Jom Check Out 5 Kafe “Instagrammable” Terbaik Untuk Anda Chill Sambil Menjamu Selera

Jom Check Out 5 Kafe “Instagrammable” Terbaik Untuk Anda Chill Sambil Menjamu Selera
Gaya hidup


Selain daripada makanan dan minuman, suasana dan nuansa pada sebuah restoran atau kafe turut memainkan peranan penting. Seiring dengan perkembangan zaman, banyak kafe-kafe konsep diusahakan bukan sahaja di kawasan bandar bahkan juga di kawasan kampung. Setiap satu kafe itu mempunyai kekuatan dan daya tarikan melalui konsepnya yang unik dan “Instagrammable”.

Buat peminat-peminat kopi, pastinya kafe-kafe konsep ini menjadi pilihan utama untuk sesi lepak dan bergambar berlatarbelakangkan suasana yang unik dan abstrak. Pastinya ramai yang akan terpegun melihat gambar-gambar anda di instagram nanti.

Jom kita lihat pilihan 5 kafe “Instagrammable” terbaik untuk anda menikmati kopi & makanan!

Bestow Restaurant

Bestow Restaurant
Jika anda rindukan suasana vintaj yang boleh membangkitkan nostalgia dan memori lama anda, Bestow Restaurant adalah tempat yang harus anda pergi. Kekuatan konsep pada kafe ini adalah pada monumennya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dan tersendiri. Terasa seperti anda di tempat yang terasing dan tenang dan jauh dari hiruk pikuk bandar. Salah satu elemen yang menarik perhatian adalah cermin “skylight” di atas yang memberikan efek pencahayaan yang sempurna untuk gambar-gambar anda.

Kelebihan

  • Pilihan makanan unik
  • Banyak port menarik untuk ber-OOTD
  • Cermin skylight beri efek pencahayaan terbaik

Kekurangan

  • Tidak sesuai untuk bersantai sehingga lewat malam (12am)

Konsep Cafe: Vintaj & Estetik

Alamat 82, Lorong 1/77a, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi 10 Pagi – 10 Malam
Link IG https://www.instagram.com/bestowrestaurant/?hl=en

Kopi Jiran

Kopi Jiran
Bayangkan anda menghirup secawan kopi kampung, dalam suasana kampung dan ditemani dengan putaran lagu-lagu klasik sebagai halwa telinga anda, syahdu bukan? Kopi Jiran menawarkan anda suasana ini. Menariknya, Kopi Jiran ini hanya beroperasi di halaman rumah dan dihiasi dengan perabot-perabot dan juga barangan-barangan antik termasuk aksesori seperti pinggan dan cawan untuk menonjolkan suasana kampung yang semestinya dirindui oleh pelbagai lapisan masyarakat, menjadikan ianya amat menarik untuk anda abadikan di dalam gambar-gambar anda di Instagram. Selain daripada kopi, Kopi Jiran juga turut menjual pelbagai pastri dan roti termasuk nasi lemak seringgit yang cukup sinonim dengan suasana kampung.

Kelebihan

  • Dekorasi unik berkonsepkan klasik
  • Perabot antik beri efek atau mood unik untuk gambar anda
  • Sesuai untuk ‘orang bandar’ yang inginkan suasana kampung
  • Pilihan makanan pastri unik serta kampung

Kekurangan

  • Beroperasi hingga 5 petang sahaja

Konsep Cafe: Klasik

Alamat 133, Jalan TKP 2, Taman Kantan Permai, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi 11 Pagi – 5 Petang
Link IG https://www.instagram.com/kopi.jiran/?hl=en

Wu Di Cafe

Wu Di Cafe
Minimalis adalah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan cafe ini. Melihat pada luaran cafe ini yang dicat dengan warna putih sudah cukup menggambarkan nuansa tenang dan damai untuk “me time” sambil ditemani secawan kopi. Jika di luarnya nampak menenangkan, apatah lagi dalamannya. Perabot-perabot moden, serta kerusi-kerusi rotan dan dinding yang berbatu-bata mampu memberikan impak yang tenang, bersih dan menyegarkan pada gambar-gambar anda di instagram nanti. Selain daripada kopi, kafe ini juga turut menawarkan pelbagai makanan-makanan eklektik dan fusion seperti Burrata Lemak (Inspirasi dari Nasi lemak) yang pastinya menerujakan.

