Jom Buka Puasa! 5 Bufet Ramadan 2022 Di Kuala Lumpur & Selangor (Part 1)
Tahun 2022, Ramadan pasti sangat berbeza dengan pengalaman berpuasa dua tahun lalu di negara kita khasnya buat mereka yang beragama Islam. Bermula 1 April 2022 negara sudah beralih ke fasa endemik, tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan, lock down atau sekatan merentas daerah dan negeri, meskipun kes positif Covid-19 masih ada disekitar kita.
Bagi memeriahkan sambutan Ramadan pelbagai premis penginapan seperti hotel menyediakan pelbagai hidangan bufet menarik untuk berbuka puasa. Bulan Ramadan adalah bulan rezeki bagi pengusaha makanan dan minuman, pemilik restoran dan juga hotel. Rata-rata premis perniagaan dan hotel menyediakan pelbagai tema bufet Ramadan dan menu berbuka puasa menarik terutamanya di Lembah Klang. Jom berbuka puasa dengan Bufet Ramadan terpilih di hotel dan premis perniagaan sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Hargailah peluang dapat berbuka puasa secara bufet Ramadan di luar dengan mematuhi operasi standard SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi mengekang wabak Covid-19.
Le Meridien Putrajaya
Bufet Ramadan di Le Meridien Putrajaya untuk tahun ini bertema ‘Destinasi Rasa’ bertempat di Latest Recipe dengan lebih 100 hidangan lazat. Le Meridien Putrajaya menjemput chef undangan istimewa iaitu Chef Naem yang popular di kaca televisyen untuk program masakan popular seperti Dapur Panas, Sembang Sahur dan Hero Oven. Antara juadah istimewa air tangan Chef Naem yang akan dihidangkan seperti Rendang Pucuk Ubi, Kari Kambing Bakar, Rendang Hijau Itik Salai, Kulat Masak Lemak Belimbing, Kuih Getas dan Kuih Sopang. Bukan itu sahaja, malah terdapat beberapa lagi hidangan lazat diperkenalkan seperti Kambing Percik, Udang Masak Ros, Rendang Kerbau, Asam Pedas Ikan Jenahak, Sup Ekor dan kambing panggang bersama pilihan rasa nasi wangi. Ada beberapa ‘warung’ makanan lain disediakan untuk pengalaman tetamu sepanjang bufet Ramadan seperti sate, sup, pencuci mulut, makanan laut segar, sushi dan lain-lain lagi. Sambil menjamu selera, tetamu akan dihiburkan dengan beberapa persembahan khas yang menarik sepanjang ‘Destinasi Rasa’ berlangsung. Bufet Ramadan di Le Meridien Putrajaya bermula pada 2 April 2022 sehingga 1 Mei 2022 (6.30 petang – 10.00 malam) dengan pakej berharga RM188 untuk dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak berumur 5 ke 12 tahun.
Kelebihan produk
- Mengundang chef selebriti istimewa iaitu Chef Naem
- Lebih 100 hidangan lazat
- Ada persembahan khas untuk hiburan tetamu
- Tempoh bufet Ramadan sepanjang bulan puasa
Kekurangan produk
- Tiada
Spesifikasi produk
Hubungi |
https://www.facebook.com/lemeridienputrajaya/posts/3138957343041850 https://www.marriott.com/ |
---|---|
Alamat | Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya |
Tempahan | 03-86896888 / dining.lmputrajaya@lemeridien.com |
Tarikh | 2 April 2022 – 1 Mei 2022 |
Harga | RM188.00 nett (Dewasa) / RM98.00 nett (Kanak-Kanak) |
Royale Chulan Damansara
Royale Chulan Damansara pula membawa tema ‘Citara Nusantara’ untuk bufet Ramadannya menawarkan lebih 200 sajian kegemaran tempatan (autentik masakan Melayu, India, China dan antarabangsa) bertempat di Mahsuri Courtyard. Terdapat pelbagai variasi hidangan lazat menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang penuh nikmat air tangan chef-chef hebat diketuai Chef Eksekutif, Sabri Soid. Antara juadah istimewa seperti Signature Royale Bubur Lambuk, Ayam Panggang Mutiara, Bakar-Bakar BBQ, Seafood on Ice, pilihan ‘shell out’, Kambing Golek, Lontong Samudera, Cendol Durian, Som Tam, sate, Nasi Ulam Utara, Rendang, Ketupat, Sayur Keladi Asam, Gulai Talang Ikan Masin, Kurma Telur, pencuci mulut dan banyak lagi. Sambil menjamu selera tetamu dihiburkan dengan persembahan Ghazal dan istimewanya solat terawih juga ada dilakukan di sini bersama Imam Aliff. Bufet Ramadan di Royale Chulan Damansara bermula pada 7 April 2022 sehingga 2 Mei 2022 dengan pakej berharga RM128 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak.
