Kasut Larian Lelaki Mesra Poket: 10 Pilihan Terbaik Bawah RM400 di Malaysia 2024

Kasut Larian Lelaki Mesra Poket: 10 Pilihan Terbaik Bawah RM400 di Malaysia 2024
Sukan dan Senaman


Sukan larian semakin popular dalam kalangan lelaki, komuniti larian di Malaysia juga semakin berkembang pesat. Lihat sahaja acara larian yang dianjurkan, pasti mendapat sambutan hangat. Kuota peserta sering mencecah seratus peratus. Ini menunjukkan semakin ramai yang menggemari gaya hidup sihat dan ingin mencabar diri ke arah kehidupan yang lebih baik.

Untuk aktiviti kegemaran ramai lelaki ini, pemilihan kasut larian yang sesuai amat penting. Kasut larian yang sesuai dengan jenis tapak kaki dapat membantu prestasi larian dan menjaga kesihatan sendi kaki, sekaligus mengelakkan kecederaan jangka pendek dan panjang. Kasut yang bersesuaian juga penting untuk larian jarak jauh seperti maraton atau ultra maraton.
Pastikan anda memilih kasut larian berdasarkan jenis larian yang ingin dilakukan—sama ada larian santai, treadmill, jalanan, trail, atau berbukit. Carilah kasut yang sesuai dengan jenis tapak kaki anda dengan mengujinya terlebih dahulu, bukan berdasarkan rekaan dan warna semata-mata.

Memilih dengan bijak akan memberi banyak manfaat! Berikut adalah 10 kasut larian lelaki terbaik yang mesra poket, dengan harga bawah RM400 untuk pasaran Malaysia tahun 2024.

Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes (bermula RM249)

Under Armour Men's UA Surge 4 Running Shoes (bermula RM249)
Pengeluar produk sukan, Under Armour memperkenalkan kasut rekaan untuk lelaki, Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes untuk aktiviti larian. Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes diilhamkan daripada atlet larian elit yang sentiasa mencari penyelesaian paling inovatif untuk membantu larian menjadi lebih baik. Pasukan Under Armour berusaha mencipta Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes menjadi kasut yang ringan dan pada masa sama dapat membantu pelari mencapai prestasi diinginkan. Inovasi Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes dengan lapisan sintetik untuk struktur sokongan tambahan yang ringan mempunyai tindak balas yang baik. Ia mengembalikan tenaga dan memiliki cengkaman yang kuat semestinya menjadi pilihan kepada pelari amatur juga profesional.
Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes direka dengan reka bentuk disruptive dan sistem kusyen tapak tengah Charged Cushioning. Malah Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes turut menggunakan teknologi menggabungkan insole Deluxe Comfort System yang membentuk kaki untuk memberikan keselesaan. Kasut ini turut dilengkapi dengan sockliner yang memiliki ciri-ciri pita sokongan yang berfungsi sama seperti tali pinggang keledar untuk menjamin prestasi pemakai. Pada masa sama, Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes mencengkam permukaan dengan lebih baik supaya pemakai boleh berlari dengan penuh yakin sama ada di permukaan simen yang basah hingga ke jalan kerikil tidak rata. Tapak kasut tanpa getah Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes memberi daya cengkaman yang lebih tinggi tanpa tergelincir ketika berlari.

Kelebihan Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes:

  • Ringan
  • Pengudaraan yang baik
  • Memiliki ‘cushioning’ lembut
  • Tapak mencengkam kuat dengan baik walaupun hari hujan

Kekurangan Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes:

  • Saiz untuk warna popular stok terhad

Spesifikasi Under Armour Men’s UA Surge 4 Running Shoes:

Saiz Tersedia: US7-US13
Berat: 285g
Warna: Black / Anthracite, Black, White / Halo Gray, Steel / Mod Gray, White / Capri, Mod Gray / White, Marine OD Green / White, Team Royal / White, Academy / White
Harga: RM249.00

Asics HYPER SPEED 3 (bermula RM379)

