5 Pilihan Pusat Jagaan Wanita Berpantang Terbaik Di Malaysia 2022

5 Pilihan Pusat Jagaan Wanita Berpantang Terbaik Di Malaysia 2022
Ibu dan anak


Ramai bakal ibu atau yang berpengalaman melahirkan anak mengakui kepentingan berpantang dengan betul dan paling penting bebas daripada sebarang tekanan serta gangguan. Selepas bersalin si ibu akan berasa letih dan memerlukan rehat yang cukup, namun faktor-faktor luar seperti kehadiran tetamu yang ingin melihat bayi akan menambah tekanan dan si ibu tidak dapat rehat secukupnya.
Perkhidmatan berpantang secara eksklusif seperti di pusat jagaan wanita selepas bersalin adalah hadiah paling istimewa jika si ayah mampu menyediakan kemudahan ini buat isteri dan anak tersayang sepanjang tempoh berpantang.

Tradisi berpantang sudah banyak mengalami evolusi dan ia bukan lagi tanggungjawab ibu atau ahli keluarga untuk menjaga wanita yang baharu melahirkan cahaya mata. Kini populariti perkhidmatan penjagaan selepas bersalin semakin mendapat perhatian dengan menawarkan servis premium dan mewah sekaligus nilai eksklusif bagi memastikan keperluan ibu dan bayi sentiasa terjaga. Hari ini semakin ramai yang memilih untuk terus ke pusat berpantang bagi memanjakan diri selepas sembilan bulan mengandung.
Namun begitu pastikan pusat itu diktiraf bagi memastikan keselamatan dan kualiti perkhidmatan terjamin kerana melibatkan nyawa bayi yang masih kecil dan ibu yang baru lepas bersalin. Antara 5 pilihan pusat jagaan wanita berpantang terbaik dipercayai ramai di Malaysia 2022 seperti berikut.

Byond28, Cheras Kuala Lumpur

Byond28, Cheras Kuala Lumpur
Byond28, Cheras Kuala Lumpur merupakan pilihan ideal anda untuk berpantang selepas melahirkan anak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di Byond28, Cheras Kuala Lumpur menyediakan penginapan berpantang yang mewah dan ekslusif untuk ibu dan bayi, selain dipantau jururawat kakitangan sokongan 24 jam sehari serta dilengkapi lebih 100 buah CCTV demi keselamatan. Si ibu juga turut diberi khidmat rundingan kaunseor laktasi bagi membantu anda yang mungkin mengalami kesukaran untuk menghasilkan susu untuk si comel.
Ia diperakui oleh Pusat Laktasi Kebangsaan Malaysia (NLC). Selain itu, pelanggan juga akan menjalani rawatan spa khusus untuk mengembalikan semula kecergasan dan pemulihan badan. Paling penting di Byond28, Cheras Kuala Lumpur ibu sedang berpantang akan bebas daripada sebarang tekanan serta gangguan, kesihatan diri diutamakan dan badan dapat dimajakan semula selepas melahirkan anak.

Kelebihan Byond28, Cheras Kuala Lumpur

  • Perkhidmatan keselamatan 24 jam.
  • Dilengkapi hampir 100 CCTV
  • Taska bayi berada di tingkat bawah sekali berhampiran pintu keluar kecemasan.
  • Pengudaraan udara dengan penapis HEPA
  • Sistem penapisan air 3 peringkat

Kekurangan Byond28, Cheras Kuala Lumpur

  • Perlukan tempahan awal, pilihan tarikh perkhidmatan sering penuh.

Spesifikasi Byond28, Cheras Kuala Lumpur

Hubungi https://www.byond28.com/
Lokasi No. 3, Jalan Pelandok, Taman Orkid, 43200 Cheras, Kuala Lumpur
Harga Pakej Semua pakej bermula dari RM13,888
Tahun Beroperasi Julai 2020

Mommy Mansion, Klang Selangor

Mommy Mansion, Klang Selangor
Mommy Mansion, Klang Selangor antara pusat jagaan wanita berpantang di Lembah Klang berkelas mewah dan mempunyai segala perkhidmatan serba lengkap. Terasa bagai berpantang di rumah ibu sendiri itulah kelebihan memilih pusat jagaan wanita berpantang Mommy Mansion, Klang Selangor yang sudah beroperasi sejak 2019 menjanjikan privasi, keselesaan, ketenangan dan memudahkan urusan ibu berpantang serta bayi baru lahir.
Di Mommy Mansion, Klang Selangor sentiasa peka dengan permintaan pelanggan terutama keselesaan dan penjagaan kesihatan si ibu dan bayi. Tahap kesihatan mereka akan dipantau oleh kakitangan berpengalaman sebaik sahaja mereka dibenarkan keluar hospital selepas bersalin dan dibawa ke sini untuk berpantang.
Setiap ibu berpantang akan dilayan, mendapat penuh perhatian, diberi rehat yang cukup, ketenangan minda, kesegaran tubuh badan, pemulihan kesihatan yang sempurna serta kembali ke bentuk badan asal seperti sebelum hamil. Di Mommy Mansion, Klang Selangor, setiap ibu berpantang juga akan disajikan dengan menu makanan kegemaran masing-masing namun diolah kepada lebih sihat, berkhasiat dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Kelebihan Mommy Mansion, Klang Selangor

