5 Lokasi Popular Aktiviti Tufting Untuk Dilakukan Bersama Rakan Di Malaysia 2022
Cuti hujung minggu pasti kita ingin merancang untuk berjalan-jalan atau meluangkan masa bersama rakan-rakan melakukan pelbagai aktiviti menarik. Bagi yang kurang kelapangan dan jenis yang tidak suka berada di luar bandar tidak perlu ke tempat jauh untuk berseronok kerana anda boleh melakukan aktiviti popular 2022 ketika ini iaitu tufting di sekitar kawasan Lembah Klang.
Aktiviti ini memang boleh hilangkan stress! Tufting ataupun pembuatan permaidani berumbai merupakan pekerjaan biasa yang sering dilakukan oleh individu disekitar negara Timur Tengah iaitu pembuat permaidani terbesar seperti Iran, Parsi dan Pakistan. Namun, sekitar setahun ke dua tahun lalu ketika wabak Covid-19 melanda dunia, aktiviti ini menjadi popular dan dijadikan sebagai hobi sering dikongsi orang ramai di laman sosial hasil permaidani yang dihasilkan.
Seakan trend dalam cabang seni, orang ramai di seluruh dunia mula berjinak-jinak untuk mencuba aktiviti tufting ini untuk menghasilkan permaidani dengan citarasa sendiri. Bukan sahaja permaidani, malah dengan tufting kalian boleh menghasilkan rekaan untuk beg, bingkat gambar, bantal dan banyak lagi. Jika kalian ingin mencuba melakukan aktiviti ini bersama rakan, apa kata berkunjung ke 5 lokasi popular tufting 2022 di Malaysia. Aktiviti tufting menawarkan pelbagai pilihan mengikut kesesuaian bajet sama ada hanya mahu mendapatkan permaidani siap sedia atau turut serta dalam bengkel membuat permaidani.
Kapetto KL
Kapetto KL antara jenama awal aktiviti tufting yang bertapak di Malaysia. Selain menawarkan produk tufting siap sedia untuk dijual, Kapetto KL juga ada mengadakan bengkel tufting menghasilkan dan menjahit permaidani untuk semua peringkat umur. Semua peralatan untuk tufting di Kapetto KL serba lengkap dengan variasi warna benang yang berwarna-warni dan pelbagai. Pilih sahaja tema dan idea yang ingin anda hasilkan untuk pengalaman tufting pertama kalian, krew di Kapetto KL akan memberikan tunjuk ajar dan panduan yang betul. Paling menarik Kapetto KL dibuka 24 jam setiap hari untuk sebarang pertanyaan, tempahan atau pembelian produk mereka. Tempah slot aktiviti tufting lebih awal dan nikmati pengalaman berumbai dengan pakej harga yang berbaloi.
Kelebihan Kapetto KL
- Menjual produk tufting siap sedia
- Tersedia bengkel tufting
- Panduan daripada krew berpengalaman
- Alatan tufting yang lengkap
Kekurangan Kapetto KL
- Slot bengkel terhad
Spesifikasi Kapetto KL
Hubungi | https://www.facebook.com/kapettokualalumpur/ https://www.instagram.com/kapettokl/ |
---|---|
Lokasi | 37b, Jalan USJ 21/11, Usj 21, 47640 Subang Jaya, Selangor |
Masa Operasi | Buka 24 jam |
Pakej | Rug Tufting Workshop serendah RM170 hingga RM420 per pax |
Tutu Tufting Studio
Tutu Tufting Studio sebuah lagi bengkel warga tempatan yang kini semakin aktif mempromosi aktiviti tufting untuk penduduk di Lembah Klang. Boleh dikatakan masih baru beroperasi, namun di Tutu Tufting Studio sudah mempunyai pengikut tersendiri yang setia menanti untuk mengikuti bengkel tufting secara tertutup yang disediakan. Ia sangat privasi, sesuai jika anda ingin menghabiskan masa melakukan aktiviti tufting bersama rakan tanpa gangguan. Di Tutu Tufting Studio menawarkan suasana aktiviti tufting menyenangkan, peralatan tufting serba lengkap dan diurus dengan baik oleh tenga kerja yang mahir. Selain bengkel aktiviti tufting, orang ramai juga berpeluang untuk memiliki dan membeli pelbagai produk hasil daripada tufting yang sangat unik dan kreatif seperti mini permaidani, cermin, bingkai foto, beg jut, beg tote dan mini kusyen.
