Nikmati Gaya Hidup Sihat. Ayuh Bersenam Di 5 Gimnasium Terbaik Di KL & Selangor 2022
Bersenam di gimnasium hari ini umpama trend bagi mendapatkan bentuk tubuh menawan. Tujuan setiap individu datang ke gimnasium juga berbeza-beza. Masa terhad untuk ke taman rekreasi, sukar mencari tempat letak kereta, cuaca tidak menentu dan sibuk bekerja menjadi antara sebab ramai memilih ke gimnasium. Dahulu, golongan lelaki lebih ramai ke gimnasium untuk melakukan senaman latihan beban, kini mereka lebih menumpukan untuk kekal aktif dan menguruskan badan. Selain itu, golongan wanita juga semakin ramai mengunjungi gimnasium disebabkan terdapat banyak pilihan senaman yang boleh dilakukan antaranya zumba, aerobik, yoga, pilates, dan kardio.
Namun, fokus lelaki mahupun wanita hari ini dilihat mula terarah kepada peralatan di gimnasium. Begitupun, satu hal yang mudah melemahkan semangat seseorang individu untuk terus bersenam di gimnasium adalah kurangnya pengetahuan mengenai fungsi setiap peralatan yang disediakan. Disebabkan itu lebih ‘afdal’ sekiranya ingin melakukan senaman atau menggunakan peralatan gimnasium, ada pemantauan daripada jurulatih bertauliah. Pastikan setiap gimnasium yang kalian pilih berdaftar dan mendapat kelulusan supaya setiap pakej dan peralatan disediakan selamat dan berbaloi untuk pengguna. Antara 5 gimnasium terbaik untuk dikunjungi di Kuala Lumpur dan Selangor 2022 menawarkan pusat kecergasan untuk nikmati gaya hidup sihat seperti berikut.
My Addict Fitness
My Addict Fitness merupakan pusat kecergasan khas untuk wanita popular dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur. My Addict Fitness mempunyai kemudahan dikhaskan kepada kaum hawa termasuk menyediakan jurulatih wanita dan melakukan aktiviti kecergasan yang sesuai dengan golongan ini. Jika anda wanita yang sibuk, My Addict Fitness seperti latihan litar inovatif menyediakan sesi kecergasan mengikut keupayaan dan keperluan badan setiap individu pada hari-hari yang terpilih.
Selain itu pengguna juga boleh melibatkan diri dalam beberapa senaman yang mensasarkan setiap kumpulan otot utama, dengan kombinasi latihan kekuatan, kardio dan regangan seperti kelas yoga, tinju, Bootcamp, HIIT, dan TRX. My Addict Fitness juga menyediakan jurulatih berpengalaman khas untuk wanita bakal melahirkan anak dan juga selepas melahirkan bayi dengan beberapa senaman dicipta khusus untu mereka.
Jika anda mendapat sebarang kecederaan pada tubuh badan, My Addict Fitness juga menyediakan sebuah rehab atau pusat pemulihan dipantau oleh pakar berpengalaman khas terutama untuk sakit belakang, lutut, buku lali, leher, pelvik, pemulihan selepas pembedahan, postur dan pergerakkan warga emas.
Kelebihan My Addict Fitness:
- Menawarkan khidmatan latihan jurulatih peribadi
- Perkhidmatan rehab untuk fisio
- Saiz kelas kecil dan pengajaran lebih maksimum
- Tenaga pengajar adalah bertauliah dan berpengalaman
Kekurangan My Addict Fitness:
- Kawasan parkir agak terhad pada waktu kerja
Spesifikasi My Addict Fitness:
Hubungi: |
https://www.myaddictfitness.com/ https://www.facebook.com/MyAddictfitness/ |
---|---|
Lokasi: | H – 1 – 15, Plaza Arkadia Jalan Intisari Perdana, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 9 malam |
Pakej: | Yuran serendah RM120.00 hingga RM3600.00 sebulan |
District 13 Gym
District 13 Gym merupakan sebuah gimnasium sebesar 10,000 kaki persegi, siling setinggi 20meter dengan konsep ruang bersenam terbuka. Asalnya merupakan sebuah kawasan gudang, namun telah bertukar wajah menjadi pusat kecergasan popular di Petaling Jaya sejak tahun 2014.
