7 Suplemen Kalsium Terbaik Di Malaysia Untuk Tulang Yang Lebih Sihat dan Kuat
Kalsium adalah mineral penting yang diperlukan oleh tubuh untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Proses pembentukan dan pemeliharaan tulang bermula seawal kanak-kanak, dan oleh itu, pengambilan kalsium yang mencukupi sepanjang hayat amat penting. Selain itu, jantung, otot, dan saraf juga memerlukan kalsium untuk berfungsi dengan betul.
Bagi mengelakkan risiko kekurangan kalsium, adalah penting untuk memulakan pemakanan kaya kalsium seawal usia kanak-kanak. Pemakanan yang tinggi kalsium melibatkan pengambilan makanan seperti susu, keju, dan sayuran hijau. Bagi mereka yang memerlukan jumlah kalsium yang lebih tinggi, terutamanya remaja, wanita selepas menopaus, dan warga emas, mungkin perlu mempertimbangkan pengambilan tambahan menerusi makanan tambahan atau suplemen.
Kebanyakan dewasa disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1,300 mg kalsium setiap hari. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu seperti remaja, wanita selepas menopaus, dan warga emas mungkin memerlukan jumlah yang lebih tinggi.
Oleh itu, adalah penting untuk menyelidik dan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi berdasarkan keperluan individu. Penjagaan kesihatan tulang anda dari usia muda adalah penting. Mencari suplemen kalsium terbaik di Malaysia? Ini 7 jenama yang dicadangkan untuk anda agar tulang menjadi lebih sihat dan kuat.
Caltrate Bone & Muscle 50+
Penuaan merupakan proses semula jadi yang berlaku kepada semua manusia dan tidak dapat dielak. Penjagaan kesihatan seawal usia sehingga dewasa mempengaruhi tahap kesihatan seseorang menjelang usia emas mereka. Caltrate Bone & Muscle 50+ suplemen kalsium diimport dari Australia, terbaik dicadangkan untuk individu dewasa berusia 50 tahun ke atas. Produk ini dipercayai dan laris dipasaran. Pengambilan makanan tambahan ini dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan yang lebih berkualiti. Selain mengandung kalsium, Caltrate Bone & Muscle 50+ diformulasikan bersama Vitamin D3, Magnesium dan Zink yang baik untuk kesihatan tulang serta membekalkan nutrien mencukupi.
Kelebihan produk
- Dijual dipasaran pada harga yang berbaloi
- Produk dipercayai dan laris dipasaran khas untuk warga emas
- Satu botol tahan untuk tempoh kegunaan satu bulan setengah
Kekurangan produk
- Mengandungi produk kacang soya. Tidak sesuai untuk individu yang mempunyai alahan tertentu
Spesifikasi produk
Bilangan kapsul | 100 tablet |
---|---|
Cadangan penggunaan | Untuk kegunaan orang dewasa berusia 50 tahun ke atas. Ambil satu tablet, dua kali sehari selepas makan. |
Harga | RM54.98 |
Amway Nutrilite Cal Mag D Plus
Nutrilite Cal Mag D Plus merupakan jenama suplemen kalsium pilihan ramai dan dipercayai sejak berzaman keluaran Amway. Produk ini memberikan nutrien dan mineral yang optimum untuk tulang yang lebih kuat dan lebih sihat, hasil formula dipertingkatkan dan ditambah Vitamin D. Penyerapan kalsium ke dalam tulang bertambah baik kerana dos harian Cal Mag D Plus mengandungi lebih banyak Vitamin D berbanding dengan 3 cawan susu.
Nutrilite Cal Mag D Plus memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi, mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Produk ini juga sesuai untuk kegunaan wanita hamil dan ibu dalam pantang yang memerlukan nutrisi tambahan membantu mengatasi masalah kekejangan otot, dan sakit sendi, sakit tumit.
Kelebihan produk
- Tanpa perasa tiruan, pengawet dan garam
- Sesuai untuk wanita hamil dan ibu dalam pantang
- Diformulasi dengan kandungan semulajadi
- Tidak mempunyai bahan yang mengakibatkan alahan
Kekurangan produk
- Produk ini tidak disarankan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.
