5 Produk Penjagaan Kulit Berkesan Untuk Menghilangkan Jeragat. Dapatkan Di Drugstore Berhampiran Anda
Jeragat dianggap sebagai cela yang membuatkan kulit tampak tidak sempurna. Dari sudut kecantikan jeragat kebiasaannya ada pada kulit wajah sesiapa sahaja terutama di bahagian yang terdedah kepada sinaran matahari. Jeragat adalah kluster melanin yang senang kelihatan pada lapisan epidermis kulit dan jenis berkelompok sering muncul pada bahagian wajah, bahu dan dada. Selain faktor genetik, iaitu terdapat pada kromosom yang tertentu, jeragat juga boleh muncul akibat selaran sinar matahari yang terdedahnya melanosit akibat sinaran matahari.
Bagi individu yang mempunyai masalah jeragat, ada beberapa kaedah dan rawatan yang sesuai untuk mengatasinya. Cara paling cepat menghilangkan jeragat adalah menjalani rawatan laser tetapi kosnya sangat tinggi dan mungkin ada sedikit kesan sampingan seperti pengelupasan kimia. Oleh itu, penggunaan produk penjagaan kulit untuk menghilangkan jeragat adalah dicadangkan. Antara yang dicadangka seperti Garnier Bright Complete Vitamin C Serum Mask, L’OREAL Glycolic Bright Instant Glowing Serum, Nivea Extra Bright C & Hya Vitamin Essence Water, Nivea LUMINOUS630 AntiDark-Spot Serum dan SOME BY MI Yuja Niacin Dark Spot Correcting Stick. Kelima-lima produk ini anda boleh dapatkan di drugstore berhampiran dengan mudah.
SOME BY MI Yuja Niacin Dark Spot Correcting Stick
Jenama SOME BY MI sudah bertapak sejak tahun 2016 dan sudah berkembang di lebih 20 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia dan menguasai pasaran Asia Tenggara. SOME BY MI adalah pilihan nombor 1 di Korea gabungan dari perkataan ‘Something’, ‘By A Miracle’ dan ‘Mi’ bererti cantik dalam bahasa Korea. Antara produk terkini jenama ini yang mampu menghilangkan jeragat adalah SOME BY MI Yuja Niacin Dark Spot Correcting Stick. Bersaiz kecil, namun fungsinya sangat besar memilki kandungan bahan aktif yang terbukti selamat serta tidak meninggalkan kesan pedih di muka selepas menggunakannya. SOME BY MI Yuja Niacin Dark Spot Correcting Stick dirumus dengan 100 peratus bahan efektif terbukti berkesan untuk mengatasi isu jeragat, tompok gelap, parut jerawat, dan kulit kering. Multi stick ini mempunyai kesan penyejuk pada kulit dengan kandungan Ekstrak Likuoris & Arbutin, 5 peratus Niacinamide (vitamin B3), sitrus buah Yuja, Teatree dan Peptida untuk meningkatkan keanjalan kulit.
