Nikmati Rasa Kopi Sebenar! Mudah Disediakan, Ini 5 Kopi Segera Mesti Beli 2022
Kopi tidak lagi dianggap sebagai sekadar sejenis minuman untuk menghilangkan haus atau mengelak rasa mengantuk semata. Kopi hari ini adalah sebahagian daripada minuman wajib yang diambil secara rutin. Bagi si pecinta kopi, kopi dari biji kopi yang tunggal bukan hanya mempunyai keunikan rasa tetapi ia mampu memberikan pelbagai lagi perasa yang nyata di luar sangkaan. Bukan sahaja kedai kopi tumbuh bagai cendawan lepas hujan, ada pelbagai produk kopi segera yang dijual dipasaran khas untuk peminum kopi tegar. Kopi segera juga dikenali sebagai kopi larut (soluble), kopi crystal, atau serbuk kopi dihasilkan daripada biji kopi yang sudah diseduh. Selalunya kopi segera dijadikan pilihan kerana mudah disediakan selain rasa yang enak untuk dinikmati bersama pemanis atau susu.
Pelbagai jenama kopi segera menawarkan satu pengalaman baru kepada pencinta kopi untuk menikmati rasa kopi sebenar yang ternyata unik dan bukan pahit semata. Bayangkan saja kopi yang diminum samada bersama atau tanpa gula dan susu memberikan pelbagai rasa di luar jangkaan seperti gabungan rasa citrus, rempah dan banyak lagi selain rasa asli kopi. Rasa unik itu pula terhasil hanya menggunakan biji kopi asli, diproses sempurna dan sedia untuk dinikmati dengan bacuhan sendiri yang sangat mudah. Bukan saja kepuasan membuatnya, tetapi juga kesedapan dan kesegarannya juga berbeza mengikut cara penyediaan. Untuk tahun 2022 ini, kopi segera yang kalian mesti beli adalah seperti berikut:
Alicafe Warung Classic
Alicafe Warung Classic adalah keluaran POWER Root, pengilang dan pengedar produk minuman tempatan yang menjadi jenama nombor satu di Malaysia. Alicafe Warung Classic adalah di bawah rangkaian Warung didatangkan dalam lima pilihan bungkusan kopi lain seperti Warung Kopi-O, Warung Kopi Putih, Warung Kopi Putih Kaw dan Warung Teh Tarik. Alicafe Warung Classic memukau citarasa peminat kopi segera dengan rasa dan aroma yang tiada tandingan. Menggunakan tagline ‘Rasa Licin, Aroma Hebat’, Alicafe Warung Classic memberi keseimbangan aroma dan rasa yang tepat khas untuk mereka yang inginkan cita rasa klasik seperti zaman dahulu di ‘warung kampung’. Alicafe Warung Classic mendapat pensijilan Halal dan mendapat permintaan di banyak negara.
Kelebihan produk
- Kurang manis
- Harga berpatutan
- Aroma bau memukau
- Pensijilan Halal
- Mempunyai pilihan rasa lain seperti Warung Kopi-O, Warung Kopi Putih, dan Warung Kopi Putih Kaw
Kekurangan produk
- Tidak mengandungi Tongkat Ali dan Ginseng
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://www.powerroot.com/malaysia/instant_alicafe_warung_classic_20gx20s.html |
---|---|
Berat/ Bilangan: | 20g/ 20 sachets |
Cadangan penggunaan | 1 sachet untuk secawan kopi hangat suhu takat didih |
Harga: | RM7.64 |
Essenso Microground Black Coffee
Essenso Microground Black Coffee adalah gabungan kopi Arabica yang digiling halus dan kopi segera (soluble) Arabica premium. Sejak akhir-akhir ini Essenso Microground Black Coffee mendapat permintaan tinggi kerana dikatakan sesuai untuk peminat kopi yang ingin berdiet atau menjaga kesihatan. Ini kerana setiap paket kecil Essenso Microground Black Coffee mengandungi 20g serbuk kopi dan jumlah kalorinya adalah 7cal sahaja.
