Khas Untuk ‘New parents’, Ini 5 Pilihan Terbaik Lampin Pakai Buang Untuk Keselesaan Bayi Anda
Dalam membuat persiapan menyambut kelahiran bayi, ramai je ibu bapa terlepas pandang dalam mencari lampin pakai buang atau diapers yang terbaik untuk bayi yang baru dilahirkan atau newborn. Mungkin kerana tiada pengalaman atau keliru dengan lambakan jenama lampin pakai buang yang ada di pasaran. Perlu diingat, setiap bayi itu berbeza dan mempunyai keistimewaan sendiri. Sesetengah kulit bayi lebih sensitif dan memerlukan pemilihan material atau produk yang sesuai agar bayi kekal selesa.
Walaupun ianya adalah produk pakai buang, namun bayi anda akan menggunakannya setiap masa. Sebab itulah penting untuk ibu bapa memilih produk yang terbaik khususnya untuk bayi yang baru dilahirkan.
Perasan tak banyak produk lampin pakai buang dijual di pasaran? Tapi yang mana satu produk terbaik untuk dibeli? Jom lihat tip penting untuk ibu bapa dalam memilih lampin pakai buang terbaik untuk bayi anda!
Kenali saiz
Setiap bayi dilahirkan dengan saiz dan berat yang berbeza. Dan tidak semua bayi sesuai dengan saiz lampin pakai buang ‘newborn’ yang terjual di pasaran. Beli dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu dan setelah anda pasti ia adalah saiz yang betul, barulah beli dalam jumlah diperlukan.
Kelebihan lampin pakai buang
Setiap lampin pakai buang mempunyai kelebihan tersendiri seperti kadar serapan terbaik, material lembut dan sebagainya. Pilihlah mengikut fungsi yang anda mahukan.
Jenama terbaik
Tidak semestinya mahal, ianya bagus untuk anak anda. Bagaimanapun, kebanyakkan jenama lampin pakai buang yang harganya sedikit mahal mempunyai fungsi lebih yang mampu memberikan manfaat kepada bayi anda. Anda boleh bertanyakan kepada rakan-rakan yang mempunyai pengalaman sesuatu produk itu atau anda sendiri boleh mencubanya dengan beli dalam kuantiti yang sedikit dahulu.
Ini adalah antara pilihan diapers terbaik yang ada dijual di pasaran:
Mamy Poko Extra Dry
Jenama Mamy Poko ni memang terkenal dalam kalangan para ibu kerana kualitinya yang bagus. Terdapat banyak jenis rangkaian produk Mamy Poko dengan fungsi serta kelebihan yang berbeza. Untuk Mamy Poko Extra Dry ini, ia lebih memfokuskan tahap kekeringan lampin pakai buang agar bayi lebih selesa. Ia juga mempunyai kadar serapan yang lebih kuat dan tahan lama sehingga 10 jam.
Kelebihan
- Lembut untuk kulit bayi yang baru lahir
- Sistem pengudaraan yang baik
- Penyerapan cecair yang pantas
- Mampu bertahan sehingga 10 jam lamanya
Kekurangan
- Harga lebih mahal dari jenama lain
Spesifikasi
Jenama | Mamy Poko |
---|---|
Jenis | Pelekat |
Saiz | Newborn |
Jumlah | 48 |
Harga | RM 29- RM 30 |
OffSpring Ultra-Thin Diapers
Pilihan corak yang ada pasti buat ramai ibu-ibu rambang mata! Jenama offspring didatangkan dengan reka bentuk stylish dan cantik. Semua yang terbaik untuk bayi disatukan dalam pampers ini. Ia dilengkapi dengan dual-core teknologi yang mana memaksimalkan kuasa serapan, bahan yang lembut, 2 lapisan leakguard, bebas daripada klorin, bahan pewarna berbahaya, bahan pewangi, dan getah.
Menariknya, ia juga mematuhi standard U.S Consumer Product Safety Improvement Act of 2008 (16 CFR Part 1610). Sesuai juga untuk ibu bapa yang risau akan kulit bayi mereka yang lembut dan licin, kerana produk ini diperbuat daripada bahan yang sangat nipis tapi lembut untuk kulit bayi baru lahir anda yang sensitif dan licin. Walaupun ianya nipis, lampin ini juga mampu menyerap air kencing bayi anda dengan pantas tanpa menampakkan ketulan pada lampin anak anda.
