5 Rekomendasi Terbaik Produk Krim Tangan Di Malaysia Untuk Kulit Lebih Lembut Dan Mulus
Adakah anda mempunyai masalah kulit tangan yang kering? Jangan risau, kerana ia adalah perkara biasa. Sebenarnya, ianya tidaklah bahaya namun akan mengakibatkan ketidakselesaan yang berpanjangan. Salah satu faktor utama yang menyebabkan berlakunya kulit tangan kering ini ialah keadaan persekitaran anda. Contohnya, seperti cuaca yang tidak menentu ketika ini. Selain itu, pencucian tangan yang terlalu kerap, elergi kepada bahan-bahan kimia serta beberapa sebab lain juga boleh mengeringkan kulit tangan anda.
Tiada apa yang perlu dirisaukan sekiranya anda menghidapi masalah ini. Hanya sapukan krim tangan, ia mampu membantu melembutkan kembali kulit tangan anda yang kering. Ingin tahu lima produk krim tangan terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit tangan anda? Jom kita lihat senarai-senarai di bawah!
AESOP Resurrection Aromatique Hand Balm
Diformulasi dengan bahan pelembut dan bau-bauan botani dan organik, AESOP Resurrection Aromatique Hand Balm ini dapat menghasilkan hidrasi yang mencukupi untuk memastikan tangan anda sentiasa lembap dan menghapuskan kulit-kulit mati atapun kutikel dengan menyeluruh. Campuran kulit limau mandarin, daun rosemary dan pokok cedar atlas menghasilkan gabungan aroma bau-bauan sitrus, kayu-kayuan dan juga herba.
Aroma ini dapat memberikan ketenangan kepada anda kerana ianya tidaklah terlalu kuat dan tidak menusuk hidung. Ia meresap dengan cepat, tidak melekit dan tidak berminyak, menjadikan tangan anda lembut lebih lama dan anda tidak perlu menyapu krim ini selalu melainkan jika anda perlu membasuh tangan. Krim tangan ini juga adalah water based dimana bahan-bahan yang digunakan termasuk glycerin, minyak kelapa dan minyak almond adalah agen-agen yang sangat berkesan dalam melembapkan kulit anda. Dijual dalam bentuk tiub, ia sangat mudah dan praktikal untuk dibawa kemana-mana sahaja.
Kelebihan AESOP Resurrection Aromatique Hand Balm:
- Formulasi bahan pelembut dengan bau-bauan botani dan organik
- Aroma yang menenangkan
- Water Based, tidak melekit dan berminyak
- Meresap dengan cepat
Kekurangan AESOP Resurrection Aromatique Hand Balm:
- Harga yang mahal
Info AESOP Resurrection Aromatique Hand Balm:
Nama Produk: | AESOP Resurrection Aromatique hand balm |
---|---|
Jenis Bungkusan: | Tiub |
Saiz Bungkusan: | 75 ml |
Harga: | RM 110 – RM 130 (75 ml) |
Burt’s Bees Hemp Hand Cream
Burt’s Bees Hemp Cream dengan Hemp Seed Oil sebagai bahan utama adalah sebuah formula yang sangat sempurna untuk melembapkan tangan anda sentiasa. Hemp Seed Oil kaya dengan vitamin E dan juga asid lemak Omega 3 dan Omega 6 yang sangat penting dalam mengekalkan kelembapan. Selain itu, terdapat juga gabungan minyak dan pelembap tambahan untuk memastikan kulit tangan anda kekal lembut, anjal dan sihat.
Krim tangan yang kaya dengan agen-agen pelembap juga mempunyai aroma yang sangat menyegarkan, bau-bauan ini terhasil melalui gabungan bunga verbena dan daun selasih untuk memberi lebih kenyamanan sambil menghidrasi kulit tangan anda. Semestinya ia selamat untuk digunakan dan tidak akan memberi kesan sampingan terhadap kulit tangan anda kerana Hemp Seed Oil telah mendapat kelulusan daripada dermatologist dan tidak dibuat dengan sebarang bahan yang menyebabkan terjadinya elergi kulit sebagai contohnya Paraben.
Kelebihan Burt’s Bees Hemp Hand Cream:
- Menggunakan Hemp Seed Oil yang berkhasiat sebagai bahan utama
- Aroma yang menyamankan
- Mendapat kelulusan dermatologist
- Dibuat dengan bahan yang selamat
- Harga yang murah
Kekurangan Burt’s Bees Hemp Hand Cream:
- Tiada variasi bungkusan, hanya tiub sahaja
Info Burt’s Bees Hemp Hand Cream:
Nama Produk: | Burt’s Bees Hemp Hand Cream |
---|---|
Jenis Bungkusan: | Tiub |
Saiz Bungkusan: | 70 g |
Harga: | RM 48 – RM 56 |
Biossance Squalane+Omega Repair Hand Moisturiser Cream
Bukan sahaja melembapkan kulit tangan anda, tetapi ia juga menyegarkan dan menyihatkan. Biossance Squalane+Omega Repair Hand Moisturiser Cream adalah sebuah produk krim tangan yang mampu melindungi dan melembapkan kulit tangan anda melalui khasiat dan antioksidan dari vitamin E sebagai bahan utama. Selain itu, bahan-bahan lain seperti squalane yang diestrak dari tebu, asid lemak omega, vegan glycerin dan jojoba esters juga meningkatkan lagi prestasi dan nilai tambah krim tangan ini.
