5 Pilihan Dash Cam Dengan Kualiti ‘Night Vision’ Terbaik 2022
Pernah dengar tak pepatah melayu berbunyi, malang tidak berbau dan disebabkan itulah kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Ia bermaksud, bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan kerana tiada siapa sangka jika sesuatu musibah itu akan berlaku. Ha, jangan pening-pening.
Tujuan anda berada di page ini adalah kerana anda risaukan keselamatan anda serta keluarga ketika berada di dalam kenderaan. Penggunaan ‘dashcam’ di dalam kenderaan boleh dikataan sangat penting. Ketika kemalangan berlaku, kebanyakkan kita hampir tidak boleh mengingati setiap detik atau ‘detail’ ketika terjadinya sesuatu insiden. Mungkin terlalu panik dan kebanyakkan kemalangan atau insiden jalan raya berlaku terlalu pantas.
Perlu juga diingat, kita berkongsi jalan raya yang sama dengan pengguna yang lain. Kadang-kala walaupun kita telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi segala peraturan di jalan raya, musibah mampu berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang lain.
Di sinilah bergunanya dashcam untuk merakam setiap detik untuk dijadikan bahan bukti bagaimana kemalangan terjadi serta memudahkan urusan tuntutan insurans bagi tujuan pembaikan nanti. Jom lihat beberapa pilihan terbaik dashcam yang ada di pasaran.
Thinkware F800 Pro with Rear Camera
Dash cam Thinkware F800 Pro adalah antara dash cam terbaik yang ada di pasaran. Dengan resolusi 1080 FHD, ia mampu merakam dengan lebih jelas agar anda tidak terlepas sebarang rakaman penting teritama ketika merakam dalam suasana yang gelap. Selain itu, dash cam ini juga dilengkapi dengan fungsi amaran pergerakan kereta hadapan (Front Vehicle Departure Warning [FVDW]) yang mana ia akan memberikan amaran jika kenderaan hadapan bergerak. Bukan itu sahaja, ia mempunyai WiFi yang membenarkan anda untuk menyambungkan telefon anda untuk melihat, muat turun atau membuang rakaman video. Mudah bukan?
Kelebihan
- Mempunyai GPD dan memori dalaman
- Memiliki slot mikro SD
- Kualiti kamera terbaik
- Rakaman jelas walau waktu malam
- Fungsi amaran pergerakkan kereta hadapan
- Mengesan lokasi kenderaan
- Lane Departure Warning System
Kekurangan
- Harga dijual mahal
- Pemasangan agak rumit
Spesifikasi
Resolusi | Hadapan- Full HD (1920 x 1080) 30fps, Belakang- Full HD 1920 x 1080 |
---|---|
Kamera | Hadapan- 140° , 2.13MP Sony STARVIS, Belakang – 2.13MP Sony STARVIS |
WiFi | Ada |
Harga | RM 1999 |
Yi Nightscape Dash Cam
Yi Nightscape Dash Cam menawarkan ciri penglihatan malam yang terbaik dalam kelasnya kerana ia direka bentuk untuk menghasilkan kualiti gambar terbaik dalam keadaan pencahayaan rendah. Dikuasakan oleh sensor Sony Starvis, ia memberikan prestasi kepekaan cahaya yang luar biasa dan penggambaran waktu malam yang unggul, menjadikannya salah satu kamera terbaik untuk dibeli di Malaysia. Selain itu, perakam kamera kereta disepadukan dengan peranti iOS dan Android melalui aplikasi yang disertakan, membolehkan pengguna menavigasi, memuat turun dan menghantar rakaman terus ke peranti mudah alih dengan pantas. Sebagai cam dash tanpa bateri, cam dash Yi Nightscape tidak perlu dicas semula. Ia akan merakam secara berterusan selagi ia dipasang ke dalam port USB kereta.