Asics HYPER SPEED 3 (bermula RM379)
Jenama kasut ASICS menjadi pilihan pelari lelaki sejak zaman berzaman kerana rekaan kasut sukan untuk larian terkenal dengan keselesaan, premium, lembut dan berteknologi. Asics HYPER SPEED 3 siri kasut larian untuk lelaki yang lebih ringan dan selesa. Asics HYPER SPEED 3 dipertingkatkan apabila dilengkapi teknologi canggih dalam mencipta kestabilan yang lebih hebat dan menawarkan pengalaman larian yang lebih mengujakan. Asics HYPER SPEED 3 memiliki teknologi FLYTEFOAM™ di tapak tengah ditala dengan ketumpatan yang lebih rendah untuk meningkatkan kestabilan kasut. Ia membantu menghasilkan langkah yang lebih menyokong bahagian bawah kaki dengan lembut terutama tumit. Ciri tapak tengah ini turut memberi perlindungan terhadap latihan larian trek atau jarak dekat. Digandingkan dengan teknologi tapak luar AHAR gabungan ini menghasilkan setiap pendaratan yang lebih lembut dan menyediakan penyerapan impak yang ringan.
Tapak getah Asics HYPER SPEED 3 yang tahan lama digunakan pada tapak tumit luar dan hujung kasut hadir dengan kusyen ringan untuk memastikan lantunan larian yang responsif dan lebih dinamik. Selain itu, penggunaan teknologi bahan mesh serta komponen renda elastik pada rekaan ini meningkatkan kebolehnafasan supaya kaki kekal sejuk dan selesa semasa berlari. Lubang di mata-mata berkurangan daripada 18 kepada 16, yang membantu memberikan kesesuaian yang lebih seimbang. Asics HYPER SPEED 3 tampil dengan pelbagai pilihan warna menarik diperbuat 75 peratus daripada bahan kitar semula untuk mengurangkan sisa dan pelepasan karbon.

Kelebihan Asics HYPER SPEED 3:

  • Ringan dan lembut
  • Ketahanan tahan lebih lama
  • Kusyen FLYTEFOAM™ yang selesa
  • Menyediakan penyerapan impak yang ringan

Kekurangan Asics HYPER SPEED 3:

  • Sesuai untuk larian dekat dan trek pendek sahaja

Spesifikasi Asics HYPER SPEED 3:

Saiz Tersedia: US9.5-US12
Berat: 156g
Warna: Sunrise Red/Black, Illusion Blue/Glow Yellow, Blue Expanse/Illuminate Green
Harga: RM303.20

Adidas GALAXY 5 SHOES (bermula RM249)

Adidas GALAXY 5 SHOES (bermula RM249)
Adidas mencipta kasut larian yang bergaya untuk memenuhi tenaga maskulin berterusan gaya hidup aktif lelaki. Jenama terunggul ini mempunyai siri kasut khas untuk lelaki dalam apa jua kategori larian. Gaya dan keselesaan bergerak seiringan, Adidas GALAXY 5 SHOES kasut larian yang unik dicipta untuk lelaki. Bagi menangani cuaca panas di negara ini, fabrik yang digunakan Adidas GALAXY 5 SHOES membantu mengekalkan rasa dingin ketika larian. Selain itu, bahan digunakan dalam pembuatan kasut berkenaan juga dipilih penuh teliti agar ia boleh dipadankan dengan struktur kaki lelaki dan di atas pelbagai permukaan. Adidas GALAXY 5 SHOES dapat memberi pendaratan yang lebih lembut dan responsif kepada pemakai dengan teknologi tapak tengah Cloudfoam berkusyen.
Ciri ini membolehkan kaki menjadi paling fleksibel dan stabil serta membantu pemakai berlari dengan lebih selesa dalam jangka masa yang lama di samping dapat mengurangkan tekanan pada tapak kaki. Rekaan yang fleksibel menjadikan Adidas GALAXY 5 SHOES kasut larian yang baik untuk lelaki ditambah dengan bahagian Siluet yang dicirikan menyediakan tenaga dan keselesaan dalam setiap langkah. Dengan mesh yang fleksibel di bahagian kaki depan dan belakang, Adidas GALAXY 5 SHOES memperkasa setiap langkah dan pada masa sama menampilkan gaya jalanan yang menarik kepada si pemakai. Bahagian ini menggabungkan insole dalaman eksklusif, direka untuk melepaskan tenaga dengan setiap langkah membolehkan kaki mengekalkan pergerakan semula jadi ketika larian di samping menyediakan pengudaraan untuk mengekalkan larian yang selesa dan kaki kurang berbau. Adidas GALAXY 5 SHOES kini boleh didapati dalam empat pilihan warna termasuk Core Black,Cloud White,Cloud White; Tech Indigo,Cloud White,Legend Ink; Royal Blue,Cloud White,Solar Blue; dan Cloud White,Cloud White,Royal Blue. Adidas GALAXY 5 SHOES hadir bersama gabungan tapak luar dengan Getah Continental™ memberikan cengkaman tambahan dalam semua keadaan cuaca.