Kelebihan
- Pelbagai corak menarik
- Penyerapan yang bagus untuk kegunaan harian
- Tiada pewarna, pewangi, klorida, phthalates dan lateks
- Dakwat yang bebas dari logam berat dan plumbum
- Mesra alam dan lembut
- Diiktiraf FSC C133010
Kekurangan
- Harga lebih mahal dari jenama lain
- Dijual di kedai atau pasaraya tertentu sahaja
Spesifikasi
Jenama | Offspring |
---|---|
Jenis | Pelekat |
Saiz | S |
Jumlah | 48 |
Harga | RM 49 |
Genki
Ia adalah jenama lampin pakai buang yang berjaya mendapat tempat di hati ibu bapa apabila produknya mula memasuki pasaran Malaysia. Permukaan lampinnya selembut kapas serta mempunyai penyerapan yang terbaik. Produk dari Jepun ini dihasilkan berpori membuatkan ruang pengudaraan menjadi lancar dan bayi anda akan menjadi lebih selesa dan aman. Genki juga dilengkapi dengan sistem Ultra Absorption Core, daya serapan yang tinggi akan cepat menyerap kelembapan dan menjaga kulit bayi anda dari ruam.
Kelebihan
- Sesuai untuk bayi berkulit sensitif
- Penyerapan yang bagus untuk kegunaan harian
- Menggunakan system “all Cushion Touch” yang sungguh selesa
- Permukaan lampin berpori untuk pengudaraan lebih lancar
- Sistem Ultra Absorption Core menjaga kulit dari ruam
Kekurangan
- Kurang corak menarik
Spesifikasi
Jenama | Genki |
---|---|
Jenis | Pelekat |
Saiz | S |
Jumlah | 82 |
Harga | RM 30- Rm 50 |
Huggies Dry
Huggies adalah antara jenama terbaik, popular dan mudah didapati di Malaysia. Dilengkapi dengan teknologi yang dipanggil dry xpert, menyerap basahan dengan cepat, memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa. Huggies Dry mempunyai 1,000 lubang mikro dan Soft Liner untuk meningkatkan kadar serapan najis lembab dengan cepat dan mengelakkan bayi daripada rasa tidak selesa. Selain itu ia juga boleh bertahan sehingga 10 jam dan tidak mudah bocor.
Kelebihan
- Kapasiti penyerapan 10 jam
- Sesuai untuk bayi berkulit sensitif
- Tidak mudah bocor
- Permukaan lampin berpori untuk pengudaraan lebih lancar
- Mempunyai banyak rangkaian produk
Kekurangan
- Kurang corak menarik
Spesifikasi
Jenama | Huggies |
---|---|
Jenis | Pelekat |
Saiz | S |
Jumlah | 64 |
Harga | RM 27- RM 28 |
Pampers Pure Hybrid Kits
Jenama ini sangat popular suatu ketika dahulu di Malaysia sehingga kebanyakkan kita memanggil lampin pakai buang sebagai pampers. Jenama ini diperbuat dari Jepun dan telah dijuji secara dermatologi dan hypoallergenic. Ia dihasilkan dengan selamat demi memastikan kulit baik dilindungi. Permukaannya yang lembut dan selesa sesuai digunapakai untuk semua peringkat usia bayi. Pampers Pure Hybrids Kits ini didatangkan dengan sehelai pelindung fabrik yang boleh diguna semula dan lampin pakai buang.
Kelebihan
- 3 lapisan penyerap cecair
- Hypoallergenic serta bebas daripada paraben, pewangi, klorin dan latex
- Petunjuk jika lampin perlu ditukar
- Membantu bayi sentiasa kering sehingga 12 jam
- Sesuai untuk bayi berkulit sensitif
- Tidak mudah bocor
- Pengudaraan lebih lancar
- Permukaan lebih lembut
Kekurangan
- Harga sangat mahal
Spesifikasi
Jenama | Pampers |
---|---|
Jenis | Pelekat |
Saiz | Newborn |
Jumlah | 13 pakai buang dan 1 pelindung boleh diguna semula |
Harga | RM 127 ++ |
Pelbagai jenis jenama lampin pakai buang dijual di pasaran dengan harga yang berbeza. Ingat, lampin pakai buang adalah kos yang perlu ditanggung untuk jangka masa panjang. Tidak semestinya yang mahal sahaja yang bagus. Apa yang penting, pastikan anak anda selesa dengan jenama yang dibeli okay?
Setiap bayi mungkin beri reaksi berbeza dengan setiap produk yang ada. Ibu bapa perlu peka dan beli lah dalam kuantiti sedikit dahulu.