5 Pilihan ‘Stand Mixer’ Terbaik Di Pasaran 2022

Peralatan rumah


Walaupun pengadun tangan atau hand mixer mungkin lebih mudah digunakan untuk mereka yang gemar baking untuk kuantiti yang kecil, namun stand mixer sebenarnya lebih efisyen dalam membantu pengguna untuk penyediaan dalam kuantiti yang besar. Dengan pelbagai jenis stand mixer yang terdapat di pasaran, yang manakah merupakan pengadun jenis stand terbaik di Malaysia? Berikut adalah antara stand mixer berkualiti untuk memenuhi keperluan gaya hidup dan bajet anda.

Kitmens KM-B5

Kitmens KM-B5
Memperkenalkan pengadun dapur pertama di Asia yang menawarkan ukiran nama peribadi percuma, Kitmens KM-B5 ibarat ia adalah hadiah terbaik untuk mereka yang gemar membuat kek, kuih, pastri atau roti. Ia juga didatangkan dengan warna jenis “Matte Spray Paint” yang pastinya merupakan warna yang agak elegan dan moden! Apa yang menarik ialah pengadun berdiri yang elegan ini didatangkan pada harga yang berpatutan, dengan kualiti yang setanding dengan jenama stand mixer yang lebih terkemuka.

Kelebihan

  • Kapasiti besar, lebih daripada 5 Liter
  • Paparan LED yang jelas, dengan 8 kawalan kelajuan
  • Kadar kebisingan serendah 52.6 dB
  • Jenis penggunaan lasak (Heavy Duty)
  • Tapak anti gelincir
  • Perkakasan tambahan jenis stainless steel
  • Penutup khas untuk elakkan limpahan semasa kerja pengadunan

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Model KM-B5
Jenis Tilt Head
Kuasa 800 W
Kapasiti Mangkuk 5.2 Liter
Berat Bersih 9.9 kg
Dimensi Produk 43 X 24 X 36 cm
Harga RM1,050

Kenwood KVL8300S Chef XL Titanium Kitchen Machine Stand Mixer

Kenwood KVL8300S Chef XL Titanium Kitchen Machine Stand Mixer
Produk ini ialah pengadun yang sesuai untuk profesional. Menampilkan motor 1700W dan mangkuk keluli tahan karat 6.7L, stand mixer ini boleh membantu anda memasak dan membakar hidangan dan resipi dengan mudah. Selain fungsi kelajuan yang boleh disesuaikan, ia dilengkapi dengan pemukul, cangkuk doh, folder, k-beater dan pemukul fleksibel. Pengadun ini juga dilengkapi dengan pelindung percikan supaya anda boleh memastikan dapur profesional anda berkilauan bersih walaupun semasa menyediakan pelbagai hidangan.

Kelebihan

  • Kapasiti besar
  • Jenis penggunaan lasak (Heavy Duty)
  • Tapak anti gelincir
  • K-Beater yang unik mencapai setiap kawasan mangkuk dan sesuai untuk mencampur bahan kering atau menghancurkan biskut untuk kek keju.
  • Pemukul dibentuk khas untuk memerangkap udara

Kekurangan

  • Harga sangat mahal
  • Sangat berat

Spesifikasi

Model KVL8300S Chef XL Titanium
Jenis Tilt Head
Kuasa 1700 W
Kapasiti Mangkuk 6.7 Liter
Berat 10.4 kg
Dimensi Produk 35.6 X 38 X 28.5 cm
Harga RM 3,999

Innofood KT609 Bakery Stand Mixer

Innofood KT609 Bakery Stand Mixer
Pengadun Innofood KT609 ialah pengadun terbaik dengan kuasa 1300W yang mengagumkan, sekaligus menjadikannya sesuai untuk pengadunan tugas berat. Pengawal anti-gelincir berfungsi dengan baik untuk mengekalkan kedudukannya tidak kira betapa keras adunan di dalamnya. Dengan 6 tahap kelajuan + PULSE, motor berkuasanya hampir tiada masalah untuk mencampurkan makanan anda dengan sekata dan cekap.Pengadun ini dilengkapi dengan pelindung percikan lutsinar untuk memastikan anda dan dapur bersih semasa anda bekerja.

