5 Jenama Teh Untuk Dinikmati Di Rumah Selepas Seharian Keluar Bekerja

5 Jenama Teh Untuk Dinikmati Di Rumah Selepas Seharian Keluar Bekerja
Makanan dan minuman


Teh sudah menjadi minuman ruji untuk rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan umur sangat menyukai minuman ini. Teh adalah minuman cukup klasik apabila ia menjadi pilihan untuk dinikmati setiap pagi, petang atau selepas pulang dari bekerja. Rasa kelat dan beraroma membuatkan minuman ini suatu yang cukup mengasyikkan dan mampu merehatkan badan yang lelah.
Sejak dahulu teh disifatkan peneman setia untuk setengah-setengah individu yang mementingkan kesihatan diri. Ada kajian mengatakan mereka yang suka minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak suka meminumnya. Sesetengah jenis teh juga kaya dengan pelbagai khasiat dan salah satunya ialah antioksidan yang mampu melambatkan penuaan dan meningkatkan imuniti tubuh. Di pasaran, varietinya pelbagai mengikut kesukaan masing-masing. Antara lima jenis jenama teh untuk anda nikmati seperti berikut:

Ahmad Tea Evening Decaffeinated (20 Tea bags)

Ahmad Tea Evening Decaffeinated (20 Tea bags)
Ahmad Tea antara jenama teh yang popular di pasaran Malaysia berasal dari London, England. Selain terkenal dengan siri teh hijaunya, Ahmad Tea juga menjadi pilihan penggemar teh hitam iaitu Ahmad Tea Evening Decaffeinated. Ahmad Tea Evening Decaffeinated dihasilkan daripada teh hitam berkualiti tinggi mempunyai rasa halus dan ringan menjadikannya minuman ideal yang dapat dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari. Polifenol dalam teh hitam membantu mencegah kelangsungan hidup sel barah dan membantu mengatasi penyebaran tumor payudara. Ahmad Tea Evening Decaffeinated menampilkan adunan teh hitam aromatik menenangkan dengan sedikit bergamot yang menyegarkan mampu memberi sedikit ketenangan. Teh ini boleh dihidangkan dengan atau tanpa susu bergantung pada individu

Kelebihan produk :

  • Harga berpatutan
  • Polifenol dalam teh hitam membantu mencegah kanser
  • Kandungan bergamot yang menyegarkan
  • Boleh dihidangkan bersama atau tanpa susu

Kekurangan produk:

  • Elak minum pada malam hari agar tidak mengganggu waktu tidur
  • Sukar ditemui di pasaran biasa

Spesifikasi produk

Kuantiti : 20
Cadangan penggunaan : Rendamkan selama 5 ke 7 minit dalam suhu air 100°C. Apabila teh selesai direndam, segera keluarkan uncang teh dan kacau perlahan.
Harga : RM13.40

OSK Japanese Green Tea (50’S)

OSK Japanese Green Tea (50’S)
OSK Japanese Green Tea, produk teh hijau dari Jepun diperbuat 100 peratus daripada daun teh hijau semula jadi. Kandungan teh hijau ini tidak mengandungi perisa atau pengawet tambahan yang membahayakan kesihatan. Jenama OSK Japanese Green Tea juga menjadi pilihan ramai penggemar teh hijau kerana rasanya yang lebih ‘sedap’ berbanding jenama biasa di pasaran.
OSK Japanese Green Tea mengandungi antioksidan, enzim, asid amino dan fitokimia seperti polifenol dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan dan melawan kanser. Jika anda seorang penggemar minuman teh hijau, anda harus mengetahui waktu sesuai minum teh ini bagi mendapatkan sepenuh manfaat yang ditawarkan untuk kesihatan anda. OSK Japanese Green Tea baik untuk semua peringkat umur, ianya mampu memberi tenaga buat anda menjalankan aktiviti seharian tanpa rasa letih dan lesu. Paling menarik, untuk pelanggan Muslim, OSK Japanese Green Tea turut diiktiraf dengan sijil Halal sedunia.

Kelebihan produk :

  • Harga berpatutan
  • Mempunyai status Halal
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Tidak mengandungi perisa atau pengawet tambahan

Kekurangan produk:

  • Elakkan minum di awal pagi jika sibuk dengan urusan kerja

Spesifikasi produk

Kuantiti : 50
Cadangan penggunaan : Rendamkan dalam cawan suhu air 100°C. Sedia diminum selepas 5 minit rendaman.
Harga : RM18.50

Twinings Classic Teas Collection (20 Tea bags)

Twinings Classic Teas Collection (20 Tea bags)
Twinings merupakan jenama pengeluar teh berasal daripada London. Terdapat beberapa siri teh hitam ekslusif keluaran Twinings antaranya siri teh hitam biasa iaitu English Breakfast, Prince of Wales, dan Pure Darjeeling. Manakala Lady Grey adalah siri teh hitam bersama perasa citrus dan Earl Grey pula siri teh hitam dengan perasa Bergamot. Jika anda suka semua jenis teh hitam keluaran Twinings, anda disarankan untuk mendapatkan sekotak Twinings Classic Teas Collection. Setiap kotak mengandungi 4x Darjeeling Tea . 4x English Breakfast Tea , 4x Earl Grey Tea , 4x Lady Grey Tea dan 4x Prince of Wales. Setiap jenis teh ini mempunyai tekstur yang ringan selain memberikan mood yang berbeza untuk setiap kali hidangan. Kandungan kafein dalam teh ini tidaklah setinggi kafein dalam kopi. Twinings Classic Teas Collection sudah mencukupi dan tidak menyebabkan ketagihan seperti minum kopi.