Kelebihan Adidas GALAXY 5 SHOES:

  • Fabrik dan material selesa
  • Teknologi tapak tengah Cloudfoam berkusyen yang lembut
  • Bebas bau kaki
  • Rekaan bergaya

Kekurangan Adidas GALAXY 5 SHOES:

  • Saiz untuk warna popular stok terhad

Spesifikasi Adidas GALAXY 5 SHOES:

Saiz Tersedia: UK6-UK12.5
Berat: 250g
Warna: Core Black / Cloud White / Cloud White, Tech Indigo / Cloud White / Legend Ink, Royal Blue / Cloud White / Solar Blue, Cloud White / Cloud White / Royal Blue
Harga: RM229.00

Decathlon MEN’S RUNNING SHOES JOGFLOW 100.1 (bermula RM 89)

Decathlon MEN'S RUNNING SHOES JOGFLOW 100.1 (bermula RM 89)
Selesa menjadi antara aspek utama dan bagi kasut larian Decathlon MEN’S RUNNING SHOES JOGFLOW 100.1 ia elemen paling asas dalam setiap rekaannya. MEN’S RUNNING SHOES JOGFLOW 100.1 dengan kusyen teknologi EVA Buble mewujudkan prestasi terbaik pelari sejauh 20km dari mula hingga tamat larian. Tahap kusyen ringannya dengan Run Cushion mewujudkan prestasi terbaik membantu mengurangkan risiko kecederaan terutama bahagian yang melibatkan sendi sepeti buku lali dan lutut. Decathlon MEN’S RUNNING SHOES JOGFLOW 100.1 memberikan keselesaan terbaik dengan reka bentuk eco tapak luar terhasil sama seperti siri sebelum ini iaitu daripada 70% Etilena Vinyl Asetat 30% Getah, bahagian atas pula 80% Poliester, 20% Poliuretana Termoplastik dan bahagaian lapik dan stoking 100% Poliester.
Decathlon MEN’S RUNNING SHOES JOGFLOW 100.1 direka untuk mengurangkan kesan hentakan berulang dari saat anda mula berlari. Ia mempunyai rebound yang lebih kuat berbanding sebelum ini, bagi memberi lantunan yang baik. Ini bermaksud, impak hentakan bahagian tumit tidak terasa berat dan membuang tenaga, sebaliknya, bahagian hujung kaki melantun lebih ringan dan situasi ini membantu pelari untuk memecut dengan lebih selesa. Dengan reka bentuk dan ciri ditawarkan, Decathlon MEN’S RUNNING SHOES JOGFLOW 100.1 pasti menjadi pilihan terbaik serta memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk semua pelari. Selain itu, inovasi dan ketahanan turut diberi perhatian khusus agar dapat menepati setiap bentuk kaki serta latihan kecergasan yang dilakukannya. Decathlon MEN’S RUNNING SHOES JOGFLOW 100.1 hadir dalam lebih banyak pilihan warna berbanding koleksi sebelum ini.

Kelebihan Decathlon MEN’S RUNNING SHOES JOGFLOW 100.1:

  • Ringan dan selesa
  • Harga berpatutan
  • Mempunyai rebound yang lebih kuat
  • Mempunyai jaminan selama setahun

Kekurangan Decathlon MEN’S RUNNING SHOES JOGFLOW 100.1:

  • Tiada kotak kasut

Spesifikasi Decathlon MEN’S RUNNING SHOES JOGFLOW 100.1:

Saiz Tersedia: UK5.5 – UK12
Berat: 250g
Warna: Grey Orange, Black Grey, Navy Orange
Harga: RM89.00

Mizuno MAXIMIZER 26 UNISEX (bermula RM 279)

