Jom Shopping Tudung: 5 Butik Tudung Bergaya dengan Style Terkini di KL dan Selangor

Jom Shopping Tudung: 5 Butik Tudung Bergaya dengan Style Terkini di KL dan Selangor
Fesyen


Fesyen tudung di Malaysia mengalami pertumbuhan pesat dan telah menjadi aspek penting dalam industri fesyen tempatan. Perkembangan dari gaya tradisional ke moden telah menjadi ciri utama, dengan koleksi tudung yang semakin beragam seperti tudung bawal, shawl, dan hijab instan. Ini memberikan pilihan yang luas kepada wanita berhijab.

Selain itu, pasaran dan ekonomi fesyen tudung di Malaysia adalah sektor penting dalam ekonomi negara. Dengan permintaan yang tinggi, banyak jenama tempatan dan antarabangsa melancarkan produk yang memenuhi keperluan pengguna. Butik-butik fesyen tempatan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor turut memberi tumpuan kepada fesyen tudung, anda juga boleh menemui jenama tudung ini di beberapa pusat membeli-belah terkenal di Lembah Klang.

Butik 1: Arzu Scarf, KLCC

Butik 1: Arzu Scarf, KLCC
Sejak tahun 1995, matlamat Arzu adalah untuk menyediakan wanita dengan tudung terbaik pada abad ini, iaitu tudung yang mencerminkan keperibadian anda dan menjadikan hidup lebih mudah. Dengan menggandingkan fabrik semula jadi berkualiti tinggi dengan reka bentuk mengikut aliran, dan dengan mendengar keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, Arzu Scarf telah menghasilkan rangkaian koleksi hijabnya tersendiri. Tudung dari Arzu Scarf dihasilkan kapas, sutera dan bulu yang paling berkualiti demi keselesaan si pemakai.

Sebab anda akan suka membeli di Arzu Scarf:

  • Butik sangat eksklusif di KLCC
  • Boleh beli secara online di website
  • Fabrik semulajadi berkualiti tinggi
  • Pelbagai corak dan jenis tudung seperti bawal, selendang
  • Mempunyai rangkaian produk lain seperti aksesori dan tudung dalam
  • Rekaan corak eksklusif

Sebab anda mungkin tidak memilih Arzu Scarf:

  • Sesetengah koleksi mungkin berharga tinggi
  • Bayaran tempat letak kereta di KLCC mungkin mahal, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan pengangkutan awam ke sana.

Info tentang Arzu Scarf:

Nama brand: Arzu Scarf
Alamat butik: KLCC – Lot 238 & 239, Level 2
Waktu beroperasi: 10 pagi – 10 malam
No telefon: +60 12 377 6487
Range harga: RM 40 – RM 599
Website/Media sosial: website; Instagram

Butik 2: Buttonscarves,1 Utama

Butik 2: Buttonscarves,1 Utama
Ditubuhkan pada tahun 2016, Buttonscarves adalah sebuah jenama gaya hidup mewah yang berasal dari Indonesia, yang berazam untuk membawa tren baru dalam fesyen terutamanya untuk wanita. Pada tahun 2020, Buttonscarves meluaskan perniagaannya ke Malaysia dengan membuka butik antarabangsa pertamanya di Kuala Lumpur. Buttonscarves Malaysia mengetengahkan pelbagai produk fesyen, termasuk tudung bercetak, pakaian, jubah sembahyang, beg, kasut, dan pelbagai aksesori. Dari tudung polos hingga yang bercorak, semuanya ada di sini. Selain itu, mereka juga menawarkan produk lain seperti set sembahyang, pakaian sukan, dan lain-lain lagi. Produk yang ditawarkan oleh Buttonscarves Malaysia memenuhi keperluan gaya hidup wanita yang berdinamik dan moden.

Sebab anda akan suka membeli di Buttonscarves:

  • Pelbagai corak dan jenis tudung seperti bawal, selendang
  • Mempunyai rangkaian produk lain seperti baju, cape dan aksesori lain
  • Boleh beli di butik dan secara online di website
  • Rekaan corak eksklusif floral dan moden
  • Lokasi butik strategik

Sebab anda mungkin tidak memilih Buttonscarves:

  • Harga sedikit mahal

Info tentang Buttonscarves:

Nama brand: Buttonscarves
Alamat butik: F310, First Floor, 1 Utama Shopping Centre (New Wing), 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu beroperasi: 10 pagi – 10 malam
No telefon: 03-6414 2730
Range harga: RM 100 – RM 299
Website/Media sosial: website; Tiktok

Butik 3: Bokkita, Sunway Putra Mall

Butik 3: Bokkita, Sunway Putra Mall
Bokkita ialah jenama tudung dan pakaian kontemporari untuk wanita Islam moden dan ia sangat praktikal. Ia terkenal dengan rekaan tudung pinless atau tudung tanpa menggunakan pin, khas untuk anda yang mahukan kepantasan namun dalam masa yang sama mahukan penampilan terbaik dan lengkap. Hampir setiap rekaannya eksklusif dan mempunyai identiti yang tersendiri. Bokitta mempunyai kawalan penuh ke atas proses pembuatan, memastikan kecekapan maksimum dan pengeluaran sifar kecacatan. Sehingga kini, Bokitta mempunyai lebih 40 kedai di Timur Tengah, UK, Brunei, Singapura dan Malaysia, menyediakan wanita berhijab dengan penyelesaian tudung yang inovatif dan cetakan bergaya.