Spesifikasi produk
Bilangan kapsul | 180 tablet |
---|---|
Cadangan penggunaan | Untuk dewasa, ambil satu tablet, tiga kali sehari ketika makan. |
Harga | RM76.50 |
Kordel’s Calcium & Magnesium Plus
Jika mencari suplemen kalsium pada harga bajet namun berkesan untuk kesihatan tulang, Kordel’s Calcium & Magnesium Plus sangat dicadangkan. Hampir 4 tahun kajian dilakukan untuk menghasilkan makanan tambahan ini dan berjaya membuktikan ia sangat berkesan untuk mengelak berlakunya kerapuhan tulang badan. Kandungan Kalsium dan Magnasium dibahagikan dengan nisbah 2:1 sesuai untuk keperluan kesihatan tulang, gigi, sendi dan otot. Kordel’s Calcium & Magnesium Plus dirumus bersama Vitamin D, Zink, Molybdenum, Manganese dan campuran cuka epal untuk kegunaan lelaki dan wanita bagi pertumbuhan dan perkembangan tulang yang normal. Produk ini juga sesuai untuk dijadikan makanan tambahan buat warga emas, wanita hamil dan ibu dalam pantang dengan nasihat pakar kesihatan.
Kelebihan produk
- Harga berpatutan
- Sesuai untuk warga emas, wanita hamil dan ibu dalam pantang
- Mudah ditelan
- Kandungan Kalsium dan Magnasium dibahagikan dengan nisbah 2:1
Kekurangan produk
- Simpan ditempat kering sahaja
- Menggunakan botol kaca. Mudah pecah jika jatuh
Spesifikasi produk
Bilangan kapsul | 60 tablet |
---|---|
Cadangan penggunaan | Ambil 1 ke 4 tablet setiap hari pada waktu malam. |
Harga | RM24.90 – RM33.88 |
Shaklee OsteNutrix
Shaklee OsteNutrix adalah suatu suplemen yang diformulakan khas untuk membantu membina tulang yang lebih kuat dengan menyediakan tujuh nutrien penting pembinaan tulang. Dalam formula unik ini, terdapat tiga jenis kalsium yang termasuk Calcium Carbonate, Calcium Citrate Malate, dan Calcium Citrate. Shaklee OsteNutrix mengandungi matriks tujuh nutrien kritikal yang terdiri daripada kalsium, vitamin D3, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu meningkatkan kepadatan tulang. Suplemen ini direka khas dengan caplet yang kecil dan mudah ditelan, memudahkan penggunaannya sebagai tambahan kepada pemakanan harian untuk memastikan tubuh mendapat bekalan nutrien yang mencukupi untuk kesihatan dan kekuatan tulang yang optimal.
Kelebihan Shaklee OsteNutrix:
- Tablet bersaiz kecil, mudah ditelan
- Satu botol tahan untuk tempoh kegunaan lebih sebulan
- Diformulasi khas dengan campuran tujuh nutrien penting
- Berkesan untuk individu mempunyai masalah sakit tulang belakang
Kekurangan Shaklee OsteNutrix:
- Perlu kerap minum air. Air diperlukan untuk penyerapan secara optimum
- Cara makan perlu ambil lebih daripada 1 tablet sehari
Spesifikasi Shaklee OsteNutrix:
Bilangan kapsul | 120 tablet |
---|---|
Cadangan penggunaan | Untuk dewasa sahaja. Ambil 3 tablet sekali sehari selepas makan. |
Harga | RM68.75 |
Life Extension Calcium Citrate with Vitamin D
Simptom penyakit tulang rapuh boleh dikurangkan dengan pengambilan Life Extension Calcium Citrate with Vitamin D yang membantu menyokong kesihatan tulang dan gigi. Produk ini tidak mengandungi sebarang tambahan laktosa atau gluten. Life Extension Calcium Citrate with Vitamin D formulasi bersama vitamin dan mineral penting mendorong penyerapan lebih kalsium untuk membantu mengekalkan kepadatan tulang secara keseluruhan. Jumlah kalsium yang mencukupi dalam satu tablet Life Extension Calcium Citrate with Vitamin D membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan dengan betul. Produk ini juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda.
Kelebihan produk
- Kapsul yang mudah diserap mendorong pengambilan kalsium yang optimum
- Tempoh kegunaan produk tahan sehingga 2 bulan
- Tidak mengandungi sebarang tambahan laktosa atau gluten
Kekurangan produk
- Perlu simpan ditempat sejuk dan kering
- Produk perlu dijauhi daripada kanak-kanak
Spesifikasi produk
Bilangan kapsul | 200 tablet |
---|---|
Cadangan penggunaan | Ambil satu kapsul untuk sekali hingga empat kali sehari ketika makan atau dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan. |
Harga | RM99 – RM150 |
Abbott SURBEX Calcium-D3
Jenama Abbott bagi produk berkaitan kekuatan tulang terkenal dengan tagline ‘Tulang Yang Kuat Menyokong Anda Sepanjang Hayat!’ memperkenalkan Abbott SURBEX Calcium-D3. Abbott SURBEX Calcium-D3 dirumuskan dengan teknologi Bio-Enhanced terkenal dengan fungsi penyerapan yang lebih optimum. Setiap kapsul Abbott SURBEX Calcium-D3 mengandungi Kalsium (sebagai Kalsium Karbonat 875mg), 350 mg dan Vitamin D3 (Cholecalciferol 12.5mcg. Kalsium pada Abbott SURBEX Calcium-D3 hadir dengan bentuk emulsi dalam kapsul untuk serapan yang baik dan mudah ditelan.
