Pendedahan Terhebat: Top 10 Laptop Terkini Bajet Harga Bawah RM 3000 Di Malaysia

Pendedahan Terhebat: Top 10 Laptop Terkini Bajet Harga Bawah RM 3000 Di Malaysia
Teknologi


Memiliki komputer riba atau laptop bukan lagi satu kehendak kerana ia kini menjadi keperluan bagi setiap individu untuk melaksanakan tugasan seharian atau aktiviti kegemaran. Sumber infotainment, aktiviti pengajian dan pekerjaan kini meluas dilakukan secara dalam talian menjadi sebab setiap individu memerlukan laptop peribadi yang lengkap tanpa gangguan serta kekurangan. Di pasaran, laptop pelbagai jenama hari ini dilengkapi dengan ciri moden lengkap dengan perisian terbaru untuk setiap unit, agar anda boleh mempertimbangkan mendapatkannnya dengan ciri spesifikasi tanpa keraguan. Kebanyakkan dikuasakan dengan sistem operasi dan perisian pemproses terkini, tanpa perlu berbelanja lebih.

Anda boleh mempertimbangkan faktor bentuk peranti laptop bersesuaian dengan penggunaan dan keperluan. Masih keliru untuk membuat pemilihan ketika pembelian laptop untuk kegunaan tertentu, produktiviti atau tugasan rutin sama ada di kelas atau di rumah? Ini merupakan pendedahan terhebat pelbagai jenama laptop di pasaran yang menawarkan pelbagai tanda harga tidak lebih RM 3000. Termasuk padanan setiap 10 jenama dengan spesifikasi tersendiri agar anda memiliki sedikit bantuan dan idea untuk membuat pemilihan.

HONOR MagicBook X 16

HONOR MagicBook X 16
Sebagai edisi terbaharu HONOR siri MagicBook X, MagicBook X 16 menampilkan inovasi canggih dalam paparan, rekaan dan prestasinya. HONOR MagicBook X 16 ditawarkan dalam warna Mystic Silver untuk versi 8GB + 512GB didatangi dalam Paparan FullView HONOR 16 inci berserta resolusi 1920×1200 pixel. Selain itu, HONOR MagicBook X 16 boleh menghasilkan warna terang dan imej seakan-akan hidup untuk apa jua kegunaan sama ada pembelajaran, kerja, atau permainan. Bagi potensi keseluruhannya, HONOR MagicBook X 16 menampilkan rekaan penyebaran haba yang canggih, kipas besar, dwi paip haba dan sirip penyejuk 21 peratus lebih besar berbanding terdahulu, untuk menyebarkan haba dengan cepat.
Rekaan tersebut membolehkan proses penyejukan dengan cekap dan tidak mengganggu prestasi komputer riba tanpa mengira penggunaannya. HONOR MagicBook X 16 dilengkapi bateri besar 60Wh bagi membolehkan tontonan video 1080P sehingga 12 jam atau 10.5 jam menyiapkan tugasan. Laptop ini sesuai untuk mereka yang sibuk dengan kerja seharian dan juga mementingkan hiburan. HONOR MagicBook X 16 tidak akan lengkap tanpa tanda dagang Pensijilan TUV Rheinland Cahaya Biru Rendah (Hardware Solution) dan Pensijilan TUV Rheinland Flicker Free bagi mengurangkan cahaya biru yang memudaratkan, selain memastikan pengalaman menonton tanpa gangguan kelipan.

Kelebihan HONOR MagicBook X 16 :

  • Memiliki pensijilan TUV Rheinland Cahaya Biru Rendah
  • Dilengkapi bateri besar 60Wh
  • Menghasilkan imej seakan-akan hidup
  • Proses penyejukan dengan cekap

Kekurangan HONOR MagicBook X 16:

  • Fungsinya agak limit berbanding siri terdahulu

Spesifikasi HONOR MagicBook X 16:

Saiz Skrin: 16 inci
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: Bermula RM 2999.00