Selain membantu mengurangkan berat badan, Essenso Microground Black Coffee dapat meningkatkan kadar metabolisme badan. Biji kopi Essenso Microground Black Coffee telah menjalani proses microground, dipanggang dan dikisar sehalus dengan kelajuan rendah, dalam persekitaran suhu bebas oksigen dan ultra rendah untuk menghasilkan rasa kopi yang nikmat. Essenso Microground Black Coffee mempunyai rasa aroma kopi yang pekat namun tidak terlalu pahit. Bagi yang gemarkan gula atau susu, boleh juga tambahkan ke dalam kopi ini mengikut citarasa masing-masing.
Kelebihan produk
- Jumlah kalorinya sekitar 7cal
- Meningkatkan kadar metabolisme badan
- Kopi pekat tetapi tidak terlalu pahit
- Sesuai untuk individu menjaga kesihatan diri
Kekurangan produk
- Bungkusan kotak tidak kalis air
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://www.facebook.com/lorcoffeemy/ |
---|---|
Berat/ Bilangan: | 20g/ 20 sticks |
Cadangan penggunaan: | 1 stik untuk secawan kopi. Kacau sebati dengan air panas mendidih untuk bau aroma yang menarik |
Harga: | RM10.50 |
Starbucks Medium Roast Premium Instant Coffee
Starbucks Medium Roast Premium Instant Coffee ditawarkan dalam format tin segmen kopi segera dengan keunikan sentuhan rasa premium Starbucks. Starbucks Medium Roast Premium Instant Coffee mencipta pengalaman premium kopi agar pengguna dapat menikmati kemudahan di kediaman masing-masing dengan selesa dalam bungkusan segera.
Starbucks Medium Roast Premium Instant Coffee dicipta menggunakan pengisar induk Starbucks dan dipanggang dengan sempurna menggunakan biji Arabica 100 peratus berkualiti tinggi sama seperti kedai kopi Starbucks. Starbucks Medium Roast Premium Instant Coffee adalah kopi Amerika Latin yang halus dengan susu coklat dan kacang. Ada pilihan lain iaitu Dark Roast iaitu kopi sejati yang dipanggang sempurna dan manis berserta coklat gelap lazat. Selain Starbucks Medium Roast Premium Instant Coffee dan Dark Roast, terdapat pilihan lain ditawarkan seperti Cappuccino, Caffe Latte, Caffe Mocha dan Caramel Latte.
Kelebihan produk
- Bungkusan tin yang menarik & kalis air
- Mudah disediakan
- Rasa sama seperti di kedai
- Menggunakan biji Arabica 100 peratus berkualiti tinggi
Kekurangan produk
- Harga mahal
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://www.starbucksathome.com/my/products/starbucks-medium-roast |
---|---|
Berat/ Bilangan: | 90g |
Cadangan penggunaan: | Biarkan air mendidih berehat selama 30 saat sebelum digunakan, suhu optimum adalah 85°C. Kacau bancuhan dan sedia untuk dinikmati |
Harga: | RM36.80 |
Yit Foh Kopi ‘O’ Tenom Coffee
Yit Foh Kopi ‘O’ Tenom Coffee jenama kopi paling lama di Sabah dihasilkan sejak tahun 1960. Yit Foh Kopi ‘O’ Tenom Coffee masih menggunakan kaedah pemprosesan kopi secara tradisi bagi mengekalkan aroma asli kopi Tenom sejak 62 tahun lalu. Ia termasuk proses memasak biji kopi menggunakan kayu api daripada batang pokok getah tua yang dianggap kaedah terbaik menghasilkan minuman berkualiti dan memastikan aroma dan keenakan kopi yang dihasilkan tetap sama sepanjang masa. Setiap paket kopi Yit Foh Kopi ‘O’ Tenom Coffee dihasilkan tanpa sebarang tambahan gula. Ada pelbagai variasi kopi Yit Foh yang dihasilkan selain kopi ‘O’ untuk peminat kopi tegar. Jika ke Sabah, jangan lupa untuk membawa pulang kopi segera jenama ini sebagai buah tangan atau kegunaan sendiri
