Kicap Manis Di Malaysia Yang Halal dan Sedap: Pilihan Utama Dan Memukau Selera Anda
Sejarah kicap berasal dari Tanah Besar China sejak lebih 2000 tahun dahulu lalu ketika China di bawah pemerintahan Dinasti Han. Dari China, pembuatan kicap berkembang ke negara lain di Asia Timur dan Asia Tenggara. Orang Barat, kecuali pengembara atau pedagang yang pernah menjelajah ke Asia, dipercayai tidak pernah tahu kewujudan kicap sehinggalah abad ke-18. Di Amerika Syarikat, kilang kicap pertama didirikan di Hawaii pada tahun 1908. Hari ini boleh dikatakan kebanyakan jenama kicap boleh didapati di seluruh pelosok negara dengan jenis yang berbeza seperti kicap cair, kicap pekat, kicap masin dan kicap manis.
Kicap manis ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa lemak manis yang enak. Kicap manis dihasilkan dengan menambah lagi bahan pemanis, biasanya gula perang dan kelainan rasa setiap kicap pula dipengaruhi oleh herba, rempah ratus tambahan yang dicampurkan. Seperti bahan makanan lain, kicap manis tidak terkecuali daripada baik dan buruknya. Yang selalu diperkatakan adalah tentang keburukannya seperti tinggi kandungan gula dan garam. Namun jarang pula bercerita tentang kebaikan kicap itu sendiri. Banyak kebaikan kicap manis sekiranya digunakan dalam masakan. Jika ingin tahu kicap mempunyai kebaikan tersendiri seperti bersifat anti-alergik, antioksida, kaya vitamin dan mineralnya. Mahu cuba kicap manis yang enak dan lazat terdapat di pasaran Malaysia? Ini lima jenama kicap manis mesti anda beli!
Kicap Manis Di Malaysia Yang Halal dan Sedap: 5 Pilihan Utama Dan Memukau Selera Anda
Adabi Kicap Manis
Adabi merupakan jenama yang tidak asing bagi penduduk di Malaysia dengan lebih 200 produk di pasaran. Antara produk Adabi yang sinonim dan popular seperti penambah perisa Adabi Kicap manis. Adabi Kicap Manis bukanlah produk baru tetapi seakan penerus daripada generasi ke generasi untuk mencubanya bersama makanan kegemaran. Adabi Kicap Manis diperbuat daripada perahan kacang soya yang pertama bagi memastikan kualitinya tetap premium.
Ia dihasilkan menggunakan kacang soya terpilih bukan GMO bagi menjamin keaslian rasanya. Adabi Kicap Manis dijamin 100 peratus halal, bersih dan asli dan disahkan oleh JAKIM. Selain Adabi Kicap Manis terdapat 3 lagi variasi penyedap makanan ini iaiatu Adabi Kicap Lemak Masin, Adabi Kicap Masin dan Adabi Kicap Lemak Manis. Kesemua kicap ini termasuk Adabi Kicap Manis sesuai dijadikan sebagai bahan masakan, penambah perasa dan dibuat pencicah. ‘Citarasa Tiada Tandingan!’, tagline bagi Adabi Kicap Manis pelengkap rasa sajian dari zaman berzaman.
Kelebihan Adabi Kicap Manis
- Produk berkualiti tinggi
- Menggunakan kacang soya terpilih bukan GMO
- Tahan lama lebih 2 tahun
- Dijamin Halal oleh Jakim
- Memiliki pelbagai saiz dan isipadu botol berbeza
Kekurangan Adabi Kicap Manis
- Tidak sesuai untuk individu alergik gandum dan soya
Spesifikasi Adabi Kicap Manis
Isipadu | 340ml |
---|---|
Kandungan | Ekstrak Kacang Soya (17%) (Kacang Soya (70%), Air, Garam, Tepung Gandum), Air RO, Garam, Gula, Karamel, Pengawet (Natrium Benzoat (E211), Penambah Perisa (Monosodium Glutamat (E621) |
Harga | RM4.80 |
Mahsuri Kicap Manis
Jenama Mahsuri seperti Mahsuri Kicap Manis diadun khas untuk menyedapkan hidangan masakan. Mahsuri Kicap Manis perasa yang menjadi ‘sahabat’ di dapur supaya masakan yang dimasak lebih menyelerakan dan menjimatkan masa penyediaan. Mahsuri Kicap Manis diformulasi daripada ramuan berkualiti tinggi melalui proses yang paling selamat.
