Keperluan Berjoging: 5 Kasut Larian Terbaik Untuk Wanita Di Malaysia Mengikut Bajet Tertentu

Keperluan Berjoging: 5 Kasut Larian Terbaik Untuk Wanita Di Malaysia Mengikut Bajet Tertentu
Gaya hidup


Untuk golongan wanita, berjoging merupakan salah satu cara yang efektif untuk menggalakkan otot jantung anda bekerja. Dengan aktiviti berjoging secara kerap, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih baik dan secara tidak langsung merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan strok. Bonus paling menarik, tubuh akan lebih sihat, langsing dan kurus menawan! Sebelum melakukan aktiviti berjoging, keperluan utama paling penting adalah memiliki sepasang kasut larian yang sesuai. Kasut larian adalah elemen pentiing untuk aktiviti berjoging, memandangkan ia bukan sahaja dapat melindungi kaki daripada cedera, malah membantu meningkatkan prestasi diri.

Mungkin bagi setengah-setengah wanita, kasut larian adalah sama, paling penting tahan lasak. Sebenarnya bukan semua kasut larian boleh digunakan dalam pelbagai jenis aktiviti yang akan anda lakukan. Misalnya untuk aktiviti berjoging ada beberapa jenis kasut larian sama ada ia untuk berlari santai di taman, road running, trail running atau larian denai. Bagi aktiviti larian santai atau road running biasanya lebih ringan dan mempunyai tapak yang kurang mencengkam berbanding kasut larian denai atau trail running yang memerlukan tapak lebih tahan lasak di atas permukaan berlumpur dan berbatu dalam hutan. Jadi pastikan anda tahu di mana lokasi anda ingin berjoging ok! Untuk lebih mudah, mari kami cadangkan kasut untuk berjoging khas untuk wanita. Ini 5 kasut larian terbaik terdapat di pasaran Malaysia mengikut bajet tertentu.

Nike Free Run 5.0 Women’s Road Running Shoes

Nike Free Run 5.0 Women's Road Running Shoes
Nike jenama kasut yang mempunyai kategori khas untuk wanita berjoging samada jarak jauh atau dekat mengikut jenis dan lokasi larian. Nike Free Run 5.0 Women’s Road Running Shoes, kasut larian terbaik untuk wanita mempunyai impak besar ketika berlari. Dihasilkan dengan sekurang-kurangnya 20 peratus kandungan kitar semula, Nike Free Run 5.0 Women’s Road Running Shoes menggabungkan fleksibiliti dengan reka bentuk yang menarik untuk kaki kaum Hawa.

Ketika larian dengan Nike Free Run 5.0 Women’s Road Running Shoes, kaki sikit pun tidak terasa bebanan kasut, umpama berlari hanya dengan sepasang stoking yang ringan. Alur lentur potongan laser Nike Free Run 5.0 Women’s Road Running Shoes menawarkan fleksibiliti dengan ketahanan getah di bahagian hadapan dan tumit agar lebih lasak dan tahan lama. Tapak kusyen dalam Nike Free Run 5.0 Women’s Road Running Shoes juga begitu lembut dan responsif berbanding versi terdahulu dengan keselesaan memuaskan tidak kira ketika berlari di atas turapan atau trek.

Kelebihan Nike Free Run 5.0 Women’s Road Running Shoes:

  • Tahan lasak tidak kira untuk kegunaan trek atau turapan
  • Reka bentuk bergaya
  • Teknologi Stay Contained Flywire untuk melindungi bahagian tengah kaki.
  • Kusyen berlapis lembut

Kekurangan Nike Free Run 5.0 Women’s Road Running Shoes:

  • Pilihan warna untuk pasaran Malaysia tidak banyak

Spesifikasi Nike Free Run 5.0 Women’s Road Running Shoes:

Saiz Tersedia: US Women 6 – 8.5
Warna: Platinum Violet Champagne White
Harga: RM395.00

Under Armour Women’s UA Charged Rogue 3 Knit Running Shoes

Under Armour Women's UA Charged Rogue 3 Knit Running Shoes
Under Armour Women’s UA Charged Rogue 3 Knit Running Shoes didatangkan dengan reka bentuk berbeza untuk lelaki dan wanita. Memiliki teknologi ‘Density Charged Cushioning yang lebih lembut dan lebih ringan pada bahagian tapak tengah, Under Armour Women’s UA Charged Rogue 3 Knit Running Shoes memberikan responsif yang menakjubkan dan penyerapan impak maksimum ketika berlari.