HP Pavilion Laptop 15

HP Pavilion Laptop 15
HP Pavilion Laptop 15 dikuasakan oleh pemproses CPU Intel® Core™ i5-1240P, grafik Intel® Iris® Xᵉ Graphics, RAM 8 GB DDR4-3200 MHz RAM (2 x 4 GB) dan storan SSD 512 GB PCIe® NVMe™ M.2 SSD. Miliki ciri tambahan graphic card NVIDIA® GeForce® MX450, HP Pavilion Laptop 15 disarankan untuk pengguna yang gemar bermain permainan komputer. HP Pavilion Laptop 15 mempunyai skrin bersaiz 15.6 inci diagonal menawarkan resolusi 1920×1080 FHD paparan penuh memberikan visual yang terbesar dengan pelbagai kandungan boleh di lihat dalam satu skrin.
Malah ia mempunyai keupayaan untuk mengawal warna dan kejelasan grafik untuk pengalaman yang lebih baik. HP Pavilion Laptop 15 mempunyai reka bentuk menarik dan diperkemas dengan gaya yang diselaraskan dan identiti estetika yang unik. Selain itu, HP Pavilion Laptop 15 juga adalah komputer riba ringan dengan berat hanya 1.74 kilogram mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Ia juga menggunakan pengecas pantas SuperSpeed USB Type-C® 10Gbps serta signaling rate (USB Power Delivery, DisplayPort™ 1.4, HP Sleep and Charge), 2 SuperSpeed USB Type-A 5Gbps signaling rate 1 HDMI 2.1 1 AC smart pin 1 headphone/microphone combo.

Kelebihan HP Pavilion Laptop 15:

  • Warna elegan iaitu Natural silver, Fog blue, Warm gold.
  • Storan besar 512GB SSD, cukup untuk menyimpan fail atau data
  • Memiliki skrin sentuh yang baik
  • RAM sebesar 8GB, boleh upgrade mengikut kehendak pengguna

Kekurangan HP Pavilion Laptop 15:

  • Tiada ‘discrete graphics’

Spesifikasi HP Pavilion Laptop 15:

Saiz Skrin: 15.6 inci
Tempoh Jaminan: 2 Tahun
Harga: RM 2882.00

Lenovo IdeaPad Slim 3 15 Gen 8

Lenovo IdeaPad Slim 3 15 Gen 8
Lenovo IdeaPad Slim 3 15 Gen 8 dikuasakan oleh pemproses CPU AMD Ryzen™ 3 7330U Processor, grafik Integrated AMD Radeon™ Graphics, RAM 8 GB Soldered LPDDR5 5500MHz dan storan SSD 512 GB SSD M.2 2242 PCIe Gen4/4. Lenovo IdeaPad Slim 3 15 Gen 8 hadir untuk pasaran Malaysia dengan Windows 11 Home serta 3 pilihan warna iaitu Arctic Grey, Abyss Blue, dan Frost Blue yang menawan. Lenovo IdeaPad Slim 3 15 Gen 8 mempunyai paparan 15.6 inci FHD (1920 x 1080) TN 250nits Anti-glare, manakala reka bentuknya minimalis dan bagus untuk semua tetapan.
Dengan saiz juga ketebalan 359.3 x 235 x 17.9 mm dan berat hanya 1.62 kilogram, Lenovo IdeaPad Slim 3 15 Gen 8 menjadikannya sebuah peranti sempurna untuk di bawa ke mana saja di dalam beg galas atau sandang. Lenovo IdeaPad Slim 3 15 Gen 8 dilengkapi dengan bateri 47Wh, ditambah pula dengan mod penjimatan kuasa Lenovo membolehkan pengguna menikmati hayat bateri sehingga 14 jam tanpa perlu risau untuk mengecasnya dengan kerap. Siri IdeaPad dilengkapi dengan penyesuai mudah alih Standard Ports2x USB 3.2 Gen 1 yang dapat digunakan dengan pelbagai pengecasan keluar. Ini bermaksud, pengguna dapat mengecas komputer riba dan telefon pintar dengan cepat di mana saja mereka berada.