Kelebihan SOME BY MI Yuja Niacin Dark Spot Correcting Stick
- Tekstur ringan dan tidak melekit
- Bau buah sebenar yang menyegarkan
- Mengandungi 8 jenis kandungan vitamin pelbagai
- Bebas paraben
Kekurangan SOME BY MI Yuja Niacin Dark Spot Correcting Stick:
- Mudah cair jika terkena kepada cahaya dan panas secara langsung
Spesifikasi SOME BY MI Yuja Niacin Dark Spot Correcting Stick:
Isipadu/Berat: | 10g |
---|---|
Kanduangan: | Ekstrak Buah Citrus Junos(37 %), Butylene Glycol, Bis-PEG-18 Methyl Ether Dimethyl Silane, Gliserin, Niacinamide(50,000 ppm), Natrium Stearat, Pentylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Allantoin, Ethylhexylglycerin, Melaleufolia Pokok) Ekstrak Daun, Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Akar Polygonum Cuspidatum, Ekstrak Akar Scutellaria Baicalensis, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Ekstrak Daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), Ekstrak Akar Glycyrrhiza Uralensis (Likuoris), Ekstrak Bunga Chamomilla BHT (Matricaria BHT) Panthenol, Arginine, Glutathione, Biotin, Sodium Ascorbyl Phosphate, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Arbutin, Tocopheryl Acetate, Folic Acid, Pyridoxine HCl, Glyceryl Linoleate, Madecassoside, Yellow 5 (CI 19140), Extract Asiaticatica Glybralyafnate (Likuoris) Ekstrak Akar, Glyceryl Arachidonate, Asid Madecassic, Asid Asiatik, Palmitoyl Dipeptide-10, Palmitoyl Tetrapeptide-7, Palmitoyl Tripeptide-1, Ascorbyl Palmitate, Fragrance, Limonene |
Harga: | RM61.08 |
NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum
NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai produk yang menerima Penyertaan Terbesar dalam Cabaran Anti Bintik Hitam. Lebih dari 90 peratus pengguna bersetuju NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum sangat efektif dalam melawan bintik hitam. Telah dipatenkan oleh jenama kecantikkan NIVEA, NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum terbukti 10 kali lebih berkesan berbanding bahan-bahan aktif yang terkenal lain. NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum merupakan produk penyelidikan menyeluruh selama 10 tahun yang memperlihatkan lebih daripada 50,000 molekul diuji. Ia telah terbukti selamat digunakan untuk mengurangkan bintik-bintik hitam sebanyak 71 peratus. Bukan itu sahaja NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum dapat mengurangkan garis halus dan meningkatkan keserian kulit dengan 2X Hyaluron dan Anti-Oksidan. NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum telah terbukti secara klinikal dan disahkan oleh Institut Dermatologi serta turut diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology yang terkenal di dunia dengan keputusan yang menakjubkan dalam masa 14 hari.
Kelebihan NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum:
- Mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records
- 10 kali lebih berkesan daripada jenama lain
- Terbukti secara klinikal dan disahkan oleh Institut Dermatologi
- Kesan seawal 2 minggu
Kekurangan NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum:
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum:
Isipadu/Berat: | 30ml |
---|---|
Kanduangan: | Aqua, Isopropyl Palmitate, Cetearyl Isononanoate, Dimethicone, Glycerin, Alcohol Denat., Cocoglycerides, Distarch Phosphate, Butylene Glycol, Methylpropanediol, Tapioca Starch, Isobutylamido Thiazolyl Resorcinol, Sodium Hyaluronate, Tocopheryl Acetate, Stearyl Alcohol, Cetyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Sodium Ascorbyl Phosphate, Sodium Stearoyl Glutamate, Sodium Polyacrylate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Trisodium EDTA, Sodium Chloride, Sodium Hydroxide, Sodium Sulfate, Phenoxyethanol, Benzyl Alcohol, Parfum, CI 15985, CI 47005 |
Harga: | RM114.40 |
GARNIER Bright Complete Vitamin C Serum Mask
GARNIER jenama kecantikan berusaha memperkasakan industri kecantikan yang lebih lestari demi kemampanan dunia masa hadapan. GARNIER Bright Complete Vitamin C Serum Mask, item generasi baru terkini dengan formula semula jadi dan menggunakan tisu mask jenis biodegradable. Setiap GARNIER Bright Complete Vitamin C Serum Mask diformulasikan kandungan seperti sebotol serum muka yang diperkayakan dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit. Lebih-lebih lagi untuk menghilangkan kesan jeragat dan pigmen kulit yang tidak sekata. Diperkaya dengan Ekstrak pati tulen buah lemon, Vitamin dan Hyaluronic Acid, GARNIER Bright Complete Vitamin C Serum Mask dicadangkan penggunaannya selama 15 minit. Hasilnya, kulit terasa lembap, tampak lebih cerah dan warna kulit tampak lebih sekata. GARNIER Bright Complete Vitamin C Serum Mask juga menyediakan penghalang pelembap dan pelindung yang melindungi kulit anda daripada radikal bebas. Ia cukup lembut untuk semua jenis kulit, walaupun kulit sensitif, dan benar-benar bebas daripada bahan kimia yang kuat. GARNIER Bright Complete Vitamin C Serum Mask telah diujikan secara Dermatologi dan disahkan Halal.