Mizuno MAXIMIZER 26 UNISEX (bermula RM 279)
Mizuno jenama syarikat kelengkapan sukan Jepun terkenal yang diasaskan pada tahun 1906 oleh Rihachi Mizuno. Mizuno jenama kasut larian yang mempunyai peminat paling setia di negara tersebut. Teknologi Mizuno Wave menyediakan tunggangan responsif terbaik terutaman kasut larian. Antara siri kasut larian terbaik Mizuno ketika ini di pasaran Malaysia adalah Mizuno MAXIMIZER 26 UNISEX. Mizuno MAXIMIZER 26 UNISEX bukan sahaja menawarkan kualiti terbaik tetapi turut menawarkan harga yang berpatutan. Menggunakan teknologi Mizuno Wave seperti siri yang lain, Mizuno MAXIMIZER 26 UNISEX memberikan impak tekanan yang rendah semasa berlari dan dalam masa yang sama memberikan kestabilan. Mizuno MAXIMIZER 26 UNISEX menyokong pergerakan berintensiti tinggi dengan synthetic overlays pada bahagian bawah, jadi cengkaman lebih menyakinkan.
Membangunakan Teknologi X10 pada tapak luar getah, kasut ini sangat tahan lasak, X10 merupakan getah karbon paling tahan lama yang membolehkan haus lebih lama di kawasan berimpak tinggi dan menambah daya tarikan pada hentak tumit. Mizuno MAXIMIZER 26 UNISEX turut menawarkan keselesaan tiada tandingan dengan ciri SOFTIERFOAM, material baharu dengan lebih kusyen juga lebih ‘breathable’ di bahagian atas yang tidak akan membuatkan kaki pemakai terasa ketat atau berpeluh semasa berlari. Mizuno MAXIMIZER 26 UNISEX sesuai untuk pelari yang mencari kasut yang boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan walaupun ketika waktu gelap melalui tambahan material retroreflective yang diletakkan pada tumit untuk lebih menyerlah pada waktu malam.

Kelebihan Mizuno MAXIMIZER 26 UNISEX:

  • Keselesaan tiada tandingan dengan ciri SOFTIERFOAM
  • 90% bahagian atas diperbuat daripada bahan kitar semula
  • Teknologi X10 tapak luar getah menjadikan lebih lasak
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita

Kekurangan Mizuno MAXIMIZER 26 UNISEX:

  • Sukar ditemui di pasaran biasa

Spesifikasi Mizuno MAXIMIZER 26 UNISEX:

Saiz Tersedia: US7 -US11
Berat: 260g
Warna: Ebony / Silver / Pearl Blue, Snorkel Blue / White, Ski Patrol / Metallic Gray
Harga: RM279.00

Nike Quest 5 Men’s Road Running Shoes (bermula RM259)

Nike Quest 5 Men's Road Running Shoes (bermula RM259)
Berbelanja lebih untuk sepasang kasut berkualiti sememangnya dapat membantu mengatasi masalah kesakitan atau cedera di kaki di samping memberi pengalaman yang lebih baik ketika berlari. Namun begitu, masih ada kasut berjenama yang menawarkan sepasang kasut larian pada harga mesra poket yang berbaloi untuk dimiliki seperti Nike Quest 5 Men’s Road Running Shoes. Selesa menjadi antara aspek utama dan bagi jenama Nike, ia elemen paling asas dalam setiap rekaannya. Selain itu, inovasi dan ketahanan juga diberi perhatian khusus agar dapat menepati setiap bentuk kaki serta latihan kecergasan yang dilakukannya. Seperti Nike Quest 5 Men’s Road Running Shoes ia menyerlahkan impak revolusi membolehkan si pemakai rasa selesa sepanjang sesi larian. Nike Quest 5 Men’s Road Running Shoes mempunyai mekanisme dengan sisipan kulit sintetik atas serta dalaman yang lembut bagi membolehkan kaki bebas bernafas. Malah pemakaian kasut ini ketika berlari lebih selesa serta melekap di kaki bersama inovasi jalur fit tengah kaki. Ia berfungsi mengikat tali, memastikan kaki lebih selamat dan kasut sentiasa terikat dengan baik ketika berlari. Nike Quest 5 Men’s Road Running Shoes mempunyai permukaan yang lebih lebar dan kusyen berlapis yang memberikan rasa lembut dan responsif semasa dalam larian. Dengan midsole yang dibuat dengan ‘React foam’, pelapik kaki kasut larian ini boleh tahan lebih lama dan bersifat kenyal. Penggunaan Rubber Nike Grind outsole pada tapak Nike Quest 5 Men’s Road Running Shoes memberikan daya tarikan dan kestabilan yang sangat baik di atas pelbagai permukaan.