Kelebihan Lenovo IdeaPad Slim 3 15 Gen 8:

  • Memiliki 3 warna pilihan Frost Blue, Abyss Blue dan Arctic Grey
  • Mudah dibawa kemana-mana dengan berat 1.62kg yang ringan
  • Bateri tahan lebih 14 jam untuk produktiviti ringan
  • Kualiti video kamera web yang baik untuk panggilan video

Kekurangan Lenovo IdeaPad Slim 3 15 Gen 8:

  • Tidak dapat mengecas melalui USB-C

Spesifikasi Lenovo IdeaPad Slim 3 15 Gen 8:

Saiz Skrin: 15 inci
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: RM 2439.00

Dell Inspiron 15 3535

Dell Inspiron 15 3535
Dell Inspiron 15 3535 dikuasakan pemproses AMD Athlon™ Gold 7220U Processors with Radeon™ Graphics untuk kegunaan biasa menonton video, sudah tentu hasilnya lebih dari memuaskan. Malah kewujudan Dell Inspiron 15 3535 sangat berbaloi hadir dengan tanda harga yang lebih mesra poket. Dell Inspiron 15 3535 memiliki skrin sebesar 15.6 inci dengan paparan sempadan sempit tanpa sentuh LED, serta cahaya belakang anti-silau. Sesuai dengan kelas harganya, Dell Inspiron 15 3535 dilengkapi RAM 8GB 5500MHz LPDDR5 DDR, storan 256GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive. Storan sebesar ini cukup untuk memberi kelancaran bagi sebuah komputer riba untuk kegunaan biasa samada di kuliah, tempat kerja atau rumah. Pengguna juga tidak perlu risau kerana Dell Inspiron 15 3535 turut menyokong bluetooth, berupaya meningkatkan kestabilan dan capaian internet lebih pantas. Dengan berat hanya 1.63kg, saiznya yang kecil serta ringan memberi kelebihan dalam aspek mobility. Bateri Dell Inspiron 15 3535 bersaiz 65Wh bertahan untuk tempoh sehingga 6 jam sesuai untuk menyiapkan tugasan ringkas di luar.

Kelebihan Dell Inspiron 15 3535:

  • Dikuasakan pemproses AMD Athlon™ Gold 7220U Processors with Radeon™ Graphics
  • Rekaan papan kekuncinya mudah untuk menaip dengan selesa
  • Dilengkapi RAM 8GB DDR, storan 256GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive
  • Menyokong Bluetooth

Kekurangan Dell Inspiron 15 3535:

  • Tidak menyokong wifi
  • Memiliki satu warna sahaja iaitu Platinum Silver

Spesifikasi Dell Inspiron 15 3535:

Saiz Skrin: 15.6 inci
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM 1999.00

Acer Swift GO 14 AMD

Acer Swift GO 14 AMD
Acer Swift GO 14 AMD laptop bertahap mobiliti tinggi dalam versi AMD terkini untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Baru dilancarkan pada April 2023 lalu, Acer Swift GO 14 AMD memliki spesifikasi seperti AMD Ryzen 5 7530U atau AMD Ryzen 7 7730U, RAM 8GB atau 16GB, dan ruangan Storan 512GB menggunakan SSD NVMe Gen4 terpantas di pasaran ketika ini. Jisim badan Acer Swift GO 14 AMD cuma seberat 1.25kg dengan hayat bateri sehingga separuh hari lamanya. Acer Swift GO 14 AMD sesuai untuk digital nomad yang penggunaannya adalah pada tahap kasual. Acer Swift GO 14 AMD memiliki panel IPS beresolusi FHD sebesar 14 inci. Papan kekuncinya pula hadir dengan lampu latar, dan pad kekunci mesra pengguna memudahkan tugas dilakukan dalam kawasan yang malap. Acer Swift GO 14 AMD menawarkan port I/O laptop yang agak pelbagai seperti mempunyai 2 USB-A dan 2 USB-C yang menyokong teknologi Thunderbolt 4. Pengecasan dilakukan melalui salah satu port USB-C yang disediakan. Bukan itu saja, malah Acer Swift GO 14 AMD memiliki port HDMI bersaiz penuh bersama satu jek audio 3.5mm.