Kelebihan GARNIER Bright Complete Vitamin C Serum Mask:
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Diformulasikan kandungan seperti sebotol serum
- Diujikan secara Dermatologi
- Mendapat pensijilan Halal
- Harga berpatutan
Kekurangan GARNIER Bright Complete Vitamin C Serum Mask:
- Stok terhad di pasaran
Spesifikasi GARNIER Bright Complete Vitamin C Serum Mask:
Isipadu/Berat: | 28g |
---|---|
Kanduangan: | Aqua / Air, Gliserin, Betaine, Rhamnose, Jus Buah Cocos Nucifera/ Jus Buah Kelapa, Butter Butyrospermum Parkii/ Shea Butter, Peg-100 Staterat, Dicapryl Karboat, Asid Starik, Sariik, Gliserisaril Isosarid , Palmitic Acid, Alumina, Phenylethyl Resorcinol, Ascorbyl Glucoside, Ammonium Polyacryloydimethyl Taurate, Disodium Edta, Hydroxyacetophenone, Citric Acid, Xanthan Gum, Cetyl Alcohol, Octyldodecanol, Hexyldecanol, Tocopherol, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate, Ci 77891/ Titanium Dioxide, Linalool, Parfum/ Wangian |
Harga: | RM9.50 |
L’Oréal Paris Glycolic Bright Instant Glowing Face Serum
L’Oréal Paris Glycolic Bright Instant Glowing Face Serum dirumus dengan 1.0% Glycolic Acid bertindak memudarkan parut jeragat dari dalam. Sekali gus menggalakkan pembentukan lapisan kulit baharu yang lebih sihat dan cerah serta memastikan kebersihan muka dapat dikekalkan di tahap optimum. L’Oréal Paris Glycolic Bright Instant Glowing Face Serum terbukti secara klinikal untuk mencerahkan kulit serta-merta dan mengurangkan bintik-bintik hitam dalam 2 minggu selepas penggunaan. Serum ini dikomersialkan dengan kepekatan optimum 1% Glycolic Acid menawarkan kelainan kepada pengguna berbanding produk kecantikan yang berada di pasaran dengan memfokuskan kepada kandungan bahan aktif yang terbukti selamat serta tidak meninggalkan kesan pedih di muka selepas penggunaannya. L’Oréal Paris Glycolic Bright Instant Glowing Face Serum menggabungkan beberapa bahan aktif lain seperti LHA, ADENOSINE dan PRO-XYLANE ternyata berkesan dalam mengurangkan penghasilan melanin berlebihan. L’Oréal Paris Glycolic Bright Instant Glowing Face Serum telah diuji oleh pakar dermatologi pada kulit Asia.