Kelebihan produk
- Juadah istimewa seperti Signature Royale Bubur Lambuk, Ayam Panggang Mutiara, Bakar-Bakar BBQ dan Seafood on Ice
- Lebih 200 hidangan lazat
- Ada persembahan Ghazal untuk hiburan tetamu
- Solat Terawih bersama Imam Aliff
Kekurangan produk
- Bufet Ramadan bermula lewat iaitu pada 7 April 2022
Spesifikasi produk
Hubungi |
https://www.facebook.com/theroyalechulandamansara/posts/3258245834408375 https://www.royalechulan.com/Damansara/Home.aspx |
---|---|
Alamat | 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
Tempahan | 03-79599000 ext 2406 |
Tarikh | 7 April 2022 – 2 Mei 2022 |
Harga | RM128.00 nett (Dewasa) / RM68.00 nett (Kanak-kanak) |
Hilton Kuala Lumpur
Tidak seperti kebanyakkan hotel lain, bufet Ramadan di Hilton Kuala Lumpur mengangkat tema Jelajah Selera Bersama Hilton (Kembara Asia Buffet Dinner) dengan menampilkan pelbagai hidangan daripada 13 negara di Asia. Bukan sekadar sajian biasa, Kembara Asia Buffet Dinner turut mengangkat pelbagai budaya dan warisan dalam setiap hidangannya. Jika selera anda besar untuk berbuka puasa, bufet Ramadan di Hilton Kuala Lumpur pilihan yang tepat. Bertempat di Vasco, tetamu boleh mencuba menu terbaik dari negara Singapura (Ketam Bercili), Thailand (SomTam, PadThai), Korea (Ayam Gochujang), Jepun (Sushi), Brunei (Pulut Panggang Gadong, Kuih Penyaram), Filipina (Manok Adobo), Turki (Barbosa, Konafa, Baklava) dan banyak lagi. Hidangan dari Malaysia terutama menu tradisional dan masakan kampung pasti menjadi pilihan ramai tetamu, antaranya Ikan Patin Asam Tempoyak Sungai Pahang, Masak Gulai Urat Keting Daun Salam, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Pak Kadok, Ikan Siakap Bawal Langkawi dan Mi Rebus Tulang Rusuk. Bufet Ramadan di Hilton Kuala Lumpur bermula pada 2 April 2022 sehingga 7 April 2022 (6.30 petang – 10.30 malam) dengan pakej berharga RM208 untuk dewasa dan RM108 untuk kanak-kanak berumur 5 ke 11 tahun.
Kelebihan produk
- Pelbagai hidangan daripada 13 negara di Asia
- Hidangan istimewa dari Turki iaitu Barbosa, Konafa, Baklava
- Menu masakan Melayu popular Ikan Patin Asam Tempoyak Sungai Pahang
- Tempoh bufet Ramadan sepanjang bulan puasa
Kekurangan produk
- Tiada
Spesifikasi produk
Hubungi |
https://www.facebook.com/hiltonkl/posts/5311813738850062 https://www.hilton.com/en/hotels/kulhihi-hilton-kuala-lumpur/ |
---|---|
Alamat | 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur |
Tempahan | 03-22642264 / KULHI_FB@hilton.com / www.eatdrinkhilton.com |
Tarikh | 2 April 2022 – 1 Mei 2022 |
Harga | RM208.00 nett (Dewasa) / RM108.00 nett (Kanak-kanak) |
Hotel Dorsett Putrajaya
Hotel Dorsett Putrajaya membawa tema #Bismillah menawarkan hidangan tempatan (citarasa masakan Melayu, Cina dan India) di restoran Citra Rasa. Pelbagai menu lazat disediakan di bufet Ramadan #Bismillah Hotel Dorsett Putrajaya antaranya air tangan Chef Wong (Ikan Kukus dengan sos istimewa, Ketam Cili Singapura), Chef Puad (Ikan patin, Kerapu, Asam Pedas Senangin/ Gulai Tempoyak), dan Chef Mani (Kari Kepala Ikan Merah). Hidangan sampingan termasuk aneka ulam-ulaman kampung, aneka acar, kerabu, ikan masin, makanan laut, pelbagai jenis kek, kurma, puding, kuih, aiskrim, buah-buahan tempatan dan sebagainya. Ketika menjamu selera, tetamu bufet Ramadan Hotel Dorsett Putrajaya akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian, manakala pada setiap Jumaat, artis jemputan era 70-an akan menghiburkan pengunjung antaranya Razis Ismail, Rohana Jalil, Azian Mazwan Sapuan dan Datuk Hail Amir. Bufet Ramadan di Hotel Dorsett Putrajaya bermula pada 6 April 2022 sehingga 1 Mei 2022 dengan pakej berharga RM138 untuk dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak berumur 5 ke 12 tahun.