Kelebihan Acer Swift GO 14 AMD:

  • Cahaya maksimum skrin sangat terang
  • Papan kekunci mesra pengguna dengan latar belakang lampu
  • Memiliki 2 warna menarik iaitu merah jambu dan silver
  • Menggunakan storan SSD NVMe Gen4 terpantas di pasaran

Kekurangan Acer Swift GO 14 AMD:

  • Tahap bateri tidak sesuai untuk permainan video

Spesifikasi Acer Swift GO 14 AMD:

Saiz Skrin: 14 inci
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: Bermula RM 2979.00

ASUS Vivobook 15X OLED

ASUS Vivobook 15X OLED
Nampak perkataan OLED pastinya tentang skrin paparan yang jelas, licin dan persis warna sebenar. Itu merupakan kekuatan untuk laptop ASUS Vivobook 15X OLED turut dilengkapi dengan teknologi HDR serta paparan kelas tinggi dengan bacaan DCI-P3 Gamut. Ia menggunakan skrin 15.6 inci 2.8K iaitu pada resolusi 2880 x 1620 OLED dengan nisbah 16:9. Skrin laptop ini menyokong 120Hz kadar segar semula dengan kecerahan 550 Nits bersama tiga sisi NanoEdge termasuk validasi skrin Pantone. ASUS Vivobook 15X OLED didatangkan dengan cip pemproses keluaran AMD iaitu siri Ryzen dengan dua variasi iaitu cip pemproses AMD Ryzen 7 5800H serta Ryzen 5 5600H.
Jika menyentuh aspek produktiviti, ketahanan bateri, adalah paling utama. ASUS Vivobook 15X OLED mampu bertahan sepanjang hari tanpa perlu mencari punca kuasa walaupun sudah digunakan dengan optimum. Untuk penggunaan dalam tempoh yang lama, laptop ini adalah pilihan yang baik. Semua spesifikasi ASUS Vivobook 15X OLED adalah sama iaitu didatangkan dengan sokongan memori (RAM) 8GB DDR4 bersama storan 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD.

Kelebihan ASUS Vivobook 15X OLED:

  • Tempoh ketahanan bateri sangat mengagumkan
  • Skrin boleh dibuka penuh sehingga 180 darjah
  • Dilengkapi dengan Teknologi Haba IceCool
  • Menyokong sensor biometrik jari
  • Dilengkapi 3DNR webcam & teknologi pembatalan hingar Asus

Kekurangan ASUS Vivobook 15X OLED:

  • Hanya ada satu port USB-C

Spesifikasi ASUS Vivobook 15X OLED:

Saiz Skrin: 15 inci
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: RM 2759.00

MSI Modern 15 B7M 062

MSI Modern 15 B7M 062
Jenama MSI generasi Modern 15 B7M 062 dengan kuasa cip pemproses AMD Ryzen 7 7730U memiliki prestasi mengagumkan hasil daripada padanan spesifikasi terkini. MSI Modern 15 B7M 062 menggunakan sistem operasi Windows 11 Home bersama saiz skrin 15.6 inci bersama paparan Definisi Penuh (FHD) resolusi 1920 x 1080. Skrin paparan ini menyokong kadar segar semula 60Hz bersama 45 peratus NTSC dengan panel paparan IPS. MSI Modern 15 B7M 062 didatangkan dengan storan 512GB NVMe PCIe bersama padanan memori (RAM) 8GB LPDDR4 frekuensi 3200MHz serta unit pemproses grafik (GPU) AMD Radeon. Ia mampu melaksanakan tugasan multi windows dengan cemerlang tanpa sebarang masalah seperti crash. untuk proses sintesis gambar menggunakan Photoshop serta beberapa perisian 3D, MSI Modern 15 B7M 062 melancarkan perisian serta melakukan proses berkenaan dalam skala sederhana tanpa sebarang kelengahan. Sesuai dengan kelasnya, MSI Modern 15 B7M 062 mampu menangani pelbagai operasi dengan begitu baik, malah keupayaan baterinya mampu bertahan sepanjang hari bagi proses produktiviti biasa.

