Lazat & Bernutrisi. Ini 5 Biskut Bayi Terbaik Dicadangkan Untuk Bayi Berusia 6 Bulan Ke Atas

Ibu dan anak


Waktu makan adalah antara waktu yang paling banyak memberi pendedahan kepada anak kecil dengan deria baru seperti rasa, bau, dan tekstur. Sudah menjadi lumrah bayi yang berusia enam bulan dan ke atas mula mempunyai kemahuan untuk menyuap makanan sendiri. Dalam fasa ini ibu bapa sepatutnya memberi rangsangan dan bantuan kepada si kecil supaya dia meneruskan usahanya.

Memberi biskut bayi yang sedap dan bernutrisi adalah cara terbaik! Sebagai permulaan, ajar bayi memegang biskut bayi dan secara automatik kemudian mereka akan menghisap biskut itu. Membiarkan mereka memegang makanan mereka sendiri seperti biskut bayi adalah cara yang baik untuk mengembangkan kemahiran menggunakan deria mereka.

Ada banyak jenis biskut bayi yang ada dijual dipasaran. Biskut bayi sudah boleh mula diberikan kepada si manja anda bermula usia 6 bulan dan ke atas. Pelbagai perisa lazat dan berkhasiat berada dipasaran, Walau bagaimanapun pastikan anda rujuk setiap kandungan produk terlebih dahulu agar selamat untuk penghadaman bayi. Antara biskut bayi terbaik dicadangkan kerana kesedapannya serta bernutrisi seperti di bawah.

Heinz So Yummy Banana Biscotti 60g

Heinz So Yummy Banana Biscotti 60g

Heinz jenama produk makanan terkenal di seluruh dunia. Heinz So Yummy Banana Biscotti merupakan biskut jejari khas dihasilkan untuk bayi berusia 7 bulan ke atas diperbuat daripada bahan semulajadi. Heinz So Yummy Banana Biscotti mengandungi lapan jenis vitamin (Vitamin E, Vitamin B1, Vitamin B2 Vitamin B6, Vitamin A, Vitamin K, Vitamin B12), DHA, Kalsium, Zat Besi dan mineral utama, baik untuk perkembangan si kecil.

Selain perisa pisang, Heinz So Yummy Biscotti datang dalam tiga lagi perisa iaitu asli, coklat dan epal yang lazat. Heinz So Yummy Banana Biscotti tiada bahan pengawet dan pewarna tetapi tidak sesuai untuk bayi yang alah kepada barli, susu juga gandum. Heinz So Yummy Banana Biscotti sangat rangup, mudah cair di dalam mulut serta sesuai untuk bayi yang baru tumbuh gigi. Dengan Heinz So Yummy Banana Biscotti membantu membekalkan khasiat serupa dalam bentuk biskut pada bayi pada bila-bila masa.

Kelebihan produk

  • Diperbuat daripada bahan semulajadi
  • Mengandungi 8 jenis vitamin
  • Ada 4 perasa lazat iaitu asli, pisang, epal dan coklat
  • Rangup, mudah cair di dalam mulut

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai untuk bayi yang alah kepada Barli, Susu dan Gandum

Spesifikasi produk

Berat 60g
Perisa Original, Chocolate, Apple, Banana
Harga RM5.67

Take One Baby Bites – Carrot 50g

Take One Baby Bites - Carrot 50g

Take One Baby Bites – Carrot diperbuat daripada 100 peratus beras berkualiti halus terpilih, dibakar sempurna, cair di mulut serta mudah dihadam oleh bayi berusia 6 bulan ke atas. Take One Baby Bites – Carrot diperbuat dengan campuran serbuk lobak segar, tanpa bahan pengawet, warna tiruan, rendah lemak, bebas gluten, telur dan kacang serta tiada gula tambahan. Take One Baby Bites – Carrot juga sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan terutama yang alah terhadap telur dan kacang. Mendapat pengiktirafan Halal, Take One Baby Bites – Carrot membantu mengembangkan kemahiran menggunakan deria oleh si manja. Cuba elakkan biskut ini terdedah kepada cahaya matahari langsung dan kelembapan, dikhuatiri akan merubah bentuk, rasa, khasiat dan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Selain Take One Baby Bites – Carrot, ada empat perasa lain yang boleh dicuba antaranya Original, Apple, Banana, dan Vegetarian.

Kelebihan produk

  • Diperbuat 100 peratus beras berkualiti halus terpilih
  • Cair di mulut serta mudah dihadam oleh bayi
  • Tanpa bahan pengawet, warna tiruan, rendah lemak, bebas gluten
  • Sesuai untuk bayi alah terhadap telur dan kacang
  • Mendapat pengiktirafan Halal

Kekurangan produk

  • Jauhi cahaya matahari langsung dan kelembapan

Spesifikasi produk

Berat 50g
Perisa Original, Apple, Banana, Vegetarian, Carrot
Harga RM7.28

Nestle Cerelac Nutribites 180g

Nestle Cerelac Nutribites 180g

Bayi anda gatal gusi? Berikannya Nestle Cerelac Nutribites, biskut diimport khas dari Itali memberi stimulasi yang mendorong pertumbuhan gigi selain penuh nutrisi. Nestle Cerelac Nutribites mempunyai beberapa perisa lazat seperti Original, Banana & Orange, Banana & Strawberry, Zucchini & Onion, dan Broccoli & Carrot. Setiap perisa adalah mengikut ketetapan dan kesesuaian beberapa peringkat umur bermula seawal 12 bulan hingga 6 tahun. Nestle Cerelac Nutribites mempunyai kandungan khasiat yang tinggi penting untuk perkembangan minda bayi seperti zat besi, kalsium, Vitamin B1, B2 dan B6. Biskut ini dibakar sempurna, sangat ringan, gebu, lazat, mudah cair di dalam mulut dan mudah dikunyah Selain itu, Nestle Cerelac Nutribites direka khas dengan saiz yang tepat untuk si manja membiasakan diri memegang makanan. Belajar untuk makan sendiri membangunkan kemahiran motor kasar, lisan dan halus anak anda.