  • Ruang kamar ekslusif bak percutian mewah
  • Lawatan doktor memeriksa kesihatan ibu dan bayi
  • Rundingan laktasi
  • Perkhidmatan terapi spa

Kekurangan Mommy Mansion, Klang Selangor

  • Jumlah pelanggan terhad

Spesifikasi Mommy Mansion, Klang Selangor

Hubungi https://mommymansion.com.my/en/
https://www.facebook.com/MommyMansion/
Lokasi 19, Lintang Seraya, Taman Palm Grove, 41200 Klang, Selangor
Harga Pakej Tidak dinyatakan
Tahun Beroperasi 2019

Mum & Baby Confinement Centre, Seremban Negeri Sembilan

Mum & Baby Confinement Centre, Seremban Negeri Sembilan
Mum & Baby Confinement Centre, Seremban Negeri Sembilan merupakan antara pusat jagaan wanita berpantang popular dan sering menjadi pilihan utama ibu-ibu selepas melahirkan anak sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Lembah Klang. Sejurus selepas bersalin dan dibenarkan keluar hospital, ibu dan bayi boleh terus ke Mum & Baby Confinement Centre, Seremban Negeri Sembilan tanpa perlu membawa sebarang kelengkapan dari rumah kerana semuanya telah tersedia.
Mum & Baby Confinement Centre, Seremban Negeri Sembilan menjanjikan peluang kepada si ibu mendapatkan rehat secukupnya selepas bersalin dikelilingi landskap hijau mendamaikan dan suasana yang tenang. Pilihan bilik penginapan si ibu di Mum & Baby Confinement Centre, Seremban Negeri Sembilan setaraf bilik hotel bagi membolehkan ibu-ibu hebat ini berehat dengan selesa tanpa kebimbangan serta pengawasan keselamatan 24 jam.
Di Mum & Baby Confinement Centre, Seremban Negeri Sembilan aspek psikologi ibu yang berpantang sentiasa dijaga kerana kebanyakan ibu-Ibu ini cepat sensitif. Penjaga pantang sentiasa bersiap sedia dan peka membantu ibu-ibu untuk menanganinya. Selama 28 hari di Mum & Baby Confinement Centre, Seremban Negeri Sembilan setiap ibu berpantang akan disajikan dengan makanan berkhasiat dan urutan bersesuaian untuk memulihkan dalaman dan luaran dengan baik.

Kelebihan Mum & Baby Confinement Centre, Seremban Negeri Sembilan

  • Lawatan berkala Pakar Obstetrik & Ginekologi memeriksa kesihatan ibu dan bayi
  • Penjaga pantang berpengalaman
  • Sajian makanan tradisi dan moden disediakan mengikut saranan pakar nutrisi dan doktor
  • Terdapat perkhidmatan spa dan urutan terapi

Kekurangan Mum & Baby Confinement Centre, Seremban Negeri Sembilan

  • Tempat terhad

Spesifikasi Mum & Baby Confinement Centre, Seremban Negeri Sembilan

Hubungi https://www.mumandbaby.com.my/
https://www.facebook.com/mumandbaby1388
Lokasi 33, Jalan RK 3/2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Harga Pakej Tidak dinyatakan
Tahun Beroperasi 2014

Boren Awesome Mother & Baby Centre AMBC, Johor Bahru Johor

Boren Awesome Mother & Baby Centre AMBC, Johor Bahru Johor
Boren Awesome Mother & Baby Centre AMBC, Johor Bahru Johor, pusat jagaan wanita berpantang yang baru beroperasi beberapa tahun lalu diuruskan oleh pasukan doktor perubatan dan profesional bertauliah. Namun namanya sudah dipercayai dan menjadi pilihan ramai ibu selepas bersalin bukan sahaja dari Johor tetapi dari negara Singapura mendapatkan khidmat berpantang.
Servis premium yang ditampilkan membuatkan ramai beranggapan pakej ditawarkan Boren Awesome Mother & Baby Centre AMBC, Johor Bahru Johor terlalu mahal. Sebenarnya ada banyak pilihan pakej lain yang disediakan bermula serendah RM8,800 sahaja. Di Boren Awesome Mother & Baby Centre AMBC, Johor Bahru Johor menggabungkan konsep berpantang tradisi dan juga gabungan beberapa perkhidmatan barat dan moden yang bersesuaian.
Di pusat ini dilengkapi pelbagai kemudahan lain seperti kamar mewah, ruang spa, sauna, dan bilik senaman. Si ibu akan berasa seperti berada di rumah sendiri apabila memilih tinggal dalam persekitaran Boren Awesome Mother & Baby Centre AMBC, Johor Bahru Johor yang selesa.