Kelebihan MSI Modern 15 B7M 062:

  • Prestasi kuasa cip pemproses cemerlang
  • Keupayaan baterinya mampu bertahan sepanjang hari
  • Binaan kerangka tahan lasak
  • Reka bentuk menarik dan berkualiti

Kekurangan MSI Modern 15 B7M 062:

  • Tempoh jaminan pendek
  • Kualiti mikrofon dan kamera web kurang memuaskan

Spesifikasi MSI Modern 15 B7M 062:

Saiz Skrin: 15 inci
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM 2599.00

Lenovo Yoga Slim 7i Carbon

Lenovo Yoga Slim 7i Carbon
Intel telah bekerjasama dengan Lenovo untuk memperkenalkan Lenovo Yoga Slim 7i Carbon yang direka dengan platform Intel®️ Evo™️. Laptop Yoga Slim 7i Carbon ini dilengkapi dengan pemproses mudah alih Intel®️ Core™️ i5 atau i7 Gen ke-11 dengan grafik Intel®️ Iris®️ Xe yang mempunyai prestasi keseluruhan yang cepat dan pengalaman yang lebih mendalam. Lenovo Yoga Slim 7i Carbon memiliki reka bentuk yang ringan dan tahan lasak. Hanya seberat 966g dan bahagian hadapan Lenovo Yoga Slim 7i Carbon senipis 14.25mm dapat memberikan keselesaan untuk penggunaan dalam tempoh yang lama. Lenovo Yoga Slim 7i Carbon memiliki bateri berkapasiti tinggi dengan tempoh penggunaan berterusan sehingga 15 jam dan anda tidak perlu risau sekiranya laptop kehabisan bateri apabila sedang bekerja. Buat pencipta kandungan atau penyunting, Lenovo Yoga Slim 7i Carbon sangat dicadangkan kerana hadir dengan pemproses yang membantu memudahkan proses untuk menyunting gambar serta video dilaksanakan dengan lebih dan memberikan respons yang pantas. Justeru, tiada lagi masalah komputer lambat ketika membuat penyuntingan.

Kelebihan Lenovo Yoga Slim 7i Carbon:

  • Sangat ringan berat di bawah 1kg
  • Hayat bateri 9-10 jam yang baik
  • Skrin matt beresolusi tinggi yang praktikal
  • Material tahan lasak

Kekurangan Lenovo Yoga Slim 7i Carbon:

  • Kecerahan paparan kurang memuaskan

Spesifikasi Lenovo Yoga Slim 7i Carbon:

Saiz Skrin: 14 inci
Tempoh Jaminan: 2 Tahun
Harga: RM 2799.00

ASUS Vivobook Go 15 E1504F

ASUS Vivobook Go 15 E1504F
Asus Malaysia memperkenalkan generasi laptop baharu keluarannya dalam kelas produktiviti iaitu Vivobook Go 15 E1504F. Laptop ASUS Vivobook Go 15 E1504F menggunakan cip pemproses AMD Ryzen 5 7520U bersama sokongan RAM sehingga 16GB LPDDR5 bersama sistem storan 512GB PCIe SSD. Ia memiliki skrin bersaiz 15.6 inci dengan Definisi Penuh (FHD) panel paparan IPS bersama beberapa ciri khusus lain. Malah, ASUS Vivobook Go 15 E1504F menampilkan paparan FHD serta sistem bunyi ASUS SonicMaster dengan pemprosesan Audio DTS. Reka bentuknya bergaya dan praktikal, dengan fokus untuk memudahkan kehidupan pengguna, seperti penambahan ciri engsel 180°. ASUS Vivobook Go 15 E1504F direka untuk kegunaan produktiviti dan keupayaan bateri mampu bertahan sepanjang hari tanpa sebarang masalah. Berukuran 17.9 mm nipis dan berat hanya 1.63kg, ASUS Vivobook Go 15 E1504F direka untuk dimasukkan ke dalam mana-mana beg, dan cukup ringan untuk mudah dibawa dengan sebelah tangan. Ia turut dibina untuk bertahan dalam apa jua gaya hidup, daya ketahanan ASUS Vivobook Go 15 E1504F diuji oleh rejim ujian gred tentera AS paling ketat di dunia.