Kelebihan produk
- Bufet Ramadan #Bismillah mengangkat selera tempatan (Melayu, Cina, India)
- Sajian utama Ikan Kukus sos istimewa, Ketam Cili Singapura, Asam Pedas Senangin, Gulai Tempoyak, dan Kari Kepala Ikan Merah
- Ada persembahan artis 70-an untuk hiburan tetamu
Kekurangan produk
- Bufet Ramadan bermula lewat iaitu pada 6 April 2022
Spesifikasi produk
Hubungi |
https://www.facebook.com/dorsettputrajaya/posts/2396871667116375 https://www.guestreservations.com/dorsett-putrajaya-putrajaya/booking?gclid=Cj0KCQjw0PWRBhDKARIsAPKHFGitgViqmKTHk8hjD_6TWpZ5o71X4HhjGEVrt5_OdtJcWd59OGm4Yu0aAp9dEALw_wcB |
---|---|
Alamat | Precinct 3, 62000 Putrajaya |
Tempahan | 016-6680265/ 03-88928388 / fnb.putrajaya@dorsetthotels.com |
Tarikh | 6 April 2022 – 1 Mei 2022 |
Harga | RM138.00 nett ( Dewasa) / RM78.00 (Kanak-kanak) |
Perdana KLCC
Dari Dapur Binjai merupakan konsep bufet Ramadan di Perdana Kuala Lumpur City Centre (Perdana KLCC by Attana) menyediakan lebih daripada 150 juadah berbuka puasa. Dari Dapur Binjai bakal membawa tetamu terkenang akan nostalgia menikmati makanan air tangan bonda dan nenda di kampung halaman pada bulan Ramadan. Pelbagai juadah iftar yang menyelerakan bermula daripada hidangan utama hinggalah kepada pencuci mulut dan minuman. Perdana KLCC menampilkan menu popularnya saban tahun iaitu Kambing Golek Berempah, disamping menu Ketam Lemak Berlada, Daging Rendang Minang, Ayam Percik, Ayam Golek, Kambing Opor Bali, Udang Sambal Tumis, Ais Kacang, Cendol, Apam Balik, Waffle dan pelbagai juadah enak yang lain. Bufet Ramadan di Perdana KLCC bermula pada 4 April 2022 sehingga 29 April 2022 dengan pakej berharga RM188 untuk dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak berumur 5 ke 12 tahun.
Kelebihan produk
- Dari Dapur Binjai berkonsep makanan air tangan bonda dan nenda
- Lebih 150 hidangan lazat
- Menu sajian popular Kambing Golek Berempah dan Kambing Opor Bali
Kekurangan produk
- Tarikh bufet Ramadan sehingga 29 April 2022 sahaja
Spesifikasi produk
Hubungi |
https://www.facebook.com/perdanabyattana/posts/3150616711819089 https://perdana.attanahotels.com/perdana-klcc/ |
---|---|
Alamat | 10, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur |
Tempahan | 03-74903333 / 011- 58554846. |
Tarikh | 4 April 2022 – 29 April 2022 |
Harga | RM118.00 nett (Dewasa) / RM78.00 nett (Kanak-kanak) |
Ramadan menjelang dalam suasana endemik tahun ini, kemeriahannya pasti terasa walau dalam norma baharu tidak seperti dua tahun lalu ekoran pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan. Tahun ini suasana itu bakal berubah, masyarakat di Malaysia sudah dibenarkan untuk berbuka puasa di luar. Apa kata tahun ini bawa keluarga dan rakan-rakan menikmati juadah berbuka puasa atau bufet Ramadan di premis perniagaan atau hotel di sekitar Lembah Klang. Pelbagai hidangan menarik dan menyelerakan pasti menambat selera anda, teman-teman dan seisi keluarga menikmati juadah berbuka pada Ramadan yang mulia ini.
Ramai yang akan memilih bufet Ramadan tahun ini seperti tahun-tahun sebelum pandemik, susulan peralihan negara ke fasa endemik pada 1 April 2022. Oleh itu, hargailah makanan dan minuman agar tidak membazir. Janganlah bersikap tamak dan suka membazirkan makanan setiap kali memilih ratusan makanan yang membuat semuanya rambang mata.