Kelebihan Boren Awesome Mother & Baby Centre AMBC, Johor Bahru Johor

  • Sajian makanan saranan pakar nutrisi dan doktor
  • Lawatan doktor memeriksa kesihatan ibu dan bayi berkala
  • Program senaman, kecantikan dan kecergasan disediakan
  • Terdapat perkhidmatan spa dan urutan terapi
  • Tahap keselamatan premis diawasi oleh kamera tertutup 24 jam setiap hari

Kekurangan Boren Awesome Mother & Baby Centre AMBC, Johor Bahru Johor

  • Tempat yang terhad

Spesifikasi Boren Awesome Mother & Baby Centre AMBC, Johor Bahru Johor

Hubungi https://ambc.com.my/
https://www.facebook.com/boren.ambc/
Lokasi 102, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor
Harga Pakej Bermula daripada RM8,800 hingga RM15,000
Tahun Beroperasi Disember 2018

Adam & Eve Confinement Care Centre, Kuching Sarawak

Adam & Eve Confinement Care Centre, Kuching Sarawak
Adam & Eve Confinement Care Centre, Kuching Sarawak, pusat jagaan wanita berpantang mewah terletak di lokasi strategi mempunyai 3 buah banglo dengan 19 bilik yang premium. Kesemua jururawat, kakitangan dan pengamal postnatal di Adam & Eve Confinement Care Centre, Kuching Sarawak dilatih secara eksklusif dan berpengalaman.
Adam & Eve Confinement Care Centre, Kuching Sarawak menggabungkan konsep unik penjagaan berpantang tradisional Cina dan penjagaan perubatan profesional sepanjang tempoh berpantang selama 28 hari di sini. Di Esther Postpartum Care tahap kesihatan Ibu dan bayi akan dipantau sebaik sahaja mereka dibenarkan keluar hospital selepas bersalin dan di bawa ke sini untuk berpantang.
Terdapat pelbagai kemudahan lengkap termasuk penjagaan penuh si ibu sepanjang berpantang selain jururawat khas yang menjaga setiap bayi. Doktor pakar berpengalaman juga turut ditempatkan di premis bagi membolehkan ibu mendapat rawatan dan khidmat nasihat yang terbaik selain membantu jika terdapat kes kecemasan.
Adam & Eve Confinement Care Centre, Kuching Sarawak juga menyediakan sokongan psikologi untuk memastikan ibu dilengkapi dengan semua maklumat yang berkaitan tentang penyusuan, kesihatan reproduktif, kesihatan neonatal dan keibubapaan.

Kelebihan Adam & Eve Confinement Care Centre, Kuching Sarawak

  • Penjagaan bayi profesional
  • Lawatan doktor berkala
  • Pengawasan bayi 24 jam
  • Hidangan berkhasiat dan seimbang
  • Bilik selesa seperti bilik hotel percutian

Kekurangan Adam & Eve Confinement Care Centre, Kuching Sarawak

  • Kos perkhidmatan agak tinggi

Spesifikasi Adam & Eve Confinement Care Centre, Kuching Sarawak

Hubungi https://adamandevehealth.com/about.php
https://www.facebook.com/adamandeve.confinement
Lokasi 49, Section 44. Jalan Nyiur, Off, Jalan Tabuan, 93200 Kuching, Sarawak
Harga Pakej Tidak dinyatakan
Tahun Beroperasi November 2019

Pusat jagaan wanita berpantang diiktiraf sebagai perniagaan dan didaftarkan di bawah lesen perniagaan kendalian pihak berkuasa tempatan. Perkhidmatan pusat penjaga pantang semakin mendapat sambutan terutama bagi pasangan yang berjauhan dengan keluarga. Selain itu, ada pasangan yang memilih penjaga pantang kerana tidak mahu menyusahkan orang sekeliling terutama ibu atau ibu mentua yang sudah berusia. Bukan itu sahaja, malah ramai memilih pusat jagaan wanita berpantang kerana selalunya menyediakan khidmat profesional diiktiraf dan kemudahan serta layanan bertaraf hotel lima bintang. Ini sangat penting membolehkan si ibu kembali pulih dan pemantaun bayi sangat rapi serta selesa sepanjang tempoh berpantang.

Setiap pasangan ibu bapa perlu membuat pelbagai persediaan dan perancangan untuk menyambut kelahiran bayi bukan sekadar penyediaan barang kelengkapan bayi sahaja malah termasuk berkaitan urusan berpantang. Ini penting demi mengembalikan kesihatan si ibu juga penjaga bayi berada dalam keadaan sempurna juga terjamin di tangan orang yang betul.



Related posts