Mencari Kek Untuk Sebarang Majlis & Keraian? Ini 5 Kedai Kek & Pastri Berdekatan Anda di Lembah Klang (Mesra Muslim)
Secara eksklusifnya setiap manusia akan ada sebuah tarikh untuk diingati yang diberi nama peringatan hari lahir. Bukan itu sahaja, malah ada beberapa lagi hari peringatan yang perlu diraikan seperti sambutan ulangtahun perkahwinan, hari ibu, hari guru, perpisahan, dan pelbagai lagi. Setiap kali sambutan hari tersebut ingin diraikan dalam sebarang majlis atau keramaiana mahupun persendirian, kek adalah elemen utama tidak boleh dilupakan. Tidak lengkap sesebuah majlis dan keraian tanpa hidangan kek sebagai kemuncak acara, kerana kek memainkan peranan penting bagi memeriahkan sesebuah majlis. Oleh itu, sejak awal persediaan majlis itu lagi, kek turut menjadi agenda utama dari segi pemilihan tema, warna hinggalah dekorasi sebagai nadi pelengkap pada hari kejadian.
Sebelum mendapatkan kek terbaik, kadangkala kunjungan ke kedai kek bagaikan percutian di taman tema dek rasa teruja, khususnya ketika memiliih pelbagai kek yang memenuhi rak pameran kebanyakan kedai kek dan pastri. Lembah Klang sememangnya mempunyai banyak lokasi untuk mendapatkan kek. Sebut sahaja jenis kek yang diinginkan baik dengan reka bentuk simple sehingga kek jenis citarasa mewah dan premium, semuanya mudah ditemui. Namun, trend warga ibu kota hari ini ialah mengunjungi dan mencari premis kek dan pastri yang mempunyai identiti unik dan menarik. Bagi yang ingin mencuba menu dan rasa yang baharu, berikut beberapa kedai kek dan pastri berdekatan anda yang boleh dikunjungi di sekitar Lembah Klang. Paling penting, kelima-lima jenama kedai kek yang dicadangkan ini adalah mesra muslim.
Elevete Patisserie
Hidangan pemanis mulut sedap dan menyelerakan menjadi pilihan untuk dihidangkan pada sebarang majlis. Elevete Patisserie menawarkan pelbagai pilihan pemanis mulut istimewa seperti kek semestinya akan menambahkan seri dan menceriakan hari istimewa anda. Antara menu pencuci mulut yang ditawarkan di Elevete Patisserie seperti pelbagai siri di bawah Artisanal Cakes, Cake Bites & Brownies, Cupcakes, Designer Cakes, Dessert Table, Macarons & Fatcarons, Mini Cakes dan Modern Desserts. Antara seleksi kek yang mendapat sambutan hangat seperti Kek Pandan Gula Melaka, Pod Nutella, Batik Indulgence, Kek Gulung Ondeh Ondeh, Kek Buah Nenek, Kek Lemon Poppyseed, Biscoff Ganache, Apricot Glaze, Kek Butterscotch dan Kek Keju Tokeru. Elevete Patisserie mula beroperasi sejak 2014, memastikan setiap pesanan yang keluar dari dapur mereka, dijamin berkualiti, memikat, sedap dan visual yang sama seperti di dalam gambar. Jika pelanggan membuat tempahan untuk harga RM200 ke atas, penghantaran adalah percuma untuk kawasan sekitar Lembah Klang.
Kelebihan Elevete Patisserie:
- Setiap design yang dihasilkan kemas dan kreatif
- Jenama dipercayai sejak tahun 2014
- Dijamin berkualiti dan sedap
- Penghantaran percuma dengan pembelian RM200 ke atas
Kekurangan Elevete Patisserie:
- Tiada khimat makan di premis jualan
Spesifikasi Elevete Patisserie:
Info: |
https://www.elevete.com.my/ https://www.instagram.com/elevete/ |
---|---|
Lokasi: | 12, Jalan SS 26/13, Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari Selasa hingga Ahad dari jam 9am hingga 5pm. Isinin tutup |
Harga: | Bermula RM80.00 hingga RM688.00 |
Kobo Bakery
Kobo Bakery premis bakeri yang menghasilkan kek dan roti menggunakan teknik yang khusus dari tukang roti terbaik dunia dari negara Taiwan. Mana tidaknya, Kobo Bakery menggunakan pemeraman yis buatan sendiri semula jadi untuk semua produk kek dan pastri bagi menghasilkan rasa dan tekstur yang unik. Kobo Bakery menggunakan pelbagai jenis yis yang ditanam daripada kismis, epal, betik, kiwi, pisang, longan kering, rai dan bahan lain untuk menghasilkan kek dan pastri sedap tanpa sebarang campuran bahan pengawet lain. Kobo Bakery tersenarai antara 10 kedai kek dan pastri terbaik di negeri Selangor oleh Tourism Selangor berbangga dengan penghasilan kek dan pastri yang berkualiti dan segar setiap hari. Untuk pembelian dan tempahan, Kobo Bakery memiliki apliksasi khas sendiri untuk pengguna telefon pintar android dan IOS. Oleh itu team mereka boleh mengawal sendiri setiap perjalanan dan tempahan pelanggan daripada 6 cawangan di Kobo Bakery Bandar Puteri, Kobo Bakery USJ Taipan, Kobo Bakery UOA Business Park, Kobo Bakery Ara Damansara, Kobo Bakery United Point dan Kobo Bakery Kepong tanpa sebarang kesulitan.