Sebab anda akan suka membeli di Bokkita:

  • Terdapat banyak jenis rangkaian tudung; bersukan, gaya santai & formal
  • Pelbagai corak dan jenis tudung seperti bawal, selendang
  • Mempunyai rangkaian produk lain seperti baju dan telekung
  • Boleh beli di butik dan secara online di website
  • Jenama terkenal dan eksklusif

Sebab anda mungkin tidak memilih Bokkita:

  • Tiada keluaran tudung cotton

Info tentang Bokkita:

Nama brand: Bokkita
Alamat butik: Sunway Putra Mall, Lot 3.037A, 3rd Floor, 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur
Waktu beroperasi: 10 pagi – 10 malam
No telefon: 019-300 1455
Range harga: RM 145
Website/Media sosial: website

Butik 4: FANA Couture, Melawati Mall

Butik 4: FANA Couture, Melawati Mall
Koleksi tudung daripada FANA Couture lebih terkenal dengan rangkaian hijab ekspress namun dengan corak yang sungguh eksklusif. Tiada lagi tudung sarung yang menampakkan anda kelihatan berusia, kerana reka bentuk awning tudung itu sendiri kelihatan cantik terletak di wajah tanpa merenyahkan. Ia banyak mengeluarkan corak seni moden dengan gaya abstrak dan elemen floral bagi menaikkan aura feminine anda.

Sebab anda akan suka membeli di FANA Couture:

  • Harga sangat berpatutan
  • Mempunyai rangkaian produk lain seperti baju dan aksesori
  • Boleh beli di butik dan secara online di website
  • Pelbagai corak menarik dan eksklusif
  • Mempunyai 10 butik di serata Malaysia

    Sebab anda mungkin tidak memilih FANA Couture:

    • Jenama kurang terkenal

    Info tentang FANA Couture:

    Nama brand: FANA Couture
    Alamat butik: Melawati Mall, L2-K3, Jln Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
    Waktu beroperasi: 10 pagi – 10 malam
    No telefon: 03-6127 7864
    Range harga: RM 39 – RM 59
    Website/Media sosial: website,

    Butik 5: Tudung Ruffle, IOI City Mall

    Butik 5: Tudung Ruffle, IOI City Mall
    Tudung Ruffle adalah jenama terkemuka dan lebih terkenal dengan koleksi tudung bawal. Reka bentuk estetik beserta signaturenya sangat digemari pada hijabi di Malaysia. Kebanyakkan gaya tudung ini sesuai untuk aktiviti harian juga untuk kelihatan elegan ke majlis-majlis tertentu. Jenama ini juga banyak berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal seperti Fizi Woo untuk keluaran eksklusifnya.

    Sebab anda akan suka membeli di Tudung Ruffle:

    • Jenama tudung terkenal di Malaysia
    • Rekaan tudung eksklusif
    • Berkolaborasi bersama pereka fesye terkenal
    • Boleh beli di butik dan secara online di website
    • Harga masih mampu milik

    Sebab anda mungkin tidak memilih Tudung Ruffle:

    • Tiada aksesori lain dijual

    Info tentang Tudung Ruffle:

    Nama brand: Tudung Ruffle
    Alamat butik: L1-42B, IOI City Mall Putrajaya, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
    Waktu beroperasi: 10 pagi – 10 malam
    No telefon: +601129856034
    Range harga: RM 29 – RM 99
    Website/Media sosial: website; Tiktok

    Sebelum membeli tudung, penting untuk mempertimbangkan jenis tudung yang sesuai dengan keperluan anda. Jika anda aktif dan sering berada di luar, pilihlah tudung yang diperbuat daripada fabrik cotton yang mudah menyerap peluh dan direka dengan gaya yang sederhana untuk keselesaan lebih. Harga yang rendah tidak semestinya menandakan kurangnya kualiti, yang penting adalah bahan yang sesuai dengan anda sebagai pengguna.

    Dalam konteks fesyen berhijab di Malaysia, ia tidak hanya melibatkan pemakaian tudung semata-mata tetapi juga merangkumi aspek budaya, ekonomi, dan teknologi yang terus berkembang. Ini mencerminkan identiti wanita muslim moden yang mampu mengekalkan nilai-nilai agama sambil mengikuti trend fesyen global yang berkembang.



Related posts