems:
Berat: | 298 G |
---|---|
Material: | Blown Rubber (Tapak) Fresh Foam X (Midsole) |
Harga: | RM 749 |
Link: | https://www.newbalance.com.my/ |
Reebok Floatride Energy 4
Jika anda ingin mencari sebuah kasut running yang sesuai untuk digunakan untuk larian santai dan laju, Reebok Floatride Energy 4 adalah tawaran terbaik untuk anda. Apa yang menarik adalah 30% kasut ini diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula dimana materialnya yang nipis mampu mengekalkan kekeringan kaki anda melalui kemasukan angin dan tahap kesejukan kaki yang maksimum ketika larian.
Selain itu ia juga amat ringan kerana midsole di bahagian kaki depannya diperbuat daripada kusyen lembut yang dinamakan sebagai Floatride Energy Foam. Getah outsolenya yang menggunakan material karbon pula mempunyai reka bentuk yang memberikan cengkaman yang kuat dalam apa jua keadaan cuaca dan jenis tanah. Ianya terbukti sangat responsif dalam apa jua jenis larian. Dan jika anda adalah seorang yang berlari hampir setiap hari, kasut ini sesuai untuk digunakan untuk latihan harian anda.
Kelebihan Reebok Floatride Energy 4:
- Midsole Floatride Energy Foam yang sangat lembut
- 30% material daripada bahan-bahan kitar semula
- Reka Bentuk outsole memberikan cengkaman maksimum
- Sesuai untuk “Daily Runner”
Kekurangan Reebok Floatride Energy 4:
- Reka bentuk tirus di pertengahan kasut menjadikan ia kurang sesuai untuk sesetengah bentuk kaki
- Harga yang agak mahal
Spesifikasi Reebok Floatride Energy 4:
Berat: | 238 G |
---|---|
Material: | Carbon Rubber (Tapak) Floatride Energy Foam (Midsole) |
Harga: | RM 304.99 – RM 562.39 |
Link: | https://www.tradeinn.com/ |
Under Armour Flow Velociti Wind 2
Buat anda yang fleksibel dan sukakan keselesaan ketika larian, Under Amour Flow Velociti Wind 2 menepati pilihan anda. Material dan reka bentuk warp upper pada kasut ini memberikan cengkaman lebih kepada kaki anda sekaligus kasut anda tidak mudah terlucut dengan sendirinya. Outsole kasut ini pula turut mempunyai cengkaman yang maksimum dalam apa jua keadaan tanah dan cuaca kerana menggunakan ramuan material yang mempunyai ketahanan yang tinggi.
Selain itu, kasut ini sangat responsive dan menawarkan keselesaan serta kelembutan kusyen melalui teknologi one-piece flow midsole. Satu ciri terbaik yang menjadi kelebihan pada kasut running khususnya berjenama Under Armour ini, ia boleh disambungkan dengan aplikasi khas telefon yang diwujudkan untuk anda mengenalpasti potensi dan tahap larian anda. Ianya sangat bijak kerana anda boleh menjejaki dan membaiki larian anda dari semasa ke semasa. Salah satu inovasi teknologi yang menarik khas buat anda yang inginkan sesuatu yang lain dari yang lain.
Kelebihan Under Armour Flow Velociti Wind 2:
- Warp Upper untuk cengkaman kasut pada kaki yang maksimum
- Reka Bentuk outsole memberikan cengkaman maksimum
- Sambungan ke aplikasi khas telefon
Kekurangan Under Armour Flow Velociti Wind 2:
- Harga yang agak mahal
Spesifikasi Under Armour Flow Velociti Wind 2:
Berat: | 8.35 oz |
---|---|
Material: | Rubber (Tapak) One-piece flow (Midsole) |
Harga: | RM 486.75 – RM 649.00 |
Link: | https://www.underarmour.com.my/ |
Pada masa kini, terdapat pelbagai rangkaian jenama dan jenis kasut running yang ada di pasaran. Ciri-ciri yang ditawarkan juga bersesuaian dengan harganya. Walaupun berjogging boleh dikatakan sebuah aktiviti yang kurang berisiko berbanding dengan aktiviti yang lain, namun tetap ada ciri-ciri keselamatan yang perlu ditekankan terutamanya kepada kaki anda. Ini kerana nikmat sihat juga perlu datang dengan tubuh badan yang sempurna.
Pemilihan material tapak midsole dan outsole adalah amat penting untuk memastikan kaki anda kekal bertenaga sepanjang larian. Ini juga bertujuan untuk mengurangkan risiko kecederaan lebih-lebih lagi jika anda kerap berjogging. Yang paling penting, anda selesa dengan pilihan anda.