Hujung Minggu Lebih Menarik Dan ‘Fun’ Jika Berkunjung Ke Lokasi-Lokasi Terbaik Di Sekitar Lembah Klang Ini
Pening nak cari lokasi menarik untuk hujung minggu ini? Selain staycation di hotel-hotel berdekatan, apa kata anda lakukan aktiviti menarik yang ada di sekitar Lembah Klang ni. Banyak sebenarnya lokasi untuk pelbagai aktiviti menarik ditawarkan di Lembah Klang ni dan kebanyakkan lokasi ini sangatlah sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga.
Sambil berseronok, boleh juga mencipta ‘bonding’ bersama anak-anak kan. Khas untuk anda yang dah lama tak bersukan tu, inilah waktunya kerana sesetengah aktiviti ini memang confirm berpeluh beb! Dah ready nak berhujung minggu? Jom lihat senarai ini.
Hujung Minggu Lebih Menarik Dan ‘Fun’ Jika Berkunjung Ke 5 Lokasi Terbaik Di Sekitar Lembah Klang Ini
SuperPark, Avenue K
Walaupun ianya berkonsepkan indoor, tapi segala aktiviti yang ada memang sungguh mengujakan bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah ibu bapa pun boleh join sama! SuperPark mempunyai tapak seluas 40,000 kaki persegi terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, menawarkan lebih 25 aktiviti menarik seperti flying fox, tube slide, ninja track, superball, superbowling, skate and scoot world, pastinya menyihatkan untuk anda sekeluarga.
Istimewanya, SuperPark Malaysia mempunyai 3 kawasan utama termasuk kawasan pengembaraan, arena permainan dan dewan gaya bebas, menggabungkan sesetengah aktiviti dengan elemen digital dan interaktif seperti Augmented Climbing Wall, RoboKeeper dan iWall. Anda tidak perlu risau tentang keselamatan anak anda semasa bermain di SuperPark Malaysia kerana semua aktiviti dilengkapi dengan peraturan yang menjamin keselamatan semua.
Kelebihan SuperPark, Avenue K
- Pelbagai jenis permainan dan aktiviti untuk dicuba
- Tidak perlu beratur lama kerana setiap game ada had limit masa
- Aspek keselamatan terjaga kerana ada pekerja yang pantau
- Kemudahan tandas dan nursing room disediakan
- Terapat loker untuk menyimpan barang
Kekurangan SuperPark, Avenue K
- Harga agak mahal pada waktu hujung minggu dan cuti umum
Info SuperPark, Avenue K
Alamat | Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi | Isnin-Jumaat : 10 pagi- 9 malam/ Sabtu – Ahad : 9 pagi – 10 malam |
Website/Instagram/Facebook | https://www.superpark.com.my/ |
Tiket | RM 45 – RM 70 |
Beast Park, Sungei Wang
Ha, walaupun nama Sungei Wang ni jarang-jarang kita dengar untuk dijadikan port lepak, namun siapa sangka kini ada tarikan menarik di sana tau! Selain membeli belah, anda juga boleh pergi ke Beast Park untuk melakukan aktiviti lasak seperti Ninja Course, e-walls, fun cave, lil’beast dan banyak lagi. Disebabkan ianya agak lasak, jadi kanak-kanak lima tahun ke atas yang ingin melakukan aktiviti ini perlu dipantau dan ditemani penjaga. Setiap sesi yang ditawarkan adalah selama 90 minit.
Kelebihan Beast Park, Sungei Wang
- Indoor dan tidak panas
- Harga tiket masuk berpatutan
- Lebih daripada satu aktiviti menarik
- Platform setinggi 15 meter
Kekurangan Beast Park, Sungei Wang
- Tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun
Info Beast Park, Sungei Wang
Alamat | Level 3, JUMPA@ Sungei Wang, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi | Isnin-Jumaat : 10 pagi- 10 malam/ Sabtu – Ahad : 10 pagi – 8 malam |
Website/Instagram/Facebook | https://beastpark.my/ |
Tiket | RM 29 – RM 55 |
Hauntu, The Linc KL
Pengalaman seram yang mengasyikkan. Hauntu ialah gabungan teater langsung, lakonan dan penceritaan yang digabungkan untuk memberikan pengalaman menarik yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini di Kuala Lumpur. Hauntu menampilkan pelakon sebenar, interaksi penonton, dan jalan cerita yang saling berkaitan yang berpusat di sekitar hotel kolonial yang penuh dengan misteri dan paranormal.