Kelebihan

  • 6 tetapan kelajuan
  • Pelbagai aksesori
  • Operasi dengan sentuhan
  • Jenis penggunaan lasak (Heavy Duty)
  • Tapak anti gelincir
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Tiada fungsi senyap

Spesifikasi

Model KT609
Jenis Tilt Head
Kuasa 1300 W
Kapasiti Mangkuk 6.5 Liter
Berat 6.5kg
Dimensi Produk 39.5 X 23.1 X 37.3 cm
Harga RM 490

KitchenAid Artisan 4.8L

KitchenAid Artisan 4.8L
KitchenAid Artisan 4.8L adalah antara pilihan stand mixer terbaik berjenama dan berkualiti tinggi. Pengguna boleh memilih daripada lebih daripada 20 warna yang berbeza dari KitchenAid Artisan Series Tilt-Head Stand Mixer untuk disesuaikan dengan reka bentuk atau keperibadian dapur anda! Lepas ni bolehlah adun kek kegemaran anda dengan mudah dengan mangkuk keluli tahan karat dilengkapi dengan pemegang yang selesa. Dengan 10 kelajuan, stand mixer ini akan menjadi pembantu dapur terbaik anda.

Kelebihan

  • Lebih 20 Warna Tersedia
  • 10 Tetapan Kelajuan.
  • Power hub, lebih 12 tetapan kekuatan pengadun
  • Keluli Tahan Karat 5-liter dengan Pemegang Selesa
  • Mangkuk keluli tahan karat yang mudah dibersihkan
  • 59-Point Planetary Mixing Action, pencampuran menyeluruh dan sebati
  • Pemukul rata bersalut nilon
  • Jenis penggunaan lasak (Heavy Duty)
  • Tapak anti gelincir

Kekurangan

  • Harga terlalu mahal
  • Agak berat

Spesifikasi

Model 5KSM125
Jenis Tilt Head
Kuasa 300 W
Kapasiti Mangkuk 4.8 Liter
Berat 10.4kg
Dimensi Produk 36 X 24 X 37 cm
Harga RM 3,199

PerySmith 5.5L Stand Mixer 1200W Easy Cooking Series PS5500

PerySmith 5.5L Stand Mixer 1200W Easy Cooking Series PS5500
PerySmith PS5500 ialah pengadun berkuasa tinggi dengan watt kuasa 12000W. Ini menjadikan tugas heavy duty menjadi mudah. Kapasiti mangkuk ialah 5.5L yang menjadikannya sempurna untuk menyediakan hidangan besar untuk rakan dan/atau keluarga anda. Ia juga mempunyai 6 tahap kelajuan supaya semua bahan bercampur sekata untuk rasa makanan yang lebih enak. Malah terdapat perisai tuang lutsinar yang membolehkan anda melihat sepenuhnya di dalam mangkuk adunan. Ini memudahkan anda menambah bahan sambil memastikan dapur anda kekal bersih.

Kelebihan

  • Sesuai untuk kapasiti besar
  • 6 Tetapan Kelajuan.
  • Jenis penggunaan lasak (Heavy Duty)
  • Penutup khas untuk elakkan limpahan semasa kerja pengadunan
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Dibuat daripada plastik

Spesifikasi

Model PS5500
Jenis Tilt Head
Kuasa 1200 W
Kapasiti Mangkuk 5.5 Liter
Berat 4.2kg
Dimensi Produk 38.6 X 24.6 X 32.5 cm
Harga RM 289

Sebelum membeli stand mixer anda, pastikan kedai menawarkan jaminan atau warranty untuk produk tersebut. Ini sangat penting kerana harga stand mixer agak mahal dan sebagai pengguna bijak, anda tidak mahu membawa pulang barangan rosak tanpan jaminan. Membazir je nanti!

Bukan senang juga nak cari stand mixer ni, yela kena menepati ciri – ciri apa yang kita mahukan. Bonus untuk mencari produk yang tidak bising dengan harga yang berpatutan. Kaji terlebih dahulu ciri-ciri atau spesifikasi setiap produk sebelum membeli okay.



Related posts