Kelebihan ASUS Vivobook Go 15 E1504F:

  • Tahan lasak
  • RAM sehingga 16 GB LPDDR5 dan SSD PCIe® 512 GB
  • Ciri mesra pengguna lain termasuk papan kekunci ASUS ErgoSense
  • Kamera web HD dengan ASUS 3D Noise Reduction (3DNR)
  • Memiliki AI noise cancelation

Kekurangan ASUS Vivobook Go 15 E1504F:

  • Paparan terhad

Spesifikasi ASUS Vivobook Go 15 E1504F:

Saiz Skrin: 15.6 inci
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: RM 2179.00

Acer Aspire 3 A315-24P

Acer Aspire 3 A315-24P
Laptop jenama Acer antara yang dipercayai pengguna di Malaysia. Terdapat banyak siri laptop keluaran Acer menjadi perhatian dengan bajet yang berbeza antaranya Acer Aspire 3 A315-24P. Acer Aspire 3 A315-24P dikuasakan oleh pemproses CPU AMD Athlon™ Gold 7220U dual-core processor, grafik AMD Radeon Graphics, RAM 8GB dan storan SSD 256GB PCIe NVMe SSD. Spesikifasi Acer Aspire 3 A315-24P hampir sama dengan laptop mampu milik yang lain namun ia ada kelebihan lain iaitu daripada segi paparan.
Acer Aspire 3 A315-24P menggunakan paparan Full HD dengan skrin resolusi 1920×1080 yang lebih terang dan jelas, selain saiz skrin laptop ini lebih besar iaitu 15.6 inci. Acer Aspire 3 A315-24P turut dilengkapi Windows 11 Home, menambah lebih ciri keselamatan dan menawarkan pengalaman penggunaan aplikasi terbaik kepada si pemilik. Baterinya tahan sehingga 6.6 jam dengan saiz 37Wh 4810mAh 7.7V sangat sesuai untuk menyiapkan tugasan di luar atau menonton drama kesukaan. Secara keseluruhan, walaupun spesifikasinya tampak sederhana, tetapi kualiti dan prestasi komputer riba Acer Aspire 3 A315-24P ini pasti tidak mengecewakan pengguna dengan berat hanya 1.8kg. Saiznya yang kecil serta ringan memberi kelebihan dalam aspek mobiliti apabila pengguna tidak lagi perlu membawa beg laptop yang besar sebaliknya ia boleh dimasukkan di dalam bekas yang kecil seolah-olah pengguna sedang membawa fail.

Kelebihan Acer Aspire 3 A315-24P :

  • Skrin besar 15.6 inci
  • Full HD dengan skrin resolusi 1920×1080 yang lebih terang dan jelas
  • Dilengkapi Windows 11 Home
  • Baterinya tahan sehingga 6 jam

Kekurangan Acer Aspire 3 A315-24P:

  • Tiada slot kad tambahan

Spesifikasi Acer Aspire 3 A315-24P:

Saiz Skrin: 15.6 inci
Tempoh Jaminan: 1 Tahun
Harga: RM 1969.00

Setiap peringkat penggunaan laptop peribadi adalah tidak sama. Ada yang memerlukan laptop dengan spesifikasi yang lebih baik dan ada juga yang ingin menggunakan perisian berprestasi. Jika ingin menyesuaikan keadaan bekerja dan belajar di mana-mana sahaja, maka bentuk laptop serba nipis adalah dicadangkan. Manakala jika untuk penggunaan beban kerja yang berat, anda disarankan memilih perisian pemproses terkini serta sistem kemas kini lengkap dengan ruangan storan lebih besar. Lebih efektif menggunakan laptop peribadi berkelajuan perisian gred profesional serta aplikasi penting. Mencari laptop terkini dengan bajet harga RM3000 ke bawah? Di atas 10 jenama laptop ‘top’ terhebat terdapat di pasaran Malaysia. Pastinya membantu anda meningkatkan produktiviti kerja, lebih ringan serta mudah dibawa ke mana sahaja tanpa lebihan bebanan juga pada harga bajet poket masing-masing.

Kebiasaannya, laptop keluaran terbaru dan terkini akan dijual dengan harga yang agak tinggi disebabkan masih baharu dalam pasaran. Bezanya mungkin sedikit jauh berbanding keluaran lama. Namun tiada gunanya berbelanja ribuan ringgit, jika anda tidak menggunakan kapasiti dan kebolehan laptop tersebut secara optima. Juga, jika anda berjimat membeli laptop yang murah, anda mungkin perlu menaik taraf laptop yang baru anda beli dikemudian hari. Tepuk dada, tanyalah selera!



Related posts