Menu Pantas Bersahur: 5 Hidangan ‘Ready-to-Eat’ Digemari Ramai Semasa Berpuasa di Malaysia
Walaupun ramai tahu kepentingan sahur namun masih ada sebilangan besar ‘terlepas’ untuk makan di awal pagi kerana sukar untuk bangun awal setiap hari. Disebabkan gaya hidup yang terlalu sibuk dan memenatkan, ramai yang memandang remeh kepentingan bersahur. Sedangkan sahur antara persiapan penting untuk mengharungi ibadah puasa apatah lagi ia antara waktu untuk menikmati hidangan seimbang yang diperlukan tubuh badan bagi kekal cergas sepanjang hari.
Faktor utama adalah kekangan masa untuk membuat penyediaan menu untuk bersahur. Penyediaan menu untuk bersahur kadangkala menjadi satu cabaran khususnya buat golongan ibu, pelajar, individu bekerja, atau pelancong dengan kesibukan aktiviti, kerja dan tanggungjawab rutin setiap hari.
Sesetengah orang pula mungkin beranggapan menyediakan menu bersahur adalah sesuatu yang rumit. Sebaliknya, ia boleh menjadi ringkas jika anda merancang terlebih dulu dan mengetahui cara mudah menyediakan menu sahur lazat dalam masa singkat. Apa kata cuba pendekatan baharu menyediakan menu pantas ketika bersahur dengan hidangan ‘ready to eat’. Antara 5 produk ready to eat digemari ramai semasa berpuasa di Malaysia adalah seperti berikut. Jom cuba!
Brahim’s Nasi Goreng Kampung
Jenama Brahim’s menjadi produk ready to eat nombor satu di Malaysia memiliki pelbagai jenis menu sedia untuk dihidang ketika sahur dengan pantas. Brahim’s Nasi Goreng Kampung antara menu pilihan laris yang menjadi pilihan ketika bersahur. Rasanya yang enak dihasilkan daripada bahan berkualiti serta bersih seperti nasi basmathi, rempah cili burung, ikan bilis dan pes udang.
Hanya perlu mendidihkan air selama lapan hingga 10 minit, pengguna boleh menikmati sajian enak bercita rasa Malaysia meskipun ketika kesuntukan masa. Jika ada kemudahan ketuhar gelombang mikro, hanya dua minit diperuntukkan untuk menjamu variasi produk nasi Brahim’s Meals Ready to Eat yang panas.
Mengaplikasikan teknologi pembungkusan makanan kantung retort, Brahim’s Nasi Goreng Kampung mempunyai jangka hayat selama 18 hingga 24 bulan. Brahim’s Nasi Goreng Kampung makanan halal, berkualiti dan cita rasa Malaysia tidak memerlukan peralatan yang rumit malah masa juga dapat dijimatkan mengikut situasi masing-masing.
Sekotak Brahim’s Nasi Goreng Kampung boleh dihidangkan untuk 1 hingga 2 orang makan, terkandung sumber karbohidrat, protein dan vitamin bagi keperluan tubuh dan membekalkan tenaga.
Kelebihan Brahim’s Nasi Goreng Kampung:
- Mendapat pensijilan Halal Jakim
- Penyediaan pantas microwave (2 minit) atau letak dalam air panas mendidih (8minit)
- Jangka hayat pek sebelum buka hingga 24 bulan
- Menggunakan bahan premium
- Tiada bahan pengawet tambahan dan tiada pewarna
Kekurangan Brahim’s Nasi Goreng Kampung:
- Pembungkusan kotak luar agak memakan ruang berbanding hanya pek dalaman
Spesifikasi Brahim’s Nasi Goreng Kampung:
Saiz Hidangan: | 2-3 orang |
---|---|
Berat: | 250g |
Harga: | RM10.50 |
KAWAN Spaghetti Carbonara
Ingin bersahur cara terpantas untuk mendapatkan hidangan yang lazat? KAWAN Spaghetti Carbonara, istimewa buat anda yang gemarkan sajian pasta lazat. KAWAN Spaghetti Carbonara menggunakan kaedah pra-memasak dalam bentuk lembapan tinggi dan dalam bentuk dehidrasi yang datang dengan struktur nipis untuk mempercepatkan rehidrasi apabila didihkan ke dalam air panas.
Cucukkan 3 ke 4 lubang dengan lidi ke plastik pembungkusan, kemudian anda hanya perlu panaskan selama 3 ke 5 minit sahaja untuk sedia di makan panas-panas. KAWAN Spaghetti Carbonara popular dalam kalangan peminat pasta segera kerana menawarkan rasa yang menakjubkan pada harga yang berpatutan.