Pengunjung di District 13 Gym yang meminati sesi senaman interaktif diberi peluang menyertai sesi senaman berkumpulan dan latihan berkumpulan secara bebas diketuai jurulatih berkelayakan dan menawarkan pelbagai pilihan aktiviti kardio dan latihan kekuatan. Semua jurulatih di District 13 Gym mempunyai sijil dan kelayakan industri dalam kecergasan, pemakanan dan kesihatan daripada CrossFit, NASM, OPEX Fitness, ACE, Precision Nutrition & Poliquin Group.
Pengujung juga boleh berlatih untuk membangunkan kekuatan, penyesuaian, pergerakan dan kemahiran fizikal menggunakan pelbagai peralatan moden bersenam yang disediakan. Ada 5 program kecergasan yang popular di sini antaranya Primal Express, Motu, Functional Strength, Olympic Weightlifting, dan Conditioning. Program-program di District 13 Gym direka untuk memberikan tumpuan kepada tubuh badan sepenuhnya.
Kelebihan District 13 Gym:
- Gimnasium bersaiz besar
- Berkonsep terbuka
- Tumpuan aktiviti kardio dan latihan kekuatan
- Jurulatih terlatih dan berpengalaman
Kekurangan District 13 Gym:
- Gimnasium tutup pada hari Ahad
Spesifikasi District 13 Gym:
Hubungi: |
https://district13.com.my/index.html https://www.instagram.com/district13gym/ |
---|---|
Lokasi: | Ground floor, Bangunan Th, 5, Jln Bersatu, 13/4, Pjs 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor |
Waktu Operasi: | Buka setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 7 pagi – 9 malam. Ahad tutup. |
Pakej: | Tidak dinyatakan |
Union Strength Gym
Union Strength Gym merupakan butik gimnasium menjadi satu platform membentuk komuniti penduduk sekitar Sri Hartamas yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat samada lelaki mahupun wanita mempunyai minat yang sama. Jika anda datang berseorangan ke Union Strength Gym, pasti anda akan menemui rakan-rakan baharu yang bersemangat dan positif ingin berkongsi ilmu melakukan aktiviti kecergasan bersama-sama.
Namun jika anda inginkan privasi, Union Strength Gym juga menyediakan jurulatih peribadi yang berpengalaman dan peramah untuk memberikan tunjuk ajar samada memfokuskan pada kekuatan atau angkat berat. Di Union Strength Gym mempunyai kemudahan peralatan kecergasan serba moden, canggih dan menggunakan peralatan berkualiti premium daripada jenama seperti Hammer Strength, Life Fitness dan Hoist Fitness. Selain itu, Union Strength Gym juga memiliki kemudahan bilik menukar pakaian yang selesa dan mewah selain mempunyai persekitaran yang bersih dan selamat.
Kelebihan Union Strength Gym:
- Berkonsep butik gimnasium yang ekslusif
- Menawarkan latihan peribadi dan kelas kumpulan
- Memiliki peralatan gim serba moden berjenama mewah
- Diketuai jurulatih berpengalaman
Kekurangan Union Strength Gym:
- Gim sesak jika ramai pengunjung pada satu masa kerana bersaiz sederhana
Spesifikasi Union Strength Gym:
Hubungi: |
https://union-strength.com/ https://www.instagram.com/unionstrength.my/ |
---|---|
Lokasi: | Hartamas Shopping Centre, F-15A, 1st, 1, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam |
Pakej: | Tidak dinyatakan |
Revolution Gym & Fitness
Revolution Gym & Fitness menyediakan pelbagai fasiliti, kemudahan dan perkhidmatan mewah untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna di gimnasium tersebut. Bemula sejak tahun 2008, pada awalnya bertapak di Ampang, Kuala Lumpur, kemudian Revolution Gym & Fitness mengembangkan lagi sayapnya berpindah ke Setapak, Kuala Lumpur.
Setiap peralatan di Revolution Gym & Fitness sesuai untuk penggunaan lelaki dan juga wanita. Selain itu Revolution Gym & Fitness dilengkapi dengan ruang kardio pengguna, studio kecergasan berkumpulan dan program latihan peribadi dengan kakitangan dan jurulatih yang terlatih lagi peramah.