Ia juga membantu menolak pelari ke hadapan sekali gus mengurangkan tenaga ketika aktiviti larian atau berjoging. Sockliner busa deluxe untuk kasut siri ini boleh ditanggalkan untuk keselesaan manakala tapak dengan kusyen ‘Bercas Dwi’ adalah gabungan terbaik selain memberi pengudaraan ketika kaki mula memijak untuk larian. Tapak luar getah pepejal Under Armour Women’s UA Charged Rogue 3 Knit Running Shoes pula mampu mencengkam permukaan dengan lebih baik supaya pemakai boleh berlari dengan penuh yakin walaupun ketika melalui permukaan basah.

Kelebihan Under Armour Women’s UA Charged Rogue 3 Knit Running Shoes:

  • Sangat ringan dan selesa
  • Pengudaraan yang baik
  • Memiliki teknologi ‘Density Charged Cushioning®’ lembut
  • Mencengkam permukaan dengan baik walaupun hari hujan

Kekurangan Under Armour Women’s UA Charged Rogue 3 Knit Running Shoes:

  • Saiz untuk warna popular stok terhad

Spesifikasi Under Armour Women’s UA Charged Rogue 3 Knit Running Shoes:

Saiz Tersedia: US 5.5-9.5
Warna: Red Pink, Gray Mist, Orange Tropic & Downpour Gray
Harga: RM299.00

New Balance Women FuelCell Rebel v3 Running Shoe

New Balance Women FuelCell Rebel v3 Running Shoe
New Balance memiliki koleksi siri kasut larian terbaik untuk wanita iaitu New Balance Women FuelCell Rebel v3 Running Shoe bagi memberi keselesaan dan prestasi larian pelbagai jarak. Daripada sesi latihan yang sengit hingga larian biasa setiap hari, New Balance Fuel Cell Rebel v3 menggabungkan kelajuan, jisism ringan dan tapak kusyen selesa untuk sepasang kaki berlari dengan yakin dan pantas. Pada bahagian atas New Balance Women FuelCell Rebel v3 Running Shoe, strukturnya dicipta dengan teknologi Fuel Cell lantunan tinggi untuk mendorong bawah kaki agar membantu dengan mudah pelari memacu ke hadapan ketika melangkah.

Tapak tengah direka lebih kukuh, berkualiti dan tahan lasak, menjadi gabungan tepat antara aspek keselesaan dan tahan lama juga lebih keselesaan kepada tumit dan kaki. Menampilkan warna istimewa yang diilhamkan konsep tie-dye, New Balance Women Fuel Cell Rebel v3 Running Shoe memiliki spongy lembut menjadikan larian si pemakaian terasa ringan, kaki seakan lapang dan mampat tidak kira berapa pun berat badan. Rekaan New Balance Women Fuel Cell Rebel v3 Running Shoe diilhamkan daripada kasut larian klasik yang membangkitkan semangat juga kepantasan menggunakan bahan sintetik terbaik.

Kelebihan New Balance Women FuelCell Rebel v3 Running Shoe:

  • Jisim ringan seberat 164g sahaja
  • Lebih stabil daripada versi sebelumnya
  • Tahan lasak
  • Memiliki fleksibiliti yang baik dengan teknologi FuelCell

Kekurangan New Balance Women FuelCell Rebel v3 Running Shoe:

  • Agak fit untuk individu memiliki kaki yang sedikit berisi

Spesifikasi New Balance Women FuelCell Rebel v3 Running Shoe:

Saiz Tersedia: US 7 – 9.5
Warna: Vibrant Violet
Harga: RM599.00

ASICS GT-1000 11 Women Running Shoes

ASICS GT-1000 11 Women Running Shoes
Jenama ASICS juga menjadi rebutan para wanita yang memiliki semangat kesukanan yang tinggi terutama dalam aktiviti larian atau berjoging. ASICS GT-1000 11 Women Running Shoes tampil dengan pelbagai pilihan warna kegemaran wanita menjadi antara kasut larian terbaik terdapat di pasaran Malaysia. ASICS GT-1000 11 Women Running Shoes memiliki teknologi FLYTEFOAM di tapak tengah ditala dengan ketumpatan yang lebih rendah daripada versi sebelumnya. Digandingkan dengan teknologi Rearfoot GEL, gabungan ini menghasilkan setiap pendaratan yang lebih lembut dan peralihan yang lebih lancar.