Kelebihan Kobo Bakery:
- Menggunakan teknik pemeraman yis sendiri
- Tanpa sebarang campuran pengawet tiruan
- Tersenarai sebagai kedai kek dan pastri terbaik di Selangor
- Memiliki aplikasi tempahan sendiri untuk pengguna Android dan IOS
- Ada 6 cawangan lain di Lembah Klang
Kekurangan Kobo Bakery:
- Kek popular terhad dan cepat habis
Spesifikasi Kobo Bakery:
Info: |
https://kobobakery.com/home https://www.instagram.com/kobo_bakery_official/ |
---|---|
Lokasi: | Kobo Bakery, Bandar Puteri 21G, Jalan Puteri 2/2, Bandar Puteri 47100 , Puchong , Selangor |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari dari jam 10am hingga 9pm |
Harga: | Bermula RM6.00 hingga RM350.00 |
Souka Bakeshop
Lembah Klang kini sudah menjadi salah satu syurga kek dan pasti dengan kemunculan pelbagai kedai menarik sejak beberapa tahun lalu. Kewujudan kedai kek dan pasti tersebut bukan sekadar mempertaruhkan kek dan roti terbaik, sebaliknya turut menampilkan dekorasi cantik sebagai satu tarikan. Antaranya Souka Bakeshop yang menampilkan kelainan tersendiri sebagai salah satu kedai menghasilkan kek gaya vintaj dan klasik yang boleh dinikmati terus di sini. Souka Bakeshop menyediakan minuman ringkas, kopi panas berserta hidangan kek, tart, pavlova dan pastri untuk pengunjung yang sekadar mahu bersantai dengan rakan-rakan. Antara kek buatan sendiri yang dihasilkan segar setiap hari seperti Burnt Cheesecake, Humming Bird, Salted Caramel Vanilla, Orange Butter, Salted Caramel Chocolate, Chocolate Fudge, Nutella Chocolate, Mint Oreo Chocolate, Rainbow Pelangi, Peanut Butter Jelly, Chocolate. Lemon Poppyseed, Confetti, Carrot Walnut, Red Velvet, Nutella Cheesecake, Oreo Cheesecake, Biscoff Cheesecake, Pandan Coconut, Matcha Cheesecake, Snickers Cheesecake, Paddlepop Cheesecake, Flourless Orange Almond, Hazelnut Torte, Berry Pavlova, Jackfruit Bundt dan The Cheesecake. Banyak bukan? Memang rambang mata nak pilih dan rasa kek yang mana satu.
Kelebihan Souka Bakeshop:
- Ada lebih 26 jenis hidangan kek
- Kek boleh dibeli dalam kiraan potongan atau sebiji
- Boleh makan dan minum di dalam premis
- Dihasilkan segar setiap hari
Kekurangan Souka Bakeshop:
- Parkir sukar ketika waktu puncak
Spesifikasi Souka Bakeshop:
Info: |
https://www.souka.com.my/ https://www.facebook.com/SoukaBakeshop/?locale=ms_MY |
---|---|
Lokasi: | 53, Jalan SS 15/5a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari Selasa hingga Ahad. Dari jam 11am hingga 11pm. Tutup Isnin |
Harga: | Tidak Dinyatakan |
Mad About Cake
Mad About Cake, studio dan kedai kek popular sudah beroperasi sejak 2002 terletak di Petaling Jaya. Mad About Cake pada awalnya terkenal dengan pembuatan kek jenis fondant, dan kini menyediakan pelbagai jenis kek yang turut mempunyai evolusi dekorasi kek bagi menjadikan produk keluaran kedai ini unik. Kedai kek ini menawarkan pelbagai jenis kek dan pastri segar untuk penggemar sediaan manis setiap hari. Pelanggan yang lalu-lalang di depan Mad About Cake, mata pasti tertarik kepada konfeksi pelbagai warna kek dan pastri yang memenuhi rak paparan dan peti sejuk. Selain kek, Mad About Cake menghasilkan biskut cip coklat menggabungkan bahan utama seperti koko dan cip coklat, biskut dibuat secara manual tanpa penggunaan mesin bagi mengekalkan kesegarannya. Mad About Cake memiliki sebuah lagi cawangan terletak di Johor Bharu dan kedai biskut di Lapangan Terbang Senai, Johor. Jenama ini juga kini menjadi perhatian pelanggan dalam kalangan jenama korporat, individu ternama, selebriti terkenal datang atau menempah kek selepas Mad About Cake menukar strategi perniagaan dan beroperasi secara hibrid dalam talian dan juga premis fizikal.