Diperbuat daripada 100 peratus gandum sebenar, merupakan sumber serat makanan yang baik mampu memberi tenaga sepanjang hari ketika berpuasa. Sos krim putihnya yang lazat dan berkrim bertindak sebagai pelengkap KAWAN Spaghetti Carbonara digemari oleh semua lapisan umur. Ia turut didatangkan dengan ketulan cendawan asli menjadikan pasta segera ini semakin enak bertekstur dan rasa menakjubkan, sekali gus akan memeriahkan sahur anda. KAWAN Spaghetti Carbonara dihasilkan dengan bahan-bahan berkualiti premium tanpa perasa tiruan, tanpa bahan pengawet dan dijamin Halal.
Kelebihan KAWAN Spaghetti Carbonara:
- Enak berkrim dan bertekstur
- Dihasilkan daripada bahan berkualiti premium
- Penyediaan pantas 3 ke 5 minit sahaja
- Kecil, ringan dan mudah di simpan
- Tanpa perasa tiruan dan bahan pengawet
- Halal
Kekurangan KAWAN Spaghetti Carbonara:
- Sukar dapat di pasaran biasa
Spesifikasi KAWAN Spaghetti Carbonara:
Saiz Hidangan: | 1- 2 orang |
---|---|
Berat: | 275g |
Harga: | RM7.90 |
RKGFood White Rice Basmati Ready to Eat – Instant Rice
Rasa Kampung Gajah SB (RKGFood) menjadi jenama terkini yang semakin mendapat permintaan memasarkan produk ready to eat. Antara produk yang laris ketika ini adalah RKGFood White Rice Basmati Ready to Eat – Instant Rice. RKGFood White Rice Basmati Ready to Eat – Instant Rice memenuhi cita rasa tempatan malah ia juga sesuai dijadikan menu bersahur. Kaya dengan sumber nutrisi seperti karbohidrat, protein, vitamin, kalsium, serat dan sumber mineral lain menjadikan nasi basmati segera ini satu daripada pembekal tenaga terbaik buat tubuh ketika berpuasa.
Budaya pemakanan rakyat Malaysia yang memilih nasi sebagai menu utama bersahur bukan sesuatu yang menghairankan, sebaliknya pemilihan itu bersesuaian dengan keperluan kalori individu dalam hidangan tertentu. Memiliki khasiat secukupnya, pek RKGFood White Rice Basmati Ready to Eat – Instant Rice mudah bawa ini dilihat sebagai penyelesaian mudah untuk penyajian makanan terutama dalam kalangan individu yang sibuk. Penyediaan RKGFood White Rice Basmati Ready to Eat – Instant Rice juga mudah dan menjimatkan masa sama ada dimakan terus, dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro mahupun air panas.
Kelebihan RKGFood White Rice Basmati Ready to Eat – Instant Rice:
- Mendapat pensijilan Halal Jakim
- Menggunakan beras basmathi yang bermutu tinggi
- Kecil, ringan dan mudah di simpan
- Tahan lama dengan menggunakan retort teknologi yang canggih
- Jangka hayat pek sebelum buka hingga 24 bulan
- Tiada bahan pengawet tambahan
Kekurangan RKGFood White Rice Basmati Ready to Eat – Instant Rice:
- Sukar ditemui di kedai runcit biasa
Spesifikasi RKGFood White Rice Basmati Ready to Eat – Instant Rice:
Saiz hidangan: | 1 orang makan |
---|---|
Berat: | 150g |
Harga: | RM3.90 |
myChef Nasi Goreng Ikan Masin
Pengambilan kalori tertentu ketika bersahur dapat menyalurkan tenaga untuk individu berpuasa melakukan rutin harian. Memandangkan pilihan dan cita rasa pengguna semakin berkembang, jenama myChef menawarkan produk ready to eat bernutien iaitu myChef Nasi Goreng Ikan Masin yang enak memenuhi cita rasa. myChef Nasi Goreng Ikan Masin terlebih dulu mengikut formulasi ditetapkan, kemudian dimasukkan ke dalam kantung retort untuk dipekkan dan dipanaskan pada suhu tertentu.
Hanya memerlukan masa 1 hingga 10 minit sahaja untuk sajian ini sedia dihidangkan untuk satu atau dua orang makan. Jika menggunakan ketuhar gelombang mikro dengan suhu tinggi hanya 1 minit, manakala panaskan dengan api sederhana di atas dapur mengambil masa selama 1-3 minit sahaja.
