5 Muzium Pilihan Keluarga di Malaysia: Belajar Sambil Bercuti Semasa Cuti Sekolah

5 Muzium Pilihan Keluarga di Malaysia: Belajar Sambil Bercuti Semasa Cuti Sekolah
Hiburan


Selain destinasi percutian biasa, muzium di Malaysia menawarkan pengalaman unik untuk meluangkan masa berkualiti sambil meningkatkan pengetahuan. Dengan pelbagai muzium menarik yang sesuai untuk semua lapisan umur, ia adalah tempat yang ideal untuk aktiviti keluarga. Terutama bagi kanak-kanak, muzium-muzium ini menyediakan peluang untuk belajar dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan. Berikut adalah beberapa muzium terbaik di Malaysia yang wajib dikunjungi bersama keluarga, khususnya sepanjang cuti sekolah. Jom! Rancang percutian anda di Malaysia sekarang, jadikan cuti sekolah kali ini lebih bermakna dan penuh keseronokan!

Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM)

Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM)
Islamic Arts Museum Malaysia atau IAMM mempunyai koleksi seni Islam yang sangat luas, termasuk seni kaligrafi, senjata tradisional, barang seramik, tekstil, perhiasan, dan manuskrip yang berusia berabad-abad. Beberapa pameran di IAMM direka khusus untuk menarik minat kanak-kanak. Biasanya, galeri ini mempunyai aktiviti interaktif yang dapat merangsang imaginasi dan rasa ingin tahu anak-anak.
Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM)

Kelebihan dan tips melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM):

  • Koleksi seni Islam yang sangat luas, termasuk seni kaligrafi, senjata tradisional, barang seramik, tekstil, perhiasan, dan manuskrip
  • Muzium sering menganjurkan aktiviti atau bengkel khas untuk keluarga termasuk aktiviti kraf seperti membuat seni kaligrafi, lukisan miniatur
  • Terdapat kedai cenderamata yang menawarkan pelbagai buku dan barangan seni unik berkaitan seni Islam

Apa yang kurang di Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM):

  • Waktu operasi tetap dan tutup pada waktu petang, yang mungkin mengecewakan sesetengah pelawat yang ingin melawat lewat hari atau menghabiskan lebih masa di dalam muzium

Info mengenai Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM):

Alamat: Islamic Arts Museum Malaysia, Jalan Lembah, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Tel: 03-2092 7070
Harga tiket: RM 10 – RM 20
Waktu operasi: 9.30 pagi – 6 petang
Website/Instagram: https://iamm.org.my/

Petrosains Science Discovery Centre

Petrosains Science Discovery Centre
Rasanya ini adalah tempat popular untuk lawatan sambil belajar sekolah kan? Terletak di dalam bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas KLCC, ianya sungguh strategik dan memudahkan. Antara tarikan di sini adalah Dark Ride, sebuah perjalanan yang membawa pengunjung melalui sejarah bumi dan industri minyak & gas. Pengalaman menaiki gondola yang perlahan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan memperkenalkan anak-anak kepada dunia sains dengan cara yang menarik dan interaktif.
Petrosains Science Discovery Centre
Selain itu, Space Exhibit membolehkan anak-anak merasai pengalaman menjelajah angkasa! Terdapat replika baju angkasawan, simulasi tanpa graviti, dan aktiviti untuk meneroka bagaimana kehidupan di angkasa. Ada banyak lagi tarikan, yang anda perlu cuba sendiri!

Kelebihan dan tips melawat Petrosains Science Discovery Centre:

  • Menawarkan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif
  • Mempunyai pelbagai zon yang disesuaikan untuk semua peringkat umur
  • Tertutup dan berhawa dingin
  • Mudah diakses dengan pengangkutan awam seperti LRT

Apa yang kurang di Petrosains Science Discovery Centre:

  • Waktu lawatan yang terhad sehingga petang sahaja

Info mengenai Petrosains Science Discovery Centre:

Alamat: Petronas Twin Tower, Level 4, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
No Tel: 03-2331 8181
Harga tiket: RM 10 – RM 25
Waktu operasi: 9.30 pagi – 4 petang (Tutup pada Isnin)
Website/Instagram: https://petrosains.com.my/

Muzium Negara

Muzium Negara
Di sini, keluarga dapat mengenal sejarah awal Malaysia, bermula dari zaman prasejarah sehingga pembentukan kerajaan Melayu. Terdapat juga pameran termasuk artifak purba seperti alat batu, replika tengkorak manusia prasejarah, dan model perkampungan zaman dahulu. Seterusnya, Galeri Kerajaan Melayu pula menelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khasnya kerajaan-kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.
Muzium Negara
Era Kolonial membawa pengunjung untuk mempelajari sejarah era penjajahan kolonial yang berlaku di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Dan akhir sekali galeri Malaysia Kini menyingkap sejarah gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan daripada pelbagai kaum yang berlatar belakangkan kepelbagaian fahaman politik bermula daripada campur tangan Inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957.