Kelebihan Nike Quest 5 Men’s Road Running Shoes:

  • Reka bentuk bergaya
  • Warna pelbagai
  • Kusyen berlapis lembut
  • Sejuk, ringan dan selesa

Kekurangan Nike Quest 5 Men’s Road Running Shoes:

  • Warna menarik kehabisan stok

Spesifikasi Nike Quest 5 Men’s Road Running Shoes:

Saiz Tersedia: UK6-UK12
Berat: 273g
Warna: Black/Smoke Grey/Dark Smoke Grey/White, Sea Glass/University Red/White/Blue Joy, Light Armoury Blue/Green Strike/Star Blue/Black, Black/Dark Smoke Grey, White/Light Smoke Grey/Black/Fire Red, Black/Racer Blue/White/High Voltage
Harga: RM259.00

Nike Journey Run Men’s Road Running Shoes (bermula RM395)

Nike Journey Run Men's Road Running Shoes (bermula RM395)
Seperti yang diketengahkan dalam himpunan kasut sukan Nike yang lain, jenama ini cuba menyerlahkan impak revolusi dalam teknologinya bagi membolehkan si pemakai rasa selesa sepanjang aktiviti sukan pilihan. Nike memperkenalkan kasut larian model terkini dengan teknologi paling popular dan ditawarkan pada harga berpatutan iaitu Nike Journey Run Men’s Road Running Shoes. Dipacu keinginan untuk meneroka, Nike Journey Run Men’s Road Running Shoes menonjolkan DNA ikonik Nike yang menguasai pasaran barangan sukan sejak dulu. Nike Journey Run Men’s Road Running Shoes menggabungkan fabrik ringan bersama teknologi popular digunakan banyak jenama sukan ternama lain untuk pemakaian kasut yang melekap elok di kaki.
Berbanding gaya tipikal Nike sebelum ini, Nike Journey Run Men’s Road Running Shoes lebih moden dengan butiran reflektif seiring dengan perkembangan trend sukan-fesyen terkini. Bahagian dalamannya diangkat sedikit dengan teknologi kusyen ComfiRide sementara bahagian tapaknya dilengkapi elemen tahan gegaran cukup lembut serta selesa. Bahagian atasnya pula lebih teguh, fleksibel dan stabil. Ia mempunyai pelapik yang luas di bahagian tumit dan lidah untuk memberikan perlindungan, keselesaan dan cergas yang lebih besar kepada pelari. Nike Journey Run Men’s Road Running Shoes tidak berkompromi dari segi elemen teknikalnya. Dihasilkan daripada tekstil bahan kitar semula daripada sisa pasca yang ringan bersama bahagian dalaman EVA yang dipertingkatkan, siluet lebih lembut diberi pada Nike Journey Run Men’s Road Running Shoes sememangnya memberi tumpuan kepada bahagian kaki.

Kelebihan Nike Journey Run Men’s Road Running Shoes:

  • Reka bentuk reflektif
  • Tapak luar getah memberikan daya tarikan
  • Menggunakan bahan kitar semula daripada sisa pasca
  • Lidah kasut sangat lembut dan memegang atas kaki

Kekurangan Nike Journey Run Men’s Road Running Shoes:

  • Disyorkan untuk larian jarak pendek sahaja

Spesifikasi Nike Journey Run Men’s Road Running Shoes:

Saiz Tersedia: UK6- UK11
Berat: tidak menunjuk berat
Warna: White/Fire Red/Cement Grey/Black, Black/Anthracite/White, Sail/Total Orange/Burnt Sunrise/Thunder Blue, Barely Volt/Volt/White/Black
Harga: RM395.00

New Balance Men’s 411v3 (bermula RM309)