Teknologi LITETRUSS diletakkan pada sudut dalam tapak tengah untuk mengurangkan pronasi dan membantu menghasilkan langkah yang lebih menyokong bahagian bawah kaki dengan lembut terutama tumit. Tapak AHARPLUS dan getah Asics Lite yang tahan lama digunakan pada tapak tumit luar dan hujung kasut hadir dengan kusyen ringan untuk memastikan lantunan larian yang responsif dan lebih dinamik. 75 peratus sepasang kasut larian ASICS GT-1000 11 Women Running Shoes diperbuat daripada bahan kitar semula untuk mengurangkan sisa dan pelepasan karbon.

Kelebihan ASICS GT-1000 11 Women Running Shoes:

  • Stabil dan premium dengan warna pelbagai pilihan
  • Gabungan FLYTEFOAM & Teknologi Rearfoot GEL lembut dan selesa pada kaki
  • Larian lebih dinamik dengan berat yang ringan
  • Tahan lama

Kekurangan ASICS GT-1000 11 Women Running Shoes:

  • Sistem lidah dan tali yang biasa-biasa saja

Spesifikasi ASICS GT-1000 11 Women Running Shoes:

Saiz Tersedia: US 6.5 – 10
Warna: Mineral Beige/Fawn, Glacier Grey/Dive Blue, Black/White, Piedmont Grey/Pure Silver, Blazing Coral/Papaya, Black/Orchid, Cranberry/Pure Silver, Mako Blue/Barely Rose & Black/Tourmaline
Harga: RM399.00

Decathlon Women’s Running Shoes Run 100 Grey – Kalenji

Decathlon Women's Running Shoes Run 100 Grey - Kalenji
Decathlon Women’s Running Shoes Run 100 Grey – Kalenji menawarkan harga berpatutan dengan menjamin kualiti yang baik. Decathlon Women’s Running Shoes Run 100 Grey – Kalenji direka dengan keselesaan kusyen ringan bagi mewujudkan prestasi terbaik samada untuk larian sekali sekala atau setiap hari sehingga 30 minit setiap sesi. Decathlon Women’s Running Shoes Run 100 Grey – Kalenji memiliki tapak dengan teknologi EVA Buble dengan berat yang sangat ringan iaitu hanya 160gram. Decathlon Women’s Running Shoes Run 100 Grey – Kalenji sesuai digunakan untuk larian pada trek biasa atau berlumpur. Lebih menarik, kasut larian khas untuk wanita ini sangat mudah untuk menanggalkan kotoran yang melekat padanya malah sangat cepat kering untuk kegunaan seterusnya. Berbeza bentuk dan rupa daripada siri untuk lelaki, Decathlon Women’s Running Shoes Run 100 Grey – Kalenji membantu mendorong larian lebih lancar dengan rekaan lebih fleksibel selain
memelihara kaki pemakai agar mudah bernafas.

Kelebihan Decathlon Women’s Running Shoes Run 100 Grey – Kalenji:

  • Ringan seberat 160 gram dan selesa
  • Memiliki tapak dengan teknologi EVA Buble
  • Harga berpatutan
  • Rekaan yang fleksibiliti
  • Tahan lama dan ada jaminan pemulangan

Kekurangan Decathlon Women’s Running Shoes Run 100 Grey – Kalenji:

  • Reka bentuk terlalu biasa

Spesifikasi Decathlon Women’s Running Shoes Run 100 Grey – Kalenji:

Saiz Tersedia: UK 3-8
Warna: Grey
Harga: RM59.00

Meskipun pelbagai jenis dan ciri kasut larian yang dinyatakan, apa yang penting bergantung kepada setiap individu dan ukuran saiz kaki masing-masing, kerana setiap teknologi kasut larian yang direka adalah berlainan. Pemilihan kasut larian yang sesuai bukan sahaja dapat memberi lebih keselesaan malah mengelakkan kecederaan dan membantu meningkatkan lagi tahap kecergasan. Untuk wanita, perkara utama sebelum mendapatkan kasut larian, si pemakai perlu membuat sedikit penelitian mengenai produk itu supaya berbaloi bukan sahaja kepada wang ringgit malah dapat tahan lebih lama. Jangan hanya melihat pada warna yang menarik dan rekaan yang cantik semata-mata. Dapatkan pandangan dan info mengenai sepasang kasut larian yang diidamkan daripada jurujual atau reviu pembeli sebelum ini terlebih dahulu.

Pastikan bahagian tengah kasut ketat yang berfungsi untuk memegang kaki supaya lebih selesa dan stabil ketika berlari. Selain itu pastikan ada cushioning yang lembut di dalam kasut berfungsi menolak kaki ke hadapan. Ia bukan sahaja beri keselesaan malah membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Malah direka untuk membantu melaraskan pergerakan pergelangan kaki semasa berlari untuk menjadikannya lebih lurus.



Related posts