Manakala kandungan 500 I.U. vitamin D3 berupaya membantu penyerapan kalsium di usus kecil. Lebih istimewa, kandungan minyak bunga matahari dan lecithin ditambah untuk meningkatkan lagi penyerapan berganda. Abbott SURBEX Calcium-D3 boleh diambil bila-bila masa sebelum makan, ia bebas laktosa dan sesuai untuk bukan peminum susu. Abbott SURBEX Calcium-D3 suplemen kalsium terbaik dicadangkan untuk individu dewasa dan warga emas membantu mengekalkan tahap kesihatan tulang yang lebih berkualiti.
Kelebihan Abbott SURBEX Calcium-D3:
- Penyerapan lebih optimum
- Mendapat pensijil Halal
- Tambahan kandungan vitamin D3
- Bebas laktosa dan sesuai untuk alahan tenusu
Kekurangan Abbott SURBEX Calcium-D3:
- Pengambilan untuk kanak-kanak adalah dilarang
Spesifikasi Abbott SURBEX Calcium-D3:
Bilangan kapsul | 60 kapsul |
---|---|
Cadangan penggunaan | Boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang hari, satu ke dua kapsul tanpa mengira waktu makan |
Harga | RM49.38 |
Bio-Life Calcium & Magnesium Plus
Bio-Life jenama suplemen kesihatan tambahan dipercayai seluruh dunia, mengeluarkan siri suplemen kalsium khas untuk tulang iaitu Bio-Life Calcium & Magnesium Plus. Bio-Life Calcium & Magnesium Plus adalah kalsium sitrat terbukti mempunyai kadar penyerapan terbaik turut diperkaya dengan Vitamin D3 bagi membantu penyerapan yang lebih optimum di dalam badan. Tidak hanya kalsium, magnesium dan vitamin D3 sahaja, Bio-Life Calcium & Magnesium Plus turut mengandungi mangan dan zink yang sangat diperlukan tulang.
Bio-Life Calcium & Magnesium Plus bebas tanpa sebarang gula tambahan, yis, derivatif susu, kanji gandum atau jagung, gluten, pengawet, dan perasa tiruan. Oleh itu, suplemen kalsium ini sesuai untuk kegunaan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, ibu hamil, menyusu dan warga emas. Bio-Life Calcium & Magnesium Plus diformulasikan untuk kesihatan tulang serta membekalkan nutrien mencukupi memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi. Ia juga mendorong penyerapan lebih kalsium untuk membantu mengekalkan kepadatan tulang secara keseluruhan selain mengelakkan masalah kerapuhan tulang.
Kelebihan Bio-Life Calcium & Magnesium Plus:
- Mempunyai kadar penyerapan baik
- Sesuai untuk kegunaan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun
- Dicadangkan buat Ibu hamil, menyusu dan wanita menopaus
- Bebas gula tambahan, gluten, pengawet, dan perasa tiruan
Kekurangan Bio-Life Calcium & Magnesium Plus:
- Mengandungi hidroksiapatit yang berasal dari tulang lembu yang tidak sesuai untuk vegetarian
Spesifikasi Bio-Life Calcium & Magnesium Plus:
Cadangan penggunaan | Dewasa, satu tablet tiga kali sehari ketika waktu makanan. Untuk Kanak-kanak (6-12 tahun), satu tablet setiap hari seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan anda. |
---|---|
Harga | RM43.20 |
Kepentingan kalsium dalam pemakanan adalah kunci untuk mengekalkan kesihatan tulang yang optimum. Untuk mencapai keadaan ini, adalah penting untuk memastikan pemakanan seimbang dengan pengambilan kalsium yang mencukupi. Ini melibatkan amalan pemakanan yang sihat tanpa mengira usia, sama ada dewasa muda, kanak-kanak, warga emas, atau ibu hamil. Mengekalkan diet seimbang dan berkualiti adalah penting untuk menyediakan tubuh dengan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan pemeliharaan tulang yang sihat dan kuat.
Bagi mereka yang mungkin menghadapi cabaran dalam mencapai pengambilan kalsium yang mencukupi melalui makanan, pengambilan supplement boleh memberikan manfaat tambahan. Oleh itu, adalah penting untuk mengamalkan amalan pemakanan seimbang dan berkualiti sepanjang hayat, supaya setiap peringkat usia, dari kanak-kanak hingga warga emas, dapat menikmati kesihatan tulang yang baik dan kukuh.