Kelebihan Mad About Cake
- Dihasilkan segar setiap hari
- Ada pelbagai jenis kek, biskut dan pastri hasil tangan cef lelaki
- Selain Lembah Klang, ada cawangan lain di Johor
- Pilihan selebriti tanahair
Kekurangan Mad About Cake:
- Temujanji lebih awal diperlukan untuk tempahan kek khas
Spesifikasi Mad About Cake:
Info: |
https://madaboutcake.com.my/ https://www.instagram.com/madaboutcake_official/ |
---|---|
Lokasi: | A-1-5, Jalan SS25, 35, Jalan Bukit Mayang Emas, Taman Mayang, 47301 Petaling Jaya, Selangor |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari dari jam 9am hingga 7pm |
Harga: | Bermula RM15.00 hingga RM320.00 |
Australian Bakery Since 1970
Kedai bakeri vintaj, Australian Bakery Since 1970 terkenal dalam kalangan penduduk di Sea Park, Petaling Jaya. Premis ini memikat pelanggan dengan aroma bakeri buat sesiapa yang membesar di kejiranan ini sejak era 70-an sehingga hari ini. Walaupun premis dan dapur sudah diubah suai mengikut gaya moden, Australian Bakery Since 1970 popular dengan kek krim mentega sangat laris terutama permintaan terhadap customised vintage cake. Menu kek moden dan pastri lain yang ada di sini juga menjadi pilihan ramai seperti Musang King Durian Cake RM170.00, D24 Durian Cake RM128.00, Philadelphia Cheesecake RM66.00, Mix Fruit Cake RM75.00, Pandan Layer Cake RM66.00, Ondeh Ondeh Cake RM66.00, Lemon Cheesecake RM66.00, Butter Cake RM75.00 dan kek mini yang mempunyai dekorasi moden mengikut cita rasa semasa. Semua roti dan kek Australian Bakery Since 1970 merupakan ‘freshly baked daily’. Jika tidak dapat dijual dalam tempoh sehari, team akan mendermakannya kepada golongan memerlukan seperti rumah-rumah kebajikan. Australian Bakery Since 1970 membuka cawangan baharunya di Jalan Telawi, Bangsar pada Mei 2021 dan sebanyak 250 jenis kek dan roti dijual di sini setiap hari.
Kelebihan Australian Bakery Since 1970:
- Guna bahan asli tanpa pengawet
- Kek buah seperti durian tidak mengandungi pewarna ataupun perisa tiruan
- Ada 2 cawangan di Petaling Jaya dan Bangsar
- Ada 250 kek dan roti setiap hari
Kekurangan Australian Bakery Since 1970:
- Parkir sukar pada waktu puncak
Spesifikasi Australian Bakery Since 1970:
Info: |
https://australian1970.com/ https://www.instagram.com/australianbakerybangsar/ |
---|---|
Lokasi: | 12, Jalan Telawi 5, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur |
Waktu Operasi: | Buka setiap hari dari jam 8am hingga 8 pm |
Harga: | Bermula RM3.50 hingga RM170.00 |
Summary
Tidak hairanlah apabila ada yang sanggup mengeluarkan belanja besar hanya kerana mahu membeli sebiji kek. Kek yang dihias cantik pasti jadi bualan ramai dan menjadi pilihan terutama bagi mereka yang menyukai rasa lemak, manis dan berkrim hasil adunan mentega, gula, susu, tepung dan telur. Sungguhpun manisan seperti kek tinggi kandungan lemak dan gula, namun sajian ini sudah menjadi menu wajib setiap kali majlis keraian. Kek biasanya dimakan beramai-ramai, kajian psikologi juga mendapati pengambilan secara berhemah sebagai terapi untuk seseorang menikmati hidup lebih lama. Walaupun ada mengatakan kek mengundang keburukan kerana bahan digunakan tinggi lemak, kalori dan gula tetapi masyarakat harus bijak mengawal pemakanan serta tidak mengambilnya secara berlebihan.