Kelebihan L’Oréal Paris Glycolic Bright Instant Glowing Face Serum
- Dirumus dengan 1.0% Glycolic Acid
- Kesan seawal 2 minggu penggunaan
- Mengurangkan penghasilan melanin berlebihan
- Telah diuji oleh pakar dermatologi pada kulit Asia
Kekurangan L’Oréal Paris Glycolic Bright Instant Glowing Face Serum:
- Perlu gunakan sebelum pelembap. Elakkan kontur mata
Spesifikasi L’Oréal Paris Glycolic Bright Instant Glowing Face Serum:
Isipadu/Berat: | 30ml |
---|---|
Kanduangan: | Aqua / Air, Gliserin, Alkohol, Dipropylene Glycol, Butylene Glycol, Peg/Ppg/Polybutylene Glycol-8/5/3 Glycerin, Niacinamide, Hydroxethylpiperazine Etane Sulfonic Acid, Bis-Methmethlid 1 0-Ethyl Ascorbic Acid, Isononyl Isononanoate,Linalool, Geranoil, Sobbritan Isosteate, Eugenol, Parfum/Frgrance, Salicylic Acid, Sodium Hydroxide, Sodium Citrate, Sodium Hyaluronate, Phenoxyethanol, Phenylthyl Resorcinol, Adenosine, Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Tocopheryl Acetate, Disodium Edta , Limononene tocopherol, ydroksyethyl acrylate/sodiumm acryloyldimethyl copolymer, asetin |
Harga: | RM69.20 |
NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Essence Water
NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Essence Water produk inovatif yang dapat menambah dan memperbaiki pelindung kulit anda. Selain itu, penggunaan secara konsisten dapat meningkatkan kelembapan kulit dan menghapuskan jeragat dengan begitu efektif. NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Essence Water hadir dengan tekstur air ultra-ringan yang tidak melekit dicas dengan 100 kali Vitamin C dan tiga kali PURE HYALURON, yang bertindak pada lapisan kulit yang berbeza dan mengaktifkan pengeluaran Hyaluron kulit. Sekaligus menjadikan kulit berasa terhidrat, lembut dan tegang selepas tiga hari digunakan. NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Essence Water juga berkesan mengatasi masalah kulit kusam, mengecilkan liang pori, mengawal kulit wajah berminyak, mencerahkan wajah dan sebagai antipenuaan. Produk ini bukan saja boleh digunakan wanita, malah ia juga sesuai untuk lelaki seawal usia 20 tahun hingga 60 tahun. NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Essence Water selamat digunakan kerana bebas 100 peratus daripada paraben dan silikon, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk individu dengan kulit sensitif.
Kelebihan NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Essence Water:
- Memiliki kesan 100x vitamin C
- Menyihatkan kulit dan mengecilkan pori-pori
- Tidak melekit
- Tidak mengandungi paraben dan silikon
Kekurangan NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Essence Water:
- Boleh memedihkan mata. Elakkan terkena mata
Spesifikasi NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Essence Water:
Isipadu/Berat: | 100ml |
---|---|
Kanduangan: | Aqua, Gliserin, Alkohol Denat., Niacinamide, Minyak Kastor Terhidrogenasi PEG-40, Sodium Ascorbyl Phosphate, Sodium Acetylated Hyaluronate, Sodium Hyaluronate, Sodium Hyaluronate Crosspolimer, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Ubiquinone, Citrus Sinensis 2 Extract , Cocoglycerides, Citric Acid, Pentylene Glycol, Ethylhexylglycerin, Parfum |
Harga: | RM35.60 |
Jeragat muncul pada kulit yang umumnya disebabkan peningkatan melanin dalam badan. Ia sebenarnya satu keadaan tidak berbahaya malah tak ada sebarang simptom seperti gatal atau pedih pada wajah seseorang yang mengalaminya. Namun tidak semua wanita yang inginkan jeragat di muka. Jika ditanya, mungkin ramai wanita lebih memilih memiliki kulit yang bersih dan mulus. Disebabkan itu, produk penjagaan yang sesuai untuk kulit kalian diperlukan untuk menghilangkan jeragat dengan berkesan. Cuma jika terdapat bintik hitam yang semakin besar berserta berubah penampilan dan warna, jangan ambil mudah. Jumpa pakar kulit untuk menjalani pemeriksaan.
Sejak dahulu, masyarakat dunia menerima hakikat jeragat membuatkan seseorang wanita tampak berbeza kerana selama ini ia dianggap bintik mencacatkan kecantikan seseorang. Namun hari ini mengikut trend solekan, jeragat menjadi kegilaan remaja di Barat dan Korea Selatan yang sengaja menambah bintik itu untuk kelihatan unik dan sebagai ciri yang mampu menarik perhatian. Pelik-pelik kan?