Peserta bukan sahaja boleh mengambil peranan dalam jalan cerita tetapi juga mendalami Malaysia dalam era yang berbeza dari zaman sebelum kemerdekaan hingga kini. Hauntu ialah tawaran pengalaman terkini daripada Breakout, francais antarabangsa dengan 10 cawangan di seluruh dunia.
Kelebihan Hauntu, The Linc KL
- Pengalaman berbeza daripada rumah hantu yang lain
- Pengunjung menjadi pelakon dalam movie set
- Ibarat berada di alam lain
- Lebih daripada satu episod untuk pengalaman berbeza
Kekurangan Hauntu, The Linc KL
- Kurang sesuai untuk anda yang penakut
Info Hauntu, The Linc KL
Alamat | The LINC KL, 360, Jln Tun Razak, Pudu, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi | Isnin,Rabu-Jumaat : 1 petang- 10 malam/ Sabtu – Ahad : 10 pagi – 10 malam |
Website/Instagram/Facebook | laman web |
Tiket | RM 58 |
Rollerwa Malaysia, One Utama
Dari Korea ke Malaysia! Rollerwa menawarkan gelanggang kasut roda atau rollerskate yang berasal dari Korea. Dibuka sejak 23 Disember 2021 yang lalu, Rollerwa menyediakan pengalaman berkasut roda yang menyeronokkan. Boleh dikategorikan sebagai aktiviti sihat atau senaman, berkasut roda di gelanggang Rollerwa dilengkapi dengan mainan muzik dan lampu berwarna-warni sebagai peneman anda. Anda boleh membawa kasut roda sendiri atau boleh menyewanya di sini.
Kelebihan Rollerwa Malaysia, One Utama
- Bermain kasut roda dengan suasana berbeza
- Indoor
- Kasut roda boleh disewa
- Dilengkapi muzik dan lampu berwarna-warni
Kekurangan Rollerwa Malaysia, One Utama
- Risiko terjatuh sewaktu bermain
Info Rollerwa Malaysia, One Utama
Alamat | Level 1, 1Utama Shopping Centre |
---|---|
Waktu operasi | Isnin – Ahad : 10 pagi – 10 malam |
Website/Instagram/Facebook | https://www.instagram.com/rollerwakl/ |
Tiket | RM 12- RM 80 |
Skate Park di Putrajaya Challenge Park
Sesuai untuk anda yang gemar sukan lasak seperti berbasikan atau bermain skateboard, ini adalah lokasi terbaik. Putrajaya Challenge Park merupakan taman seluas 30 hektar di Putrajaya Precinct 5 dilengkapi dengan beberapa kemudahan taman ekstrem yang terbaik di Asia. Taman yang direka dengan baik ini dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2009 dan mempunyai pelbagai tarikan utama antaranya adalah Skate Park. Permukaan konkrit berkontur licin ini telah direka khas untuk memberikan keseronokan untuk pemain skateboard, inline skaters / roller blading dan penunggang basikal BMX dan penunggang aksi.
Kelebihan Skate Park di Putrajaya Challenge Park
- Tiada bayaran masuk
- Pelbagai aktiviti menarik lain di lokasi berdekatan
- Sesuai untuk anda yang gemar sukan lasak
Kekurangan Skate Park di Putrajaya Challenge Park
- Agak lasak, risiko cedera
Info Skate Park di Putrajaya Challenge Park
Alamat | Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya |
---|---|
Waktu operasi | Ahad- Khamis : 10 pagi – 10 malam / Jumaat – Sabtu : 10 pagi – 12 tengah malam |
Website/Instagram/Facebook | https://www.facebook.com/Putrajaya.Challenge.Park/ |
Tiket | percuma |
Sama ada indoor atau outdoor, segalanya pilihan anda. Sebenarnya ada banyak lagi lokasi menarik lain, namun jika anda mahukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh, senarai di atas ini adalah pilihan terbaik.
Sesetengah lokasi yang disenaraikan ini tidak menyediakan petugas keselamatan dan pengunjung juga terdedah dengan risiko seperti tercedera akibat terjatuh dan sebagainya. Dinasihatkan, dapatkan latihan permulaan sebelum menyertai sebarang aktiviti sukan lasak ini.