5 Drama Bersiri Paling Menarik Perlu Anda Tonton Mac 2023 Ini

5 Drama Bersiri Paling Menarik Perlu Anda Tonton Mac 2023 Ini
Gaya hidup


Untuk bulan Mac 2023 ini, terdapat 5 lagi drama bersiri paling menarik terbaharu yang bakal menemui penonton Malaysia. Seperti biasa, senarai drama bersiri yang kami cadangkan dan bakal dipertontonkan ini pastinya jarang gagal untuk menarik perhatian penonton. Antara yang bakal menjadi pilihan adalah drama Melayu berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Walaupun belum dipertontonkan, tajuk drama ini sudah menjadi bualan ramai dek kontroversi dan ketegangan dua pelakon utama siri ini. Namun mereka dikatakan masih bekerja secara profesional untuk menyiapkan baki penggambaran ini.

Selain itu, drama bersiri Korea menarik, yang bakal mencuri hati penonton Mac ini adalah The Glory Season 2, sambungan lakonan aktres popular Song Hye-Kyo yang meninggalkan kesan di hati penonton akan ditayangkan di saluran berbayar Netflix Mac ini. Drama bersiri Korea Selatan lain yang tidak kurang hebat seperti Three Bold Siblings, Love to Hate You (2023), dan Kill Bok-soon. Kelima-lima drama bersiri ini akan ditayangkan secara terus kepada penonton sama ada di saluran televisyen tempatan mahupun boleh ditonton secara dalam talian. Jika tidak mempunyai saluran berbayar khas di televisyen, anda dicadangkan untuk melanggan aplikasi atau portal drama yang berdaftar. Anda boleh tonton drama-drama bersiri hebat terbaharu di mana sahaja dan bila-bila masa sepuas-puasnya.

Ku Akad Kau Dengan Bismillah (TV3)

Ku Akad Kau Dengan Bismillah (TV3)
Ku Akad Kau Dengan Bismillah ialah sebuah siri drama Melayu tempatan arahan Osman Ali dan Yus Yusop, dibintangi oleh peneraju utama Aliff Aziz, dan Sophia Albarakbah. Ku Akad Kau Dengan Bismillah sudah memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 dan strim eksklusif di Tonton bermula 6 Februari 2023 dan akan terus ditayangkan sehingga episod terakhir pertengahan Mac 2023 ini. Ku Akad Kau Dengan Bismillah mengisahkan Raisya Hannah (Sophia Albarakbah) seorang usahawan kedai hiasan telah mendapat kejutan yang tidak diingini.

Apabila membuka matanya daripada tidur pada suatu hari, Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira (Jasmine Suraya), di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang. Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian. Luth Mikail (Aliff Aziz), seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah. Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

Spesifikasi Ku Akad Kau Dengan Bismillah (TV3)

Trailer https://www.youtube.com/watch?v=0QW-9E_sJ4w
Genre Drama, Cinta, Konflik Keluarga
Jumlah episod 28
Tayangan 6 Februari 2023 – 15 Mac 2023
Pelakon Aliff Aziz, Sophia AlBarakbah, Shah Iskandar, Jasmin Suraya, Halim Radzi, Didi Astillah, Zaki Azeman

The Glory Season 2 (NETFLIX)

The Glory Season 2 (NETFLIX)
The Glory Season 2 lakonan aktres ternama Song Hye Kyo dinanti-nantikan peminat, setelah kejayaan The Glory siri pertama yang disiarkan 30 Disember 2022 lalu di saluran berbayar Netflix. Drama bersiri The Glory dan The Glory Season 2 diarah oleh Ahn Gil-Ho dan digarap penulis skrip tersohor Kim Eun-sook. The Glory yang lalu membawa kisah licik dan sedih mengenai seorang wanita, Moon Dong-Eun yang merancang membalas dendam setelah sekian lama. Ketika zaman persekolahan, Moon Dong-Eun seorang pelajar pintar terpaksa berhenti sekolah selepas menjadi mangsa buli yang kejam oleh rakan sekelasnya. Dia trauma dan bertekad untuk membalas dendam terhadap pembuli dan guru kelasnya yang langsung tidak membantunya ketika dibuli.

Pada permulaan misi balas dendamnya masih di awal permulaan, namun dalam The Glory Season 2 sisi dendam Moon Dong-Eun lebih terserlah. Menurut penulis skrip drama bersiri popular ini, untuk bahagian 2 jalan cerita The Glory sangat memuaskan dan pastinya akan memberikan kejutan luar biasa kepada penonton. Terujakan? Masih tiada sebarang pembayang apa akan terjadi dalam The Glory Season 2, oleh itu jom tonton drama ini di saluran Netflix 10 Mac ini.