New Balance Men's 411v3 (bermula RM309)
Siri kasut sukan New Balance Men’s 411v3 direka untuk memenuhi permintaan pelari yang aktif dengan tapak kusyen selesa. Memberi keselesaan dan prestasi larian, struktur New Balance Men’s 411v3 mendorong lebih pada bahagian bawah kaki agar membantu dengan mudah pelari memacu ke hadapan ketika melangkah. Ia memberikan responsif yang menakjubkan dan penyerapan impak maksimum ketika berlari. Tapak tengah EVA direka lebih kukuh, berkualiti dan tahan lasak, menjadi gabungan tepat antara aspek keselesaan dan tahan lama juga lebih keselesaan kepada tumit dan kaki.
New Balance Men’s 411v3 memiliki DynaSoft midsole menggandingkan prestasi ultra-responsif dengan lebih keselesaan menjadikan larian si pemakaian terasa ringan. Men’s 411v3 memberi pengudaraan terbaik dengan ciri ultra-breathing ketika kaki mula memijak untuk larian. New Balance Men’s 411v3 menyerlahkan impak revolusi dalam teknologinya seperti siri-siri lain bagi membolehkan si pemakai rasa selesa sepanjang berlari. Tapak tengah New Balance Men’s 411v3 memberikan responsif, kusyen unggul sambil memastikan penjajaran yang betul untuk menjadikan setiap langkah lebih ringan dan mudah. Tapak New Balance Men’s 411v3 direka lebih kukuh, berkualiti dan tahan lasak, menjadi gabungan tepat antara aspek keselesaan dan tahan lama. Getah pepejal yang digunakan mampu mencengkam permukaan dengan lebih baik supaya pemakai boleh berlari dengan penuh yakin walaupun ketika melalui permukaan basah.

Kelebihan New Balance Men’s 411v3:

  • Ringan 192gram
  • Tahan lasak
  • Kusyen lembut yang sangat selesa
  • Pengudaraan baik dan tidak panas

Kekurangan New Balance Men’s 411v3:

  • Fungsi seakan sama dengan siri sebelumnya

Spesifikasi New Balance Men’s 411v3:

Saiz Tersedia: US7-US11
Berat: 192g
Warna: Aluminum Grey with Blue Oasis and Vintage Indigo, Marine Blue, Black
Harga: RM309.00

Skechers GOrun Consistent 2.0 – Mile Marker (selepas diskaun RM339)

Skechers GOrun Consistent 2.0 - Mile Marker (selepas diskaun RM339)
Skechers memperkenalkan Skechers GOrun Consistent 2.0 – Mile Marker pilihan kasut larian untuk lelaki dengan koleksi rekaan khas peminat kecergasan daripada segenap lapisan peringkat. Skechers GOrun Consistent 2.0 – Mile Marker digabungkan antara keselesaan bersama gaya dengan sempurna. Skechers GOrun Consistent 2.0 – Mile Marker memiliki kusyen kekal konsisten membuatkan pemakai selesa sekali gus mendapat sokongan kaki yang sangat baik ketika melakukan aktiviti larian. Reka bentuk bertali ini menampilkan bahagian atas bertekstil sintetik dengan kusyen tapak tengah Ultra Light responsif dan insole Skechers Air-Cooled Goga Mat lantunan tinggi.
Skechers GOrun Consistent 2.0 – Mile Marker menggabungkan inovasi teknologi terkini, bersama tapak luar Teknologi Skechers M-Strike, memberi ketahanan, keselesaan dan daya tarikan yang maksimum. Skechers GOrun Consistent 2.0 – Mile Marker memiliki cushioning yang lembut di dalam kasut berfungsi menolak kaki ke hadapan. Ia bukan sahaja beri keselesaan malah membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Direka untuk membantu melaraskan pergerakan pergelangan kaki semasa berlari, fungsi ini juga menjadikannya lebih lurus melindungi kaki daripada cedera. Oleh itu Skechers GOrun Consistent 2.0 – Mile Marker sangat disyorkan untuk peminat kecergasan tegar yang menginginkan kasut selesa dan tahan lasak untuk aktiviti senaman intensif.

Kelebihan Skechers GOrun Consistent 2.0 – Mile Marker:

  • Kusyen tapak tengah ULTRA LIGHT yang ringan dan responsif
  • Teknologi Skechers M-Strike® menggalakkan kecekapan dalam setiap langkah
  • Boleh basuh menggunakan mesin basuh
  • Tapak luar yang sangat mencengkam dan tahan lama

Kekurangan Skechers GOrun Consistent 2.0 – Mile Marker:

  • Harga tinggi sikit di pasaran. Cadangan untuk pembelian ketika diskaun.