Kelebihan Tutu Tufting Studio
- Mempunyai pengikut tersendiri
- Bengkel tertutup dan privasi
- Peralatan tufting serba lengkap
- Berpeluang memiliki dan membeli produk hasil tufting
Kekurangan Tutu Tufting Studio
- Tiada walk-in, harus PM dulu
Spesifikasi Tutu Tufting Studio
Hubungi | https://www.facebook.com/profile.php?id=100083201648828 https://www.instagram.com/tutu_tufting_studio/ |
---|---|
Lokasi | Setapak, Kuala Lumpur |
Masa Operasi | Buka Selasa hingga Ahad dari jam 12pm hingga 8pm. Isnin tutup |
Pakej | Set bermula serendah RM150 |
Tufting Society
Anda peminat kopi dan pencinta hasil seni tufting? Tufting Society adalah lokasi ideal 2 dalam 1 untuk anda dan rakan lepak hujung minggu di Lembah Klang. Sambil minum kopi kalian juga boleh bertufting! Tufting Society terletak di Cheras dan baru sahaja memulakan operasi pada tahun 2021 untuk mencipta kelainan dalam aktiviti bersantai dan menghabiskan masa lapang.
Tufting Society menjanjikan pengalaman tufting yang hebat. Tempah slot bengkel anda dan rakan dengan segera untuk menikmati harga promosi pengenalan tufting serendah RM99 sahaja. Nikmati keseronokan ketika sesi tufting dengan pelbagai rekaan idaman menggunakan benang berwarna-warni dari bahan yang berkualiti. Jika ingin melakukan tufting secara persendirian di rumah, di Tufting Society ada menyediakan dan menjual bekalan tufting seperti kit permulaan tufting yang sangat mudah dikendalikan.
Kelebihan Tufting Society
- Lokasi 2 dalam 1, Kafe dan tufting
- Harga promosi berbaloi
- Bahan tufting berkualiti
- Kit permulaan tufting tersedia
Kekurangan Tufting Society
- Janji temu mesti dibuat lebih awal
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.facebook.com/tuftingsociety/ https://www.instagram.com/tuftingsociety/ |
---|---|
Lokasi | 1-19, 28 BLVD, Jln Perdana 3/10, Pandan Perdana, 55300 Cheras, Kuala Lumpur |
Masa Operasi | Buka Khamis hingga Selasa dari jam 11am hingga 9pm. Tutup hari Rabu |
Pakej | Bermula harga serendah RM99 |
Tuftme
Jenama Tuftme sangat familiar buat peminat aktiviti tufting kerana mempunyai tiga cawangan berbeza iaitu di Puchong, Hartamas dan Damansara Uptown. Bermakna ada lebih banyak lokasi bertufting yang boleh anda dan rakan turut serta. Di Tuftme menyediakan panduan terperinci tentang tufting, operasi dan teknik yang lebih mudah untuk orang ramai cuba lebih-lebih lagi untuk individu yang baru pertama kali ingin mencuba aktiviti ini.
Anda berpeluang untuk menghasilkan mini permaidani mengikut kreativiti dan reka bentuk sendiri menggunakan tufting gun, tufting frame dan lebih 50 seleksi warna cotton yard yang disediakan. Risau hasil tuffing tidak menarik? Jangan risau kerana aktiviti kalian akan dipantau oleh team serta tenaga pengajar Tuftme yang berpengalaman, mesra serta berdedikasi. Jika sekadar ingin membeli hasil tufting atau menempah apa-apa produk yang berkaitan, di Tuftme akan sedaya upaya merealisasikan permintaan anda.