Kelebihan

  • Sesuai untuk mereka yang inginkan konsep minimalis
  • Menyediakan makanan fusion
  • Banyak ruangan lapang untuk bergambar
  • Gambungan perabot moden dan kerusi rotan beri efek berbeza

Kekurangan

  • Tutup setiap hari selasa
  • Lokasi di bukit bintang agak sesak

Konsep Cafe: Minimalis

Alamat 10, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi 10 Pagi – 11 Malam
Link IG https://www.instagram.com/wudicafe/?hl=en

Mary Jane KL

Mary Jane KL
Jangan salah sangka, anda masih di Malaysia dan ini bukannya kedai bunga. Terletak di Petaling Street, kafe ini mudah untuk menarik perhatian sesiapa sahaja kerana menggunakan dekorasi bunga dan cat berwarna merah jambu. Bahkan dalamnya juga terdapat bunga-bunga dan dekorasi berwarna merah jambu termasuk kerusi dan sofa. Ini adalah sebuah kelainan dan daya tarikan yang menarik ditawarkan oleh kafe ini. Selain pelbagai jenis menu yang merangkumi makanan tempatan dan barat, kafe ini juga turut menawarkan spot-spot menarik untuk anda mengambil gambar. Walaupun berkonsepkan casual dining, pastinya anda akan datang dengan mengenakan pakaian terbaik dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar.

Kelebihan

  • Dekorasi unik dan mewah
  • Pelbagai pilihan makanan menu utama juga high tea
  • Dekorasi atau presentation makanan sesuai untuk instagram

Kekurangan

  • Harga makanan agak mahal

Konsep Cafe: Floral & Estetik

Alamat 106, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi 12 Tengahari – 10 Malam
Link IG https://www.instagram.com/maryjane.dining/?hl=en

Ruma Puteh

Ruma Puteh
Ruma Puteh adalah sebuah rumah yang telah diubahsuai menjadi sebuah kafe atau restoran. Selain daripada memilih warna putih sebagai warna asas, kafe ini juga mempunyai ruangan taman yang terbuka dan beberapa monumen-monumen menarik untuk anda mengambil gambar. Anda boleh memilih untuk makan di bahagian luar ataupun dalam yg juga tidak kurang hebatnya. Ton warna yang dipilih untuk bahagian dalaman cafe daripada ton-ton warna yang menenangkan. Di samping gambar-gambar anda akan dihiasi dengan suasana tenang dan mendamaikan, mungkin ianya mampu buat anda lari sebentar daripada stress anda. Selain kopi, Ruma Puteh turut menawarkan makanan-makanan tempatan dan juga luar negara.

Kelebihan

  • Ruangan taman terbuka
  • Ton warna menarik untuk bergambar
  • Pilihan makanan tempatan dan luar negara
  • Dekorasi unik lain dari yang lain

Kekurangan

  • Waktu beroperasi hanya sehingga 9 malam agak terhad untuk makan malam

Konsep Cafe: Minimalis & Garden Space

Alamat 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi 9 Pagi – 9 Malam
Link IG https://www.instagram.com/rumaputeh/?hl=en

Kebanyakkan masyarakat di bandar sering meluangkan masa di kafe kerana ia merupakan tempat bagi pengunjung meluangkan masa dan makan dengan tenang, malah kini ia menjadi lokasi untuk mengambil gambar terutamanya restoran yang mempunyai dekorasi unik serta menarik. Dengan senarai yang ada ni, bolehlah try bersama bff atau keluarga tersayang nanti!

Sesuailah untuk anda yang berada di sekitar Selangor yang sudah kehabisan stok gambar untuk Instagram ketika wabak Covid-19 sedang melanda ini, kerana tidak perlu pergi ke tempat yang jauh untuk mendapatkan lokasi dengan hiasan yang cantik.



Related posts