Pengunjung Revolution Gym & Fitness boleh melibatkan diri dalam beberapa senaman yang mensasarkan setiap kumpulan otot utama, dengan kombinasi latihan kekuatan, kardio dan juga bebanan. Bersedia menerima jumlah pengunjung berskala besar pada satu masa, setiap kemudahan yang disediakan di Revolution Gym & Fitness sangat berbaloi untuk dikunjungi. Untuk mendapatkan keputusan lebih optimum ketika bersenam, dapatkan panduan daripada jurulatih berpengalaman yang tersedia di Revolution Gym & Fitness.
Kelebihan Revolution Gym & Fitness:
- Menerima kunjungan pelanggan lelaki dan wanita
- Peralatan gim yang moden
- Tenaga pengajar dan jurulatih terlatih
- Harga pakej berpatutan
Kekurangan Revolution Gym & Fitness:
- Kawasan parkir terhad
Spesifikasi Revolution Gym & Fitness:
Hubungi: |
https://therevogym.com/ https://www.facebook.com/revogym/ |
---|---|
Lokasi: | No. 3-1, Jalan 2/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari dari jam 6 petang hingga 2 pagi |
Pakej: | Yuran serendah RM49.00 sebulan hingga RM79.00 |
Impulse Studio KL Sentral
Impulse Studio merupakan jenama gimnasium popular antarabangsa memiliki hampir 14 lokasi keseluruhannya iaitu di negara China, Turki, Oman, Iran dan UAE. Selain Impulse Studio KL Sentral, Di Malaysia terdapat 2 lagi cawangan iaitu di Bangsar dan Changkat. Impulse Studio KL Sentral mengetengahkan program IMPULSE™ iaitu fokus pada Pengurangan berat, Membina Badan (Lelaki). Pelangsingan, Bentuk Tubuh & Ton (Wanita), Sukan utama dan Fisio Melegakan Sakit Belakang & Bahu.
Selain itu, Impulse Studio KL Sentral juga menyediakan kaedah latihan yang dikenali sebagai EMS. Latihan EMS bertujuan untuk menjalankan program kecergasan tanpa menggunakan beban. Di Impulse Studio KL Sentral disokong dengan teknologi terkini dengan menyediakan aplikasi khas untuk gajet anda. Setiap pengunjung boleh menyemak tahap kecergasan dan info berkaitan yang disediakan oleh Impulse Studio untuk kegunaan di setiap gim jenama ini tidak kira di dalam atau luar negara. Impulse Studio KL Sentral sememangnya pusat kecergasan yang sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman senaman yang menyeronokkan dan selamat di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Kelebihan Impulse Studio KL Sentral:
- Mempunyai aplikasi khas boleh dimuat turun ke telefon pintar
- Mewujudkan kaedah latihan EMS tanpa libatkan pemberat
- Miliki kaunter kesihatan menganalisis keadaan semasa tubuh
- Ada lebih 14 cawangan di serata negara
Kekurangan Impulse Studio KL Sentral:
- Pakej setiap sesi agak mahal
Spesifikasi Impulse Studio KL Sentral:
Hubungi: |
https://impulse-studio.asia/impulse-studio-kl-sentral/ https://www.facebook.com/impulse.klsentral/ |
---|---|
Lokasi: | Convention & Entertaiment Centre, 08, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur |
Pakej: | Yuran serendah RM55.00 hingga RM2199.00 setiap sesi |
Bersenam di gimnasium pada masa kini menjadi satu aktiviti yang semakin diminati. Bukan sahaja lelaki, amalan gaya hidup sihat ini turut mempengaruhi wanita dan golongan tua. Selain menjadi trend, mengunjungi gimnasium juga adalah satu keperluan kepada orang ramai disebabkan perubahan gaya hidup pada masa kini. Faktor gaya hidup yang berubah menyebabkan ramai orang menjadikan aktiviti bersenam di gimnasium sebagai keperluan untuk mengekalkan kesihatan di samping menjaga penampilan.
Melakukan aktiviti kecergasan di gimnasium membantu seseorang itu mendapatkan tidur lebih lena. Kajian menyatakan aktiviti mengangkat berat atau melakukan tekan tubi memberikan 17 minit masa lebih tidur berbanding melakukan aktiviti berjoging atau berbasikal. Penyelidik percaya, koyakan kecil dalam otot sewaktu latihan kekuatan mungkin memerlukan lebih banyak tidur untuk sembuh dengan baik.