Kelebihan
- Rakaman jelas walau waktu malam
- Bateri tidak perlu dicas
- Boleh berfungsi walau dengan pelbagai konsidi suhu
- Butiran jelas nombor plat kereta dan huruf pada papan tanda
- Memberi amran jika mengesan pemandu letih, memasuki lorong salah
- Mempunyai Wifi
Kekurangan
- Tiada kamera belakang
Spesifikasi
Resolusi | 1920 x 1080p |
---|---|
Kamera | N/A |
WiFi | Ada |
Harga | RM 329 |
DDPAI Z40 Dual Dash Cam
Rasanya ramai pernah dengar jenama DDPAI ni. Brand ini agak popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kualiti dan harganya yang boleh dikatakan mampu milik. Z40 dual dash cam adalah antara model dashcam berbaloi yang ditawarkan kerana dilengkapi dengan resolusi 1499P UHD serta mikrofon dalaman terbina dan juga kelebaran lensa seluas 140° bagi kamera hadapan dan 125° di bahagin belakang. Terdapat juga sokongan sistem bantuan pemanduan (ADAS) untuk memberi amaran apabila terdapat situasi berpotensi kemalangan dan juga teknologi G-Sensor dari Sony. Malah, anda boleh memeriksa kenderaan kereta dengan mudah kerana terdapat sambungan WiFi serta hadir dengan sokongan kad SD 128GB untuk penyimpanan rakaman video yang lebih banyak.
Kelebihan
- Mempunyai GPS
- Mempunyai mikrofon
- Rakaman jelas walau waktu malam
- Amaran jika situasi berpotensi kemalangan
- Mempunyai Wifi
- Tahan dengan suhu pelbagai
Kekurangan
- Pemasangan sedikit rumit
- Harga sedikit mahal
Spesifikasi
Resolusi | hadapan – 2592 x 1944 & 1920 x 1080, Belakang- 1920 x 1080 |
---|---|
WiFi | Ada |
Harga | RM 499 – RM 598 |
Garmin Dash Cam 67W
Garmin Dash Cam 67W adalah antara model kegemaran ramai dan kini ia didatangkan dengan ciri baharu seperti pemantauan Live View untuk memeriksa kereta anda dari jauh dan ciri Parking Guard untuk memantau kawasan tempat letak kereta dan memberi tanda amaran jika terdapat serangan terhadap kenderaan anda. Dash Cam ini didatangkan dengan pelbagai fungsi terbaik dan padat serta mudah digunakan. Setiap rakaman juga dirakam dengan kualiti tinggi. Menarik lagi, anda boleh menggunakan voice control bagi memberikan arahan mengambil gambar, menghentikan rakaman audio dan pelbagai lagi.
Kelebihan
- Menyimpan video secara automatik
- Mempunyai GPS
- Mempunyai voice control
- Rakaman jelas walau waktu malam
- Video kualiti HDR
- Mempunyai Wifi
- Lekapan magnet
- Pengawasan di kawasan parking
Kekurangan
- Harga sangat mahal
- Mikro SD tidak diberikan
Spesifikasi
Resolusi | 320 x 240 p |
---|---|
WiFi | Ada |
Harga | RM 1130++ |
Safecam V20 Pro Dual Camera
Kamera yang ditawarkan mempunyai resolusi setinggi 1080P dengan kelebaran pandangan sehingga 170° . Pelbagai fungsi menariknya menjadikan Safecam antara pilihan dash cam yang laris pada ketika ini. Ia juga berkualiti tinggi untuk penggunaan jangka masa panjang. Selain itu, terdapat juga fungsi WiFi yang boleh dihubungkan pada aplikasi telefon pintar lalu mengakses atau memuat turun video rakaman secara terus dengan mudah. Anda boleh mendapatkan rakaman dengan jelas pada kawasan yang gelap disebabkan adanya Super Night Mode.
Kelebihan
- Video berkualiti tinggi
- Mempunyai Wifi
- Pengawasan di kawasan tempat letak kereta
- G-Sensor mengesan impak kemalangan
- Super Night Mode
- Harga berpatutan
- Rakaman audio jelas
Kekurangan
- SD card tidak disediakan
Spesifikasi
Resolusi | Hadapan- 1080p, Belakang- 480p |
---|---|
WiFi | Ada |
Harga | RM 179 |
Adakah perlu memiliki dash cam?
Sangat perlu. Kesedaran memiliki dash cam semakin tinggi kini dek kerana perkongsi pelbagai video kemalangan di media sosial yang memberi gambaran jelas dan terperinci punca kemalangan tersebut. Perkara ini mampu menyelamatkan anda sebagai pemandu sekiranya adalah mangsa di dalam sesuatu insiden.
Setiap dash cam mempunyai fungsi yang sama, namun terdapat perbezaan dari segi fungsi tambahan seperti WiFi, GPS, pengawasan kawasan tempat letak kereta dan sebagainya. Jadilah pengguna bijak dengan mengkaji setiap kegunaan sebelum membeli.