Kelebihan produk :

  • Lebih jimat dengan kesemua siri teh ada dalam satu kotak
  • Harga berpatutan
  • Mempunyai tekstur yang ringan
  • Kandungan kafein rendah

Kekurangan produk:

  • Sukar ditemui di pasaran biasa

Spesifikasi produk

Kuantiti : 20
Cadangan penggunaan : Rendam selama 5 ke 10 minit
Harga : RM17.55

Purple Cane Special Selected Zi Zhu Lan Oolong Tea Fujian (100g)

Purple Cane Special Selected Zi Zhu Lan Oolong Tea Fujian (100g)
Purple Cane Special Selected Zi Zhu Lan Oolong Tea Fujian merupakan jenama teh jenis Oolong berasal daripada Anxi Fujian, China. Perkataan ‘Oolong’ bermaksud ‘naga hitam’. Purple Cane Special Selected Zi Zhu Lan Oolong Tea Fujian merupakan teh yang diproses separuh teroksida. Daun teh yang lebih besar dan matang akan dipetik kemudian dilayukan, digulung, dioksida dan kemudian dibakar. Teh Oolong selalunya mempunyai rasa dan aroma yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang berbeza, dimana iklim dan jenis tanah memainkan peranan dalam membezakan aroma teh ini.
Purple Cane Special Selected Zi Zhu Lan Oolong Tea Fujian adalah minuman yang ideal selepas makan baik untuk kesihatan minda, letih badan dan mengawal masalah pencernaan. Rasanya sangat sedap, manis, lembut dan ringan berbanding teh lain. Malah, baunya juga cukup seharum wangian yang datang daripada orkid asli. Purple Cane Special Selected Zi Zhu Lan Oolong Tea Fujian turut mendapat sijil Halal daripada Jakim

Kelebihan produk :

  • Disahkan Halal oleh Jakim
  • Rasa manis, lembut dan ringan
  • Berbau harum wangian Orkid Asli yang tahan Lama
  • Baik untuk kesihatan minda, letih badan dan mengawal masalah pencernaan

Kekurangan produk:

  • Harga tinggi di pasaran
  • Perlu jauhi daripada cahaya matahari dan panas

Spesifikasi produk

Kuantiti : 100g
Cadangan penggunaan : Masukkan daun teh ke dalam bekas pembancuh sehingga 1/3 penuh. Suhu air mestilah 85°C ke atas. Rendam bancuhan pertama kira-kira 50 saat, bancuhan kedua kira-kira 20 saat, dan akhir sekali bancuhan ketiga kira-kira 30 saat.
Harga : RM71.50

Roleaf Rose Green Sencha (15 Tea bags)

Roleaf Rose Green Sencha (15 Tea bags)
Berasal dari Jepun, Roleaf Rose Green Sencha merupakan gabungan teh hijau, sencha dan kelopak bunga mawar yang mempunyai aroma menyegarkan. Hidangan Roleaf Rose Green Sencha merupakan amalan yang baik dalam diet harian juga amat membantu untuk penghadaman dan sistem pencernaan. Roleaf Rose Green Sencha mempunyai rasa yang lembut, manis dan berbau harum seakan jambangan bunga mampu menghilangkan lesu badan. Teh ini juga mengandungi L-theanine yang berkesan mengurangkan stres dan kebimbangan. Kombinasi rendah kafein dan L-theanine akan meningkatkan fungsi otak. Anda pasti merasa lebih bertenaga dan produktif selepas mencicip secawan Roleaf Rose Green Sencha.

Kelebihan produk :

  • Berbau wangi seakan jambangan bunga
  • Membantu untuk penghadaman dan kesihatan usus.
  • mempunyai rasa yang lembut dan manis

Kekurangan produk:

  • Harga tinggi di pasaran
  • Sukar ditemui di pasaran biasa

Spesifikasi produk

Kuantiti : 15
Cadangan penggunaan : Rendamkan selama 2 ke 3 minit dalam suhu air 80°C. Apabila teh selesai direndam, segera keluarkan uncang teh dan kacau perlahan. Sedia untuk dihidang.
Harga : RM35.00

Sudah berkurun lamanya minuman teh digunakan dalam rawatan tradisional bagi merawat penyakit tertentu selain dapat membantu merehatkan badan yang letih dengan aktiviti harian. Kandungan teh tersebut berpotensi untuk merendahkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan obesiti. Minuman teh, jika diambil secara berkala pada kuantiti yang disarankan, boleh memberikan faedah fisiologikal yang dapat meningkatkan kualiti hidup. Jom minum teh! Cubalah pelbagai jenis teh yang ada di pasaran, pasti memberi kelainan untuk setiap cawan anda.
Minuman teh juga mengandung kafein seperti minuman kopi namun jumlahnya tidak sebanyak minuman tersebut. Jika anda menginginkan minuman berkafein namun tidak mahu mencuba kopi, maka disarankan untuk mengamalkan minum teh. Namun, pengambilannya melebihi empat cawan sehari boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan individu secara menyeluruh. Dapatkan saranan daripada pakar pemakanan anda.



Related posts