5 Pilihan Snek Ringan Rumpai Laut ‘Crispy’ Paling Sedap Di Malaysia
Siapa je yang tidak suka makanan ringan kan? Snek makanan ringan ni boleh dikatakan antara barang yang mesti ada di rumah. Dan wajib ada bila kita pergi berkelah ke, menonton filem ke, ketika travel dan dalam perjalanan jauh. Pelbagai jenis snek makanan ringan menjadi pilihan seperti kerepek ubi, coklat, popcorn malah juga kini ramai menggemari snek rumpai laut atau juga dikenali sebagai seaweed.
Jangan tak tahu, makanan ringan rumpai laut adalah pilihan yang baik jika dibandingkan dengan snek biasa kerana rumpai laut adalah makanan yang sihat dan ia juga merupakan pilihan snek rendah kalori. Khas untuk anda yang sedang mencari, jom lihat antara pilihan terbaik snek rumpai laut di pasaran Malaysia ini.
Bibigo Crispy Seaweed Snack Sesame
Bibigo Crispy Seaweed ialah snek baharu dengan tekstur rangup. Ia dipanggang dengan sempurna, kemudian diperisakan dengan minyak bijan, meningkatkan selera anda. Ini adalah makanan ringan vegetarian untuk semua orang. Rendah kalori dan tinggi Vitamin dan Mineral. Malah, saiznya yang padat sesuai untuk dimuatkan di dalam kotak makan tengah hari. Ia didatangkan dengan perisa Bijan, BBQ Korea dan Wasabi.
Kelebihan Bibigo Crispy Seaweed Snack Sesame
- Pelbagai perisa
- Mudah dihidangkan
- Diperbuat daripada 100% rumpai laut
- Dipanggang dan kaya dengan aroma minyak bijan
Kekurangan Bibigo Crispy Seaweed Snack Sesame:
- Tidak dijual di kedai runcit biasa
Spesifikasi Bibigo Crispy Seaweed Snack Sesame:
Berat: | 5g |
---|---|
Produk berasal dari: | Korea |
Harga: | 3 bungkus, RM9.40 |
Dongwon Kimmy Seaweed Snack Kimchi Flavor
Dongwon Kimmy Rumpai Laut Snek Perisa Kimchi diperbuat daripada rumpai laut Korea yang terbaik. Ia boleh dikategorikan sebagai snek sihat dan sesuai untuk kanak-kanak malah dewasa. Anda boleh mempelbagaikan cara memakannya seperti makan bersama nasi, dijadikan California Roll dan sebagainya.
Kelebihan Dongwon Kimmy Seaweed Snack Kimchi Flavor:
- Perisa unik Kimci
- Mudah dihidangkan
- Diperbuat daripada 100% rumpai laut
- Rendah kolestrol
Kekurangan Dongwon Kimmy Seaweed Snack Kimchi Flavor:
- Saiz kandungan sangat kecil
Spesifikasi Dongwon Kimmy Seaweed Snack Kimchi Flavor:
Berat: | 2.7g |
---|---|
Produk berasal dari: | Korea Selatan |
Harga: | 8 bungkus, RM13.20 |
Tao Kae Noi Crispy Seaweed
Rumpai Laut Rangup Tao Kae Noi diperbuat daripada daun rumpai laut panggang premium dengan rempah ratus. Ia adalah makanan ringan halal yang boleh dinikmati oleh semua orang. Anda boleh menikmatinya sebagai makanan ringan atau bungkus dengan nasi untuk membuat sushi Rasanya yang rangup dan masin, ia pasti akan memuaskan keinginan makanan ringan anda.
Kelebihan Tao Kae Noi Crispy Seaweed:
- Mempunyai 4 pilihan perisa
- Diperbuat daripada rumpai laut berkualiti
- Rendah kolestrol
Kekurangan Tao Kae Noi Crispy Seaweed:
- Tidak mudah didapati di kedai runcit biasa
Spesifikasi Tao Kae Noi Crispy Seaweed:
Berat: | 15g |
---|---|
Produk berasal dari: | Thailand |
Harga: | RM 2.90 |
Tong Garden Noi Crispy Seaweed with Popping Grains Original
Tong Garden Noi Crispy Seaweed ialah snek rumpai laut yang disahkan halal yang dibuat dari Thailand. Ia adalah snek rumpai laut yang dibungkus dengan baik yang boleh anda nikmati di mana-mana atau dibawa ke mana-mana. Jika anda mempunyai alahan, anda mungkin perlu menyemak kerana ini mengandungi kacang soya, bijan dan gluten (gandum), dan kacang pokok.
Kelebihan Tong Garden Noi Crispy Seaweed with Popping Grains Original:
- Bungkusan baik
- Isi kandungan agak banyak
- Mempunyai sijil halal
Kekurangan Tong Garden Noi Crispy Seaweed with Popping Grains Original:
- Tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kacang soya, bijian dan gluten
Spesifikasi Tong Garden Noi Crispy Seaweed with Popping Grains Original:
Berat: | 40g |
---|---|
Produk berasal dari: | Thailand |
Harga: | RM 6.80 |
Big Bang Tom Yum Goong
Rumpai laut Big Bang ialah snek rumpai laut yang terkenal di Thailand, yang kaya dengan makanan ringan yang berkhasiat dan lazat. Ia adalah snek rumpai laut yang dibungkus dengan baik dan lazat yang boleh anda nikmati pada bila-bila masa sebagai snek atau nikmati sebagai ulam. Rasa pedas, rangup dan sedikit masinnya pasti memenuhi citarasa rakyat Malaysia.
Kelebihan Big Bang Tom Yum Goong:
- Mempunyai 4 pilihan perisa
- Mudah dibawa ke mana sahaja
- Rasa lebih enak dan unik
Kekurangan Big Bang Tom Yum Goong:
- Saiz hidangan agak kecil
Spesifikasi Big Bang Tom Yum Goong:
Berat: | 6g |
---|---|
Produk berasal dari: | Thailand |
Harga: | 10 bungkus, RM8.89 |
Snek makanan rumpai laut ini mula menjadi terkenal di Korea kerana masyarakat di sana menjadikan rumpai laut ini sebagai pelengkap kepada hidangan harian mereka. Ianya digemari dan boleh diterima di Malaysia kerana rasa rangupnya yang unik juga boleh dikategorikan sebagai snek sihat harian.
Sambil-sambil layan K-drama, sambil makan snek seaweed ni. Memang layan! Harga mungkin berubah mengikut pasaran semasa. Selamat ber-snack!