Kelebihan produk
- Harga berpatutan
- Rasa asli dan tidak berubah
- Menggunakan kaedah pemprosesan kopi secara tradisi
- Aroma bau yang enak
Kekurangan produk
- Bungkusan ringkas
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://yitfohcoffee.com/product/yit-foh-kopi-o/
https://shopee.com.my/Yit-Foh-Tenom-Coffee-Kopi-O-120g-i.52784309.3970920489 |
---|---|
Berat/ Bilangan: | 10g/ 12 sachets |
Cadangan penggunaan: | Tuang 200ml air mendidih ke dalam cawan berserta 1 sachet kopi. Biarkan hingga 2-3 minit dan sedia diminum |
Harga: | RM8.00 |
Super AYU 5 in 1 Kacip Fatimah & Collagen Coffee
Super AYU 5 in 1 Kacip Fatimah & Collagen Coffee adalah penjenamaan semula pek baharu untuk Super Power 5 in 1 Kacip Fatimah & Collagen Coffee dan diiktiraf Halal. Kopi segera ini khas untuk wanita baik untuk mengekalkan kesihatan tenaga dalaman dan kejelitaan. Rasa dan aroma kopinya yang lembut mampu memikat selera pengguna. Kajian mendapati khasiat kacip Fatimah bersifat anti kanser, anti kulat dan anti radang, selain merangsang estrogen. Manakala kologen di dalam minuman kopi segera ini pula membantu memberikan struktur kepada kulit. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut. Selain itu, kolagen turut memainkan peranan penting terhadap tulang jadi anda dapat menempuh hari dengan penuh keyakinan bersama Super AYU 5 in 1 Kacip Fatimah & Collagen Coffee.
Kelebihan produk
- Khas untuk wanita
- Mengekalkan kesihatan tenaga dalaman dan kejelitaan
- Harga berpatutan
- Diiktiraf Halal
Kekurangan produk
- Pengguna masih keliru dengan bungkusan & penjenamaan baru
Spesifikasi produk
Pasaran: | https://www.supereveryday.my/coffee-range/ayu/
https://www.facebook.com/supermalaysia/ https://shopee.com.my/Super-Ayu-5in1-Coffee-Kacip-Fatimah-Collagen-22g-x-20s-i.52784309.3752619277 |
---|---|
Berat/ Bilangan: | 22g/20 sachets |
Cadangan penggunaan: | |
Harga: | RM12.99 |
Kopi memang menjadi kegemaran di seluruh dunia apatah lagi dihidangkan dengan sajian seperti pastri, roti mahupun kek. Kopi yang dinikmati mampu menghilangkan tekanan sekali gus memberi tindak balas kepada hormon untuk menenangkan. Bagi golongan yang bekerja pula, minum kopi boleh menjadi pemangkin pembuka selera untuk mereka berdepan dengan pelbagai tugasan di pejabat atau tempat kerja. Kopi segera biasanya menjadi pilihan ramai pengguna di mana-mana sahaja, baik di rumah, warung, kedai makan mahupun di pantri pejabat. Disebabkan oleh penyediaannya yang jauh lebih mudah dan murah berbanding membelinya di kafe, ia menjadi pilihan nombor satu bagi semua individu yang inginkan secawan minuman ringkas dan cepat disediakan.
Bagi peminat minuman kopi, ada pelbagai manfaat minuman pahit ini. Kafein di dalam kopi dapat meningkatkan fokus dan kesegaran seseorang kerana kafein dapat menggalakkan penghasilan hormon adrenalin iaitu hormon berjaga-jaga. Selain itu, kafein kopi juga dapat mengurangkan penghasilan adenosin, iaitu bahan yang dapat membuat otak merasa letih dan lesu.