Spesifikasi The Glory Season 2 (NETFLIX)

Trailer https://www.youtube.com/watch?v=haF6q1N5vJo
Genre Thriller, Drama, Melodrama
Jumlah episod 8 episod
Tayangan 10 Mac 2023
Pelakon Song Hye-Kyo (Moon Dong-Eun), Lee Do-Hyun (Joo Yeo-Jung), Lim Ji-Yeon (Park Yeon-Jin), Park Yeon Jin (Im Ji Yeon), Yum Hye-Ran (Kang Hyeon-Nam), Park Sung-Hoon (Jeon Jae-Jun), Jung Sung-Il (Ha Do-Young), Kim Hieora (Lee Sa-Ra), Cha Joo-Young (Choi Hye-Jeong), Kim Gun-Woo (Son Myeong-O)

Three Bold Siblings (KBS2)

Three Bold Siblings (KBS2)
Jika anda peminat drama bersiri yang panjang, Three Bold Sibling arahan Park Man-Young adalah dicadangkan. Sudah menemui penonton sejak September 2022, drama ini masih dalam tayangan sehingga pertengahan Mac 2023 ini. Three Bold Siblings adalah drama popular dan menarik ketika ini dan mempunyai peratusan ranting yang tinggi setiap episod yang ditayang setiap Sabtu dan Ahad. Walaupun masih sedang dipertontonkan, drama ini juga telah menerima beberapa penganugerahan ketika Anugerah Drama KBS 2022 yang berlangsung pada 31 Disember 2022 lalu. Antara anugerah yang dimenangi adalah Pelakon Cemerlang (drama panjang) Lim Ju-Hwan, Pelakon Cemerlang (drama panjang) Lee Ha-Na, Pelakon Baharu Terbaik (Lee You-Jin) dan Anugerah Pasangan Terbaik Kim Seung-Su & Kim So-Eun. Three Bold Siblings mengisahkan Kim Tae-Joo lakonan Lee Ha-Na merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Dia baik hati dan bertolak ansur, tetapi dia juga mempunyai sifat panas baran. Dia memutuskan hubungan dengan orang yang dia tidak suka.

Pada suatu hari, Kim Tae-Joo bertemu semula dengan bekas kekasihnya iaitu Lee Sang-Joon lakonan Lim Ju-Hwan selepas beberapa tahun. Mereka bersekolah di sekolah rendah yang sama. Lee Sang-Joon seorang pelakon yang popular yang sensitif, imaginatif, dan pintar. Dia juga merupakan adik sulung dalam keluarganya. Sejak kecil, dia sangat disayangi oleh keluarganya. Keluarganya pernah berhutang, tetapi, selepas Lee Sang-Joon berjaya, dia melunaskan hutang mereka dan terus menyokong mereka dari segi kewangan. Adakah kisah percintaan mereka kembali bertaut dan direstui kedua belah keluarga? Saksikan kesemua 51 episod Three Bold Sibling di saluran KBS 2.

Spesifikasi Three Bold Siblings (KBS2)

Trailer https://www.youtube.com/watch?v=JqBmhhCzb8k
Genre Komedi, Romantik, Kekeluargaan
Jumlah episod 51
Tayangan 24 September 2022 – 19 Mac 2023
Pelakon Lee Ha-Na (Kim Tae-Joo), Lim Ju-Hwan (Lee Sang-Joon), Lee Tae-Sung (Cha Yoon-Ho), Kim Seung-Su (Shin Mu-Young), Kim So-Eun (Kim So-Rim), Lee You-Jin (Kim Gun-Woo)

Love to Hate You (NETFLIX)

Love to Hate You (NETFLIX)
Love to Hate You drama bergenre komedi romantic arahan Kim Jeong-Kwon dan ditulis oleh Choi Soo-Young sudah mula ditayangkan bermula 10 Februari 2023 lalu. Love to Hate You akan ditayangkan sehingga pertengahan Mac 2023 ini sebanyak 10 episod. Dibintangi oleh pelakon handalan seperti Kim Ok-Vin dan Yoo Teo, drama bersiri Love to Hate You drama ringan menarik yang sesuai ditonton oleh penonton bermula umur 15 tahun ke atas. Love to Hate You mengisahkan Yeo Mi-Ran lakonan Kim Ok-Vin merupakan seorang peguam baru di Gilmu Law Firm, yang berkhidmat untuk pelanggan industri hiburan. Dia tidak berminat untuk menjalinkan sebarang hubungan romantik dan benci jika kalah kepada lelaki.