Ia terbukti boleh melegakan kulit tangan kering dan elergi dengan pantas dan berkesan. Ini sangat penting untuk mengelakkan ketidakselesaan yang ketara. Untuk hidrasi yang lebih lama, krim tangan ini juga boleh melembapkan kulit tangan dengan lebih dalam dan cepat. Kulit tangan anda juga akan nampak lebih berseri dan lebih sihat. Untuk pelindungan yang lebih, krim tangan ini akan menguatkan kulit tangan anda dengan memperkukuh lapisan lipid didalam kulit, untuk mengelakkan terdedah kepada sebarang jangkitan kepada kulit anda.
Kelebihan Biossance Squalane+Omega Repair Hand Moisturiser Cream:
- Gabungan bahan-bahan yang berkhasiat
- Melindungi dan mengukuhkan lapisan lipid di dalam kulit
- Melegakan kulit kering dan elergi dengan cepat
Kekurangan Biossance Squalane+Omega Repair Hand Moisturiser Cream:
- Harga yang mahal
Info Biossance Squalane+Omega Repair Hand Moisturiser Cream:
Nama Produk: | Biossance Squalane+Omega Repair Hand Moisturiser Cream |
---|---|
Jenis Bungkusan: | Tiub |
Saiz Bungkusan: | 75 ml |
Harga: | RM 102 |
L’Occitane Shea Butter Intensive Hand Balm
Diformulasikan dengan kepekatan 25% shea butter yang organik untuk memberikan perlindungan yang efektif dan berkhasiat, ia bertindak dalam membentuk sebuah lapisan perlindungan kepada kulit tangan anda yang kering dan elergi akibat daripada tindak balas kepada persekitaran yang berubah-ubah. Allantoin adalah salah satu bahan yang mampu melegakan dan melembutkan kulit tangan anda. Krim tangan yang berkategori premium ini jika digunakan secara konsisten setiap hari, pasti kulit tangan anda tidak mengalami kekeringan lagi.
Ini kerana ianya turut diformulasikan dengan minyak kelapa dan minyak biji bunga matahari sebagai agen untuk melembapkan dan merawat kulit tangan anda dengan lebih mendalam. Mempunyai tekstur krim yang lebih tebal berbanding dengan produk lain, anda tidak perlu risau kerana ianya tidak akan meninggalkan sebarang kesan apabila disapu kerana ia tidak berminyak dan tidak melekit. Disyorkan untuk anda memlilih bungkusan tiub kerana ia akan memudahkan anda untuk menggunakan krim ini dimana sahaja.
Kelebihan L’Occitane Shea Butter Intensive Hand Balm
- Jenama yang terkenal
- Khasiat shea butter yang memberikan lapisan perlindungan
- Tekstur krim yang tebal
- Tidak berminyak dan tidak melekit
- Produk premium
Kekurangan L’Occitane Shea Butter Intensive Hand Balm
- Harga yang mahal
Info L’Occitane Shea Butter Intensive Hand Balm
Nama Produk: | L’Occitane Shea Butter Intensive Hand Balm |
---|---|
Jenis Bungkusan: | Tiub |
Saiz Bungkusan: | 75 ml |
Harga: | RM 143 |
The Body Shop Almond Milk Hand Balm
Organik dan mampu melembapkan kulit tangan yang kering dan sensitif, menjadikan ianya lebih lembut dan sihat dengan kandungan Community Fair Trade Organic Almond Milk and Oil ataupun susu almond yang diiktiraf dan sangat berkhasiat. Hampir 97% bahan-bahan dalam produk ini adalah terdiri daripada bahan-bahan semulajadi termasuk Community Fair Shea Butter dan telah mendapat pengiktirafan daripada The Vegan Society.
Ia cepat meresap dan pastinya tidak berminyak dan melekit dengan aroma bau-bauan yang cukup segar dan tidak terlalu menusuk hidung. Yang lebih menarik, krim tangan ini mampu melembapkan tangan anda dalam jangka masa 96 jam untuk sekali sapuan. Semestinya kulit tangan anda akan dilindungi dengan lebih efektif dan lama. Lebih penting, anda boleh berjimat banyak dengan kandungan krim 100ml ini. Dari segi bungkusan, krim tangan ini juga menggunakan tiub sebagai bungkusan utama kerana ia lebih mudah dan praktikal.
Kelebihan The Body Shop Almond Milk Hand Balm:
- Jenama yang terkenal
- Khasiat susu almond dan shea butter yang diiktiraf The Vegan Society
- 97% bahan-bahan semulajadi
- Tidak berminyak dan tidak melekit
- Melembapkan kulit tangan dalam jangka masa 96 jam
Kekurangan The Body Shop Almond Milk Hand Balm:
- Bungkusan tiub yang kurang menarik
Info The Body Shop Almond Milk Hand Balm:
Nama Produk: | The Body Shop Almond Milk Hand Balm |
---|---|
Jenis Bungkusan: | Tiub |
Saiz Bungkusan: | 100 ml |
Harga: | RM 75 |
Kulit tangan kering bukanlah sesuatu keadaan yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Ia mampu merosakkan mood anda lebih-lebih lagi jika kulit tangan anda jenis yang sensitif. Ia akan menimbulkan ketidakselesaan kepada anda terutama jika anda perlukan fokus yang tinggi untuk melakukan aktiviti dan pekerjaan harian anda.
Bayangkan anda memandu dalam keadaan kulit tangan yang gatal dan merah-merah? Anda semestinya akan mengambil cara yang cepat untuk melegakan iaitu dengan menggaru. Bukankah membahayakan keselamatan anda?
Jangan biarkan keadaan kulit tangan anda bertambah teruk. Dapatkan produk-produk krim tangan di pasaran. Walaupun mahal sekalipun, tapi percayalah manfaat dan khasiatnya lebih besar daripada wang yang anda gunakan.