Snek Lazat Di Malaysia: Jom ‘Chill’ Sambil Cuba 5 Kerepek Kentang Dengan Perisa Terbaik Ini
Potato chips atau kerepek kentang kini dijual dengan pelbagai jenis jenama dan perisa menarik. Mencari perisa kerepek kentang terbaik kadang-kala boleh diibaratkan seperti bereksperimentasi kerana pilihan rasa boleh berbeza-beza mengikut individu. Antara perisa yang popular diminati ramai adalah seperti pedas, sour cream, bbq, dan original.
Sebenarnyakan, perisa yang sama boleh memberikan rasa berbeza bergantung kepada resipi pengeluar kerepek kentang dan proses memasaknya. Sebagai contoh, perisa pedas jenama X mungkin tidak sepedas jenama Y. Khas untuk anda yang mencari kerepek kentang dengan perisa terbaik, jom lihat 5 senarai ini.
Chipster Flaming BBQ
Kerepek kentang dari jenama Twisties ini pasti tidak mengecewakan untuk anda yang mahukan rasa BBQ yang agak pedas. Setiap kerepek kentangnya dihasilkan rangup berwarna perang keemasan membuatkan anda seakan tidak pernah cukup memakannya! Chipster Hot & Spicy Potato Chips diperbuat sepenuhnya daripada kentang Australia. Ia datang dalam pembungkusan beg hitam yang berbeza yang memberikan pengalaman unik yang menakjubkan.
Kelebihan Chipster Flaming BBQ:
- Diperbuat sepenuhnya daripada kentang Australia
- Pembungkusan menarik
- Harga berpatutan
Kekurangan Chipster Flaming BBQ:
- Kurang sesuai untuk yang tidak tahan pedas
Info Chipster Flaming BBQ:
Jenama: | Twisties |
---|---|
Perisa: | Flaming BBQ |
Saiz: | 130g |
Harga: | RM 6.75 |
Jack’n Jill Calbee Smoky BBQ
Jill ‘n Jack Calbee adalah partnership di antara Jack ‘n Jill dan Calbee, pengeluar makanan ringan terbesar Jepun. Kerepek kentang potong beralun ini diperbuat daripada kentang premium dan tertakluk kepada kawalan kualiti yang ketat untuk rasa rangup dan kesegaran dalam setiap gigitan. Kerepek kentang ini pasti mampu meningkatkan pengalaman snek anda! Ianya sedikit pedas namun dilengkapi dengan perisa menarik BBQ. Kerepek kentang itu sendiri mempunyai ketebalan bersesuaian dengan kerangupan diikuti banyak lipatan dan lengkung padanya.
Kelebihan Jack’n Jill Calbee Smoky BBQ:
- Jenama popular di Malaysia dan Jepun
- Diperbuat daripada kentang premium
- Mempunyai kawalan kualiti yang ketat
- Harga berpatutan
Kekurangan Jack’n Jill Calbee Smoky BBQ:
- Kurang sesuai untuk yang tidak tahan pedas
Info Jack’n Jill Calbee Smoky BBQ:
Jenama: | Jack ‘n Jill |
---|---|
Perisa: | Smoky BBQ |
Saiz: | 170g |
Harga: | RM 9.90 |
Pringles Potato Crisps Pizza
Siapa yang tak kenal dengan jenama Pringles ni kan? Kerepek kentangnya disusun bertingkat-tingkat dalam bekas berbentuk silinder bagi memastikan setiap suapan lebih menarik. Selalu kita dengar kerepek kentang dengan perisa pedas, tomato namun kali ini Pringles tampil dengan kelainan apabila mengeluarkan perisa pizza. Ya, siapa sangka pizza pun boleh dijadikan sebagai perisa menarik untuk sekeping kerepek kentang.
Kelebihan Pringles Potato Crisps Pizza:
- Jenama popular di Malaysia
- Cip mempunyai bentuk yang unik
- Tidak berminyak di jari mahupun mulut anda
- Perisa unik dan menarik
Kekurangan Pringles Potato Crisps Pizza:
- Harga sedikit mahal
Info Pringles Potato Crisps Pizza:
Jenama: | Pringles |
---|---|
Perisa: | Pizza |
Saiz: | 107g |
Harga: | RM 10.00 |
LAY’S Chile Limón Flavored Potato Chips
Apa ni? Perisa Cili dan limau? Ini memang unik, kerana siapa sangka gabungan dua ini mampu memberikan kombinasi terbaik untuk kerepek kentang anda. Kerepek Lay’s Potato semuanya bermula dengan kentang yang ditanam di ladang serta dimasak dan diperisakan dengan sempurna. Rempah cili dan perasan limau asli ini rasanya jarang kita dengar kan. Snek rangup ini mempunyai rasa yang mesra dan pedas dalam setiap gigitan.
Kelebihan LAY’S Chile Limón Flavored Potato Chips:
- Perisa yang unik
- Jenama popular di Malaysia
- Kentang ditanam di ladang sendiri
Kekurangan LAY’S Chile Limón Flavored Potato Chips:
- Agak sukar didapati
Info LAY’S Chile Limón Flavored Potato Chips:
Jenama: | Lay’s |
---|---|
Perisa: | Chile Limón |
Saiz: | 170g |
Harga: | RM 15.95 |
The Good Crisp Sour Cream & Onion
Sour Cream sememangnya diminati ramai. The Good Crisp Company tidak terkecuali mengeluarkan kerepek kentang dengan perisa ini tanpa menggunakan perisa atau warna tiruan. Setiap produknya dihasilkan dengan kentang, minyak kelapa sawit, gula dan perisa asli. Apa yang menarik adalah, kerepek kentang ini disahkan bebas daripada gluten dan non-GMO sesuai untuk semua golongan umur.
Kelebihan The Good Crisp Sour Cream & Onion:
- Bebas gluten
- Tiada pewarna atau Perisa Tiruan
- Non GMO
Kekurangan The Good Crisp Sour Cream & Onion:
- Harga mahal
Info The Good Crisp Sour Cream & Onion:
Jenama: | The Good Crisp Company |
---|---|
Perisa: | Sour Cream |
Saiz: | 160g |
Harga: | RM 30.14 |
Ha, masih pening ke nak pilih yang mana satu? Khas untuk anda yang risau, sebelum makan, bandingkan dahulu kandungan lemak tepu pada setiap produk. Semak kandungan natrium dan ingat, kerepek kentang panggang tidak semestinya bermakna produk tersebut mempunyai kandungan lemak atau natrium yang lebih rendah.
Harus diingat juga makanlah dalam had yang berpatutan, jangan berlebih-lebihan. Anda harus menjaga pengambilan makanan ringan untuk kesihatan juga tau. Selamat ber-sneking!