Kelebihan Tuftme
- Ada 3 cawangan
- Panduan teknik tufting mudah dan menyeronokan
- Team & tenaga pengajar berpengalaman
- Menjual dan sedia menerima tempahan hasil tufting
Kekurangan Tuftme
- Slot terhad
Spesifikasi Tuftme
Hubungi | https://www.tuftme.com/ https://www.facebook.com/Tuftme-107728165098366/ |
---|---|
Lokasi | 10, Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya, 47100 Selangor |
Masa Operasi | Buka hari Rabu – Jumaat dari jam 2.30pm – 10.30pm / Sabtu-Ahad 10am–10pm. Tutup Isnin dan Selasa |
Pakej | Harga bermula serendah RM250 hingga RM550 |
Tuftspace.my
Tuftspace.my baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2022 berhasrat untuk berkongsi aktiviti tufting dengan lebih ramai penduduk di Lembah Klang dalam pembuatan permaidani cara moden. Di Tuftspace.my, pelanggan boleh menempah slot bengkel untuk membuat produk tufting anda sendiri, atau memenuhi acara peribadi seperti aktiviti sambutan hari lahir dan aktiviti mingguan pekerja.
Tuftspace.my menyediakan panduan terperinci tentang rug tufting, seperti cara mengendalikan pistol dan teknik tufting yang membolehkan anda dan rakan baik mencipta sehelai permaidani yang cantik. Tuftspace.my turut menyediakan bengkel khas untuk kanak-kanak seawal usia 10 tahun dan ke atas untuk mempelajari asas teknik tufting dengan pengawasan keselamatan yang rapi oleh team Tuftspace.my. Harga bengkel yang ditawarkan di Tuftspace.my adalah berbeza-beza bergantung pada hari, waktu dan saiz yang dipilih.
Kelebihan Tuftspace.my
- Waktu operasi di buka setiap hari
- Panduan terperinci mengenai tufting
- Terima tempahan slot peribadi
- Keselamatan terjamin
Kekurangan Tuftspace.my
- Harga pakej berbeza mengikut hari
Spesifikasi Tuftspace.my
Hubungi | https://www.tuftspace.com/ https://www.facebook.com/tuftspace.my |
---|---|
Lokasi | Eco Ardence, No 46-1, Jalan Eco Ardence C U12/36C Eco Ardence Seksyen, U12 Shah Alam, 40170 Shah Alam, Selangor |
Masa Operasi | Buka setiap hari dari jam 12pm hingga 8pm |
Pakej | Bermula serendah RM159 hingga RM876 |
Tufting ialah teknik yang digunakan untuk menghasilkan permaidani yang lembut dan gebu. Pada asalnya teknik tufting digunakan tukang membuat permaidani rumbai hanya menggunakan tangan dan jarum penebuk khas. Tetapi hari ini, orang ramai boleh menjadikan tufting satu hobi dan aktiviti menarik menggunakan tufting gun iaitu gajet khas yang menembak jarum ke dalam kain untuk dijadikan permaidani pelbagai saiz, bentuk dan rekaan.
Jika anda seorang yang kreatif, proses menjahitnya agak mudah. Semuanya bermula dengan lakaran awal sesuai untuk tufting. Rekaan akan dilakarkan pada kain khas dan proses pilihan warna benang yang sesuai bermula. Kemudian tufting dimulakan dengan menggunakan mesin potong cerucuk, dan setelah selesai, dipotong dari kain. Permaidani kemudiannya diterbalikkan dan tepi kain dipotong, lalu diikat dengan pelekat latex. Akhirnya, ia dicukur kemas dan sedia digunakan.
Untuk kanak-kanak, aktiviti tufting tidak digalakkan dilakukan tanpa pengawasan individu yang mahir. Namun begitu, aktiviti ini masih tetap boleh dilakukan kanak-kanak jika datang ke bengkel tufting yang bertauliah. Anda dinasihatkan untuk mengawasi keselamatan ahli keluarga masing-masing terutama si kecil kerana alatan untuk tufting agak tajam dan bahaya untuk kegunaan mereka jika tanpa pengawasan yang betul.