Ia diperbuat daripada kacang soya asli (tiada pengubahsuaian secara genetik) dan melalui proses pembuatan kicap secara semulajadi. Ia mengikut piawaian pemprosesan yang diiktiraf tinggi, dengan menggunakan proses pembuatan kicap semula jadi tanpa bahan pengawet tambahan. Pemenang pelbagai anugerah, membuktikan keupayaan Mahsuri Kicap Manis yang versatile. Mahsuri Kicap Manis pemegang sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang sah dan telah mendapat pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practise (GMP), MeSTI dan ISO 22000. Selain Mahsuri Kicap Manis antara variasi lain kicap keluaran Mahsuri adalah Kicap Lemak Manis, Kicap Lemak Manis dan Kicap Manis Pedas yang memenuhi selera seisi keluarga.
Kelebihan Mahsuri Kicap Manis
- Kicap semula jadi tanpa bahan pengawet tambahan
- Harga berpatutan
- Pemegang sijil halal
- Miliki Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practise (GMP), MeSTI dan ISO 22000.
Kekurangan Mahsuri Kicap Manis
- Tiada saiz dan isipadu botol besar
Spesifikasi Mahsuri Kicap Manis
Isipadu | 410ml |
---|---|
Kandungan | Gula, Air, Mengandungi Karamel sebagai Warna Yang Dibenarkan, Kicap (Air, Kacang Soya, Garam, Tepung Gandum), Garam, Monosodium Glutamat sebagai Penambah Perisa Yang Dibenarkan dan Perisa Yang Dibenarkan, Mengandungi Bahan Tambahan Makanan yang Dibenarkan yang berasal dari Tumbuhan dan/atau Asal Sintetik |
Harga | RM6.00 |
Jalen Kicap Lemak Manis
Jalen Kicap Lemak Manis sudah berada di pasaran sejak Ogos 1988 diasaskan oleh Allahyarham Datuk Ab Jalil Long di Skudai, Johor. Sudah 35 tahun bertapak dalam industri pembuatan makanan dan penyedap rasa kegemaran ramai, Jalen Kicap Lemak Manis sudah pasti tiada tandingannya. Menjadi kicap kegemaran penduduk di Malaysia kerana kualiti rasanya yang langsung tidak berubah juga diperkaya daripada bahan semulajadi premium tanpa sebarang pengawet.
Jalen Kicap Lemak Manis mendapat pensijilan Halal daripada Jakim dan telah menjalani pemprosesan yang bersih dan selamat untuk di pasarkan. Jalen Kicap Lemak Manis siap untuk dimakan begitu sahaja bersama sajian lain memiliki rasa seimbang antara manis, lemak dan masin. ‘Kalau tak ada kicap Jalen, saya pun tak lalu makan’, merupakan slogan yang sentiasa dilaung-laungkan dari dahulu sehingga kini sehingga menjadi ikutan penggemar kicap. Mungkin ada yang beranggapan rasa, Jalen Kicap Lemak Manis seakan sama dengan jenama kicap Habhal. Ini kerana ketika kewujudan jenama Habhal pada November 1981, syarikat pengeluar jenama Jalen adalah pembekal kicap untuk syarikat ini.
Kelebihan Jalen Kicap Lemak Manis
- Menggunakan bahan semulajadi premium
- Tanpa bahan pengawet
- Ada pensijilan Halal
- Harga berpatutan
Kekurangan Jalen Kicap Lemak Manis
- Kurang promosi
Spesifikasi Jalen Kicap Lemak Manis
Isipadu | 325ml |
---|---|
Kandungan | Air, kacang soya, gula, garam, karamel E150, tepung gandum, Penambah perisa E621, asid asetik E260, pengawet E211, mengandungi soya, gandum dan sulfur dioksida. |
Harga | RM4.10 |
Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
Produk keluaran Syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama produk Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce. Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce diperbuat daripada kacang soya terbaik dan terpilih diperkaya dengan vitamin A, serat protin serta bebas kolesterol. Rasanya sangat enak diekstrak melalui proses penapaian kacang soya semulajadi yang premium.
Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce mendapat pensijilan halal sah dari Jakim dan turut dieksport ke Singapura, Brunei, Filipina, Kanada, Australia, Arab Saudi dan United Kingdom setelah mendapat permintaan yang tinggi. Sudah beroperasi lebih 36 tahun, jenama kicap ini komited meneruskan legasi penghasilan Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce ke tahap lebih baik saban tahun. Tidak hairan, Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce dikenali sebagai kicap penambah selera yang enak pilihan Malaysia sejak zaman berzaman.
Kelebihan Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
- Kualiti soya terpilih dan semulajadi
- Harga berpatutan
- Pemegang sijil halal
- Diperkaya vitamin A dan bebas kolesterol
Kekurangan Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
- Jadi sasaran produk tiruan
Spesifikasi Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
Isipadu | 645ml |
---|---|
Kandungan | Kacang Soya, Karamel, Gula, Garam, Tepung, Pes Tomato, Mengandungi Pemekat sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Semua Bahan Tambahan adalah Asal Tumbuhan |
Harga | RM9.50 |
ABC Sweet Sauce
Sama seperti sos cilinya, kicap ABC juga digemari ramai. Jenama ABC salah satu pengeluar kicap berkualiti premium paling lama buatan negara Indonesia dan memiliki penggemar tersendiri di Malaysia. ABC Sweet Sauce merupakan perasa tambahan yang menjadi pilihan tetap rakyat Malaysia di kebanyakkan kediaman sejak dahulu lagi.
ABC Sweet Sauce dihasilkan menggunakan perahan kacang soya terpilih yang berkualiti tinggi, menghasilkan aroma memikat dan rasa yang enak rasanya. Ia turut diformulasi dengan karamel pekat dimaniskan secara semula jadi dengan gula pokok palma. ABC Sweet Sauce mempunyai tekstur pekat dengan rasa manis soya seimbang turut sesuai dijadikan sebagai pes penambah masakan tradisional.
Selain untuk masakan ABC Sweet Sauce juga dijadikan sebagai penambahan tambahan untuk sajian seperti nasi putih panas bersama telur dadar. ABC Sweet Sauce mendapat pensijilan Halal dari negara pengeluarnya diakui bebas pengawet tiruan, bebas gluten, pewarna tiruan dan tiada perasa tiruan.
Kelebihan ABC Sweet Sauce
- Botol kaca yang tebal dan tahan rosak
- Kualiti premium dan dipercayai
- Bebas gluten dan disahkan Halal
- Dihasilkan daripada pemanis semulajadi pokok palma
Kekurangan ABC Sweet Sauce
- Sukar di perolehi di pasaran runcit biasa
Spesifikasi ABC Sweet Sauce
Isipadu | 320ml |
---|---|
Kandungan | Gula aren, Ekstrak Soya (Air, Garam, Soya, Gandum), Air, Garam, Natrium Benzoat, Pengatur Keasidan, Penstabil. Mengandungi: Soya, Gandum dan Sulfit. |
Harga | RM6.88 |
Secara tradisinya kicap diperbuat daripada kacang soya atau bijirin yang digoreng, lalu dicampur dan diperam dengan air garam serta beberapa ramuan lain seperti gula, ragi dan sebagainya. Proses penapaian ini biasanya akan mengambil masa 5 ke 8 bulan atau lebih lama. Sedap atau tidaknya bergantung pada kepandaian mengadun bahan-bahan tersebut. Kicap cair lazimnya berasa masin dan kicap pekat berasa agak manis. Kicap juga boleh dihasilkan melalui proses sintetik yang dikenali sebagai asid hidrolisis di mana protein kacang soya dan gandum dipecahkan kepada molekul asid amino dengan menggunakan asid hidroklorik. Proses ini sangat cepat yang mana hanya menggambil beberapa hari.
Apa-apa pun, berhati-hati dengan produk kicap murah yang berada di pasaran. Ini kerana, terdapat kajian yang menunjukkan kandungan bahan kimia di dalam kicap tidak berkualiti dan murah adalah punca beberapa penyakit dan kanser muncul. Pastikan anda melihat label botol kicap sebelum membeli. Sebagai pengguna yang bijak, pilih produk kicap daripada pengeluar yang ada reputasi baik dan dipercayai jenamanya.