Nam Gang-Ho pula, lakonan Yoo Teo merupakan pelakon terkenal dalam industri hiburan dan tidak mempercayai wanita. Yeo Mi-Ran dan Nam Gang-Ho, yang kedua-duanya tidak percaya pada cinta, akhirnya jatuh ke alam percintaan dan tidak lama kemudian menjadi pasangan suami isteri. Namun, semuanya tidak menjadi dan mereka seperti pasangan lain mengalami pergolakkan ketika bersama. Love To Hate You dikatakan menawarkan pengakhiran yang agak memuaskan sesuai dengan kisah huru-hara Yeon Mi Ran dan Nam Kang Ho. Nak tahu lebih lanjut? Tonton keseluruhan drama ini segera di saluran Netflix.

Spesifikasi Love to Hate You (NETFLIX)

Trailer https://www.youtube.com/watch?v=w4iz85bSlF8
Genre Romantik Komedi
Jumlah episod 10
Tayangan 10 Februari 2023 – 11 Mac 2023
Pelakon Kim Ok-Vin (Yeo Mi-Ran), Yoo Teo (Nam Gang-Ho), Kim Ji-Hoon (Do Won-Jun), Go Won-Hee (Shin Na-Eun)

Kill Bok-soon (NETFLIX)

Kill Bok-soon (NETFLIX)
Kill Bok-soon merupakan kisah pembunuhan wanita arahan pengarah dan penulis skrip ternama iaitu Byun Sung-Hyun. Kill Bok-soon akan mula ditayangkan di saluran Netflix pada 31 Mac 2023 nanti, namun telah diberi penghormatan melakukan tayangan perdana lebih awal di di Cannes Film Festival pada 23 Mei 2023 nanti. Kill Bok-soon dibintangi pelakon hebat dan popular iaitu Jeon Do-Yeon dan turut dibantu oleh beberapa pelakon handalan lain seperti Sol Kyung-Gu, Esom, Koo Gyo-Hwan, dan Kim Si-A. Kill Bok-soon mengisahkan mengenai seorang ibu tunggal yang merupakan seorang pembunuhan upahan yang hebat. Dia bekerja untuk M.K. Ent, yang dikendalikan oleh sahabatnya Cha Min Kyu merupakan individu yang bertangungjawab membawanya ke dunia kerjaya berbahaya ini.

Rakan setugas Kill Bok-soon yang lain, ialah Cha Min-Hee adik kepada Cha Min-Kyu ditugaskan sebagai eksekutif di M.K. Ent dan Han Hee-Sung pula merupakan pembunuh upahan sama sepertinya tetapi dia tidak diiktiraf oleh orang lain. Sebelum Kill Bok-soon menjadi perkerja tetap di syarikat tersebut, dia perlu menyelesaikan beberapa siri pembunuhan yang mungkin akan menyebabkan nyawanya turut hilang. Pada masa yang sama, Kill Bok-soon sedar bahawa Cha Min Kyu adalah individu yang bahaya dan boleh merampas segala-galanya daripadanya. Apakah konflik kisah aksi pembunuh wanita ini? Jangan ketinggalan saksikan ‘Kill Bok-soon’ akhir bulan Mac 2023 nanti.

Spesifikasi Kill Bok-soon (NETFLIX)

Trailer https://www.youtube.com/watch?v=xi7geioNc9I
Genre Aksi, Thriller, Drama
Jumlah episod N/A
Tayangan bermula 31 Mac 2023 (Tayangan Perdana di Cannes Film Festival on 23 Mei 2023)
Pelakon Jeon Do-Yeon (Kill Bok-Soon), Sol Kyung-Gu (Cha Min-Kyu), Esom (Cha Min-Hee), Koo Gyo-Hwan (Han Hee-Sung), Kim Si-A (Jae-Young)

Sempena Mac 2023 memasuki Ramadan ini, pelbagai saluran televisyen tempatan dan platform berbayar popular, menyediakan pelbagai program menarik untuk penonton dan pelanggannya. Terutama, istimewa buat penggemar drama Melayu tempatan dan drama bersiri Korea Selatan. Drama Melayu dan Korea hebat disajikan sebagai tanda penghargaan ke atas sokongan daripada pelanggan setia serta peneraju perkhidmatan penstriman video atas permintaan ramai di Malaysia. Bagi memperkasa tayangan drama bersiri popular Korea Selatan atau drama Melayu yang lain, penonton juga akan dihiburkan dengan kemudahan menyaksikan karya-karya terdahulu yang diminati juga terbaharu dengan sajian rancangan menarik.

Trend ketika ini, ramai suka menonton drama bersiri mempunyai unsur bermula dengan pengkhianatan kemudian datang keinsafan, kesedaran atau pembalasan. Kebanyakkan penonton mahu lihat hikmah berlaku selepas terjadinya pengkhianatan. Jahat dibalas jahat dan baik dibalas baik. Mesej paling utama dalam setiap drama bersiri ialah, ‘jika seseorang itu bersabar, kebahagiaan akan muncul’.



Related posts