Kelebihan produk

  • Mengandungi zat besi, kalsium, Vitamin B1, B2 dan B6
  • Dibakar sempurna, sangat ringan, gebu, dan lazat
  • Memberi stimulasi yang mendorong pertumbuhan gigi
  • Bentuk biskut mudah dipegang

Kekurangan produk

  • Setiap perisa khas untuk umur tertentu

Spesifikasi produk

Berat 180g
Perisa Original, Banana & Orange, Banana & Strawberry, Zucchini & Onion, Broccoli & Carrot
Harga RM9.46

Milna Baby Rusk Biscuit -Mixed Fruits 130g

Milna Baby Rusk Biscuit -Mixed Fruits 130g

Milna Baby Rusk Biscuit satu lagi jenama dipercayai ibu-ibu di Malaysia sejak berpuluh tahun lamanya. Milna Baby Rusk Biscuit -Mixed Fruits diformulasikan khas untuk setiap peringkat tumbesaran dengan kebaikan nutrisi seimbang. Selain perisa buah campuran, Milna Baby Rusk Biscuit mempunyai perisa asli, pisang, dan oren yang lazat.
Pilihan biskut keluaran Milna ini adalah cara terbaik untuk memperkenalkan makanan dalam bentuk pejal untuk bayi berumur 6 bulan ke atas. Milna Baby Rusk Biscuit -Mixed Fruits mengandungi AA, DHA, Vitamin C, Choline, Inositol, Vitamin E, Vitamin B3, Vitamin A, Vitamin D3, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B12, Vitamin B6, Vitamin B9 dan kalsium susu. Kandungan ini dirumus khas untuk perkembangan optik bayi dan memberi keseimbangan pemakanan sepanjang hayat. Berikan sekeping hingga dua keping Milna Baby Rusk Biscuit -Mixed Fruits, biskut berperisa buah sebenar kepada bayi anda setiap kali tiba waktu makan sebagai pelengkap tambahan.

Kelebihan produk

  • Mengandungi AA, DHA dan pelbagai vitamin tambahan
  • Dirumus khas untuk perkembangan optik
  • Diformulasikan khas untuk tumbesaran
  • Ada 4 perisa lazat iaitu asli, buah campuran, pisang, dan oren

Kekurangan produk

  • Sedikit keras

Spesifikasi produk

Berat 130g
Perisa Original, Banana, Orange, Mixed Fruits
Harga RM6.60

Rush Baby Bone Broth Cookies 190g

Rush Baby Bone Broth Cookies 190g

Jenama Rush Baby Food terkenal dengan biskut enak Rush Baby Bone Broth Cookies yang dihasilkan daripada air rebusan tulang ayam. Kudapan ringkas Rush Baby Bone Broth Cookies untuk bayi ini lebih istimewa kerana menggunakan bahan terpilih, berkualiti, bebas telur, gula, garam dan pengawet. Biskut ini mengandungi sup tulang ayam yang dipercayai dapat membantu meningkatkan sistem imun dan menguatkan antibodi tubuh bayi. Selain rasanya yang enak, Rush Baby Bone Broth Cookies memberi manfaat kepada pertumbuhan tulang, gigi dan rambut. Kandungan asid amino pula bertindak baik untuk pencernaan. Walaupun mengandungi sup tulang ayam, Rush Baby Bone Broth Cookies menyerupai biskut mentega. Rush Baby Bone Broth Cookies mempunya pelbagai perisa seperti Kurma, Apricot Raisin, Avakado Cheese, Mango dan Choco Banana.

Kelebihan produk

  • Bahan terpilih, berkualiti, bebas telur, gula, garam dan pengawet.
  • Dihasilkan daripada air rebusan tulang ayam
  • Meningkatkan sistem imun dan menguatkan antibodi tubuh bayi
  • Ada 5 perisa enak

Kekurangan produk

  • Setiap perisa khas untuk umur tertentu

Spesifikasi produk

Berat 190g
Perisa Kurma, Apricot Raisin, Avakado Cheese, Mango dan Choco Banana.
Harga RM23.00

Pemberian makanan seperti biskut kepada bayi seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan. Makanan kategori pejal ini tidak boleh diberikan sebelum bayi berusia enam bulan kerana bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan. Memilih biskut bayi tidak semudah mencari kudapan ringkas buat anak yang lebih besar. Ibu bapa perlu sentiasa perhatikan sama ada biskut yang dipilih mengandungi bahan tambahan yang tidak diperlukan bayi seperti gula, garam, pewarna dan pengawet.

Perut dan keperluan makanan bayi tidak sama seperti dewasa. Biasanya dalam tempoh empat jam si manja akan berasa lapar yang menyebabkan dia mula makan apa yang dia rasakan sedap. Sebagai ibu bapa prihatin, pastikan keperluan makanan bayi anda sentiasa tersedia. Anda boleh menyediakan makanan sesuai seperti biskut bayi dalam beg anak anda terutamanya ketika travel atau berada di luar rumah.



Related posts