Pengguna juga boleh rendam sahaja kantung dalam air mendidih selama 10 minit untuk siap menikmati myChef Nasi Goreng Ikan Masin. Diperbuat daripada bahan-bahan terpilih seperti nasi basmati, bawang besar, kubis, telur, minyak masak, ikan masin, bawang merah, bawang putih, kicap ringan, perasa ayam juga lada putih, myChef Nasi Goreng Ikan Masin turut dihasilkan tanpa bahan MSG, perisa, pengawet, pewarna tambahan.
Kelebihan myChef Nasi Goreng Ikan Masin:
- Mudah, cepat, dan menjimatkan masa
- Diperbuat daripada bahan terpilih
- Menggunakan teknologi retort termaju
- Selamat dan berkualiti tinggi
- Tanpa bahan MSG, perisa, pengawet, pewarna tambahan
Kekurangan myChef Nasi Goreng Ikan Masin:
- Tempoh jangka hayat hanya 12 bulan
Spesifikasi myChef Nasi Goreng Ikan Masin:
Saiz Hidangan: | 1-2 orang |
---|---|
Berat: | 200g |
Harga: | RM9.90 |
DapoGo Nasi Briyani Batu Pahat Kambing
Menyajikan hidangan versatil dan unik pada waktu sahur pasti mencipta kelainan buat seisi keluarga yang berpuasa. DapoGo tampil dengan variasi sajian ‘luar biasa’ yang sebenarnya cukup mudah untuk dihidangkan dalam tempoh yang singkat dengan hanya menggunakan pelbagai produk ready to eat. Masyarakat Melayu tidak lari daripada penyajian menu tradisional warisan nenek moyang sebagai menu sahur sebagai meraikan Ramadan. Maka pilihan DapoGo Nasi Briyani Batu Pahat Kambing adalah dicadangkan.
Bagi peminat Nasi Briyani Kambing, ini lah masanya untuk menikmati sahur yang hebat hanya dengan masa yang pantas penuh rasa aroma rempah asli yang diperbuat oleh pembuat rempah briyani yang popular di Batu Pahat. Penyediaan Nasi Briyani Kambing menggunakan ramuan mentah sangat rumit namun dengan DapoGo Nasi Briyani Batu Pahat Kambing, lebih mudah untuk menyediakan menu ini.
Menitikberatkan kawalan kualiti bahan ramuan dan berstatus halal, DapoGo Nasi Briyani Batu Pahat Kambing membuktikan komitmen terhadap piawaian keselamatan produk pengguna dengan menggunakan ramuan terpilih sahaja. Antara bahan digunakan seperti beras basmathi, daging kambing, rempah briyani ori Batu Pahat, minyak sapi, sos tiram, rempah ratus, kacang badam, kacang gajus, kismis, saffron dari Iran, air mawar, halia, bawang merah, bawang putih, garam, gula dan perasa yang dibenarkan.
Kelebihan DapoGo Nasi Briyani Batu Pahat Kambing:
- Berstatus Halal
- Dihasilkan oleh pembuat rempah briyani yang popular Batu Pahat
- Panaskan pouch dalam air mendidih selama 8 ke 10 minit sahaja
- Mampu tahan hingga 2 tahun jika disimpan dalam suhu bilik
- Menitikberatkan kawalan kualiti bahan ramuan
Kekurangan DapoGo Nasi Briyani Batu Pahat Kambing:
- Sukar ditemui di pasaran biasa
Spesifikasi DapoGo Nasi Briyani Batu Pahat Kambing:
Saiz Hidangan: | 2-3 orang |
---|---|
Berat: | 240g |
Harga: | RM25.00 |
Untuk hidangan yang cepat dan mudah disediakan, pilihan makanan segera seperti nasi dan mi siap dimasak adalah penyelesaian terbaik. Cukup panaskan dan sedia untuk dinikmati, ia sesuai tidak hanya semasa Ramadan, tetapi juga pada bila-bila masa, terutamanya dalam kehidupan yang sibuk atau pelajar yang tidak mempunyai kemahiran memasak. Makanan ini selamat, berkhasiat, berpatutan, dan lazat, menjadikannya pilihan yang ideal untuk menjimatkan masa dan memberi tenaga ketika menghadapi kehidupan yang padat dengan pelbagai komitmen.
Namun pastikan pengambilan makanan tidak dilakukan berlebihan ketika bersahur kerana tidak baik untuk tubuh. Ini mungkin menyebabkan gangguan sistem pencernaan dengan melambatkan proses penghadaman seperti gangguan pencernaan, kembung perut dan cirit-birit. Justeru, jika memilih untuk bersahur dengan hidangan ready to eat, anda disarankan bersahur dengan menjamah makanan dalam kuantiti sedikit dan makan dengan perlahan.