Spesifikasi Skechers GOrun Consistent 2.0 – Mile Marker:

Saiz Tersedia: US7 – US12
Berat: 184g
Warna: Charcoal/Red, Gray, Navy
Harga: RM339.00 (Harga asal RM489.00)

Saucony Kinvara 13 Road Running Lightweight Shoes Men’s (bermula RM343)

Saucony Kinvara 13 Road Running Lightweight Shoes Men's (bermula RM343)
Saucony jenama kasut sukan popular buatan Amerika Syarikat sudah bertapak sangat lama dan boleh dikatakan antara jenama tertua di dunia. Antara siri terbaik dan berbaloi untuk dimiliki peminat sukan larian adalah Saucony Kinvara 13 Road Running Lightweight Shoes Men’s. Ini adalah Saucony Kinvara paling ringan setakat ini seberat 213g. Saucony Kinvara 13 Road Running Lightweight Shoes Men’s didatangkan dengan reka bentuk ringkas berfleksiiliti kusyen PWRRUN berteknologi yang lebih lembut dan ringan pada bahagian tapak tengah. Ia membantu memberi lebih perlindungan daripada hentaman. Malah bahagian atasnya direka agar kaki boleh bernafas dan ketahanan sepanjang larian. Teknologi pada Saucony Kinvara 13 Road Running Lightweight Shoes Men’s ini memberi responsif yang menakjubkan dan penyerapan impak maksimum ketika berlari. Saucony Kinvara 13 Road Running Lightweight Shoes Men’s dihasilkan sempurna untuk pelari lelaki yang memerlukan fleksibiliti, keselesaan dan serba boleh. Tapak Getah XT-900 tahan lama direka lebih kukuh, berkualiti dan tahan lasak, menjadi gabungan tepat antara aspek keselesaan dan tahan lama juga lebih keselesaan kepada tumit dan kaki.

Kelebihan Saucony Kinvara 13 Road Running Lightweight Shoes Men’s:

  • Kusyen lembut dan responsive
  • Tersangat ringan untuk siri ini
  • Tapak tahan lama
  • Kaki bernafas dengan baik

Kekurangan Saucony Kinvara 13 Road Running Lightweight Shoes Men’s:

  • Ciri sama seperti siri terdahulu Saucony Kinvara 12, tetapi lebih ringan

Spesifikasi Saucony Kinvara 13 Road Running Lightweight Shoes Men’s:

Saiz Tersedia: US7.5-US12
Warna: White/Black/Vizi, Ocean/Gold, Night Lite
Harga: RM343.00

Dalam melakukan aktiviti sukan larian, pastinya kasut antara item yang sering menjadi perhatian memandangkan ia bukan sahaja dapat melindungi kaki daripada cedera, malah membantu meningkatkan prestasi diri. Di sini ada beberapa tip yang mungkin boleh anda gunakan untuk menjaga kasut larian khasnya untuk lelaki. Elak menggunakan kasut sukan yang sama untuk aktiviti sukan berlainan selain larian kerana ia akan merosakkan fungsi kasut berkenaan. Jika kasut larian sudah terlalu lama digunakan, periksa tapak kasut kerana kemungkinan sudah rosak terutama fungsi cengkamannya boleh mengakibatkan anda mengalami kecederaan jika terjatuh.

Sepasang kasut larian yang dimiliki tidak sepatutnya dalam keadaan terlalu kecil atau terlalu besar. Sekiranya terlalu kecil, kaki pasti akan mengalami kecederaan seperti melecet. Begitu juga jika kasut larian terlalu besar, ini mengakibatkan keadaan kaki tidak berada dalam keadaan yang stabil. Jika kaki tidak stabil, kaki akan terpelecok dan memberi risiko kepada kecederaan kaki yang lebih teruk.

Ada setengah-setengah individu selepas membeli kasut larian yang baharu, demi menjaga ketahanannya mereka menghantar ke tukang kasut membuat jahitan kedua terutama di tapak kerana menyangkakan ia boleh memanjangkan tempoh hayat. Ini tidak betul ya! Ada sesetengah kasut terutama jenis antiresapan air, jika menjahitnya semula kemungkinan berlaku kebocoran pada permukaan kulit dan akhirnya ciri-ciri tahan air itu akan hilang.



Related posts