Kelebihan dan tips melawat Muzium Negara:

  • Bangunan Muzium Negara mempunyai seni bina yang cantik dengan pengaruh tradisional dan moden
  • Tiket masuk ke Muzium Negara adalah berpatutan, terutama untuk keluarga
  • Terletak berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur dan mudah diakses dengan pengangkutan awam

Apa yang kurang di Muzium Negara:

  • Kebanyakan pameran berorientasikan sejarah dan mungkin lebih sesuai untuk anak-anak yang lebih besar atau yang sudah bersekolah, kurang sesuai untuk anak-anak kecil

Info mengenai Muzium Negara:

Alamat: Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566 Kuala Lumpur
No Tel: 03-2267 1111
Harga tiket: RM 10 – RM 25
Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang
Website/Instagram: https://www.muziumnegara.gov.my/

Muzium Kucing

Muzium Kucing
Muzium ini menampilkan pameran tentang peranan kucing dalam pelbagai budaya dan mitologi, termasuk bagaimana kucing dipandang dalam budaya Mesir, Cina, dan budaya tempatan. Ini adalah peluang bagi keluarga untuk belajar tentang simbolisme dan kepercayaan berkaitan kucing dari seluruh dunia. Muzium Kucing juga mempunyai segmen yang memberikan maklumat tentang sejarah bandar Kuching, Sarawak.

Kelebihan dan tips melawat Muzium Kucing:

  • Mempunyai pelbagai koleksi patung, arca, poskad, dan karya seni bertemakan kucing
  • Terletak di puncak Bukit Siol, muzium ini menawarkan pemandangan indah bandar Kuching
  • Harga tiket ke Muzium Kucing adalah sangat murah

Apa yang kurang di Muzium Kucing:

  • Agak sukar diakses untuk penduduk di Semenanjung

Info mengenai Muzium Kucing:

Alamat: Bangunan DBKU, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
No Tel: 082-512 200
Harga tiket: RM 3
Waktu operasi: 9.00 pagi – 4.30petang
Website/Instagram: https://dbku.sarawak.gov.my/page-0-275-97-tid.html

Baba & Nyonya Heritage Museum

Baba & Nyonya Heritage Museum
Muzium ini terletak di sebuah rumah lama yang indah dan masih mengekalkan ciri-ciri asalnya. Pengunjung yang hadir dapat melihat rekaan dalaman tradisional Baba & Nyonya yang menggabungkan elemen-elemen Cina, Melayu, dan Eropah dalam setiap perabot, jubin, dan ukiran.
Baba & Nyonya Heritage Museum
Muzium ini memberi tumpuan kepada adat resam dan tradisi Baba & Nyonya, termasuk adat perkahwinan, sambutan perayaan, dan upacara khas. Dengan reka bentuk rumah yang menarik dan unik, anda juga boleh bergambar di dalam rumah yang penuh seni bina dan hiasan Peranakan. Ini memberikan peluang untuk mengabadikan kenangan keluarga dengan latar belakang budaya yang kaya dan berwarna-warni.

Kelebihan dan tips melawat Baba & Nyonya Heritage Museum:

  • Menawarkan lawatan berpandu yang disampaikan oleh pemandu yang berpengetahuan tentang sejarah dan budaya Peranakan
  • Terletak di dalam rumah lama kaum Peranakan yang masih mengekalkan dekorasi dan perabot asalnya
  • Lokasi di Jonker Street, berdekatan tarikan utama lain

Apa yang kurang di Baba & Nyonya Heritage Museum:

  • Sesetengah mungkin mendapati harga tiket masuk ke muzium ini agak tinggi, terutamanya jika dibandingkan dengan muzium-muzium lain di Malaysia

Info mengenai Baba & Nyonya Heritage Museum:

Alamat: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
No Tel: 06-282 1273
Harga tiket: RM 13 – RM 18
Waktu operasi: 10 pagi – 4.15 petang (Tutup pada Isnin)
Website/Instagram: https://babanyonyamuseum.com/

Sedikit tip untuk ibu bapa yang merancang untuk membawa anak ke muzium, pastikan anda baca tentang pameran atau aktiviti yang sesuai dengan minat anak-anak untuk memaksimumkan pengalaman pembelajaran. Galakkan anak-anak untuk bertanya tentang apa yang mereka lihat; ini akan membantu mereka berfikir dan memahami dengan lebih mendalam.
Apa yang penting, anda perlu pastikan ada masa rehat yang mencukupi, terutama bagi kanak-kanak yang cepat penat, supaya mereka dapat menikmati keseluruhan lawatan.

Cuti sekolah adalah peluang yang baik untuk menggabungkan keseronokan dan pembelajaran melalui lawatan ke muzium. Dengan pelbagai pilihan muzium di Malaysia, keluarga dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang kaya sambil meluangkan masa berkualiti bersama. Selamat bercuti dan semoga anak-anak seronok serta terinspirasi!



Related posts